Lama pula rasanya tak menulis. Tapi memang lama pun sebab aku sibuk dengan FB dan Twitter je. Lupa plak yang sebenarnya aku boleh meluahkan perasaan aku kat sini.
Ok, sekarang aku nak komen pasal pilihanraya yang bakal berlaku dalam jangka masa terdekat di negara kita ni. Mesti orang akan persoalkan siapa aku nak kasi komen dan macam-macam lagi benda yang aku akan dipersoalkan. Tapi aku sebagai rakyat dan pemerhati ingin memberikan pendapat dan menggunakan hak aku selagi ianya tidak melanggar hukum Allah dan undang-undang negara.
Apa yang terjadi sekarang ni ialah di dalam media massa elektronik dan cetak, tak kira la dari media alternatif dan media arus perdana, semakin banyak tuduhan dan penafian yang dibuat. Di laman sosial pula semakin banyak cacian, makian dan kutukan yang dilemparkan kepada setiap pihak (sampai aku pun terkena tempias). Kekadang aku pun teremosi jugak. Tapi nak buat macam mana, aku pun manusia juga.
Pada sabtu yang lepas, aku telah menghadirkan diri di satu program yang salah seorang penceramahnya adalah wakil dari masyarakat orang asli. Dia dengan penuh semangat telah memberitahu bahawa pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling kotor sekali. Aku tak pastilah kotor tu bagi dia macam mana, tapi yang pastinya akan melibatkan pelanggaran undang-undang negara dan tatasuli seorang Islam. Kenapa aku kata Islam, sebab yang banyak memaki, mencarut, bergaduh dan memfitnah ni adalah orang melayu Islam itu sendiri.
Ada orang kata aku ni dengar dari sebelah pihak sahaja dan hanya membaca dari satu sumber berita sahaja. Hahaha...think again my friend, aku ni bukan setahun dua hidup kat dunia maklumat ni. Banyak berita yang aku baca sehinggakan aku dah naik muak dan menyampah tengok orang melayu ni bergaduh. Adakah mereka semua ni tak ambil pelajaran dan pengajaran? Apa guna gelaran Ulama Islam dan title golongan terpelajar ni? Apa yang korang belajar dalam kelas dulu?
Dari pemerhatian aku, golongan inilah yang paling banyak terbabas. Amalan dan panduan dari Al-Quran yang dipelajari selama beberapa tahun dulu begitu senang dilupakan. Mulut yang selalu bertasbih, berzikir dan bertahmid suatu ketika dulu begitu senang tergelincir dengan menghamburkan kata-kata kesat kepada saudara sesama Islam. Golongan terpelajar pula semakin hilang kepelajarannya dan mencapai tahap pembelajaran paling tinggi sekali di alam maya ini, iaitu tahap 'kurang ajar'.
Bagi aku, inilah yang di maksudkan dengan kotor. Bukan pilihanraya yang kotor, tapi orang yang membuatkan pilihanraya ini kotor. Kalau marah macam mana pun, jangan la sampai memaki hamun orang. Ingat diri tu bagus sangat ke? Merendahkan martabat orang lain tu elok ke? Inikah yang Islam ajar kamu selama ini? Inikah yang kamu pelajari dari Al-Quran? Tok guru-tok guru kamu semua mengajar ini ke di dalam kelas pengajian kamu? Aku ni takder la taraf ulama atau profesor atau doktor falsafah. Tapi aku rasa budak-budak pun tahu semua ni salah.
Aku rasa bukan aku je yang berpendapat begini. Pasti teguran dan penulisan seperti ini dah banyak dah diberikan. Tapi semuanya buat bodoh dan berperangai macam lembu. Lembu pun pasti akan belajar bila dirotan dan akan sedar kesilapan mereka bila dipukul. Takkan la dah tua-tua pun nak kena pukul atau rotan lagi? Malu la sikit.
Memang susah nak berhenti berbalah sebab bila ada satu pihak menuduh dan satu pihak membela diri. Tapi bila pihak membela diri itu menjadi penuduh, sampai bila la nak berhenti? Jadi salah seorang perlu mengalah dan bersabar. Biarkan mereka berkata-kata dan biarlah orang menilai mulut orang yang berkata-kata tersebut. Belalah diri sekadar yang perlu dan tidak perlu hendak membalas. Bersabarlah sebab hanya mereka yang mempunyai pegangan agama yang kuat, pandai dan tidak melatah sahaja akan dapat menilai. Yang lain tu, faham-faham ajer la.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.