NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, June 25, 2009

Siapakah Pengunjung Setia Kelab Malam di Malaysia?




Assalamualaikum.

Mari kita kupas persoalan yang telah lama kita ketahui selama ini iaitu, 'Siapakah Pengunjung Setia Kelab Malam di Malaysia?' Jika kita lihat senario kelab malam ini atau lebih dikenali pada masa sekarang ini dengan istilah 'clubbing' di kalangan ganerasi masa sekarang, pengunjung setia kelab malam ini adalah di kalangan orang melayu yang beragama Islam. Setiap malam terutama sekali pada malam rabu, jumaat dan sabtu adalah malam wajib bagi pengunjung ini. Persoalannya sekarang ini ialah, dimanakah peranan ibu bapa anak-anak muda ini? atau adakah ibu bapa mereka ini sendiri yang membenarkan anak-anak mereka melakukan perkara terkutuk ini? lebih menyedihkan lagi ialah, dimanakah peranan jabatan agama islam dalam memerangi gejala sosial ini?

Rasanya tidak perlu lagi saya kupas persoalan ini, kerana semuanya sudah di bongkar di dalam bermacam-macam media cetak dan elektronik. Di dalam majalah mastika terutamanya, begitu banyak artikel dan wawancara juga siasatan yang dijalankan oleh pihak mastika mengenai permasalahan ini. Tetapi dalam banyak-banyak artikel yang saya baca, amat sedikit sahaja artikel yang menyentuh mengenai peranan kerajaan dalam membasmi gejala sosial ini. Apa yang disibukkan hanyalah mengenai gejala samseng jalanan dan peragut. Pada hal, semua ini adalah masalah yang perlu juga diambil perhatian. Apa peranan jabatan agama Islam di negara kita ini? Adakah sekadar masuk di hotel dan rumah sewa dan tumpangan semata-mata untuk mencegah maksiat? Maksiat yang paling besar adalah di dalam kelab malam ini!! Kenapa tiada tindakan diambil untuk membasmi punca kepada segala maksiat di negara kita ini? Adakah mereka semua tidur? tak buat kerja? takut? dan yang paling utama sekali ialah, adakah ada diantara mereka ini makan suap!? Kalau saya katakan yang pegawai jabatan agama dan juga peguam mahkamah syariah ini juga merupakan pengunjung setia kelab malam ini, bagaimanakah perasaan jabatan agama islam ini? marah? tersinggung? rasa nak saman saya?

Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya sendiri pernah bergaul dengan mereka ini semua. Ini adalah bukti yang nyata dan tiada muslihat dari saya. Bukan untuk tujuan politik dan bukan juga untuk kepentingan diri sendiri. Tapi untuk kepentingan rakyat Malaysia dan juga agama Islam yang tercinta. Saya cabar jabatan agama Islam untuk mengambil tindakan dengan menyerbu kelab-kelab malam yang dianggap kebal ini. Janganlah suara blogger ini dianggap kecil dan tidak bermakna. Apa yang cuba katakan ialah, ini adalah suara dari kami malah kami juga boleh dianggap sebagai wakil kepada sebilangan rakyat yang mahukan pihak berkuasa bertindak. Jadi, buatlah sesuatu jika benar sayangkan Islam dan rakyat berbangsa melayu kita ini. Dalam artikel yang seterusnya nanti, saya akan kemukakan beberapa cadangan yang perlu dalam membasmi masalah ini.

Wassalam.

Antara cinta dan dosa.




Assalamualaikum.

Disini saya ingin mengupas serba sedikit permasalah remaja yang bercinta pada zaman sekarang. Perasan tak kawan-kawan sekalian, jika bercinta pasti tidak akan terlepas dari adengan 'ringan-ringan' dan juga perkara maksiat yang lain. Bak kata orang zaman sekarang, kalau tak 'ringan-ringan' masa bercinta tu tidak sah. Mesti kena ada kiss-kiss dan peluk-peluk sikit, betul tak? Sebenarnya apa yang mereka lakukan itu adalah menempah bahaya kepada diri mereka sendiri. Bermula dari berpegang-pegang dan lama-lama berakhirlah di atas katil neraka. Bermula dengan suka-suka, kemudian berakhirlah dengan air mata penyesalan.

