Tuhan!pimpinlah aku selalu didalam kehidupanku,
Aku lemah kalau Engkau tidak memberi kekuatan,
Aku hambaMu memanglah sentiasa lemah,
Lemah fizikal dan lemah jiwa,
Dengarlah selalu,bisikan hatiku,
Itulah harapanku padaMu,
Rintihan hambaMu yang selalu membuat dosa,
Mengharapkan keampunan dariMu,
Tuhan,masukkanlah didalam hatiku tenang dengan ujian,
Kerana mengharapkan keredhaanMu,
Masukkanlah kedalam hatiku takut dengan kemewahan,
Kerana takut disalahgunakan,
Masukkanlah didalam hatiku rasa cinta padaMu,
Agar rasa lazat menyembahMu,
RahmatMu yang kuharapkan,
Amal ibadahku,tidak memberi jaminan,
Atau kemaafanMu yang aku pinta,
Sekalipun aku tidak layak,
Aku ini hambaMu Tuhan!
Tidak berguna,kerana membuat dosa setiap masa,
Kutiplah aku dengan rahmatMu,
Dan sandarkanlah aku dengan berkat sesiapa yang boleh menyelamatkan aku,
RahmatMu luas,
Berkat melimpah ruah kepada sesiapa sahaja yang
Engkau mahu anugerahkan.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.