NuffNang

Nuffnang

Translate


Sunday, January 31, 2010

Artikel pilihan - Dilema Melayu dan Siam.








Dilema Melayu dan Siam





Sementara menunggu tulisan-tulisan di makam dan kuil permaisuri Firaun dinyahkodkan,mari kita ikuti ulasan dari Srikandi tentang kekeliruan sesetengah pihak tentang nama 'Melayu' dan dalam artikel ini juga,Srikandi akan membuat kesimpulan atau menyelesaikan sebahagian misteri Ayutthaya,sebagaimana dakwaan blog Sejarahnagarakedah.

Ini adalah artikel pengiring ATBM 'X' Edition,kesinambungan dari artikel 'Melayu:Bahasa atau Bangsa' dan 'The Tombs of Ayutthayan Kings'.



-M.O















Kekeliruan tentang asal-usul orang Melayu bukan sahaja dijangkiti oleh orang bukan Melayu malah merebak kepada orang Melayu sendiri dan juga orang yang mendakwa dari rumpun Melayu.Kekeliruan ini terjadi kerana kadangkala kita percaya kepada satu sumber saja,dan tidak merujuk kepada sumber-sumber yang lain.Inilah yang terjadi kepada pandangan penulis blogsejarahnagara kedah,juga blog yang sealiran dengan mereka.Dalam artikel ini,saya (Srikandi) akan mengulas beberapa pandangan penulis blog Sejarahnagarakedah tentang orang Melayu dan Siam.Dan perlu diingatkan,'Siam' di sini merujuk kepada era Ayutthaya dan bukan merujuk kepada orang Thai.'Siam' ini juga merujuk kepada keturunan pemerintah Ayutthaya sebagaimana yang didakwa oleh penulis blog berkenaan di mana keturunan mereka menggunakan pangkal nama 'Nai'.

Dalam artikel ini juga,saya akan cuba menyelesaikan 'puzzle' yang menghantui pembaca blog berkenaan tentang nama semenanjung Melaka,semenanjung Siam dan asal-usul nama 'Melayu' yang didakwa Anai-anai (penulis blog tersebut),'tiada keputusan muktamad'.

Pertama sekali mari kita dengar dahulu dakwaan Anai-anai tentang orang Melayu dan warisannya.Saya akan petik pandangannya kemudian saya akan jawab satu-persatu berdasarkan pengetahuan saya dalam bidang sejarah Nusantara.

Dari blog beliau dalam artikel bertajuk 'Renungan' April 2008,merujuk soalan-soalan yang ditanya oleh penulis The Malay Press (TMP) dalam ruangan komen:

Quote:

"Bagi kami, hari ini kita di melayukan kerana menggunakan bahasa Melayu dalam wilayah penjajah yang memelayukan kita melalui penguasaan mereka. Ungkapan Bahasa Jiwa bangsa ini pun propaganda juga untuk menegakkan ketuanan Melayu. Apabila bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan menggantikan bahasa daerah, kita pun menerima pakai ungkapan ini. Macam betullah bunyinya. Kenapa penjajah inggeris dahulu belajar bercakap bahasa melayu? Sebab mudah untuk berniagadan menguasai wilayah.Tulisan kita pun berkembang dari Pali>kawi>jawi dan akhir sekali rumi.

Di UK atau United Kingdom (united sebab 4 wilayah yang disatukan) mereka menggunakan bahasa Inggeris untuk bertutur akan tetapi mereka sebenarnya terdiri dari 4 bangsa iaitu English (England), Irish (Ireland), Welsh (Wales) dan Scottish (Scotland). Bahasa Irish di Ireland, bagi saya yang mahir bahasa Inggeris tidak dapat fahami, macam bahasa Jawa bunyinya. Inggeris @ English hanya merujuk kepada England sahaja sementara British merujuk kepada gabungan kesemua/keseluruhan wilayah"


Ulasan:

Orang Melayu bukan 'dimelayukan'.Orang Melayu bernama 'Melayu' kerana itu memang nama mereka.Mengapa orang Melayu tidak memanggil nama bangsa mereka 'MALAY' kerana itu baru tepat nama yang disebut Inggeris,jika teori memelayukan oleh Inggeris diterimapakai.Bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan sahaja,bukan bahasa suatu kaum?Jadi siapa yang terlampau bijak ini boleh menciptakan bahasa perdagangan untuk seluruh nusantara?Kemudian memaksa seluruh nusantara memakai bahasa perdagangan yang dicipta olehnya?BAHASA MELAYU SEBENARNYA ADALAH BAHASA ASAS ATAU BAHASA INDUK NUSANTARA,kemudian terpecah-pecah mengikut slang atau loghat di tempat-tempat berlainan di seluruh Nusantara.Pakar linguistik dalam kajian mereka mendapati terdapat kelompok bahasa yang menepati tatabahasa dan ciri-ciri yang sama,dan ini dinamakan kelas bahasa Malayo-Polynesian.Setiap bahasa dalam kelompok ini dari Hawaii,Samoa dan sebagainya di Kepulauan Pasifik sehingga ke Afrika mempunyai tatabahasa dan corak bahasa yang sama dengan bahasa Melayu.Kosakata mereka pun sama ada berbunyi bahasa Melayu atau pun bahasa Jawa.Dan bahasa Melayu dan Jawa tergolong dalam Malayo-Polynesian Barat.Bahasa Latin juga adalah bahasa perdagangan dan sastera namun semua orang tahu ia berasal dari Itali dan dikembangkan oleh Empayar Rom.Begitu juga bahasa Melayu.Ia dikembangkan dan dimajukan oleh Empayar Melayu Srivijaya,kemudian disambung oleh Majapahit,walaupun Majapahit adalah 'pure' kerajaan orang Jawa.Prasasti yang mengandungi ucapan Patih Gajah Mada,Perdana Menteri Majapahit direkodkan dalam bahasa Melayu Lama.Seterusnya disambung oleh Empayar Melaka dan kerajaan Johor-Riau.Kenapa orang Inggeris belajar bahasa Melayu?Ini bukan sahaja soal untuk berniaga,tetapi memudahkan urusan mereka ketika berada di Kepulauan Melayu.Ini perkara biasa dan hanya logik akal yang umum sahaja.Ini tiada kaitan pun untuk mengukuhkan Teori Memelayukan Oleh Inggeris sebagaimana yang dicipta oleh Anai-anai.Lebih baik orang Inggeris 'menginggeriskan' sahaja orang Melayu,ini lebih untung dan sebagai bonus,mengkristianan semuanya sepertimana yang dibuat oleh SEpanyol ke atas Filipina.Atau pun sekurang-kurangnya sebagaimana Thailand mampu 'menthaikan' orang Melayu,Cina dan India di dalam Thailand.

Contoh yang diberikan oleh Anai-anai memakan dirinya kembali.Anai-anai mengaku bahasa Inggeris merujuk kepada penduduk England.Mengapa tidak mengatakan bahawa 'English' itu bahasa perdagangan sahaja?Dicipta oleh seorang raja Eropah untuk memudahkan dia berniaga di England,Ireland,Wales dan Scotland?Jadi bagaimana dengan bahasa Melayu?Adakah Anai-anai akan berkata,ia CIPTAAN INGGERIS UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA BERNIAGA DI NUSANTARA?Ini sungguh melucukan.

INGAT KATAKUNCI INI,DAHULU ORANG MELAYU MENGUASAI SELURUH NUSANTARA,SEBAB ITU BAHASA MEREKA MENJADI LUAS DARI PASIFIK HINGGA KE MADAGASKAR.Ini sama juga seperti bahasa Inggeris yang meluas kini,hasil dari Empayar Imperialis British yang luas dan peranan orang Inggeris di Benua Amerika.Jika Perancis yang mengambil posisi ini,tidak mustahil hari ini bahasa kedua kita adalah bahasa Perancis.Jika kerajaan Siam yang dibangga-banggakan Anai-anai itu sangat luas sehingga sampai ke Albania dan Australia,mengapa bahasa Siam terpinggir dan minoriti?Tiada siapa yang mahu berbahasa Siam,kecuali orang Siam dan Thai.Orang Thai pula didakwa oleh geng Anai-anai mencedok bahasa Siam.Jadi sebelum itu apa bahasa orang Tai ini?Adakah bahasa orang gua dan orang hutan?Kasihan orang Thai ini,sudahlah budaya dan tulisan dicedok dari orang Khmer,bahasa dicedok dari Siam Ayutthaya,senibina dicedok dari Melayu Tambralingga.Patutlah ada cendekiawan Barat mengatakan sejarah Thai adalah khayalan sahaja.


Quote:

"Melayu itu akar bangsa atau akar bahasa di nusantara ini, CBT?"


