NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, June 24, 2010

Artikel Pilihan - P A N I C

P A N I C



Untuk mencapai kehendaknya,The Hidden Hand seringkali mengubah strateginya.Setiap strategi merupakan senjata yang digunakan mengikut situasi tertentu.Bukan semua senjata boleh dipadankan dengan satu-satu situasi atau pelan yang dirancang.Setiap senjata mempunyai kelebihan tertentu dan begitu berkesan jika digunakan dalam situasi tertentu.Ada senjata yang tidak sesuai digunakan,ada pula senjata apabila digunakan,akan memberikan impak yang besar walaupun tanpa disedari oleh manusia.

Ini adalah Jigsclue #015,di bawah codename "PANIC"

Baca dengan teliti



-M.O



 

"P A N I C"


Salah satu instrumen mindcontrol yang digunakan untuk mengawal sikap manusia ialah penggunaan manipulasi ke atas emosi.Ini dilakukan dengan pengetahuan bahawa emosi manusia mampu mempengaruhi fisiologi manusia.Emosi manusia boleh dikawal dengan menggunakan satu teori dalam Neuro-Linguistic Programming iaitu 'Kuasa Keadaan'.Kuasa Keadaan adalah situasi yang akan  membuahkan tindakan atau kesan dari seseorang atau sekumpulan manusia.Penggunaan situasi ini untuk mewujudkan kesan kepada emosi manusia,kerana manusia seringkali bertindak berdasarkan emosi mereka.Emosi juga mampu mengubah fisiologi manusia.Orang yang asyik bersedih dan murung lama kelamaan akan kurus kering.Orang yang hatinya riang gembira kebiasaannya meningkat berat badannya.Wajah orang yang bersedih,cara dia berjalan juga berbeza berbanding orang yang senang hati.

Terdapat satu kisah popular berkenaan satu adat resam 'menunjukkan tulang' oleh para dukun satu puak aborigine Australia.Jampi serapah dukun ini amat kuat dan apabila mereka mengenakan tulang sakti pada mangsa,maka tiba-tiba mangsa akan mengalami pengalaman yang dasyat.Orang itu yang menyedari bahawa dirinya telah tersihir akan mengalami kesakitan yang teramat sangat walaupun tiada sesiapa yang memukulnya.Wajahnya akan dikeriut-keriutkan seolah-olah dalam kesakitan dan kemudian dia akan mengerang-ngerang.Mulutnya akan mengeluarkan buih secara tiba-tiba.Kakinya menendang-nendang ke sana ke mari dan kemudian dia mati.

Sebenarnya tiada apa pun yang menyerang orang itu dan para dukun itu tidak melakukan apa-apa selain menunjukkan 'tulang sakti' itu.Inilah kuasa kepercayaan dan emosi yang digunakan oleh para dukun itu untuk menimpakan 'sihir' ke atas mangsa.Kuasa kepercayaan itu amat kuat kepada kaum itu iaitu siapa yang terkena 'tulang sakti' itu maka mangsa akan mati tidak berapa lama kemudian.Namun apabila sekumpulan pengkaji mengenakan tubuh mereka dengan tulang itu,ternyata mereka tidak mengalami apa-apa setelah beberapa hari.

Kuasa Keadaan pula bertindak dengan cara yang sama seperti Kuasa Kepercayaan,mempengaruhi emosi dan akhirnya fisiologi.Bayangkan situasi dimana seorang isteri sedang menunggu suaminya pulang pada waktu malam.Jika si isteri memikirkan bahawa suaminya sedang bersama-sama perempuan lain,sudah tentu apabila suaminya pulang,dia akan menyambut dengan perasaan marah dan setidak-tidaknya dingin.Jika dia memikirkan suaminya mungkin lewat kerana terlibat dalam kemalangan atau terpaksa bekerja lebih masa untuk kebahagian rumahtangga,sudah tentu cara dia akan menyambut suaminya pulang akan jadi berbeza.Inilah penjelasan ringkas tentang Kuasa Keadaan yang mempengaruhi emosi seseorang.

Untuk mengawal sekelompok manusia,The Hidden Hand perlu memikirkan satu cara bagaimana mempengaruhi mangsa-mangsanya supaya berkelakuan seperti yang diharap-harapkannya.Mengawal sekelompok manusia dalam jumlah yang besar bukan kerja yang mudah.The Hidden Hand memikirkan apakah formula untuk membuatkan mereka bertindak SAMA SEPERTI APA YANG THE HIDDEN HAND FIKIRKAN.


Katakan jika saya dikejar anjing,saya akan lari.Begitu juga jika saya lepaskan anjing kepada orang lain,orang lain akan lari.Ini adalah rumus mudah untuk menjalankan satu daripada senjata mindcontrol besar-besaran The Hidden Hand (massive mindcontrol method).Senjata ini mengandungi lima huruf:
P A N I C.

Kita boleh bayangkan apa yang berlaku kepada seseorang yang berada dalam keadaan panik.Dia akan berada dalam emosi yang tidak stabil dan mudah bertindak tanpa berfikir dengan mendalam.TIDAK BERFIKIR DENGAN MENDALAM adalah katakuncinya.Apabila seseorang itu tidak berfikir dengan mendalam,maka ini adalah bola tanggung yang tidak mungkin untuk dilepaskan;paksa dia mengikut cara kita.Inilah antara teknik yang digunakan oleh para penjual untuk meyakinkan para pembeli supaya membeli produk mereka.Penjual akan menceritakan situasi yang mencetuskan kebimbangan dan rasa kurang senang.Apabila pembeli bertanya adakah ada cara untuk mengatasi masalah itu,maka inilah masanya si penjual menjual produknya.

THE HIDDEN HAND MENJUAL PRODUKNYA KETIKA SEMUA ORANG DALAM KEADAAN PANIK.

The Hidden Hand mempunyai satu strategi untuk membolehkan ia menggunakan senjata PANIK ini.Ia dipanggil kaedah PROBLEM-REACTION-SOLUTION.Ia terkandung dalam satu prinsip asas gerakan Freemason:Ordo Ab Chao.Seperti yang diterangkan sebelum ini,The Hidden Hand akan mencipta situasi atau masalah,kemudian apabila orang ramai sudah mengalami masalah,The Hidden Hand akan menawarkan bantuan atau penyelesaian.Dan KEHENDAK The Hidden Hand akan diselitkan bersama-sama penyelesian tadi.Namun ketika orang ramai menghadapi masalah,kadangkala kesannya amat lambat atau kemungkinan orang ramai akan merasa ragu-ragu untuk menerima penyelesaian dari The Hidden Hand.Adakah The Hidden Hand perlu menunggu lama?TIDAK SAMA SEKALI.Bagaimana?

