Tuhan janganlah pesongkan aku menjadi hamba selainMu,
Aku bangga bahawa aku menjadi hambaMu,
Tanamkanlah didalam hatiku redha denganMu,
Aku harap Engkau juga redha denganku,
RedhaMu itulah yang sentiasa kucari,
Janganlah Engkau biarkan aku mencari keredhaan
selainMu,
Apabila aku tersilap cepat2 ingatkan aku,
Agar aku tidak terpisah dariMu,
Terpisah daripadaMu adalah bala yang paling besar,
Terpisah daripadaMu adalah paling hina,
Aku inginkan pimpinanMu selalu,
Apabila aku tersasar,letakkan kembali kepada
landasan,
Janganlah biarkan aku terpesong jauh,
Kalau berlaku alangkah hinanya,
Itulah yang aku takut,
Itulah yang selalu mengganggu fikiranku,
Tuhan itulah harapanku padaMu,
Itulah yang aku pinta selalu,
Tuhan janganlah kecewakan aku.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.