NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, June 14, 2010

Aurat wanita lagi?

Assalamualaikum semua,

Bertemu lagi kita di dalam artikel saya yang baru ini. Pada hari ini saya ingin menceritakan satu kisah benar yang terjadi pada hari ini. Kejadian ini berlaku di kompleks PKNS Shah Alam di sebuah kedai menjahit baju. Semasa di dalam kedai itu, saya terlihat dua orang wanita sedang mencari sesuatu, mungkin resit baju mereka. Sambil itu saya pun menghantar baju yang hendak dijahit kepada tukang jahit tersebut. Perempuan itu memakai pakaian yang agak seksi dan seorang lagi yang saya rasa adalah anaknya hanya tidak bertudung. Saya pada mulanya tidak mengendahkan mereka, tetapi si ibu mula menyambung percakapan saya bersama adik saya yang dia tidak suka cara percakapan saya dan adik-adik saya. Mungkin cara saya agak sedikit kasar dan dia tidak boleh menerimanya. Saya meminta maaf dan kemudian saya menegur cara berpakaian dia yang tidak begitu sesuai. Kemudian dia berkata yang dia mempunyai suami dan saya berkata, kesianlah pada kami kaum lelaki yang mendapat dosa kering kerana cara pemakaian dia. Kemudian dia terus berlalu dengan perasaan marah tanpa berkata sepatah apa pun dan si anak ketawa kecil melihat telatah ibunya. Kemudian saya terus meminta maaf kepadanya, tetapi tidak diendahkan olehnya.

Pada saya, mungkin cara saya agak 'direct' tetapi itulah yang sepatutnya dibuat oleh dia semasa dia menegur saya. Saya terima teguran dia dan sepatutnya dia juga menerima teguran saya. Bukankah itu yang dianjurkan oleh Islam iaitu, menerima dan memberi teguran dengan cara yang terbuka. Saya juga merasakan yang dia tidak sepatutnya ditegur lagi kerana dia sudah dewasa dan sudah berkeluarga. Dia juga seorang Islam dan sepatutnya dia lebih tahu dari saya menandangkan usianya yang lebih tua dari saya. Dia sepatutnya tahu yang aurat wanita adalah sesuatu yang patut dijaga dan ianya wajib dan tiada kompromi. Allah tidak pernah bertolak ansur dalam soal aurat wanita ini. Firman Allah SWT :-

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (7:26)

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (24:31)

Ini adalah tiga firma dan Allah SWT yang mewajibkan penutupan aurat bagi kaum wanita. Bukan setakat menutup aurat, tetapi memanjangkan tudung mereka sehingga menutup dada mereka. Allah berfirman sedemikian kerana untuk kebaikkan kaum wanita dan untuk melindungi wanita dari diganggu. Akibat tidak mengikut perintah Allah ini ialah, terjadinya kes rogol dan cabul yang semakin berleluasa. Jika tidak kerana kes rogol, terjadi juga kes seperti pembuangan bayi yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Kaitan antara menutup aurat dan kes pembuangan bayi ini amat jelas. Bukan setakat kes rogol sahaja tetapi kes seperti zina dan juga sumbang mahram.

Kita ambil satu contoh yang mudah, seorang perempuan yang seksi ala-ala artis bollywood berjalan di sekitar kompleks membeli belah. Sudah pasti banyak mata yang memandang dan sudah pasti ramai yang berfantasi untuk memiliki gadis itu sebagai teman mereka. Kemudian, datanglah seorang lelaki yang kononnya ikhlas untuk bercinta dengan perempuan itu. Oleh kerana lelaki itu mempunyai ayat 'power' maka perempuan itu rebahlah di pangkuan lelaki itu. Kemudian terjadilah kes zina, setelah perempuan itu mengandung maka terjadilah kes pembuangan bayi apabila perempuan itu takut perilakunya itu diketahui oleh umum. Apa yang cuba saya katakan ialah, apabila seorang perempuan itu berpakaian seksi, dia hanya akan menarik lelaki yang jahat sebagai pasangannya. Jangan bermimpilah wahai kaum wanita yang berpakaian seksi untuk mendapat lelaki yang beriman sebagai suami anda. Inilah buktinya janji Allah jika anda semua tidak mematuhi perintah dan laranganNya.

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (24:3)

Lelaki yang mendekati perempuan yang seksi-seksi ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk seks semata-mata. Tidak pula dengan niat untuk memperisterikannya dengan niat yang ikhlas, tetapi hanyalah nafsu seks semata-mata. Sebab itulah ramai wanita yang diperbodohkan oleh lelaki mula menyalahkan lelaki sahaja, padahal semua itu berlaku kerana silap yang ada pada diri mereka. Ada juga yang bahagia dan juga kekal lama perkahwinan mereka itu. Tidak perlu melihat jauh, lihatlah di sekeliling anda....memang ada yang berkekalan. Tetapi Allah itu maha adil dan maha tepat janjiNya. Anak anda pula yang mendapat tempiasnya nanti dan anak anda pula yang akan jadi lebih dasyat dari apa yang anda lakukan dahulu. Jadi, fikirkanlah sendiri...adakah ini yang anda semua mahukan? Anak-anak mewarisi kejahatan dan kejahilan anda dahulu? Jika anda tidak kisah, saya tidak terkejut kerana sudah ramai yang berperangai begitu. Tapi fikirkanlah impaknya nanti ketika anda semua sudah tua, jika didikan agama mengenai aurat tidak anda terapkan, sudah tentu didikan agama mengenai menghormati orang tua tidak anda terapkan. Hanya pendidikan moral sahaja tidak cukup kerana pegangan mereka tidak akan kukuh sekukuh pegangan orang-orang yang mempunyai didikan agama Allah yang cukup.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.