THE HIDDEN HAND AKAN MENGGUNAKAN SENJATA PANIK UNTUK MEMPERCEPATKAN PROSES PENERIMAAN.

Nyalakan api panik di sana sini dan anda akan lihat betapa ramai manusia akan terpaksa melutut di kaki anda.Sebab apa?Kerana P A N I C.Kerana apa?KERANA MEREKA TIDAK PUNYA PILIHAN.Sebab apa mereka tidak mempunyai pilihan?

SEBAB MEREKA TIDAK BERFIKIR DENGAN MENDALAM.

Ini adalah katakunci yang penting untuk memahami mengapa senjata panik perlu digunakan.Paksa mereka BERADA DALAM SATU KEADAAN di mana mereka tidak mampu berfikir dengan mendalam.Ini adalah aplikasi KUASA KEADAAN yang digunakan dalam Neuro-Linguistic Programming dan teori-teori motivasi minda manusia yang lain.Dan ini menunjukkan bahawa minda,emosi dan tubuh manusia punya hubungan misteri antara satu sama lain.Inilah yang telah dikaji di satu makmal rahsia di Long Island,Area 51,Montauk dan lain-lain lokasi terutamanya hospital-hospital mental tajaan inteligen Amerika dan NWO.Mari kita lihat beberapa kajian kes.

 
911

911 adalah nombor untuk bantuan kecemasan di Amerika.Apakah yang dimaksudkan dengan 'bantuan kecemasan'.Ia ada kaitan dengan panik.Bila anda panik anda akan cemas.Bila anda cemas anda akan panik.Adakah ia bermaksud setakat itu?TIDAK SAMA SEKALI.Apabila satu tarikh dipilih dalam satu mesyuarat rahsia The Elite untuk satu upacara 'sacrifice' bagi projek "Menentang Keganasan",tarikh 11 September adalah bukan kebetulan.Ia melambangkan panik dan kecemasan,dan ini adalah 'trigger' untuk rakyat Amerika.Apakah 'trigger'?Ia adalah perbuatan,kata-kata atau perlambangan yang akan menarik kembali satu keadaan istimewa atau memori kepada mangsa mindcontrol.Pernah tonton 'The Manchurian Candidate'?Lihat adegan dimana kata-kata khas dibisikkan kepada mangsa mindcontrol supaya mereka bertindak mengikut arahan 'programmer'.Itulah yang dipanggil 'trigger'.

Apabila WTC runtuh,kononnya serangan pengganas,rakyat Amerika berada dalam keadaan cemas dan marah.Ketika inilah presiden Amerika melancarkan projeknya "Perang Menentang Keganasan".Adakah rakyat Amerika serta-merta menyokong?Tidak semuanya kerana mereka masih berada dalam keadaan trauma.Mereka akan membiarkan kerajaan berbuat apa sahaja namun apakah ini akan berkekalan?Presiden perlukan PENGUKUH untuk menetapkan emosi P A N I C.Bagaimana?

DENGAN SIMBOLISME PANIK,911.

Media AMerika sebagai satu instrumen paling penting NWO menyiarkan berkali-kali tulisan 911 dan gambar-gambar cemas rakyat Amerika yang terlibat dalam tragedi.Ini membantu sebagai memori atau pengukuh yang popular untuk mengenangkan tragedi itu.Adakah ia kebetulan?Tidak,ia bukan kebetulan.Kini pelbagai ceramah,kajian dan penerangan dilakukan pelbagai pakar dari pelbagai pihak malah dari Amerika sendiri bahawa tragedi 11 September adalah sesuatu yang 'dirancang'.Mengapa menggunakan 'trigger'?Untuk mengelakkan piket besar-besaran seperti yang berlaku ketika era Perang Vietnam-Amerika.Pada masa yang sama,masyarakat antarabangsa juga terpaksa merestui tindakan Amerika dan membantu menyebarkan imej 'Islamophobia' iaitu KEHENDAK The Hidden Hand.

Cetuskan panik dan rakyat Amerika akan tunduk di kaki anda.


Kegawatan Ekonomi

Senjata ekonomi adalah antara senjata yang amat digemari oleh The Hidden Hand.Dengan mengawal ekonomi dan nilai dolar,The Hidden Hand telah memegang senjata pemusnah besar-besaran yang hebat.Pelbagai cara digunakan untuk melancarkan 'peluru berpandu ekonomi'.Antara menggunakan kaedah spekulator.Ini benar ketika kegawatan ekonomi Asia 1997 dahulu.Kemudian 'economic crash' sehingga bank seperti Lehman Brothers terpaksa gulung tikar.Sistem pinjaman dan kredit konvensional sememangnya direka untuk mencetuskan tahap 'crash' ini.Graf ekonomi akan merudum apabila mencapai titik genting.Titik-titik genting ini bukanlah kebetulan namun dirancang dengan menggerakkan pelbagai kaedah dan jentera supaya ekonomi semasa mencapai titik genting ini.Ia boleh dikawal dan jangka masanya juga boleh diselaraskan.Mereka boleh memiskinkan anda bila-bila masa sahaja.

Bagaimana menggunakan ekonomi sebagai senjata?Cetuskan panik melaluinya.Manusia sering menjadi panik akibat kejatuhan ekonomi.Duit belanja sekolah anak-anak,makan minum,hutang dan sebagainya menjadi persoalan yang menjerat ketika bom ekonomi meledak.Orang ramai akan menjadi panik akibat masalah ekonomi yang menghimpit hidup.Sebarkan dalam media,pada bulan tertentu,ekonomi akan merudum.Kemudian mereka akan datang membawa penyelesaian ekonomi.IMF,Bank Dunia dan along-along antarabangsa akan menghulurkan kemudahan kredit.Apabila kita menerima,maka kita akan dijerat ke dalam perangkap seterusnya.Menjadi hamba turutan kepada si peminjam.


 
Perang

Telah disebutkan sebelum ini,bahawa teknik Ordo Ab Chao banyak digunakan dalam peperangan,yang paling terkenal ialah WW1 dan WW2.Namun peranan yang acapkali dimainkan di dalam perang adalah TRAUMA bukan PANIK.Namun panik digunakan untuk melancarkan perang tersebut.Ketika kuasa Jerman mula menjadi maju,Perancis dan England mula merasa panik dengan kuasa tentera Jerman dan setelah dihasut oleh ejen-ejen Illuminati,kedua-dua negara ini bersetuju melancarkan perang.Perkara yang dibangkitkan ialah,lambat laun Jerman akan menjajah Eropah.Namun peperangan yang dilancarkan sebenarnya bukan mencantas Jerman malah membantu Jerman kemudiannya benar-benar menjajah sebahagian Eropah.

