7/6/2011 – Selasa.
Bila Ulama Islam jadi gila kuasa.
Masa itu tahun 1990 di mana semasa pilihanraya umum ketika itu menyaksikan PAS masih lagi menguasai negeri Kelantan. Semasa pilihanraya tersebut, PAS berjanji akan menyaksikan satu perubahan dari segi pentadbiran mereka itu. Iaitu mereka akan mengamalkan pemerintahan secara Islam. Pada masa itu, PAS merupakan sekutu S46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan). Tetapi apa yang terjadi selepas 9 tahun memerintah Kelantan, tiada apa yang berlaku. Walaupun setelah Parti Semangat 46 di bubarkan dan menyertai UMNO masih lagi tiada perubahan. Dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya juga tidak akan ada perubahan. Nik Aziz menuduh UMNO mengamalkan pemerintahan sekular tetapi hakikatnya mereka juga mengamalkan pemerintahan secara sekular. Paling terbaru ialah apabila pada pemilihan PAS, Hadi mengatakan yang tujuan PAS bukanlah untuk menubuhkan negara Islam, tetapi menubuhkan negara berkebajikan. Mereka juga sanggup mengakui dan mengatakan yang di dalam Al-Quran tidak pernah disebut ‘Negara Islam’, tetapi lebih menekankan negara kebajikan.
Ulasan saya: Maknanya selama ini, dari mula penubuhan PAS sehinggalah ke hari ini, mereka telah terpesong jauh atau lebih tepat di katakan sebagai ‘SESAT’. Maknanya perjuangan seluruh anggota parti PAS ini menjadi sia-sia. Ibarat si badut yang me ngumpul debu, kemudian datang angin yang kuat, maka beterbanganlah debu-debu tersebut di tiup angin. Mungkinkah selepas ini mereka akan menyalahkan Al-Quran pula. Ini semua menunjukkan kelemahan pendirian mereka dan kesanggupan mereka mengubah diri mereka semata-mata untuk tujuan politik. Adakah tidak mustahil selepas ini mereka sanggup menjadi murtad semata-mata untuk menguasai negara?
Pada tahun 1999, mereka pernah berkata yang mereka hendak menjual Putrajaya kepada Raja-Raja asing sekiranya mereka dapat menakluki negara. Begitu susah payah Tun Mahathir mendapatkan tanah Putrajaya ini yang dulunya Estet milik orang asing. Begitu senang pula mereka hendak menjualnya. Kemudian pada hari ini pula, mereka beriya-iya ingin menduduki putrajaya. Jika mereka mahu menjualnya, mampukah mereka melepasi halangan PKR dan DAP?
Ulasan saya: Mereka bercakap ikut sedap dan hanya sedap didengari oleh penyokong mereka sahaja. Ini kerana mereka tidak mempunyai Ilmu yang tinggi dan senang untuk di perbodohkan oleh pemimpin PAS yang rata-ratanya adalah orang bijak pandai. Bijak pandai pun mereka belajar di Universiti Yahudi, iaitu Universiti Al-Azhar. Sebab saya mengatakan sedemikian kerana, suatu ketika dahulu Al-Azhar pernah ditutup disebabkan perang antara Khalifah dan Dunia Barat. Kemudian ianya dibuka semula oleh Ratu England dengan agenda tersembunyi. Buktinya ialah, Islam di pecah-pecah kepada beberapa kategori atau matapelajaran. Tujuannya ialah untuk membuatkan para sarjana ini bergaduh kerana berbeza pendapat apabila mereka berdebat suatu hari nanti dan mereka tidak akan bersatu. Di manakah ketulenan Islam wahai para pembaca sekalian. Tetapi bijak pandai yang belajar di Al-Azhar ini juga bodoh kerana cuba menjual Putrajaya yang menyebabkan negara kita lebih dikenali di mata dunia sehingga diiktiraf sebagai negara Islam yang patut dicontohi.
Pada tahun 1999 juga, mereka mendewa-dewakan IMF, kononnya mereka mampu memulihkan ekonomi sesebuah negara. Mereka berkata dengan bangga dan bongkaknya bahawa IMF adalah penyelamat negara miskin. Mereka juga menyelar cara kerajaan memulihkan ekonomi kerajaan semasa krisis matawang dunia tahun 1997. Pada tahun ini juga Mat Sabu dan Hadi Awang mengatakan yang mereka hendak menyelamatkan negara Malaysia. Bagi mereka negara berkebajikan adalah negara yang bebas dari rasuah dan penyelewengan kuasa.
Ulasan saya: Siapa yang menyelamatkan siapa? Dulu mereka mengagung-agungkan IMF. Sedarkah mereka yang IMF itu adalah bank yahudi? Walaupun tidak pernah dibuktikan, tetapi ada banyak penulisan oleh Harun Yahya (penulis dan penyelidik berkenaan Freemason) yang mengatakan IMF adalah tabung kewangan milik Freemason. Mereka menggunakan dana dari hasil haram untuk menakluki sesebuah negara dengan memberi bebanan hutang dan faedah yang melampau. Bantuan kerajaan di tolak kerana mengatakan duit itu duit haram. Tetapi sumber yang jelas haram dan dari yahudi pula yang diminta. Berkenaan dengan negara berkebajikan pula, negara kita merupakan pemberi subsidi terbesar di dunia. Sudah banyak bantuan diberikan untuk rakyat. Jika maksud mereka berkebajikan itu tiada rasuah dan penyelewengan mari kita lihat kamus dewan bahasa apakah maksud ‘Negara Berkebajikan’ tersebut.
Negara Berkebajikan : negara yg mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb;
Saya tidak pasti kamus manakah yang Hadi dan Mat sabu gunakan. Inilah akibatnya jika menggunakan pemahaman sendiri yang terbukti kurang bijak. Berkenaan dengan rasuah dan penyelewengan, isu rasuah di negeri pimpinan PAS pun sudah banyak dan belum terjawab seperti pembalakan, pembinaan pasar di Kota Bharu, skandal rasuah anak Nik Aziz. Apakah isu rasuah di bawah pimpinan PAS itu halal? Jika dikatakan kroni, PAS tidak ada kroni ke? Mari kita lihat apa maksud kroni pula.
Kroni : kawan atau teman yg rapat (biasanya digunakan dlm situasi negatif atau yg melibatkan kepentingan peribadi): ada cemuhan di kalangan sesetengah orang kononnya keistimewaan itu hanya dinikmati segelintir ~.
Tidakkah pemimpin PAS tidak mempunyai kawan rapat yang berkepentingan? Jika tidak, maknanya pemimpin PAS adalah pemimpin yang kere sumbang dan tidak mempunyai kawan. DAP dan PKR perlu berhati-hati dalam menjalin usahasama dengan PAS. Orang seperti inikah yang boleh memimpin Negara di peringkat antarabangsa? Bagi saya, semua orang mempunyai kroni, setiap orang perlukan kroni. Seperti Nabi perlukan kroni untuk menegakkan Islam. Siapa yang mengatakan mereka tidak perlukan kroni, maka mereka itu merupakan orang yang bodoh dan cetek pemikiran.
Inilah yang berlaku bila pemimpin agama yang disegani menjadi gila kuasa. Inilah yang terjadi di negara kita sekarang ini. Baca, lihat dan bezakanlah sendiri.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.