Assalamualaikum.
Apa yang hendak saya ceritakan pada hari ini ialah, mengenai layanan yang patut diberikan kepada wanita. Ada orang pernah mengatakan kepada saya yang kaum lelaki ini tidak pandai memberikan layanan yang sepatutnya kepada wanita. Ada juga yang mengatakan yang kaum lelaki ini hanya pandai mengenai kehidupan dan tetapi kurang pandai memberikan layanan kepada wanita. Sama ada ini adalah benar atau tidak benar, saya sendiri pun kurang pasti akan kenyataan ini.
Setiap lelaki inginkan kasih sayang dari seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Tetapi kadang-kala kasih sayang itu seperti tidak mencukupi selalunya menjadi perbalahan diantara setiap pasangan. Kadang-kala pada waktu lelaki itu ingin bermanja dan pada masa itu pula 'mood' wanita itu tidak baik, terjadilah pergaduhan yang meletus secara tiba-tiba. Begitu juga sebaliknya di mana setiap wanita akan ada waktu di mana mereka tidak akan mempunyai mood yang baik dan pada masa itu mereka hendak layanan yang baik daripada lelaki dan tidak mendapat seperti yang sepatutnya, mereka akan lebih cepat marah dan seterusnya kecewa.
Sebenarnya jika kita lihat dari setiap kejadian ini, kedua-dua pasangan ada salah dan silapnya. Ketiadaan sikap tolak ansur dan bersabar akan memburukkan lagi keadaan yang sudah tersedia buruk. Kejadian seperti ini boleh kita elakkan dengan berfikir dan mengkaji setiap apa yang terjadi dengan teliti sebelum menimpakan sesuatu tuduhan atau amarah kepada pasangan kita. Kita ambil contoh yang mudah, katakanlah seorang lelaki ini baru sahaja mengalami satu kejadian yang buruk seperti bergaduh dengan kawannya, dan pada masa itu juga pasangannya pula sedang mengalami hari yang tidak baik pada bulan itu. Pada masa itu pula wanita itu ingin bermanja dengan pasangannya, tetapi di sambut dengan dingin sekali atau dengan nada suara yang tinggi. Sudah pastilah pergaduhan akan terjadi dan tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi jika si lelaki itu sedar akan kesilapannya dan pada akhir perbualan lelaki itu menggunakan nada yang elok, maka tidak patutlah si wanita itu terus memarahi lelaki itu.
Apabila kita bergaduh dengan pasangan kita, setiap patah kata dan perbuatan akan terluah dengan cara yang paling buruk sekali. Jika lelaki atau wanita itu bijak memainkan peranan dan mengawal situasi tersebut, perkara seburuk itu dapat kita elakkan. Sepatutnya wanita ini dilayan dengan penuh kelembutan dan penuh kemanjaan. Ini kerana wanita itu adalah kaum yang paling dimuliakan oleh Allah. Sehinggakan ada satu surah untuk wanita di dalam Al-Quran iaitu surah An Nisaa'. Kaum wanita ini sepatutnya di muliakan sebagaimana yang sepatutnya. Tetapi ada juga di sebut di dalam Al-Quran tentang layanan yang patut diberikan kepada wanita-wanita yang tidak baik. Ini kerana wanita ini akan menjerumuskan lelaki ke lembah neraka jahannam.
Kepada wanita pula, janganlah terlalu mengikut perasaan apabila marah. Setiap perbuatan dan perkataan yang terluah amatlah buruk dan kelak akan menyesali diri sendiri. Setiap yang terjadi pada hari itu, tidak akan dapat diundurkan kembali. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sebab itulah wanita pada zaman sekarang perlu memahami diri lelaki. Jika wanita hendak lelaki memahami diri mereka, mereka perlu juga memahami diri lelaki. Kita ambil contoh yang lain, seorang lelaki yang telah ditipu oleh pasangannya cuba untuk memaafkan pasangannya dan cuba untuk melupakan kesalahan pasangannya. Tetapi pasangannya berharap lelaki itu akan melupakan kejadian itu dengan sekelip mata. Apabila pasangannya itu cuba hendak bermanja dengan lelaki tersebut, dia tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan terus mengamuk tidak tentu pasal. Rentetan dari kejadian itu, segala yang terbina akan terus hancur dan berkubur begitu sahaja. Dalam kes ini, si wanita sepatutnya memahami perasaan dan luka yang ada pada si lelaki itu. Lelaki juga sama seperti wanita iaitu mengambil masa sedikit untuk menyembuhkan luka tersebut.
Satu kejadian lagi ialah di mana seorang lelaki ini kurang arif tentang layanan terhadap wanita. Bagi saya, ini adalah satu keuntungan bagi pihak wanita kerana sudah tentunya lelaki ini amat kurang bercinta atau mungkin tidak pernah bercinta sama sekali. Ini membolehkan wanita itu mengajar lelaki tersebut mengenai layanan kepada seorang wanita. Bukannya memarahi atau terus memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Memanglah agak letih sedikit, tetapi fikirkanlah mengenai hasilnya pada masa akan datang nanti.
Kesimpulannya ialah, dalam untuk membina atau menyelamatkan sesebuah hubungan itu, sifat sabar, tenang, usaha dan berfikir merupakan jalan yang terbaik dalam menyelesaikan masalah. Sebenarnya tidak semua orang itu sempurna tetapi yang membuatkan kita rasa sempurna adalah pasangan kita. Pasangan kitalah yang melengkapi diri kita dan membuatkan kita rasa selesa. Jika dalam hubungan percintaan lagi kita sudah asyik bertengkar, lebih baik kita mencari pasangan yang lain. Ini kerana sudah tentunya pasangan itu tidak sesuai dengan kita. Jika kita hendak teruskan lagi di alam perkahwinan, kelak nanti mungkin akan terjadinya perceraian. Tetapi jika kita sayangkan seseorang itu dan mahu sehidup semati dengan dia, didik dan asuhlah dia dengan penuh sabar kerana tidak ada yang dapat menundukkan kita melainkan Ilmu Agama yang kukuh dan tidak ada yang akan melawan kecuali orang itu hanya Islam pada nama sahaja.
Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.
(Al A'raaf : 176 )
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.