Di dalam perang,perasaan panik mudah untuk dimainkan.Kehilangan tempat tinggal dan yang paling penting,orang yang tersayang adalah ramuan panik yang akan dicanangkan dalam kempen peperangan.Kuasa tentera kerap menimbulkan panik.Apabila satu-satu teknologi ketenteraan dibangunkan contohnya loji nuklear,wabak panik mula muncul.

NAMUN SEHINGGA KINI THE HIDDEN HAND BELUM LAGI MENGUJI SENJATA PANIKNYA MELALUI PEPERANGAN SECARA TERBUKA.


Wabak Penyakit

Ini adalah taktik antara yang paling berkesan untuk menyelitkan senjata panik.Hebahkan pada orang ramai bahawa wabak penyakit sedang menular dan anda akan lihat betapa paniknya mereka!Harga penapis udara yang dipakai dimulut yang pada asalnya murah berubah menjadi mahal dan anehnya,orang ramai tetap membeli walaupun pada harga tidak munasabah.Manusia sering memikirkan tahap kesihatannya dan takut mati.TAKUT MATI adalah ramuan panik paling mujarab dalam program penyebaran wabak penyakit ini.Virus-virus dicipta untuk menyebarkan wabak,dan apabila orang ramai panik dan bertanyakan vaksin,mereka akan keluarkan vaksinnya.Sama ada setiap vaksin mengandungi nanorobot atau bahan-bahan haram,orang ramai biasanya kurang memerhatikannya dan membiarkan vaksin tadi disuntik ke dalam tubuh.

Hasilnya mereka akan menjadi 'tentera-tentera Dajjal' atau 'goyyim' tanpa disedari.






Kesimpulan

Semua ini dilakukan bagi tujuan mindcontrol,mengawal tindakan orang ramai melalui emosi mereka.Mainkan emosi mereka,dan anda akan dapat membuatkan mereka kurang fokus dalam berfikir.Kurang fokus,anda akan mudah memujuk mereka.Orang yang mudah dipujuk adalah 'material mindcontrol' yang anda boleh kuasai tindakan mereka.The Hidden Hand tidak boleh memaksa orang ramai mengikut telunjuknya secara paksa.Kaedah lain seperti menyumbatkan ideologi atau mengadakan Thesis dan AntiThesis memakan waktu yang cukup lama dan berisiko tinggi.Namun cara ini amat berkesan dan bertindak pada masa yang cukup tepat.

The Hidden Hand boleh menguasai pelbagai paksi politik,ketenteraan dan industri,namun semua ini akan menjadi sia-sia sahaja jika dia tidak tahu menggunakannya.Mungkin orang ramai dapat dikhayalkan mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh The Hidden Hand namun mereka tidak semudah mengikut tarian yang ditunjukkan.Jadi bagaimana untuk membuatkan mereka menari mengikut telunjuk tanpa rasa was-was?










P A N I C















FIKIRKAN SEMULA

Tuesday, June 22, 2010

Artikel Pilihan - Temubual Bersama Lodgekeeper Sempena Isu Marvi Marmara.

Temubual Bersama Lodgekeeper Sempena Isu Marvi Marmara



Peristiwa serangan para komando Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza,Marvi Marmara telah menggemparkan masyarakat antarabangsa terutamanya umat Islam serata dunia.Lodgekeeper yang kini sedang berada di Tuzluca di sempadan Armenia-Turki meluangkan masanya bersama-sama kami untuk ditemubual melalui khidmat perbualan Internet,untuk berkongsi bersama-sama pembaca MF membincangkan isu ini.Dalam temubual kali ini,Lodgekeeper telah menyentuh persoalan 'prophecies' yang semakin menghantui diri para Elit The AntiChrist.Lodgekeeper juga menyentuh tentang sejarah Yahudi dan Israel,harapan mereka tentang Zion dan Promised Land,kaitan mereka dengan Christian Zionist,Jesuit dan Illuminati.Seterusnya beliau membicarakan tentang ramalan tentang kebangkitan mujaddid terakhir yang akan menjaga maruah Islam dari satu bangsa misteri sebagaimana bangsa Arab,Turki,Kurdis,Mamluk Mesir dan Monggol-Tartar (setelah memeluk Islam) pernah menjadi 'The Guardian of Islam' dari serangan kafir harbi dan The Hidden Hand yang mahu menghancurkan agama Allah di muka bumi.

Ketika para Zionis semakin tertekan dengan rezeki Allah yang berpusu-pusu ke Gaza melalui jalan laut,kami dengan sukacitanya membawakan Temubual Bersama Lodgekepeer dari Tuzluca,Turki.


Pandangan beliau tidak semestinya mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.


-M.O











S:MistisFiles             J:Lodgekeeper



S:Bagaimana keadaan di sana?
J:Di sini masih hangat isu para aktivis negara mereka yang terbunuh akibat serangan komando Israel Isnin lepas.Di televisyen,kerap dipaparkan berita-berita mengenainya dan terdapatnya juga liputan khas tentang insiden Marvi Marmara.

S:Boleh kita mulakan temubual.
J:Silakan.

S:Mengapakah Israel begitu tergopoh-gapah menyerang Marvi Marmara padahal bukankah mereka sudah mendapat maklumat bahawa ianya adalah kapal bantuan kemanusiaan?
J:Istilah 'tergopoh-gapah' itu kurang tepat.Istilah yang tepatnya ialah 'sensitif'.Mereka terlalu sensitif atau terlalu berhati-hati sehingga operasi Marvi Marmara perlu dicantas awal-awal.

S:Sensitif?Mengapa demikian?
J:Semakin cepat dunia menuju kehancuran atau istilah saintifiknya "End Game",maka selepas ini kita akan menyaksikan lebih banyak tindakan-tindakan membabi-buta hasil sikap terlalu sensitif dan berhati-hati Israel.Proses untuk 'establishing' takhta Dajjal The AntiChrist sedang berlangsung di Jerusalem.The Hidden Hand tidak mahu walau sepicing pun gangguan ke atas proses untuk 'mengambil-alih' dunia fana ini dari tangan Allah s.w.t.Iblis telah menipu mereka supaya terus berusaha mengukuhkan cengkaman mereka ke atas umat Islam Palestin supaya mereka akan mati perlahan-lahan akibat kebuluran atau kesusahan hidup,sepertimana proksi-proksi Dajjal menggunakan cara ini ke atas Masjidil Aqsa,mengorek lubang di bawahnya atas alasan arkeologi dan lain-lain,dengan tujuan melemahkan struktur masjid yang akhirnya akan membawa kepada keruntuhan masjid tersebut.Lihat,mereka boleh sahaja mengebom masjid ini.Tetapi mereka tidak berbuat demikian.

