"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Wednesday, March 24, 2010
Laman web lucah tidak boleh dikawal?
Baru-baru ini saya telah diberitahu ada seorang pegawai di kementerian sahabat saya yang telah di tangkap kerana didapati melayari laman web lucah. Perbuatan ini dilakukan di pejabat orang itu sendiri. Suspek ini adalah seorang pegawai yang bergred 48 dan sudah berumur. Mengikut kata sahabat saya itu lagi, suspek ini sentiasa menjadi imam di surau mereka. Ketika ditangkap, sahabat saya menemui terlalu banyak gambar dan video klip lucah pada komputer suspek itu.
Apa yang saya ingin kongsi bersama-sama para pembaca ialah, benarkah laman web lucah pada masa kini amat sukar untuk di kawal? Mengikut kajian yang telah dibuat oleh sebuah laman web ini, laman web lucah merupakan salah satu dari 100 laman yang paling digemari oleh rakyat negara kita. Ini adalah satu kajian daripada Alexa.com dan ianya adalah sesuatu yang memalukan. Jadi, persoalannya ialah benarkah laman web lucah ini tidak boleh dikawal? Sejauh mana kebenarannya?
Bagi saya, sebenarnya laman-laman web lucah ini boleh dikawal. Ia boleh dilakukan dengan melakukan setting di firewall masing-masing di rumah. Perisian antivirus seperti Kaspersky juga mempunyai setting untuk menghalang dari pengguna dirumah untuk membuka laman web lucah tersebut. Tetapi ianya perlu datang dari kesedaran diri masing-masing juga sebenarnya. Tetapi jika saya katakan pihak seperti MIMOS, Streamyx dan Jaring boleh menghalang dari laman web ini diakses oleh pengguna, adakah anda semua setuju?
Fikirkan sebentar.....
......
....
...
..
.
Jawapan saya, ianya tidak mustahil dan ianya boleh dilakukan. Tetapi mengapa mereka tidak melakukannya? Mereka mangawal segala apa yang berlaku di laman maya negara kita. Seperti streamyx, mereka boleh membuat setting di server mereka untuk menghalang dari pengguna melayari laman web lucah tersebut. Tetapi kenapa mereka tidak melakukannya? Adakah kerana takut periuk nasi mereka akan terganggu? Adakah mereka takut pesaing mereka akan mendapat lebih sambutan kerana membenarkan akses kepada laman web lucah?
Kita boleh berfikir sendiri sebenarnya wahai para pembaca yang budiman. Jangan berfikir dengan perut, tapi berfikirlah dengan akal dan bezakan menggunakan hati yang bersih. Mahukah anda semua jika suatu hari nanti keluarga anda atau anak anda menjadi pengunjung setia kepada laman web lucah? Mahukah nanti suatu hari nanti anak anda lebih 'advance' dari anda mengenai seks? Mahukah nanti suatu hari nanti anak anda menjadi bapa di usia yang muda? Sudah la kes pembuangan bayi semakin berleluasa, di tambah lagi dengan kes gejala sosial yang semakin parah. Apa lagi yang tidak cukup? Apa lagi yang hendak ditambah?
Saya juga berfikir dan saya pasti ada juga yang sependapat dengan saya, mengapa tidak kita pergi ke punca masalahnya sahaja? Kenapa perlu kita gunakan kesedaran sendiri sebagai alasan? Berdasarkan kepada apa yang terjadi di negara kita sekarang ini, wajarkah alasan seperti menggunakan kesedaran sendiri itu digunakan? Jika semua rakyat negara kita mempunyai kesedaran sendiri yang tinggi, sudah pasti tidak ada rakyat kita yang menjadi penagih dadah, perogol dan kaki botol. Sudah pasti kadar jenayah kita semakin hari semakin kurang dan bukannya semakin bertambah atau kurang sebanyak 1% atau 2%.....naik meluat saya dibuatnya membaca statistik jenayah tersebut.
Para pembaca yang budiman sekalian. Saya rasa apa yang saya luahkan ini tidak ada salahnya. Boleh juga saya katakan yang nafsu manusia ini amat sukar untuk dikawal kecuali dengan pendidikan agama yang sempurna dan juga persekitaran yang sihat. Tetapi jika kita lihat di sekeliling kita sekarang ini, adakah pendidikan agama yang sempurna? Adakah persekitaran yang sihat sekarang ini? Bermacam-macam pendekatan yang dilakukan seperti persatuan Islam, Islam Hadhari dan lain-lain lagi. Tetapi adakah ianya berkesan? Jadi, macam mana kita hendak mengatasi masalah ini? Sekali lagi saya katakan, hendak mencegah dan merawat penyakit hendaklah kita mencegah dan merawatnya dari puncanya penyakit itu, bukannya dengan merawat bahagian yang sakit sahaja! Jadi, fikirkanlah wahai para pembaca yang budiman. Kerana ini adalah berkenaan dengan masa depan negara kita sendiri juga dan bukannya masa depan negara orang lain.
Fikirlah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.