NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, June 14, 2011

Strategi DAP dan MCA menjarakkan PAS dengan UMNO. Perjuangan antara kaum atau Agama?

Anda semua telah sedia maklum pada Muktamar PAS 2011 yang lepas di mana penyokong DSAI di dalam PAS telah menguasi semua jawatan tertinggi di dalam PAS. Ini sekaligus telah mencapai harapan dan impian DAP agar mereka mendapat sokongan kuat daripada PAS. Kenyataan Hadi yang mengatakan mereka tidak lagi menggunakan dasar penubuhan Negara Islam sebagai tunjang penubuhan parti telah sekaligus membuatkan DAP melonjak kegembiraan. Sumber berita pembangkang iaitu MalaysiaKini, Harakahdaily, TheMalaysianinsider dan lain-lain bertungkus lumus menyiarkan berita mengenai perubahan dasar perjuangan PAS tersebut. Tetapi DAP  senyap seribu bahasa kerana mereka berpendapat tidak perlu memberikan apa-apa kenyataan kerana hasrat mereka telah tercapai. Tindakan PAS tersebut nyata sekali mereka sanggup merubah ‘kiblat’ mereka semata-mata untuk tujuan dan kepentingan politik mereka. Inilah scenario di dalam politik PAS sekarang.

Bagi UMNO pula, apabila mereka cuba memujuk dan mengajak PAS kembali bersatu semula atas dasar kaum melayu, MCA meletakkan syarat bahawa PAS tidak dibenarkan sekali-kali membawa perjuangan mereka ke dalam UMNO, iaitu penubuhan Negara Islam. Cara mereka seolah-oleh sama dengan DAP yang membantah penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan hukum Hudud. Walaupun asas penubuhan UMNO adalah berlandaskan Islam tetapi demi kepentingan politik, UMNO sanggup melonggarkan perjuangan mereka daripada Islam kepada Melayu. Situasi ini sama sahaja dengan situasi PAS. PAS kerap kali diminta perbuat itu dan ini oleh DAP agar menepati acuan pemimpin DAP yang beragama kristian tersebut. Apakah sebenarnya yang terjadi? Adakah kita masih buta atau sengaja membutakan diri?

Ulasan penulis : Pada pandangan saya, kehadiran PAS hanyalah dengan tujuan untuk memecahkan undi melayu. Rata-rata orang melayu yang saya temui mengatakan, jika yang bertanding itu adalah PAS melawan UMNO, mereka tidak kisah untuk memangkah sesiapa saja antara mereka berdua asalkan yang memerintah itu adalah orang melayu dan beragama Islam. Saya juga sependapat dengan mereka, tidak kisah siapa yang menang, asalkan melayu dan Islam. Sebenarnya ini merupakan strategi DAP untuk memecahkan kaum melayu dan sekaligus menjarakkan hubungan antara PAS dan UMNO. Strategi terbaru DAP pula ialah memperkenal PAS di Sabah dan Sarawak dengan harapan untuk memecahkan undi masyarakat bumiputera di sana pula. Inilah strategi yang digunakan oleh komunis DAP untuk merosakkan orang melayu dan Islam.

Perpecahan ini bukanlah sesuatu yang baru, ianya telah berlaku sejak dari tahun 1972 lagi di mana kerajaan BN masa itu di panggil Parti Perikatan di bawah pimpinan Tun Abdul Razak amat mengalu-alukan kerajaan campuran antara PAS dan Perikatan. Tetapi akhirnya perpecahan juga yang berlaku kerana sikap ego pemimpin parti masing-masing. Sebenarnya inilah yang dimahukan oleh MCA dan DAP. DAP lebih lantang tetapi MCA bersikap berdiam diri kerana ‘wakil’ mereka sudah pun bersuara. MCA ibarat musuh dalam selimut bagi UMNO. DAP pula bagaikan musuh yang berperang dalam terang untuk menghancurkan perpaduan kaum Melayu.

Tetapi....benarkah ianya peperangan antara kaum?

Jika kita lihat kepada pemimpin-pemimpin DAP yang selalu membuat kacau, mereka semua merupakan penganut agama Kristian. Umum sudah tersedia maklum bahawa penganut agama kristian sejak dari dulu lagi benci kepada agama Islam. Ditambah lagi dengan isu kontroversi seorang MP DAP yang didakwa terlibat di dalam perjumpaan sulit antara paderi-paderi kristian yang berikrar untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Mengapa isu tersebut sehingga kini senyap dan tiada khabar berita? Mengapa MCA pun senyap? Ini kerana mereka bijak untuk menimbulkan isu yang lain agar isu tersebut ditutup. Pada saya, jika tuduhan itu tidak benar, mengapa tiada tindakan diambil terhadap seorang ahli DAP yang berbangsa melayu itu? Mengapa tidak di pecat sahaja ahli DAP tersebut? Jawapanya senang sahaja, jika mereka pecat ahli tersebut, isu itu akan menjadi benar dan lebih besar. Utusan Malaysia (tetapi saya lebih gemar akan nama lamanya iaitu Utusan Melayu) tidak akan mencetak berita sedemikian jika mereka tidak ada sumber dan bukti yang kukuh. Jadi, apakah Utusan Malaysia salah? Boleh jadi benar dan boleh jadi tidak, pada saya ianya benar. Jika dulu, sudah pasti DAP akan mencadangkan satu Suruhanjaya di tubuhkan. Tetapi mengapa senyap? Jadi saya cadangkan agar satu suruhanjaya siasatan di tubuhkan.

Peperangan antara Islam dan Kristian sebenarnya sudah lama terjadi dan ianya masih lagi terjadi sehingga kini. Sedikit demi sedikit hak orang melayu dan Islam di negara kita semakin terhakis. Kaum kita semakin leka dengan hiburan. Kesempatan ini di ambil oleh mereka untuk mengkucar-kacirkan lagi kesatuan orang melayu. Mereka mencuba dan mencuba dan tidak mustahil mereka akan berjaya menjadikan kristian sebagai agama rasmi persekutuan jika kita tidak bersatu. 

Fikirkanlah balik....adakah ianya perjuangan antara kaum atau agama?

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.