S:Mungkin kerana masjid ini mempunyai sentimen yang kuat dikalangan umat Islam,sekiranya runtuh,mungkin sahaja akan menimbulkan penentangan besar-besaran?
J:Ini adalah pandangan kontemporari dan kepercayaan umum,namun ada sebab-sebab lain.

S:Boleh tuan jelaskan?




J:Elit Yahudi yang berfahaman Zionis dan juga Zionis Kristian mempunyai kepercayaan khas tentang Islam dan segala tempat sucinya.Mereka percaya,tempat-tempat suci Islam mempunyai kuasa ghaib yang tidak difahami.Semua ini didapati dari peringkat tertinggi The Elite.Dajjal diberitahu supaya tidak memusnahkan tempat-tempat suci Islam sekaligus.Adakah Yahudi mempunyai sikap menghormati tempat ibadat Islam?Nothing!Berapa banyak masjid-masjid telah dimusnahkan oleh Yahudi setiapkali serangan mereka?Dajjal tidak boleh memasuki kawasan Masjid Nabawi dan Baitullah kerana dihalang oleh para malaikat yang mengawal kedua-dua tempat suci ini.Dajjal The Antichrist nampak apa yang Israel tidak nampak.

S:Bagaimana dengan insiden Marvi Marmara?
J:Komando Israel menyerang kapal bantuan itu bagaikan kapal tersebut adalah kapal tentera laut Palestin.Mereka sebenarnya diarah oleh seseorang.Orang itu pula diarah oleh peringkat tertinggi The Elite.Di dalam The Elite berkeliaran para shaman dan tukang sihir Kabbalah juga penyembah pagan.Mereka mengumpulkan ramalan-ramalan dalam kitab-kitab lama."The Prophecies" inilah yang amat menakutkan mereka.AlQuran dan Hadis-hadis Rasulullah s.a.w sudah semesti wajib dikaji.Para orientalis mereka berusaha menafsirkan kata-kata Nabi dan mereka amat yakin kata-kata baginda adalah benar!Sebab itu mereka bertindak!Mereka tidak akan bertindak terburu-buru jika tidak kerana semua ramalan akhir zaman dalam hadis nabi benar-benar menjadi kenyataan mengikut yang dijadualkan.Bayangkan sebuah negara yang mempunyai berpuluh-puluh peledak nuklear dan antara tentera paling terbaik dunia serta menjadi pengeluar senjata,begitu panik mengarahkan KOMANDO mereka menyerang kapal aktivis kemanusiaan.Saya ulangi,KOMANDO,bukannya tentera IDF biasa.Saya tunggu jika mereka mengeluarkan briged rahsia mereka,KFIR.Dan jika ini berlaku,tanda-tanda Dajjal makin hampir...sebelum semua manusia boleh membaca tanda KAF FA RA di dahinya,briged KFIR telah muncul untuk memukul gendang perang terhadap penganut agama Allah.

Namun ini berlainan pula berlaku di Malaysia dan sesetengah negara Islam.Kata-kata nabi diperlecehkan.Janggut nabi jadi mainan gelak ketawa.Ajaran nabi dipersendakan.Contoh terbaik pergerakan Sister In Islam yang didalangi proksi-proksi The Elite.Di dalamnya berkeliaran para pengamal undang-undang,tetapi sanggup membutakan mata sendiri terhadap kebaikan undang-undang Islam ke atas wanita.Isu Kartika sebagai contoh,mereka bukan tidak tahu orang yang akan menyebat Kartika TIDAK BOLEH MENGANGKAT CELAH KETIAKNYA SEDIKIT PUN mengikut hukum Islam,namun mereka sanggup menjadi buta,pekak dan bisu sekaligus mengatakan hukum Islam itu kejam,tidak bertamadun dan ganas.Cuba lihat bagaimana sebatan mengikut undang-undang Barat terhadap pesalah.Kulit punggung pun boleh tersiat menampakkan darah merah berserta isi daging.Tetapi mereka menutup mata sambil menyatakan inilah hukum paling bagus dalam dunia.Mereka tidak tahu di akhirat nanti,hukum Common Law kesayangan mereka akan hilang entah ke mana,yang ada adalah UNDANG-UNDANG ALLAH.Nasib mereka lebih kurang sama dengan orang yang mengadakan 'Hari Melukis Gambar Muhammad'.


S:Apakah rancangan Israel sebenarnya?Mengapa Amerika selalu tunduk kepada Israel?
J:Amerika tidak tunduk kepada Israel,tetapi 'menjaga' Israel.Israel ibarat pelaburan bagi The Elite di Amerika.Jadi,mereka perlu menjaga 'pelaburan' mereka sebaik-baiknya.Anda tanya apa rancangan Israel?RANCANGAN ISRAEL IALAH UNTUK MENJADI BANGSA PILIHAN TUHAN YANG KEMBALI KE PROMISED LAND.Lihat,ada dua perkara di sini;bangsa pilihan Tuhan dan Tanah Yang Dijanjikan.

Inilah rancangan Yahudi.The Elite telah menubuhkan ZIONIS sebagai alat untuk memanipulasikan KEHENDAK Yahudi (baca Jigsclue #013).Yahudi adalah sasaran pertama mereka untuk mencapai impian paling agung mereka.

S:Saya kurang faham maksud tuan.Ini bermakna Israel dan Yahudi bukan perancang semua ini?
J:Mereka bukan domain,tetapi sub-operasi.Orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa pilihan Tuhan dan selain Yahudi adalah goyyim.NAMUN SEBENARNYA MEREKA ADALAH GOYYIM KEPADA THE ELITE.Saya tidak nafikan terdapat Yahudi dalam The Elite,namun mereka mempergunakan keghairahan Yahudi terhadap terma-terma dalam Talmud dan The Protocols (Protocols of The Learned Elders of Zion) untuk merealisasikan impian mereka bersama Christian Zionist.Siapakah Raja Yahudi Yang Ditunggu-tunggu?Bagi Dajjal,semua manusia adalah goyyim termasuk Yahudi.

Adakah The Protocols muncul ketika Kongres Pertama Zionisme tahun 1897 di Basel?TIDAK SAMA SEKALI.The Protocols telah lama muncul ketika zaman Bavarian Illuminati yang diterajui oleh Adam Weishup pada abad ke-18.Siapa yang menulis The Protocols?Bukan Adam Weishup,tetapi diberikan kepadanya oleh seorang pemuka Yahudi.Adakah pemuka Yahudi ini yang menulisnya?TIDAK.Tetapi proksi Dajjal peringkat tertinggi yang menulisnya bersama Dajjal sendiri.

