NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, June 9, 2008

Ampunkan aku dengan RahmatMu.

Aku memohon dengan rahmatMu ampunkanlah aku,
Dosaku menggunung banyaknya,
Aku sungguh bimbang,
Janganlah biarkan aku tanpa keampunanMu,
Diakhirat nanti aku sungguh malang,

Tuhan rahmatMulah yang kupinta,
Maafkanlah segala kesalahan2ku,
Tiada siapa yang boleh memaafkan aku,
Selain daripada belas kasihanMu,

Aku sungguh lemah mengontrol diriku,
Daripada membuat dosa dan kesalahan,
Berilah aku kekuatan boleh mengawal diriku,
Kalau bukan daripada kekuatanMu tidak mampulah aku,

Janganlah tinggalkan aku tanpa pimpinanMU,
Siapalah aku yang tiada apa2 kuasa ini,
Kalau bukanlah daripada kawalanMu,
Kecundanglah aku,
Pimpinlah aku selalu didalam kehidupan ini,

Kuasa adalah ditanganMu,
Rahmat jua kepunyaanMu,
Kalaulah berhimpun kuasaMu dengan rahmatMu,
Untuk Engkau berikan kepadaku selamatkanlah aku,
Dengan rahmatMu ampunkanlah aku.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.