Ulasan:

Ini soalan provokasi,biar saya tolong jawab.'Melayu' adalah nama lain bagi rumpun Nusantara.Namun telah dipolitikkan oleh Inggeris.Okey,biar saya bagi contoh.Orang Laos dan Thai,ini sebenarnya dari akar bangsa yang sama.Namun telah berpecah kerana masing-masing mahu bernegara sendiri.Menariknya,orang Lao bermati-matian mendakwa berbeza dengan Tai padahal budaya dan bahasa tidak jauh beza.Orang Lao berasal dari orang Tai yang berhijrah dahulu ke Indochina dan bercampur dengan orang Mon dan rumpun Melayu Indochina.Percampuran ini menjadikan sedikit perbezaan dengan etnik Tai lain (yang menjadi Thailand sekarang) yang berpindah lebih lewat ke selatan Indochina kemudiannya.SEhinggakan orang Lao mencipta identiti sendiri yang membezakan dengan ciri-ciri Tai yang menjadi induk mereka.Kemudian ini diburukkan lagi dengan penjajahan Perancis.Orang Lao pun berjaya bernegara sendiri.Saya sudah terangkan bagaimana istilah 'Melayu' ini dipolitikkan oleh Inggeris.Namun bangkai gajah yang cuba ditutup oleh Inggeris tetap berbau kerana bagaimana orang-orang di Kepulauan INdonesia sekarang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa mereka??Soalan khas saya kepada Anai-anai dan gengnya,MENGAPA PENDUDUK MALAYSIA DAN INDONESIA TIDAK MEMILIH BAHASA SIAM AYUTTHAYA SEBAGAI BAHASA PERSATUAN NUSANTARA??(padahal kata Anai-anai Empayar Ayutthaya-Monggol begitu luas).



Anai-anai boleh menuduh orang penduduk Tanah Melayu di'melayukan' oleh Inggeris namun bagaimana dengan Indonesia??Adakah Inggeris terlupa berpesan kepada Belanda supaya menJawakan seluruh Indonesia supaya propaganda Inggeris 'memelayukan' Tanah Melayu nampak 'smart' dan sukar dipertikaikan lagi?

Siam Ayutthaya iaitu nenek moyang Anai-anai pernah menguasai seluruh Nusantara,kata Anai-anai.Tetapi BAHASANYA TIDAK MENJADI TREND DI NUSANTARA,padahal berapa lama sejarah Ayutthaya tegak memerintah?Fakta sejarah yang betul,ialah Empayar Melayu Srivijaya pernah memerintah seluruh Nusantara,sebab itu bahasa Melayu menjadi lingua franca seluruh Nusantara.Ini tidak boleh disangkal lagi,sama ada sejarah realiti atau sejarah fantasi.Siap ada manuskrip dan prasasti.


Quote:

"Haha...Saya setuju, tetapi root bahasa melayu bukan semestinya bangsa Melayu"


Ulasan:

Jadi 'root' Melayu merujuk kepada apa?Bangsa Alien dari planet Zargus?



Quote:

"Kalau serumpun, disatukan, rumpun Siamlah kita ini sebab raja-raja daerah kita mengamalkan adat istiadat raja siam. Hari ini raja daerah dah jadi Sultan negeri. Perkataan ‘Melayu’ ini saya belum jumpa lagi dalam Undang-Undang Kedah walau pun ia bahasa pengantar Undang –Undang kedah. Kebaikkan tu banyak lah, antaranya menjelaskan semula sejarah kita. Saya mengaku saya dari rumpun siam. Ramai penduduk dari kedah ini adalah dari rumpun Siam dan mengaku bahawa datuk dan nenek mereka dahulu boleh bertutur dalam bahasa Siam, bukan bahasa thai. Ada yang berasal dari Patani, Yala, Phuket(nama lamanya, Hujung Salang) dan Trang. Di sebelah Yan pula, mereka dari rumpun Acheh seperti Datuk Sanusi Junid, pembaca berita TV3 Yushanani Yushak berasal dari Yan, Kedah. Sementara itu, kenalan saya dari Selangor, ramai dari rumpun Jawa. Namun begitu,bagi kami bekas ikatan utamanya, Siam dan bukannya melayu"



ulasan:

Yess...inilah agenda sebenar penulisan blog sejarahnagarakedah.AGENDA MENSIAMKAN SELURUH NUSANTARA.TMP bertanya,jika bukan rumpun Melayu (kerana kata Anai-anai 'Melayu' itu konsep INggeris),rumpun apa?Lantas bagaikan mengantuk disorongkan bantal,Anai-anai menjawab rumpun Siam inilah.Bagaimana adat istiadat raja Siam itu?Sejak bila raja Siam menakluk seluruh nusantara sehingga semua raja-raja beradatkan raja Siam?Perkataan 'Melayu' belum jumpa dalam undang-undang Kedah?SEbab itu menafikan kewujudan 'Melayu' itu malah menuduh kata 'Melayu' itu ciptaan Inggeris?Baru kita tahu penyakit sebenar Anai-anai ini.Beliau terlalu berkiblatkan Undang-undang Kedah (UUK).Bacalah buku sejarah lain.Sumber-sumber lain.Biar saya beritahu mengapa UUK tiada perkataan 'Melayu' jika benar tiada langsung kata itu di dalamnya (saya percaya kejujuran beliau).UUK adalah lebih kepada manuskrip undang-undang ketika Kedah berada di bawah pengaruh Ayutthaya.SEbab itu tiada kata 'Melayu' kerana ketika itu politik Siam lebih mempropagandakan budaya Siam.Namun hujah Anai-anai 'terkantoi' dengan 'kitab saktinya' itu sendiri kerana kitab asal ditulis di dalam tulisan Jawi dan berbahasa Melayu.Mengapa tidak ditulis dalam bahasa Siam Ayutthaya kebanggaan Anai-anai?Kenapa 'menyembah' bahasa Melayu yang dipandang serong oleh Anai-anai?

Saya bagi cadangan baik untuk Anai-anai.Tuliskan bahawa bahasa Melayu itu asal namanya bahasa Siam,namun Inggeris telah 'memelayukan' bahasa Siam ini. :D

Bagus tak cadangan saya?



Quote:

"Raja-raja daerah ini tak payah kerja dan dengan itu bertindak menyerahkan wilayah Syah Alam Yang Maha Mulia kepada Penjajah. Penjajah ini pula networkingnya bagus,bukannya bodoh macam raja daerah"

Ulasan:

Amboi,sedapnya bahasa,sultan-sultan Melayu (raja-raja daerah) dikatakan 'bodoh'.Sudahlah direndahkan sebagai hanya raja daerah,kemudian dituduh bersekongkol dengan Inggeris kemudian menjadi bodoh menyerahkan wilayah sendiri kepada Inggeris.Jadi ini samalah menuduh nenek moyang raja-raja Melayu ini pengkhianat bangsa lah ye.

Saya bukan tidak tahu sejarah raja-raja Melayu diperangkap oleh Inggeris.Namun tuduhan penulis blog ini amat berat dan ada unsur penghinaan.Jika dilaporkan kepada Suruhanjaya Menyiasat Penghinaan Ke Atas Sultan,bagaimana agaknya?Jangan sampai penulis blog ini jadi seperti Andika Teruna.


Dalam ruangan komen itu,selepas jawapan dari Anai-anai itu,TMP kelihatan mula terpengaruh dengan teori Anai-anai.Pada mulanya karakter TMP ini seperti bijak,namun akhirnya menjadi 'cair' dan ter'mindcontrol' dengan sendirinya.Ini disebabkan TMP tidak mempunyai pengetahuan sejarah yang luas.Ini samalah seperti pengaruh ajaran sesat.Orang yang tidak punya asas agama yang kukuh akan cepat terpengaruh dengan dakyah ajaran sesat.TMP mula goyang dan percaya dirinya bukan lagi Melayu tetapi Siam Islam.Seolah-olah TMP mula malu menjadi Melayu yang kononnya agenda Inggeris.Mahu 'murtad' dari Melayu dan masuk ke dalam Siam Islam.Lihat,prinsip ini sama seperti modus operandi ajaran sesat,mula-mula timbulkan keraguan.Kemudian ruang kosong dari keraguan tadi diisi dengan dakyah sesat tadi,bukan kebenaran sebenar.


Kita lihat senario TMP ini:

Kembali, satu perkara lagi, apa yang saya cuba faham dari apa yang saudara cuba sampaikan disini ialah Jawa, Mandailing, Kelantan, Perak, Johor semuanya adalah daerah yang melahirkan loghat dan bahasa masing2, tetapi tiada satu pun daerah yang konkrit untuk kaum melayu , betul?

Saya akan bersetuju jikalau dikatakan bahawa tiada satu pendapat yang MUKTAMAD mengenai asal-usul bangsa melayu itu.

Kecuali dari fakta yang saya dapat dari buku sejarah pertumbohan bahasa kebangsaan kita oleh Drs.Ismail Hussein (1966) yang mengatakan melayu itu asal dari sg.melayu bertempat di sumatera.

Persoalan, bagaimana pula tempat sebegitu kecil umpama kuala lumpur (agaknya) boleh mendatangkan bahasa yang sungguh berpengaruh dinusantara?

Dan bagaimana pula ia mengambil tempat sebagai rumpun bangsa?

ulasan:

Memanglah tiada daerah untuk 'sukukaum' Melayu.Tiada kaum yang bernama Melayu atau loghat Melayu.SEBAB ETNIK-ETNIK NUSANTARA YANG BERKAITAN ADALAH SEMUANYA MELAYU.Tiada pendapat muktamad tentang asal-usul Melayu?Ini nada para orientalis Barat atau sarjana Barat yang berjaya mengelirukan diri sendiri.Atau nada seorang anak Melayu yang tidak tahu langsung asal-usulnya.