S:Jadi siapa yang berkuasa sekarang?Yahudi Israel atau Kristian?
J:Kedua-duanya SALAH SAMA SEKALI.

YANG PALING BERKUASA SEKARANG ADALAH PENGANUT AGAMA PAGAN DAN PENYEMBAH SYAITAN.

Israel dan Kristian,kedua-duanya bukan domain,tetapi sub-operasi kepada The Elite,yang diterajui oleh para penganut agama menyembah Iblis dan Syaitan.Iblis akan menunjukkan caranya kepada Dajjal,dengan syarat dia mesti menumpukan usaha supaya manusia menyembah dirinya.Pada peringkat tertinggi KEKAFIRAN BUKANLAH KEHENDAK UTAMA IBLIS,tetapi penyembahan total kepada dirinya.Ini samalah seperti Firaun yang mengatakan "Akulah Tuhan yang tertinggi".Bezanya Iblis mengaku Allah itu TUhan,tetapi Firaun tidak.Namun manusia haruslah dikafirkan terlebih dahulu,tidak kira dia menyembah patung berhala,menyembah salib atau sebagainya,namun jangan sesekali dia kembali kepada jalan Penciptanya sendiri,Allah Azza Wa Jalla.Kristian,adalah mangsa paling teruk diperkudakan.Paulus adalah ejen The Hidden Hand yang dihantar untuk memporak perandakan ajaran Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun (The Apostles).Barnabas,seorang Hawariyyun yang paling muda dan yang terakhir telah mengesan sesuatu yang tidak kena dengan perwatakan Paulus,namun akhirnya ditentang Paulus dan mereka pun berpisah.Namun apa yang terjadi?Semua kitab-kitab Hawariyyun dibakar dalam Persidangan Nicea dan apabila tiba-tiba muncul kitab Barnabas,mereka menafikan isi kitab itu dan mendakwa ia hasil tulisan tangan orang Islam semata-mata terdapat ramalan Nabi Isa a.s tentang kedatangan Nabi Muhammad s.a.w.

Paus Vatikan adalah orang yang paling faham siapakah dirinya yang sebenar.Dia juga tahu aliran-aliran seperti Benedictine,Franciscan atau Jesuit;yang manakah adalah kakitangan Dajjal.Mungkin kesemuanya,kerana Vatikan sebenarnya telah lama menjadi sarang The Hidden Hand.Sejak tahun 1980-an saya telah melihat kertas-kertas sulit berkenaan aktiviti gelap para paderi Katolik seluruh dunia;PEDOPHILE.Ini adalah katakuncinya untuk mengungkap rahsia paling jijik Vatikan.Ketika saya mula membacanya,di mana ada di antara hasil laporan itu difailkan sekitar tahun 1960-an,saya pada mulanya agak ragu-ragu dan tidak percaya.Namun kini perkara tersebut telah terdedah secara meluas.Begitu juga rancangan Amerika mencipta virus-virus berbahaya untuk mengurangkan populasi.Ini semua sudah ada seawal kita baru merdeka!


S:Apakah impian Yahudi sebenarnya?
J:Di dalam Talmud,terdapat mitos tentang bangsa pilihan Tuhan.Juga The Promised Land.Yahudi percaya Promised Land mereka adalah Palestin,namun Christian Zionist percaya Promised Land itu terletak di Asia Tenggara!

S:Ini sesuatu yang agak luar biasa.
J:Anda pernah dengar tentang Prester John?Seorang raja Kristian legenda yang kononnya mempunyai kerajaan di Timur yang besar.Pendapat umum mengatakan Prester John berada di Afrika tepatnya di Habsyah atau di India.Mitos mengatakan raja misteri ini telah mengirim surat kepada maharaja Byzantin dan Paus.Dan kajian mendapati bahawa raja ini kemungkinan adalah raja di Asia Tenggara yang memiliki empayar yang luas!Ini kerana isi suratnya yang dikirimkan kepada maharaja Byzantin dan Paus adalah sama format seperti isi surat Maharaja Zabaj kepada seorang raja di India dan Maharaja China.Antaranya menyebut tentang wilayah kekuasaannya yang luas dan tawaran untuk membina rumah-rumah ibadat.Prester John telah meminta Paus menghantarkan pendakwah-pendakwah Kristian kepadanya.Anda tahu siapakah maharaja Zabaj?

S:Saya rasa pernah terdengar sebelum ini.
J:Zabaj atau Zabag adalah panggilan pengembara Arab kepada Srivijaya,satu empayar maritim terbesar di Asia Tenggara.Di dalam isi surat Prester John,dia ada menyebutkan kekayaan emas dan kayu cendana (sandalwood).Ini adalah dua kekayaan Srivijaya ketika itu.Sehinggakan satu pulau di Selat Sunda dinamakan Pulau Cendana (Pulau Sumba).

Para orientalis dan imperialis Kristian berlumba-lumba mencari di manakah Prester John tinggal.Mereka menawan India,namun gagal berjumpa dengan Prester John.Di Afrika memang terdapat kerajaan Kristian Habsyah,iaitu ketika kerajaan Aksum,namun ciri-cirinya tidak menepati isi surat Prester John dan telah lama runtuh akibat kedatangan Islam.Prester John telah berjanji akan membina tempat suci Kristian dan akan membantu dunia Kristian mengalahkan musuh-musuhnya.Gereja percaya,jika mereka dapat berhubung dengan Prester John,Islam akan hancur sehancur-hancurnya dan Baitul Maqdis akan kembali ke tangan mereka.Mereka terdengar tentang Melaka,sebuah pelabuhan terkaya di dunia mengatasi Venice.INILAH DIA KERAJAAN PRESTER JOHN YANG SEBENAR.Jadi Portugis pun tiba di Melaka dan melaporkan bahawa Islam telah menghilangkan 'kerajaan Prester John' dan mereka terlewat untuk berhubung dengannya.

Bayangkan sekiranya Nusantara adalah negara-negara Kristian.Apa yang akan terjadi?Tahukah anda jika disebut dunia Islam (Islam World) orang Melayu Nusantara adalah antara 'aset' terpenting dunia Islam.Mereka adalah paksi terpenting selain orang Arab.Saya berada di sebuah negara yang bangsanya pernah memiliki empayar Islam yang luas berasaskan khilafah.Namun kini mereka terpenjara dalam sistem sekular yang amat kejam,mungkin 10 kali ganda kejam dari sekular Malaysia.Di sini agama Islam benar-benar dipandang 'candu masyarakat' oleh para sekular dan tentera.TUJUAN UTAMA AMERIKA-YAHUDI ADALAH UNTUK MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA SEKULAR SEPEKAT SEKULAR TURKI.