Ini semua adalah kejadian biasa yang kita dengari setiap hari dan masa. Rasa nak muntah rasanya bila terlalu ramai orang menceritakan masalahnya pada kita. Tapi bagi saya, semua itu adalah tanggungjawab bagi diri saya untuk membawa mereka kepada kebaikkan. Tapi saya cukup benci jika orang itu menanyakan penyelesaian dan nasihat, tapi kemudian mereka langsung tidak mengikutinya. Akhirnya, mereka mula menjauhkan diri dari saya apa pun saya tidak tahu dan kemudian terjerumus kembali ke lembah hina kerana mengikutkan hawa nafsu yang rendah. Ini dibuktikan dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-A'raaf ayat 176 yang bermaksud :

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Kawan-kawan sekalian, jika kita berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, pasti kita tidak akan terjerumus dalam lembah kehinaan itu. Fikirkan dulu keluarga kita dan juga orang-orang yang kita sayang. Selalunya bila kita bercerita tentang cinta, pasti ramai yang beria-ia hendak berkongsi. Tapi jika kita selitkan sedikit tentang dosa dan hukuman, pasti ramai yang akan mengantuk dan lari dari topik perbincangan. Semua ini merupakan senario biasa yang kita lihat, hatta di dalam keluarga kita sendiri pun senario ini merupakan senario yang biasa.

Tapi tahukah kawan-kawan, bilakah kita mahu berubah apabila sudah terjebak dengan semua ini? Semua yang saya tanya rata-rata mengatakan yang mereka akan berubah bila sampai masanya. Persoalannya ialah, BILA? SEMPAT KE? Jadi, fikir dan letakkanlah diri anda dalam golongan yang mana. Sebab, jika kita sayangkan seseorang, kita tidak akan merosakkan maruah seseorang itu.

Wassalam.

Wednesday, June 24, 2009

Puasa sunat.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya terdetik di dalam hati untuk menulis mengenai ibadah yang akan dilakukan oleh umat Islam pada bulan Rejab nanti. Ibadah yang dimaksudkan itu ialah puasa sunat. Berikut adalah satu artikel yang menarik dari sebuah laman http://al-islam.wikidot.com/bulan-rejab mengenai bulan rejab. Berikut adalah artikel dari laman tersebut:

Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh ulama muktabar.

Antaranya, Imam Hibbatullah bin Mubarak, yang meriwayatkan keistimewaan Rejab berdasarkan sanadnya yang jelas sebagaimana yang direkodkan oleh Syeikh Abd Qader al-Jaylani dalam al-Ghunyah.

Tambahan pula, matan hadis terbabit tidak bertentangan dengan nas al-Quran. Sebaliknya selari dengan perisytiharan Allah S.W.T pada surah al-Taubah ayat 36 mengenai empat bulan haram yang dimaksudkan: Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menyifatkan Nabi s.a.w menegaskan Rejab adalah bulan Allah, iaitu bulan ahlullah. Dikatakan penduduk (mukmin) Tanah Haram itu ahlullah kerana Allah yang memelihara dan memberi kekuatan kepada mereka.

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”

Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi s.a.w tidak menyempurnakan puasa sebulan selepas berlalunya Ramadan kecuali pada Rejab dan Syaaban.

Al-Hafiz al-Haitsami dalam Majma’ al-Zawa’id turut meriwayatkan mengenai kelebihan Rejab. Walaupun dengan sanad daif, ia sudah memadai untuk menepati spesifikasi kelebihan beramal dan meningkatkan hemah diri.

Hal ini jelas sebagaimana diakui fuqaha dan ahli hadis menerusi kenyataan Imam al-Nawawi dalam kitab al-Arba’ien.

Lebih kukuh, Imam Muslim meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab (pada bulan Rejab).

Said menjawab: “Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

Imam al-Nawawi mengatakan: “Apa yang zahir daripada ucapan Sa’id bin Jubayr itu menjadi bukti tiada tegahan untuk berpuasa padanya (Rejab) kerana bulan berkenaan. Bahkan kedudukannya sama mengikut baki bulan Islam yang lain.

