NuffNang

Nuffnang

Translate


Sunday, July 11, 2010

Apabila kasih sayang menjadi pudar.


Didalam setiap perhubungan pasti ada pasang dan surutnya. Tidak ada perhubungan suami isteri yang bahagia sentiasa. Disinilah masa memainkan peranannya sama ada ianya patut diteruskan lagi perhubungan itu atau pun tidak. Kebanyakkan pasangan memilih jalan berpisah kerana pada mereka ianya adalah jalan yang terbaik, Tetapi cuba kita fikir kembali, tentang beberapa soalan berkenaan Apa? Kenapa? dan Bagaimana?

Peningkan? Ini kerana, untuk berpisah kita harus memikirkan banyak perkara. Bagi yang sudah mempunyai anak, ianya bukan lagi mengenai diri kita, tetapi mengenai anak kita. Bagaimana keadaan anak kita itu nanti? Berbaloikah perpisahan itu? Bagi yang mengikut perasaan, pasti mereka akan mengatakan ianya sesuatu yang berbaloi. Bagi mereka, perpisahan itu adalah satu jalan untuk mencapai kebahagiaan.


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan


Sebenarnya bagi yang sudah berkahwin, ianya bukan lagi mengenai diri anda atau pasangan anda lagi. Ianya adalah berkenaan anak anda. Sekarang ialah masa untuk anak anda pula untuk hidup. Jika kita sudah mula mencorakkan sesuatu yang buruk pada usia muda anak kita, sudah pasti ianya akan menjadi satu titik hitam buat anak anda kerana kehilangan ibu atau ayahnya. Ini adalah petikan daripada MOHD. KHAIRUL HIDAYAT BERAHIM Presiden Persatuan Mahasiswa Melaka (PERSAMA), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

"Menurut Statistik Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) mendapati pembabitan pelajar sekolah dalam kes jenayah semakin serius. Sebanyak 1,996 pelajar ditahan kerana terbabit dalam 881 kes jenayah bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2003.

Manakala statistik kes rogol membabitkan pelajar di Kedah sepanjang tahun 2008 berada pada tahap yang membimbangkan dengan 226 kes direkodkan daripada keseluruhan 309 kes. Ini jelas membuktikan kepada kita, sebenarnya kadar jenayah di peringkat sekolah berada dalam kritikal."

Ini adalah fakta yang di kaji oleh beliau pada 7 tahun yang lepas. Bagaimana jika kajian ini dilakukan pada masa sekarang? Ini adalah sesuatu yang tidak dapat kita nafikan lagi. Sebenarnya kebanyakkan daripada jenayah ini berpunca daripada mereka yang mempunyai keluarga yang berpecah belah. Ini adalah kadar jenayah yang dikaji, bagaimana pula statistik keruntuhan akhlak di kalangan remaja pula? Saya rasa kajian ini tidak dapat dilakukan secara telus kerana berat untuk mengakui yang 80% dari remaja sudah tahu apa itu seks bebas dan mungkin sudah pernah melakukannya dan 60% sudah mula berjinak dengan arak dan 90% sudah mula merokok pada awal usia 12 tahun.

Ini adalah sesuatu yang harus difikirkan oleh ibu bapa jika hendak berpisah. Ini kerana keruntuhan institusi kekeluargaan bermakna runtuhlah segalanya. Pada saya, perbincangan yang lebih telus dan bertolak ansur harus dilakukan jika terdapat apa-apa masalah. Punca perpisahan menjadi pilihan ialah kerana setiap pasangan tidak mahu 'makan hati' setiap hari dan tidak mahu mengalah. Inilah akibatnya jika salah seorang dari pasangan melakukan perubahan dan pembaharuan tanpa niat yang ikhlas dan hanya semata-mata untuk menjaga hati pasangan. Semakin lama semakin dipendam dan apabila di 'cucuk' oleh rakan, maka tercetuslah pergaduhan besar. Perasaan yang dipendam bertahun-tahun lamanya akan terluah ibarat lahar panas yang meletus dari gunung berapi.

Punca kepada terjadinya perpisahan ini juga adalah disebabkan kerana tidak tahu menilai kemampuan diri untuk pasangan. Kekurangan ilmu agama juga adalah salah satu punca utama. Solat yang dilakukan tidak ikhlas. Menderma dan berbuat baik hanya untuk menambat hati kekasih sebelum kahwin. Menutup aurat kerana disuruh kekasih. Mengawal pergaulan kerana kekasih dan bukannya kerana tuntutan agama. Semua ini akan dibalas suatu hari nanti kerana semuanya adalah perbuatan yang sia-sia.

Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.  (18:104)

Allah itu maha adil, Dia tidak akan menganiaya kita bahkan kita yang menganiaya diri kita sendiri. Kita mahukan sesuatu yang kita tahu tidak baik buat kita dan kita tolak perkara yang baik untuk diri kita. Jadi siapakah yang harus dipersalahkan apabila terjadinya perpisahan?

Sebenarnya untuk mengelak dari berlakunya perkara ini, kita hendaklah memuhasabah diri kita sendiri sama ada kita layak atau tidak untuk pasangan kita itu. Janganlah kita menjadi buta kerana cinta nafsu yang semakin menjadi trend pada masa kini. Jika kita hendakkan pasangan yang baik, kita sendiri terlebih dahulu hendaklah menjadi baik. Kerana pasangan yang baik hanyalah dan pasti untuk pasangan yang baik sahaja. Jika ada pasangan yang tidak baik di temukan dengan pasangan yang baik, itu kerana Allah hendak kita berhijrah dan meninggalkan perkara yang tidak baik kepada yang baik. Sifat degil dan suka memberontak hanyalah membawa bencana kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling. Sifat inilah yang ingin disemaikan oleh orang yahudi untuk membawa kita dibawah pengaruh mereka. Jadi sebelum berkahwin, nilailah diri sendiri dan cinta itu sebelum ianya membawa kerosakkan kepada bukan sahaja diri sendiri, tetapi kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.