Namun peristiwa Marvi Marmara ini telah membuka mata rakyat Turki sedikit sebanyak.Seperti yang anda tahu,Turki adalah sekutu kuat Amerika dan Eropah.Di Turki terdapat pangkalan Amerika.Ketika perang melawan keganasan di Iraq dan Afghanistan,Turki telah membuka ruang udaranya seluas mungkin bagi kegunaan Amerika membunuh saudara seIslamnya.Bayangkan satu bangsa yang amat handal berperang setaraf dengan Monggol dan Tartar telah menjadi amat lemah dan hina bagaikan singa kehilangan kuku.Turki mempunyai sejarah 'menyembah' berkali-kali kaki Eropah supaya Turki dapat memasuki Kesatuan Eropah.

Pelbagai bangsa telah bergilir-gilir menjadi "The Guardian" bagi maruah dan kesinambungan Islam.Bangsa Kurdis telah muncul sebagai pembela Baitul Maqdis dengan memimpin bangsa Arab mengalahkan tentera Salib.Selepas bangsa Arab kalah sepenuhnya di tangan Monggol dengan kejatuhan Abbasiah di Baghdad,dunia ketika itu seolah-olah menyaksikan kehancuran Islam.Monggol amat sukar untuk dikalahkan.Hulagu Khan,yang telah membakar Baghdad dan menyembelih beribu-ribu umat Islam telah menangkap sejumlah ahli agama Islam dan berkata dengan angkuhnya di manakah Allah kamu untuk menghalang kematianmu pada hari ini?

Namun seorang syeikh telah mengatakan sesuatu tentang kekuasaan Allah yang  mampu mencabut nyawa raja Monggol tersebut seketika itu sahaja,membuatkan wajah Hulagu berubah.Tiba-tiba kudanya meringkik dan berpusing-pusing menyebabkan Hulagu tidak berupaya mengawal keseimbangan tubuhnya lalu terjatuh.Namun kakinya telah tersangkut pada pelana atau tali pada badan kuda.Badan Hulagu terseret-seret dan membawa kepada kematiannya yang mengerikan dihadapan tentera-tentera Tartar.Sejak dari itulah,orang Tartar mula memeluk agama Islam termasuk puak-puak Turki-Monggol yang lain sehingga melahirkan negara-negara Asia Tengah seperti Turkmenistan,Kyrgyzstan,Kazakhstan dan Uzbekistan.Lihat perancangan Allah mengatasi segala konspirasi.Bangsa Monggol yang membumihanguskan kerajaan Islam akhirnya memeluk Islam dan menjadi pembela agama yang kuat.Cuba baca peperangan terpenting di Ain Jalut di mana tentera Mamluk telah berjaya menewaskan tentera Monggol.Peperangan ini setaraf dengan Perang Hittin menentang Tentera Salib.Warisan Monggol Islam ini melahirkan kerajaan Moghul India,TimurLang di Samarkand dan campuran Monggol-Turki yang melahirkan kerajaan-kerajaan Islam di Asia Tengah.Di tengah-tengah era Monggol inilah lahirnya Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah setelah sistem khilafah Abbasiyah hancur.

S:Mengapa The Elite tidak terus menjajah Malaysia dan sekitarnya?
J:Tidak ada gunanya terus menjajah 'wilayah Prester John' kerana walau seribu tahun pun mereka menjajah,kerajaan Prester John tidak akan kembali ke tangan mereka.Mereka telah terlambat kerana pedagang Arab telah cepat mengislamkan rakyat Prester John ini.Jadi mereka lepaskan Malaysia dan yang lain-lain.Malaysia dan Indonesia dipastikan memakai hukum Common Law.Raja-raja dan para pemimpin diMasonkan atau disekularkan.Selepas itu barulah mereka melepaskannya.Lebih baik mereka mengirimkan boneka daripada mereka sendiri yang memerintah.Seluruh rakyat,elit-elit Melayu dan ulama akan bersatu menentang mereka.Kini pemimpinnya adalah dari kalangan orang Melayu,namun berfikiran sama dengan penjajah.Ulama akhirnya terpecah kepada dua,ulama yang terpaksa meliberalkan Islam kerana terpaksa mencari sesuap nasi,dan ulama bebas yang tidak mahu berkompromi soal hukum-hakam.Rakyat lagi teruk,berpecah-pelah dengan pelbagai mazhab politik.Rakyat akhirnya menjadi pencacai politik,sanggup memaki hamun dan menyelak kain orang lain semata-mata atas nama kesucian politik.



S:Apa yang boleh tuan katakan tentang isu Marvi Marmara ini dan kesannya pada masa akan datang?
J:Saya dengar para kapten kapal bantuan mahu menghantar lagi bantuan kepada Gaza dan rakyat Palestin pada masa depan.Senario yang sama akan berlaku.Israel semakin rimas kerana kini ia bukan berperang dengan Hamas,tetapi dengan para simpatisan.Amerika seperti biasa akan senyap.Ia tidak boleh menetapkan 'genjatan bantuan' atau 'rundingan' sebagaimana genjatan senjata atau rundingan antara Palestin-Israel dahulu.Israel seperti biasa adalah 'killing robot' yang kerjanya suka membunuh tidak kira siapa.Amerika dan The Elite harus memikirkan cara untuk meredakan keadaan.Mereka mungkin akan terperangkap.Banyak kapal bantuan akan menyerbu.Aktivis ditembak lagi.Kemungkinan mereka bertindak mengambil barangan bantuan dengan janji akan menyampaikannya kepada rakyat Palestin.Namun tidak sampai.Rakyat Palestin akan kembali menderita.Masyarakat antarabangsa semakin mendesak.Ketika ini,program mindcontrol mereka memakan diri.Jika Amerika tidak cepat bertindak,kesan khas 'Islamophobia' pasti bertukar menjadi 'Islamosympathy'.Pengorbanan Amerika meruntuhkan WTC menjadi tidak berbaloi.

The Elite cuba untuk berkonspirasi,namun Tuhan itu Maha Mengatasi Segala Konspirasi.

Kemudian kita akan lihat siapa yang akan mengibarkan panji-panji hitam dari arah Timur.