Tidak ada larangan untuk melakukan ibadat puasa di bulan Rejab, tidak pula disunatkan kerana bulannya. Tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunahan puasa terbabit.

Imam Abu Thayyib al-Azhim juga mengatakan: “Dalam Sunan Abi Daud direkodkan Nabi s.a.w menggalakkan kita berpuasa di bulan yang haram. Rejab adalah satu darinya.”

Al-Hakim meriwayatkan daripada Nubaisyah: “Seorang lelaki menanyakan Nabi SAW, wahai Rasulullah! Kami memberi persembahan (kepada berhala) di zaman Jahiliyah. Maka apa pula yang harus dilakukan di bulan Rejab ini. Baginda menjawab : “Sembelihlah binatang ternakan kerana Allah di mana-mana bulan sekalipun. Lakukanlah kebaikan kerana Allah dan berilah makanan.”

Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”

Berdasarkan kepada penyelidikan, Rejab mempunyai pengertian dalam kelasnya yang tersendiri. Sumber hukum melalui al-Quran, hadis dan keterangan ulamak salaf memberitahu kita bahawa di sana ada hadis sahih, hasan, mursal, marfuk, daif, daif jiddan, wahin (amat lemah) dan palsu berkaitan Rejab.

Oleh itu, setiap isu dan dalil harus difahami secara menyeluruh lagi mendalam agar kita tidak tersasar daripada landasan yang benar.

Dalill yang jelas, terang lagi bersuluh sepatutnya diamalkan. Dalil yang lemah boleh dijadikan bahan sokongan dan penambahbaikan dalam sesuatu amalan, sementara dalil palsu ditinggalkan.

Sempena sepertiga Rejab yang mulia, renunglah, setakat mana ilmu kita? Berapa banyak yang diamalkan dan di mana pula keikhlasan kita?

Alangkah manisnya apabila kita dapat menyatukan ibadat solat, puasa, zikir, tasbih, tahlil, tahmid, qiyam, bersedekah dan kebaikan lain di bulan Rejab. Semoga amalan Rejab ini menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah.

Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikan suapan, pakaian dan perbuatan kita. InsyaAllah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Persoalannya sekarang ialah, adakah puasa yang kita buat itu diterima Allah? Persoalan ini timbul kerana permasalahan yang ada pada masa sekarang ini, di mana ramai umat Islam yang berpuasa, tetapi perangai dan cara hidup tetap seperti dahulu. Tiada perubahan dan tiada pembaharuan sama ada dari segi akhlak dan sahsiah diri. Puasa dalam bahasa Arab bermaksud meninggalkan. Manakala maksud di sisi ahli Feqah ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat. Bagi orang kita pula, puasa itu menahan nafsu lapar dan dahaga serta menahan diri dari melakukan perkara yang sia-sia. Kesannya pula, apabila selepas kita puasa, kita dapat merubah diri menjadi lebih baik seperti penyabar, berjimat-cermat dan banyak lagi perkara lain. Tapi jika masa puasa pun tidak di jaga diri tu, mcm mana pula jika selepas puasa? Jadi, untuk apa dan siapa kita puasa? Permasalahan ini haruslah kita fikirkan dengan sedalam-dalamnya. Ini ada berkenaan dengan akidah kita sendiri dan juga ibadah kita. Jadi, apa yg dapat yang saya simpulkan disini ialah jika puasa yang kita lakukan selama ini tidak dapat membawa perubahan pada diri kita, jadi untuk siapakah kita berpuasa? diterimakah puasa kita? Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sia-sia dan perbuatan yang sia-sia ini selalu dilakukan oleh syaitan. Jadi tepuklah dada dan tanyalah iman, siapakah kita yang sebenar. Sungguh penyanyangnya Allah, kita masih ada peluang untuk berubah dan memperbaiki diri kita sendiri. Persoalannya sekarang ini, sampai bila kita nak sedar?

Wassalam.

Thursday, June 18, 2009

Perpecahan Melayu - Di Pejabat.