Melayu berasal dari Sungai Melayu di Sumatera?JIka saya katakan orang Greek berasal dari Grik di Perak bagaimana?Nama tempat tidak semestinya melambangkan asal-usul bangsa.JIka hari ini saya namakan parit kecil dibelakang rumah saya sebagai PARIT JERMAN,adakah 300 tahun lagi orang Jerman mendakwa mereka berasal dari parit kecil dibelakang rumah saya?

Soalan akhir TMP menampakkan kemusykilan yang menjerat Anai-anai,dan menariknya,Anai-anai tidak menjawab kemusykilan TMP ini.

Kemudian TMP berjaya direkrut sebagai ejen Anai-anai secara percuma.Kita saksikan kenyataan dari TMP:

"Saya telah pun menjadikan fakta dalam blog ini sebagai salah satu dari sumber rujukan dalam penulisan saya.

Saya berharap pihak tuan mengizinkan jika saya mencedok beberapa point yang saya rasakan dapat menyokong hujah saya. lebih2 lagi bab2 perang"


Lagi pengakuan TMP:

"Jangan takut, dalam banyak2 hal saya akan refer pada blog ni...dalam membawak citer ni keluar saya pun kena faham fakta juga...sebab ramai yang bertanya soalan yang bukan2...nak suh refer suh baca kadang2 depa malas....:-)

Konsep bangsa berasaskan bahasa yang dicanang oleh stamford raffle, dan sejak bila semenanjung Melaka di tukar ke semenanjung Melayu telah saya tulis didalam blog saya"


ulasan:

Ini adalah poin yang terbaik untuk membenamkan hujah Anai-anai tentang peta-peta yang dicanangkannya untuk menidakkan sejarah Melayu dan lebih aneh lagi,beliau menggunakan peta-peta ini sebagai hujah bahawa Inggerislah yang 'memelayukan' penduduk 'semenanjung Melaka'.Dan ini kemudiannya dianut oleh TMP yang mula percaya dirinya bukan Melayu tetapi Siam Islam.



Saya ingin beritahu lompang dalam dakwaan Anai-anai ini dan rahsia kerajaan Ayutthaya yang menjadi kiblat Anai-anai.Pertama sekali kita kaji peta-peta Anai-anai ini.Semua peta-peta Anai-anai adalah peta yang dilukis oleh penjajah.Antara peta kebanggaan Anai-anai ialah peta Perancis bertarikh 1730,yang menunjukkan negara Siam.Kemudian satu peta lain yang merujukkan tanah semenanjung sebagai 'Semenanjung Melaka'.




Pertama saya nak ulas peta 'SEmenanjung Melaka'.Peta ini digunakan oleh Anai-anai untuk mencanangkan bahawa kononnya dahulu semenanjung ini dinamakan 'SEmenanjung Malacca' tetapi Inggeris telah menukarnya menjadi Semenanjung Tanah Melayu.Padahal peta ini dilukis oleh orang Eropah,bukannya orang Melayu atau orang Siam Islam versi Anai-anai.Dan satu lagi,mengapa tidak ditulis sahaja 'SEmenanjung Ayutthaya' atau 'SEmenanjung Siam' sahaja?Bukankah kerajaan Siam besar ketika itu mengikut dakwaan Anai-anai?Dan hujah yang diberi oleh Anai-anai ini menjerat dirinya kembali.Ini kerana secara tidak langsung mengakui bahawa Melaka dahulu mempunyai empayar besar sehingga mencakupi seluruh Tanah Melayu.Mengapa Syah Alam Yang Maha Mulia (gelaran raja Siam versi Anai-anai) tidak sempat memberitahu pelukis ini supaya menamakan semenanjung ini sebagai 'SEmenanjung Ayutthaya Siam Kedah' ???Tidak cukup gah kah kerajaan Siam Islam itu?SEhingga dilupakan oleh pelukis peta??Mengapa nama Melaka lebih dikenali??

Dan peta abad ke 16 itu pula menunjukkan bahawa semua dakwaan Anai-anai mengenai adat Siam,nama Melayu yang dicipta Inggeris dan pelbagai lagi adalah propaganda sahaja dan andaian Anai-anai yang tidak berpuas hati menjadi Melayu di Malaysia.Kalaulah Anai-anai diterima menjadi Perdana Menteri Malaysia,perkara pertama yang dilakukan MUNGKIN MENSIAMKAN SEMUA MELAYU DI MALAYSIA INI.Membuang semua perkataan 'Melayu',dan menggantikannya dengan Siam Islam.