S:Siapa?
J:(Perbualan terganggu sebentar)


S:Hello...hello...
J:Ya...saya rasa ada orang memintas perbualan kita.Saya akan ceritakan satu perkara yang mungkin ramai tidak tahu,saya ceritakan seringkas mungkin.Saya dengar Kesultanan Sulu mahu bangkit kembali.Semua maklum,Kesultanan ini kaya dengan emas.Jika ini benar,ia adalah satu faktor paling kuat Amerika dan sekutunya akan cepat-cepat menziarahi kita di sini.Cuma saya mahu berpesan,penuhkan masjid-masjid sebelum kita akan jadi 'another Bosnia'.Di Asia Tenggara,terdapat dua pangkalan The Hidden Hand.Singapura adalah pangkalan Israel.Filipina,satu kepulauan Melayu yang dipaksa menjadi wilayah Prester John yang hilang dijadikan pangkalan Amerika.Dua negara adik beradik membina pangkalannya di sini!Kita sebenarnya tersepit.Thailand selamanya tidak boleh dipercayai.Lihatlah bagaimana mereka membunuh umat Islam Tak Bai.Mereka juga sudah berani menembak orang Islam bersolat di masjid,gaya yang hanya kita boleh lihat pada pelampau Yahudi di Palestin.

Kita hanya ada saudara seperti Indonesia dan Brunei.Namun Indonesia sudah cacamarba dengan Islam Liberalnya,unsur-unsur Kejawen yang tidak kebah-kebah dan Kristianisasi yang berterusan.Senjata kita adalah doa yang diangkat tinggi-tinggi meminta belas kasihan dan rahmat Allah s.w.t.Khabarnya Jabatan Rahsia Amerika sedang mencari seseorang dari Asia Tenggara yang mempunyai nama dan identiti tertentu.Mereka telah menempatkan ejen di setiap lapangan terbang.Saya akan beritahu nama dan identiti...

S:Siapa?



OFF-THE-RECORD

Thursday, June 17, 2010

Kewajipan menghormati orang lain.


Soalan :

Adakah cara dengan membuat orang takut pada kita merupakan cara yang terbaik untuk orang menghormati kita. Kerana pada masa sekarang ini, ramai orang sudah tidak hormat kepada orang tua. Di pejabat juga kakitangan bawahan sudah tidak lagi menghormati pegawai atasan. Tetapi ada orang kata, lebih baik kita takutkan orang untuk mendapatkan kehormatan daripada orang hormatkan kita seperti biasa.

Jawapan saya :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (4:59)

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (46:15)


Pada saya memanglah kita perlu saling menghormati antara satu sama lain. Tetapi jika ibu bapa atau pemimpin kita berbuat kemungkaran, bukannya kita tidak perlu menghormati mereka. Kita mesti menghormati mereka selagi mereka mengerjakan kebaikan dan solat.

Hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Hadis Riyawat Muslim.


Jika mereka masih bersolat, maka tidak sepatutnya kita membenci mereka dan tidak sepatutnya kita tidak menghormati mereka. Tetapi sebagai pemimpin, kita juga haruslah menjadi seorang pemimpin yang baik untuk mendapatkan penghormatan dari orang lain. Jika kita hendak orang lain menghormati kita, kita dulu harus menundukkan kepala kita. Tetapi jika orang itu tidak menghormati kita seperti yang sepatutnya, kita haruslah menegur orang itu. Adalah biasa jika pemimpin tidak menerima teguran atau mempunyai hati batu sehinggakan teguran orang lain dianggap sebagai ancaman. Tetapi janganlah kita membenci mereka, tetapi berpalinglah dari mereka sehingga mereka sedar.

Sebenarnya sudah lama amalan hormat-menghormati ini diamalkan dan selama itu jugalah amalan ini semakin dilupakan. Orang muda tidak menghormati orang yang lebih tua dan masyarakat tidak menghormati antara satu dengan lain. Tapi janganlah ianya dijadikan alasan untuk membuat orang lain takut kepada kita semata-mata untuk mendapat kehormatan dari orang lain. Jika kita membuat demikian, apalah bezanya antara kita dan juga firaun yang memerintah pada zaman dahulu kala itu? Kepada orang atasan, memang susah untuk mendapatkan kepercayaan dan kehormatan dari orang bawahan. Tetapi orang atasan terlebih dahulu cuba menyelami diri orang bawahan dan mengambil tahu perihal orang bawahan supaya orang bawahan tahu yang orang atasan itu mengambil berat. Paling utama, orang atasan haruslah berani meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan dan cuba mengambil hati orang bawahan itu kembali.

Menggunakan suara yang tinggi ketika marah itu sudah menjadi amalan biasa. Tetapi amalan ini tidaklah baik dan tidaklah harus di amalkan lagi. Ini kerana suara yang tinggi sudah pasti akan didengari oleh orang-orang di sekitar kita. Ini sudah pasti akan menimbulkan perasaan kurang selesa dan juga aib kepada orang yang dimarahi itu. Untuk apa hendak menjerit-jerit apabila bercakap? Bukannya orang tak mempunyai telinga atau pekak. Bagi saya orang yang marah menjerit-jerit itu ibarat orang yang dirasuk syaitan atau lebih tepat lagi 'GILA'. Apabila ada kesilapan yang terjadi, hendaklah ditegur dengan cara yang berhemah. Jika hendak marah pun, marahlah di tempat yang tersembunyi dan dengan cara yang berhemah lagi bijaksana. Jika kita memarahi orang menggunakan akal dan ilmu dan kemudian mendengar pula kata orang itu untuk membela diri, saya percaya yang suatu hari nanti kita akan dihormati kerana kebijaksaan dan keperihatinan diri kita.

Jadi bagi saya, untuk mendapatkan penghormatan dari orang lain, kita terlebih dahulu mesti menghormati orang itu terlebih dahulu. Itu lebih baik daripada membuatkan orang hormatkan kita kerana takut. Dengan cara ini juga, tidak akan ada cakap-cakap belakang atau umpatan dari orang lain.

Monday, June 14, 2010

Aurat wanita lagi?

Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di dalam artikel saya yang baru ini. Pada hari ini saya ingin menceritakan satu kisah benar yang terjadi pada hari ini. Kejadian ini berlaku di kompleks PKNS Shah Alam di sebuah kedai menjahit baju. Semasa di dalam kedai itu, saya terlihat dua orang wanita sedang mencari sesuatu, mungkin resit baju mereka. Sambil itu saya pun menghantar baju yang hendak dijahit kepada tukang jahit tersebut. Perempuan itu memakai pakaian yang agak seksi dan seorang lagi yang saya rasa adalah anaknya hanya tidak bertudung. Saya pada mulanya tidak mengendahkan mereka, tetapi si ibu mula menyambung percakapan saya bersama adik saya yang dia tidak suka cara percakapan saya dan adik-adik saya. Mungkin cara saya agak sedikit kasar dan dia tidak boleh menerimanya. Saya meminta maaf dan kemudian saya menegur cara berpakaian dia yang tidak begitu sesuai. Kemudian dia berkata yang dia mempunyai suami dan saya berkata, kesianlah pada kami kaum lelaki yang mendapat dosa kering kerana cara pemakaian dia. Kemudian dia terus berlalu dengan perasaan marah tanpa berkata sepatah apa pun dan si anak ketawa kecil melihat telatah ibunya. Kemudian saya terus meminta maaf kepadanya, tetapi tidak diendahkan olehnya.