Assalamualaikum,

Saya tertarik dengan artikel dari Utusan Malaysia hari ini (18 Jun 2009 / 24 Jamadil Akhir 1430) yang bertajuk 'Perpecahan Melayu Teruk'. Tajuk utama ini di ambil dari kata-kata Tan Sri Harussani Zakaria.

____________________________________________________________________

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

____________________________________________________________________

Ini adalah skop yang besar, tapi saya telah kecilkan sedikit skop ini kepada di pejabat sahaja. Jika kita lihat, di pejabat kita ada saja yang tidak puas hati. Didalam setiap pejabat, pasti ada saja yang tidak suka kepada kita. Tidak semestinya semua orang di pejabat itu suka kepada kita, betul tak? tapi jika kita fikir balik, apa hak kita untuk membenci orang lain? apa hak kita untuk menilai orang lain? Apabila kita merasa diri kita bagus, kita akan mula menyebarkan pengaruh kita supaya orang mengikut telunjuk kita. Belum dapat kuasa penuh lagi, dah la gaji pun sama, pangkat pun sama, dah nak tinggi hidung. Cakap dengan pegawai yang lebih tinggi pun dengan suara yang tinggi. Apa ni? Adakah hendak disalahkan ibu bapa yang tidak pandai mendidik? atau perlu di salahkan diri sendiri?

Saya paling tidak suka apabila orang yang jahat, mengaku dirinya baik, kemudian menuduh orang lain atau melabel orang lain itu lebih jahat dari dia. Pada hal, dia lagi teruk dan huduh perangainya. Kemudian dia menyebarkan 'dakyahnya' supaya orang lain terpedaya dan mengikut dirinya supaya membenci orang tersebut. Inilah bukti perpecahan di pejabat saya. Kalau dalam skop yang sekecil ini pun kita tak boleh nak tangani, macam mana pula nak tangani skop yang lebih besar?

Pada saya, ketua harus memainkan peranan, barulah peranan itu di sebarkan dengan lebih meluas di luar. Bermula dari skop yang kecil, kemudian barulah kepada yang besar. Kalau ketua pun tak pernah nak ambil tahu, atau sekadar ambil tahu sahaja, tak bergunalah semua usaha tersebut, betul tak? Jadi, setiap usaha perlulah berterusan dan dimulakan dengan langkah yang kecil. Biar ada target, dan peracangan, barulah berhasil. Siapa yang degil, harus dikenakan tatatertib, sebab ianya melanggar perintah Allah. Hanya yang bukan Islam sahaja yang akan melanggar perintah Allah ini. Jadi, siapakah anda??


Wassalam.

Monday, June 15, 2009

Hipokrit.


Assalamualaikum,

Hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai sifat hipokrit yang ada dalam diri manusia. Maksud hipokrit mengikut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah, (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik. Tujuan saya ingin bercerita mengenai sifat ini kerana ianya berkait rapat dengan 3 jenis manusia yang diceritakan di permulaan kitab Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah. Golongan hipokrit atau munafik ini amatlah buruk dan dibenci oleh Allah sehingga ada satu surah di turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW sebanyak 11 ayat di dalam satu surah iaitu surah ke-63 iaitu surah Al-Munaafiquun.

Golongan ini berpura-pura di hadapan kita sama ada berpura-pura menjadi baik atau berkelakuan baik. Tetapi sebenarnya mereka amatlah tidak menyukai kita. Terjadinya benda ini adalah mungkin disebabkan teguran ke arah kebaikkan atau ada sesuatu perkara yang tidak disukai oleh rakan lain dan mereka malas untuk menegur. Tetapi selalunya perkara ini terjadi apabila seorang rakan yang baik, cuba membawa rakannya yang lain kearah yang baik, dan mereka semua menolak, maka timbullah sifat hipokrit tersebut. Berpura-pura baik di hadapan kita, tetapi membenci kita apabila kita tiada. Seperti dalam firman Allah di dalam surah Ali-Imran, ayat 119 :

