Apa itu kawan? Apa itu sahabat? Bila kita sebut pasal topik ini, sungguh banyak definisi dan pengertian mengenai kawan atau sahabat. Tapi tahukah kita siapa sahabat or kawan dalam hidup kita itu? Jenis kawan mcm mana yang kita hendak atau sepatutnya dapat dan cari? Dalam hidup kita, tidak semua kawan kita itu baik dan tidak semua kawan kita itu jahat. Tetapi dapatkah kita semua menilai kawan kita itu sama ada ianya sesuai atau pun tidak? Jawapan saya ialah TIDAK. Terlalu banyak sebab dan hujah kenapa saya memberikan jawapan sebegini. Tetapi jawapan saya ini tidak tertakluk kepada mereka yang mempunyai akidah yang kuat. Pada saya, orang seperti mereka ini tidak perlu saya terangkan kerana mereka tahu membezakan mana yang hak dan mana yang bathil. Ini adalah mengenai mereka yang diluar dari lingkungan orang-orang yang beriman.
Apabila kita memilih kawan, kita akan memilih mereka yang 'sekepala' atau 'sebulu' dengan kita. Ini kerana kita hendakkan kawan yang boleh menjadi teman gelak dan teman berduka untuk kita. Saya tidak mengatakan yang memilih kawan dengan cara ini adalah salah, tapi kita perlu juga susuli dengan tindakan menilai kawan kita itu sekali. Menilai diri orang lain ini bagi sesetengah orang kononnya adalah salah dan tidak patut. Sebenarnya menilai diri orang lain disini maksud saya ialah melihat sama ada dia itu baik atau tidak baik untuk diri kita. Jika kita kuat, tidak kisah la orang itu sejahat mana pun sudah tentu tidak menjadi masalah bagi kita. Tetapi jika diri pun mempunyai akidah senipis kulit bawang, tidak tahan dengan ajakan mungkar kawan kita, jangan la mengada-ngada untuk menerima kawan seperti ini. Ini bukan sahaja dikatakan bodoh, tetapi boleh mengundang padah kepada diri sendiri.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (3:118)
Dalam memilih kawan juga ada beberapa kriteria yang perlu kita perhatikan. Adakah dia ini suka mengumpat, adakah dia suka kepada hiburan yang melampau, adakah dia suka berlagak, adakah dia suka menyebarkan fitnah dan banyak lagi perkara mungkar. Jika ya, anda boleh berfikir dengan sendirinya, jika dia boleh melakukan seperti itu kepada orang lain atau mungkin kawannya yang lain, sudah pasti diri anda juga tidak akan terlepas.
Saya pernah juga menemui dengan orang yang seperti ini semasa berkawan. Dahulu baik, kongsi apa saja cerita dan rahsia. Tetapi akhirnya kini menjadi renggang dan dia akhirnya telah memburukkan saya didepan teman yang lain kerana satu insiden. Apa yang saya katakan ini adalah satu fakta dan apa yg saya tegur kawan-kawan saya ada merupakan satu fakta yang saya dapat dari Al-Quran. Sudah tentulah saya ingin menekankan yang ayat Allah ini adalah benar!! Tetapi ada mulut-mulut yang mengatakan yang saya ego dan hanya saya yang benar. Wahai makhluk Allah, sedarkah apa yang anda semua katakan itu? Berani sungguh anda semua menidakkan kata-kata Allah yang saya gunakan untuk muhasabah diri. Saya berasa sungguh sedih kerana diperlakukan oleh orang-orang yang pernah menjadi kawan kepada saya. Hanya Allah sahaja yang boleh membantu mereka sekarang ini. Pada masa sekarang ini, saya hanya mampu buat yang terbaik untuk membantu sesiapa yang perlu walaupun orang itu pernah berbuat tidak baik pada saya.
Seorang lelaki bertanya:“ Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh.” Kemudian baginda menjawab,” Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu”.
Riwayat Muslim
Kepada para pembaca sekalian, sekiranya kita sayangkan kawan kita itu ataupun sayangkan agama kita ini, kuatkanlah hati kita untuk tidak terpengaruh atau menjadi lemah kerana telah dipulaukan atau telah dikhianati kawan. Sebab bagi saya itu bukan kerugian kepada diri kita, malah ianya kerugian kepada diri mereka sendiri. Sebab kawan-kawan ini akan datang kepada kita jika kita manis mulut dan pandai bermain dengan kata-kata. Bagi perempuan pula, tidak perlu susah payah menarik perhatian. Hanya perlu menggunakan kelebihan yang ada pada mereka sahaja untuk menarik 100 jenis masalah. Jadi, nasihat saya ialah teruslah berbuat baik agar suatu hari nanti hati kawan anda yang bermasalah itu akan terbuka dan sedar akan apa yang telah dia lakukan. Janganlah pula anda terasa hati jika kawan anda itu mempunyai pendidikan atau kelebihan yang lebih tinggi dari anda, kerana ilmu dunia ini tidak kemana pun jika hati kita hitam. Saya mengingatkan diri saya dan juga diri anda semua agar terus sabar dan tabah dan jangan mudah menyerah kalah. Kerana yang rugi bukan anda, tetapi mereka.
Ada 4 sebab kenapa saya berkata demikian :-
1.Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan pengukur darjat keimanan seseorang.
2.Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang sebaliknya menambahkan lagi kebaikan terhadap mereka mudah-mudahan dengan itu hati mereka menjadi lembut dan baik.
3.Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa sabar dan benar dalam bertindak.
4.Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
Berfikirlah anda....dimanakah anda berada sekarang ini??
.......
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.