Perhatikan tembelangnya semakin pecah dengan menghuruharakan asal-usul orang Melayu:


"Saya dan rakan-rakan tak kisah pun samada saudara setuju atau tidak kerana kami pun tidak meminta persetujuan sesiapa. Todahe facts are so clear. Sila saudara baca kesemua artikel dan ambil faham, itu sahaja. Ramai pun yang sudah faham apabila meneliti penulisan diblog ini secara terperinchi.

Saudara hanya menceritakan ketuanan Melayu dalam konteks hari ini sedangkan sultan-sultan yang ada hari ini dilantik oleh PENJAJAH INGGERIS DAN THAI. Mereka bukan waris yang sebenar kecuali Raja Perlis , Sultan Selangor dan Sultan Pahang sahaja.

Saya tidak keliru dengan perkataan “Malay Supremacy”, cuma ramai yang menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri dan ramai yang tidak faham pun, pak turut saja. By the way, Malay Supremacy at whose expense, but if not the Malays themselves who don’t even know their own history. Melayu tu datang dari mana? Dari Xian, China (disebut Sian). Apa makna Melayu itu? Maknanya, Mari-lah-sini. Sedarlah sikit, Melayu pun China juga, Cuma gelombang kedatangan kesini jauh lebih awal saja.You and many others discover something new here"


ulasan:

Pertamanya,beliau mendakwa sultan-sultan dilantik penjajah,dan bukan waris sebenar.Nasihat saya,jangan berani berkokok di dalam internet,usahakan bawa Tuan Nai Long Kassim,pergi jumpa raja-raja Melayu dalam Majlis Raja-raja dan tanya salasilah mereka...atau kasarnya cabar salasilah mereka betul atau tidak,kemudian bandingkan dengan salasilah dalam wasiat.Berani atau tidak?Bawa berbincang dengan mereka (raja-raja Melayu) untuk menghentikan segala kekeliruan.Jangan terburu-buru menuduh raja-raja Melayu keturunan pengkhianat,bersekongkol dengan Inggeris,jika tidak benar...dapat dosa kering sahaja.

Keduanya,ini paling menggelikan hati.Anai-anai mendakwa Melayu itu dari Xian,China?Kalau dari YUnnan tidak mengapa juga kerana orientalis pun ada mengatakan begitu.Tetapi dalam profilnya Anai-anai mendakwa Melayu dari Yunnan pula.Bagaimana ni?Sekejap YUnnan,sekejap Xian?SEkejap jadi Siam,sekejap jadi Melayu,huru-hara jadinya.Ini macam Identity Disorder.Kecelaruan identiti.

Dakwaan Anai-anai ini serupa dengan dakwaan golongan Racist dari kaum bukan Melayu.Saya nak bagitahu,Cina..Cinalah...Melayu Melayulah...ia tidak sama.JIka kita tanya sesetengah orang Thai,mereka pun ada mengatakan asal-usul mereka dari Xian.Dan Siam itu bukan dari Siam Islam ini tetapi merujuk pada Xian,negeri nenek moyang orang Tai (ini saya ambil dari pengakuan warga Thai dalam sejarahnagarakedag.blogspot).Jadi segalanya jadi cacamarba di tangan Siam dan Thai ini.Anai-anai mahu 'menghalau' orang Melayu ke Xian,padahal orang Tai kata itu negeri nenek moyang mereka.DI AKHIR CERITA,ORANG TAI DAN MELAYU DIHALAU KE XIAN,DAN ANAI-ANAI MENGAMBILALIH SELURUH BENUA SIAM DAN TANAH MELAYU.Bagus...bagus...




KESIMPULAN


Peta-peta Anai-anai dalam lingkungan abad ke-15 ke 17 Masehi.Melaka adalah negeri Melayu yang berpengaruh ketika itu,jadi tidak hairanlah pelukis peta ERopah merujuk kepada kata 'Malacca'.

Peta-peta ini tidak ada kaitan dengan Teori Memelayukan Oleh Inggeris.INI KERANA REKOD CHINA MENYEBUTKAN PERKATAAN MO-LO-YU SEAWAL ABAD KE-5 MASEHI LAGI.Belum lagi saya bacakan riwayat sastera Sanskrit seperti Ramayana dan Arya Purana yang menjangkau 400 tahun SEbelum Masehi!!Ketika itu tidak wujud langsung orang Siam versi Anai-anai.Semuanya masih di alam roh lagi.Tiada manuskrip sekurang-kurangnya seawal abad 5 Masehi menyebutkan perkataan 'SIAM'.Tetapi perkataan 'MELAYU' (dan variasinya bergantung kepada loghat) memang ada!JADI SIAPA YANG JADI MELAYU SEKARANG?Melayu jadi Melayu atau Siam Islam yang jadi Melayu di negeri Melayu?