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. (3:119)
Jauhilah mereka ini, kerana ini adalah larangan dari Allah yang melarang kita berkawan dengan orang-orang seperti ini. Bila Allah melarang, patutlah kita sebagai orang Islam untuk mematuhinya. Apakah agama kita jika kita tidak mengikut perintah Allah? Pada masa saya menulis blog ini, saya sudah dapat mengetahui ramai kawan-kawan saya merupakan orang-orang yang hipokrit. Apa perasaan saya? Saya sendiri amat terkejut kerana saya sendiri tidak peduli dan tidak sedih. Bagi saya ianya satu keuntungan kepada diri saya kerana saya tahu mereka akan rugi. Seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran, ayat 118 :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (3:118)

Jadi dapatlah saya simpulkan kepada anda semua, janganlah anda bersedih hati atau merasa terpinggir jika ada rakan-rakan anda yang memulaukan anda kerana iri hati atau terasa dengan teguran anda. Kerana sesungguhnya, mereka itu hanya mendatangkan banyak kemudharatan kepada anda daripada kebaikkan. Sudah nyatalah kebenaran ayat Allah itu, dan mereka itu bukanlah teman yang baik. Bersabarlah kepada yang sedang atau pernah mengalami keadaan ini. Sesungguhnya andalah yang berada dalam keuntungan dan merekalah yang berada didalam kerugian.


Wassalam.

Sunday, June 14, 2009

Bukit Kepong (1981) & Darah Satria (1983)

Assalamualaikum semua.

Dengan melihat tajuk penulisan saya pada kali ini, pasti ramai yang tahu tentang filem lama melayu ini. Jalan cerita kedua-dua filem ini mengisahkan bagaimana keadaan negara pada masa itu yang diancam oleh pengganas komunis. Jalan cerita yang berbeza, tetapi maklamat yang sama.

Filem Bukit Kepong yang ditayangkan pada tahun 1981 memaparkan kisah keadaan pada masa itu, di mana sebuah kampung yang sering di ganggu oleh pengganas komunis. Sehinggalah satu hari tu, balai polis bukit kepong telah diserang oleh pengganas komunis sehinggakan mengorban seluruh anggota polis bukit kepong. Kisah tragis ini merupakan satu peringatan kepada kita semua agar tidak leka sehingga membiarkan musuh negara mengganas sehingga mengancam keselamatan negara.

Filem Darah Satria pula yang ditayangkan pada tahun 1983 mengisahkan sepasukan angkatan tentera yang mahu menghapuskan saki baki pengganas komunis yang ada di Malaysia. Perjuangan mereka membuahkan hasil tetapi sebagai ganti, kapten mereka cedera parah kerana terkena dengan jerangkap samar pengganas komunis.

Dari kisah kedua-dua filem ini, dapatlah saya simpulkan yang pengganas komunis ini adalah orang-orang yang tidak layak diberi pengampunan. Jadi, usul untuk membawa ketua komunis Chin Peng ini sepatutnya di tolak dan tidak seharusnya dibicarakan lagi. Sesiapa sahaja yang cuba untuk berusaha membawa pengganas ini balik, mereka patut dilabelkan sebagai pengkhianat negara!! Pengkhianat kepada negara adalah sama juga dengan pengkhianat kepada YDP Agong dan juga Agama. Hukuman kepada pengkhianat ini sepatutnya bunuh! Anwar Ibrahim dan juga orang-orang yang bersama-sama dengannya yang berusaha dan menyokong apa juga idea untuk membawa balik Chin Peng, patut di tahan sebagai pengkhianat.

Ini adalah pandangan saya mengenai hal ini berdasarkan kepada berita yang dipaparkan di dalam Utusan Malaysia pada 14 Jun 2009. Pada pendapat saya, Chin Peng patut di hukum balas bunuh. Ini kerana, dibawah pemerintahan dialah ramai orang melayu, kaum lain dan juga askar melayu terbunuh. Jika difikirkan balik sejarah yang telah berlaku, adalah tidak rasional jika Chin Peng tidak dihukum dengan hukuman yang setimpal. Saya juga berfikir, pasti masih ada orang-orang Chin Peng yang masih hidup dan masih setia kepada dia. Sebab itulah usaha untuk membawa dia kembali itu masih ada lagi. Tidak mustahil juga ada parti politik yang terlibat dalam hal ini. Saya dengan tegas menyatakan, orang-orang melayu yang terlibat ini eloklah di panggil sebagai pengkhianat dan orang melayu bodoh. Nak tahu sebabnya? Bacalah sejarah, kerana sejarah itu penting, tanpa sejarah tiadalah kita.

