Assalamualaikum.
Pada awal penubuhan Pekida dulu oleh orang-orang 'lama', pertubuhan ini amat berkait rapat dengan perjuangan menuntut kemerdekaan dan juga menentang komunis. Pertubuhan ini di wakili oleh ramai ulama agama yang sangat cintakan negara. Pertubuhan ini menjalankan gerakan mereka mengikut Sunnah dan Al-Quran. Tetapi dalam peredaran zaman, pertubuhan ini seolah-olah gagal dalam mengadaptasi segala ajaran mereka ke dalam ganerasi muda untuk diteruskan perjuangan murni mereka. Ganerasi muda yang diharapkan dapat menyambung segala usaha ganerasi awal telah gagal dan menjadi lebih parah lagi apabila ganerasi muda ini tidak takut dengan bai'ah yang mereka buat dahulu.
Kini perjuangan Pekida sudah semakin kabur dan lari dari matlamat asal penubuhan. Ini turut di burukkan lagi dengan pengunduran ahli-ahli Pekida dari Terengganu dengan alasan yang sama. Iaitu perjuangan yang sudah menyimpang jauh dan tersasar. Amatlah dikesali kerana pertubuhan yang besar seperti ini sudah tidak mampu lagi untuk menegakkan ajaran Islam yang diterapkan dahulu oleh orang lama Pekida. Pertubuhan ini semakin lama menjadi pertubuhan yang mengamalkan cara-cara kongsi gelap cina. Ahli-ahli bawahan ditindas dan peras periuk nasi mereka demi untuk kemewahan orang-orang atas.
Paling menyedihkan lagi ialah, ada diantara ahli Pekida yang ditugaskan untuk menjadi bouncer kerana dengan alasan hendak mengawasi dan menangkap ahli Pekida yang cuba masuk ke dalam kelab disko. Tetapi harapkan pagar, pagar makan padi kerana orang yang diharapkan itu membuat yang sebaliknya. Mereka turut meneguk air haram itu, menjadi pelindung apabila ada ahli pertubuhan itu bergaduh dan lain-lain kesalahan lagi. Ada juga ahli Pekida ini yang terdiri daripada badan anggota berseragam seperti polis dan askar. Mereka menjadi pelindung kepada anak-anak buah mereka apabila di tangkap atau terlibat dengan kesalahan lain. Seperti kes yang tersebar di akhbar pada 2 tahun lepas di mana seorang mat rempit di tangkap oleh polis di dalam sekatan jalan raya. Mat rempit itu menunjukkan kad keahlian Pekida dengan harapan akan dilepaskan oleh anggota polis itu dari ditangkap.
Ini menunjukkan yang ahli pertubuhan ini mereka kebal dari undang-undang. Kelakuan yang tidak terkawal ini merupakan bukti yang pertubuhan ini semakin parah. Orang-orang lama tidak dapat melakukan apa-apa kerana orang baru pertubuhan ini semakin ganas. Adakah orang-orang lama pertubuhan ini menjadi penakut? Adakah orang kuat pertubuhan ini menutup mata mereka kerana mereka juga melakukan kesalahan yang sama? Bagaimana pula dengan pihak berkuasa? Adakah mereka ini sungguh kebal sehinggakan mereka ini tidak boleh diusik? Tidak, mereka tidak kebal. Masih ada juga yang telah mengambil tindakan dengan menutup pertubuhan ini supaya mereka tidak dapat aktif kembali. Saya juga mencadangkan agar mana-mana pertubuhan yang mempunyai ahli Pekida di dalamnya agar ditutup juga. Jika tidak, pertubuhan itu hendaklah menggugurkan keahlian tersebut untuk mengelakkan dari diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Tindakan ini hendaklah dibuat bersungguh-sungguh kerana nama baik pihak berkuasa ketika ini semakin buruk. Jadi pihak berkuasa perlulah membuat kerja bersungguh-sungguh untuk membersihkan nama mereka kembali.
Wassalam.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.