JADI SAYA CABAR ANAI-ANAI KELUARKAN PETA ABAD KE-5 HINGGA KE 11 MASEHI YANG MENUNJUKKAN KERAJAAN SIAM ISLAM INI.Baru dakwaan Melayu adalah pendatang atau perampas takhta Siam nampak 'authentic'.MEMANG TIADA,DAN JIKA ADA,MUNGKIN DILUKIS OLEH ANAI-ANAI MENGGUNAKAN PHOTOSHOP.Mengapa?

Biar saya beritahu sejarah Ayutthaya.Ia bermula pada abad ke 12 Masehi,tepatnya sekitar 1351 sehingga 1767 Masehi.Ketika ini Empayar Srivijaya sudah mengalami perpecahan.Akibatnya semua wilayah-wilayah jajahannya membebaskan diri dari pengaruh Srivijaya.Kerajaan Angkor semakin maju.Di Jawa,muncul Kediri dan Majapahit (Selepas kemangkatan Hayam Wuruk,pengaruh Majapahit mula merosot dan berpecah menjelang abad ke 14).Di Sungai Chao Phraya,muncullah kerajaan Ayutthaya ini.Apabila kuasa kerajaan Ayutthaya semakin kuat,pengaruhnya mencapai seluruh Indochina dan negeri-negeri Melayu semenanjung.Terutamanya Kedah,sebab ia mempunyai pelabuhan yang baik.Di masa inilah munculnya UUK itu.Ketika ini Kedah dibayangi pengaruh Siam Ayutthaya.

Ini samalah seperti hari ini,dahulu British berkuasa dan membayangi negera-negara di dunia.Kemudian hari ini Amerika tidak dinafikan masih lagi kuasa dunia dan ia membayangi semua negara dunia pada hari ini.

Jadi sejak Ayutthaya menjadi kerajaan,barulah nama 'Siam' ini dipolitikkan oleh raja-raja Ayutthaya.Jadi apa yang boleh saya simpulkan,kerajaan Ayutthaya inilah yang memperkenalkan 'Siam' kepada dunia luar.Nak harap Sukhotai?Inskripsi RamKhamhaeng pun sudah mula diragui keasliannya.Dan nama raja itu pun tiada dalam rekod sarjana bangsa lain.Jadi Ayutthayalah yang membina hubungan antarabangsa pertama secara besar-besaran bagi Benua Siam selepas kejatuhan Champa dan Funan.Jadi ini logik mengapa manuskrip atau peta tentang 'Siam' hanya wujud tidak lebih awal dari abad ke 15.

Melaka tidak disenangi oleh Ayutthaya kerana memotong peluang Ayutthaya mengaut keuntungan lebih.Ini ibarat raja Pelabuhan Kelang yang tidak menyenangi Pelabuhan Singapura kerana 'mencuri' kapal-kapal yang mahu lalu ke Selat Melaka.SEbab itu peta-peta Anai-anai yang menunjukkan 'Empayar Siam Nagarakedah Pasai Ma' itu antara abad ke 15 hingga 17.TIdakkan ada Siam Islam versi Anai-anai lebih awal dari abad ke 11 atau 12 Masehi.Keturunan Siam Anai-anai hanya wujud kerana Ayutthaya.Anai-anai adalah Ayutthaya.Ayutthaya adalah Anai-anai.Itu saja.

Saya tidak mahu sentuh pasal sejarah kedatangan Islam (salah satu senjata Anai-anai).Kerana saya pun tahu Islam telah pun tiba di Nusantara seawal Rasulullah s.a.w masih hidup lagi.CUma ketika itu,bukan seluruh umat Melayu mendadak masuk Islam.Ia mengambil proses beransur-ansur yang memakan jangka masa tertentu.