Pada saya, mungkin cara saya agak 'direct' tetapi itulah yang sepatutnya dibuat oleh dia semasa dia menegur saya. Saya terima teguran dia dan sepatutnya dia juga menerima teguran saya. Bukankah itu yang dianjurkan oleh Islam iaitu, menerima dan memberi teguran dengan cara yang terbuka. Saya juga merasakan yang dia tidak sepatutnya ditegur lagi kerana dia sudah dewasa dan sudah berkeluarga. Dia juga seorang Islam dan sepatutnya dia lebih tahu dari saya menandangkan usianya yang lebih tua dari saya. Dia sepatutnya tahu yang aurat wanita adalah sesuatu yang patut dijaga dan ianya wajib dan tiada kompromi. Allah tidak pernah bertolak ansur dalam soal aurat wanita ini. Firman Allah SWT :-

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (7:26)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (24:31)

Ini adalah tiga firma dan Allah SWT yang mewajibkan penutupan aurat bagi kaum wanita. Bukan setakat menutup aurat, tetapi memanjangkan tudung mereka sehingga menutup dada mereka. Allah berfirman sedemikian kerana untuk kebaikkan kaum wanita dan untuk melindungi wanita dari diganggu. Akibat tidak mengikut perintah Allah ini ialah, terjadinya kes rogol dan cabul yang semakin berleluasa. Jika tidak kerana kes rogol, terjadi juga kes seperti pembuangan bayi yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Kaitan antara menutup aurat dan kes pembuangan bayi ini amat jelas. Bukan setakat kes rogol sahaja tetapi kes seperti zina dan juga sumbang mahram.

Kita ambil satu contoh yang mudah, seorang perempuan yang seksi ala-ala artis bollywood berjalan di sekitar kompleks membeli belah. Sudah pasti banyak mata yang memandang dan sudah pasti ramai yang berfantasi untuk memiliki gadis itu sebagai teman mereka. Kemudian, datanglah seorang lelaki yang kononnya ikhlas untuk bercinta dengan perempuan itu. Oleh kerana lelaki itu mempunyai ayat 'power' maka perempuan itu rebahlah di pangkuan lelaki itu. Kemudian terjadilah kes zina, setelah perempuan itu mengandung maka terjadilah kes pembuangan bayi apabila perempuan itu takut perilakunya itu diketahui oleh umum. Apa yang cuba saya katakan ialah, apabila seorang perempuan itu berpakaian seksi, dia hanya akan menarik lelaki yang jahat sebagai pasangannya. Jangan bermimpilah wahai kaum wanita yang berpakaian seksi untuk mendapat lelaki yang beriman sebagai suami anda. Inilah buktinya janji Allah jika anda semua tidak mematuhi perintah dan laranganNya.

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (24:3)

Lelaki yang mendekati perempuan yang seksi-seksi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk seks semata-mata. Tidak pula dengan niat untuk memperisterikannya dengan niat yang ikhlas, tetapi hanyalah nafsu seks semata-mata. Sebab itulah ramai wanita yang diperbodohkan oleh lelaki mula menyalahkan lelaki sahaja, padahal semua itu berlaku kerana silap yang ada pada diri mereka. Ada juga yang bahagia dan juga kekal lama perkahwinan mereka itu. Tidak perlu melihat jauh, lihatlah di sekeliling anda....memang ada yang berkekalan. Tetapi Allah itu maha adil dan maha tepat janjiNya. Anak anda pula yang mendapat tempiasnya nanti dan anak anda pula yang akan jadi lebih dasyat dari apa yang anda lakukan dahulu. Jadi, fikirkanlah sendiri...adakah ini yang anda semua mahukan? Anak-anak mewarisi kejahatan dan kejahilan anda dahulu? Jika anda tidak kisah, saya tidak terkejut kerana sudah ramai yang berperangai begitu. Tapi fikirkanlah impaknya nanti ketika anda semua sudah tua, jika didikan agama mengenai aurat tidak anda terapkan, sudah tentu didikan agama mengenai menghormati orang tua tidak anda terapkan. Hanya pendidikan moral sahaja tidak cukup kerana pegangan mereka tidak akan kukuh sekukuh pegangan orang-orang yang mempunyai didikan agama Allah yang cukup.

Wassalam.

Wednesday, June 9, 2010

Artikel Pilihan - Mestikah Jodohnya Penzina Juga?

Assalamualaikum semua.

Ini adalah satu artikel yang menarik untuk rujukan anda semua. Maafkan saya jika saya tidak dapat menjawab segala soalan yang dikirimkan kepada saya melalui e-mail. Saya harap artikel ini dapat menjawab segala persoalan para pembaca sekalian.

Mestikah Jodohnya Penzina Juga?

http://www.zaharuddin.net/

Soalan

Saya nak bertanya adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya. Adakah dia akan mendapat jodoh penzina juga. sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.

-Gadis Muslimah-

Jawapan

UZAR : Saya rasa saya telah pernah mengulas isu-isu seperti ini sebelum ini, cuba buka link berikut :-

Namun ringkasan jawapan saya kali ini bagi muslimah yang bertanya. Allah maha mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (Taubat Nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.

Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :-

a- rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif,

b- masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi,

c- masih ber ‘boyfriend' aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz' atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu'.

Jawapnya; peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu..

Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurta kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq ( hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati.

munafiq stlyes

Gambar : Bentuk Tudung glamour menurut gelaran oleh Media Malaysia (sumber)

Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibubapanya.

Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar', bergurau senda, berdating sana sini berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh' luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh' dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Gambar Hiasan Semata-mata

Gambar Hiasan Semata-mata

Akhirnya, Allah SWT berfirman " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3

Dalam ayat lain Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )

Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah swt memberikan jodoh lelaki atau wanita 'jahat' kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat diatas. Hikmah yang Allah maha mengetahui..amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah. Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya.

Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh.nauzubillah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

8 Ogos 2008

Wales, UK

Last update: 08-08-2008 22:59