Saya berharap usaha membawa pengganas komunis ini balik haruslah dihentikan. Sesiapa yang cuba membangkitkan usul ini, patut di tahan di bawah akta ISA. Inilah yang baru dikatakan sesuai dengan gaya. Undang-undang ISA digunakan untuk keselamatan negara. Jika ada pertikaian lagi, bodoh la mereka itu. Jadi sama-samalah kita membantah usaha membawa pengganas ini balik ke negara kita yang tercinta ini.

Wassalam.

Monday, June 8, 2009

Keadaan di pejabatku (siri 2)

Assalamualaikum semua.

Hari ini adalah hari yang amat memenatkan bagi saya. Berbagai-bagai masalah terjadi dan perlu di selesaikan. Tetapi hari ini ada satu perkara menarik yang terjadi. Seorang pegawai aku yang terkenal kerana kebengisan beliau di dalam bahagian kami. Beliau merupakan seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi di dalam sejarah dan pentadbiran. Beliau juga merupakan seorang yang lucu pada waktu-waktu yang tertentu. Beliau juga seorang yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik. Tetapi apa gunanya kelakuan dan peribadi yang baik ini jika sifat yang buruk melebihi segala-galanya. Maksud saya dengan sifat buruk ini ialah, sombong dengan ilmu yang ada, mulut yang celupar, melawan ketua, riak dan memecah belahkan diantara pegawai-pegawai di pejabat.

Sikap beliau ini telah mengakibatkan situasi di pejabat saya ini terbahagi kepada dua kumpulan. Mereka berpura-pura baik dan mengata pihak yang lain bila di belakang. Ada juga yang mengatakan yang kini kumpulan ini sudah diberi nama iaitu 'Team A' dan 'Team B'. Keadaan ini amatlah memalukan kerana mereka ini sama-sama beragama Islam, memegang kad pengenalan yang menulis perkataan 'Islam', bersolat dan menunaikan rukun Islam dan rukun Iman yang sama. Jadi kenapa perlu ada sifat berpecah belah ini? Ini kerana mereka berbangga dengan apa yang mereka ada. Firman Allah dalam surah Al-Mu`minuun ayat 53-54 :

Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). (53)

Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. (54)

Ini adalah bukti yang nyata tentang apa yang terjadi di pejabat saya. Ayat yang berikut menerangkan siapakah mereka ini yang sebenarnya. Tidak perlulah saya terangkan dengan lebih lanjut, kerana ayat-ayat ini mempunyai maksud yang amat jelas. Inilah diantara kerosakkan yang telah terjadi di pejabat saya. Tidak sepatutnya orang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai ilmu yang banyak ini membuat kerosakkan seperti ini. Tidak sepatutnya juga orang yang sudah berumur seperti ini, masih melakukan dosa. Kerosakkan keharmonian di pejabat saya tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang seperti ini. Maka benarlah kata-kata Allah di dalam surah Ar-Ruum ayat 41:

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (41)

Apa yang saya ceritakan ini bukanlah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Tetapi ianya adalah sebagai pengajaran agar orang-orang yang membaca penulisan ini segera insaf dan bertaubat. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakkan di atas bumiNya ini. Bumi ini bukanlah kita pinjam dari anak dan cucu kita, tapi sebenarnya bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita untuk melihat apa yang kita perbuat di bumiNya ini. Kita ini hanyalah tetamu senja sahaja, iaitu amat sekejap sahaja kita berada di muka bumi ini. Anak dan cucu kita itu adalah pelapis atau pewaris kepada pemeliharaan bumi kita ini. Ini adalah ayat yang sepatutnya keluar dari mulut pegawai tersebut kepada orang lain. Sepatutnya dia sedar diri siapa dia di bumi Allah ini. Moga-moga akan diampunkan segala dosanya itu serta ditempatkan di dalam syurga Allah......Insya'allah....Akhir sekali, sukanya saya menutup penulisan saya hari ini dengan sepotong ayat Al-Quran dari surah Ar-Ra`d ayat yang 25 :

Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam). (25)

Apalah gunanya solat itu jika inilah janji dari Allah bagi orang yang membuat kerosakkan di muka bumi ini. Inilah yang dikatakan dengan perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Saya juga mengingatkan diri saya agar tidak tergolong dengan golongan yang membuat kerosakkan ini. Amin.