Saya petik lagi dari artikel 'Siapakah Yang Membuka Melaka?':

"Melaka dikatakan dibuka oleh Parameswara dalam tahun 1400 dan kononnya putera raja Majapahit tanpa memberi bukti asal usul keturunan dan salasilahnya. Kefahaman kita mengenai sejarah ini adalah kerana kita membaca buku-buku yang ditulis dizaman Inggeris menjadi penjajah. Akan tetapi bukan Inggeris yang menulis sejarah Melaka sebegini kerana Inggeris datang terkemudian, selepas Portugis dan Belanda tidak banyak yang merka tahu ketika itu. Penulis sejarah ini tak lain dan tak bukan ialah Marhum Melaka, Raja Kota Setar yang melarikan diri ke sana dari Kedah kerana bersubahat membunuh Maharaja Benua Islam Siam, Khalifah Sharif dalam tahun 1821"


Ulasan saya...salah,salah dan salah.Ini bukti hanya UUK sahaja rujukan Anai-anai.Melaka dibuka oleh putera raja Srivijaya yang mengalami perpecahan dan kemerosotan ketika itu,bukan Majapahit.Majapahit adalah kerajaan Jawa.Jika putera Majapahit
yang membuka Melaka,maka tiadalah Sultan Melaka.Yang ada ialah Bentara Melaka.Cubalah kaji sejarah secara meluas,jangan duduk di dalam tempurung Ayutthaya,UUK dan Siam sahaja.JIka Ayutthaya menakluk seluruh Nusantara,mana nak campak Prambanan dan Borobudur itu?Mana nak campak candi-candi Srivijaya di Thailand itu?Anai-anai dan kelompoknya takut sekali nak menyebutkan tentang Srivijaya kerana ia adalah EMPAYAR NUSANTARA TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Tiada kerajaan di Asia Tenggara sehebat Srivijaya.Yang ada menyaingi sedikit ialah Empayar Khmer.Apatah lagi Ayutthaya yang berkali-kali gagal menakluk Melaka.Dan Melaka hanya dapat dikalahkan oleh kuasa Eropah seperti Portugis,itupun setelah rahsia pertahanan dan jambatan Melaka dipecahkan oleh pembelot.Tetapi Ayutthaya dikalahkan oleh Burma sahaja dicampur orang Thai yang memberontak.

Saya bukan menulis untuk menafikan wasiat Anai-anai.Saya menulis bukan kerana nama...(eh,tersasul pulak).Saya menulis adalah untuk memastikan penulisan Anai-anai selepas ini lebih mantap dari segi kronologi sejarah.JIKa persoalan yang ditimbulkan oleh penulis sejarahnegarakedag.blogspot pun tidak terjawab malah dijawab secara maki hamun (ini dakwaan Adulyadeh,penulis blog itu) dan emosi,bagaimana untuk menghadapi yang lain-lain?Saya nampak poin dari penulisan Anai-anai tetapi menjadi kecewa dengan tuduhan-tuduhan kurang berpelajaran tentang asal-usul Melayu.

Saya tidak mahu mengesahkan tentang benar atau tidak salasilah keturunan Nai itu,kerana saya bukan orang Siam dan hanya kerabat mereka yang faham dan tahu sendiri salasilah keturunan mereka.Saya tiada masalah jika mereka mendakwa raja-raja Ayutthaya itu adalah nenek moyang mereka.Lagi pun ini wasiat turun temurun (seperti yang dikatakan Anai-anai).Yang ingin saya TEKANKAN IALAH PANDANGAN ANAI-ANAI TENTANG ASAL-USUL MELAYU ITU.Itu yang memang boleh dipertikaikan.Dan saya juga bukan mahu mempertikaikan kesahihan UUK.Bagi saya,kitab ini penuh rahsia dan wajib dikaji oleh pakar sejarah berkenaan hubungan negeri-negeri Melayu dengan kerajaan di Benua Siam (Indochina).

Bagi saya,Anai-anai hanya 'expert' dalam sejarah Kedah dan Siam Ayutthaya,tetapi bukan asal-usul Melayu dan orang Melayu.Kena belajar lagi,seperti saya yang masih cuba belajar memahami rumpun Siam itu sendiri.













~Srikandi






2 comments:

  1. apa yg telah saya baca dan teliti kedua belah pihak ni nampak macam ada masalah,jadi kesimpulannya kedua-dua blog ini nampak nya menimbulkan keraguan kepada pembaca.........jadi, cari lah jalan penyelasian kamu kedu belah pihak.. dan jangan tulis blog jika cuma ingin bersaing dan bermegah2 dengan pendapat masing.... seeloknya tulis la blog untuk pengetahuan bersama dan bukan untuk menimbulkan keraguan pendek kata berstu kita teguh bercerai kita roboh jangan melayu mudah lupa dan jangan melayu hilang di dunia...

    ReplyDelete
  2. Ini adalah satu artikel info pilihan. Jika pada pandangan saya, artikel berkenaan dengan melayu ini terlalu banyak dan terlalu sukar untuk menentukan kesahihannya. Tapi saya memilih artikel dari M.O ini kerana saya bersetuju yang melayu berasal dari Nusantara dan Nusantara itu adalah di sini dan beberapa kawasan lain yg disebutkan.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.