Sunday, June 7, 2009

Jalan yang lurus?

Assalamualaikum semua.

Setiap kali kita solat, kita seringkali meminta Allah menunjukkan kita jalan yang lurus. Buktinya ialah apabila kita membaca surah Al-Faatihah di dalam ayat yang ke-6. Tetapi apabila telah ditunjukkan jalan yang lurus, kita sering menafikannya. Ada juga yang bermain dengan masa dan ada juga yang pura-pura tidak tahu. Itu pada yang solat, tapi yang tidak solat tu lain la pula ceritanya. Kita semua seolah-olah tidak takut pada Allah dan hukumanNya. Ada yang melakukan solat cukup 5 waktu, tapi masih juga melakukan dosa. Seolah-olah bila kita solat, semua dosa kita akan diampunkan. Persoalannya ialah, sempat ke kita nak bertaubat dan menyesali salah laku kita?

Sebenarnya dalam diri kita semua ada sifat ego yang tinggi. Sifat ego inilah yang membuatkan kita tidak mahu diletakkan di dalam keadaan yang salah. Kita hanya mahu mendengar apa yang kita hendak dengar sahaja. Bila ada orang yang menegur, mereka melenting dan ada juga yang cepat-cepat merubah tajuk perbualan. Ada juga yang cepat terasa dan mudah naik marah atau merajuk. Biasalah keadaan ini, kerana kebanyakkan dari kita mempunyai apa yang dikatakan sebagai 'hati tisu'. Harap muka je ganas, tapi bila ditegur mulalah merajuk. Itulah kita rakyat Malaysia yang penuh dengan sensitiviti dan kelembutan hati. Nak cakap pun kena la menggunakan ayat yang lemah lembut. Tapi cuba la kita fikirkan sejenak, jika teguran dan bermacam-macam hukuman telah kita adakan dan laksanakan pun tidak berkesan, wajarkah kita menegur dengan nada yang berupa irama nasyid? Pasti ramai yang setuju, maklumlah 'hati tisu', tegur keras sikit sahaja dah mula merajuk.

Paling saya kesal apabila ada sahabat-sahabat mereka ini membawa sesuatu yang baik kepada mereka, tapi mereka menolak. Ada juga yang mengatakan mereka tidak menolak, tapi sibuk. Sibuk? Sibuk dengan apa? Bila dah terkena, baru la nak kesal dan bertaubat. Bukankah jika kita mengangguh-nangguh itu serupa juga dengan kita menolak? Contohnya, jika kita hendak membeli sesuatu barang dan barang itu pula katakanlah kain pengilap laptop. Pada mulanya jurujual itu menawarkan kita barang itu dan kita pula mengatakan nanti dulu kerana tidak nampak akan pentingnya barang tersebut. Apa sampai masanya yang laptop kita mula berhabuk dan prestasi menjadi kurang kerana habuk, barulah kita hendak membeli barangan tersebut. Jika kita mempunyai kain pengilap laptop itu, sudah pasti la laptop kita akan terjaga dan tidak berhabuk. Jangka hayat laptop itu pastilah akan bertambah lagi lama. Sama la juga dengan kebaikkan yang dibawa oleh sahabat kita itu, wajib kita menyambutnya dengan segera. Sebabnya, inilah petunjuk ataupun hidayah 'jalan yang lurus' yang Allah tunjukkan kepada kita.

Bayangkan jika kita kini berumur 40 tahun, dan sudah kita sudah mengerjakan solat sejak kita berumur sekitar 15 tahun (akil baligh) , bermakna kita sudah memohon jalan yang lurus sebanyak 155,125 kali! Sudah pastinya permintaan kita ini akan dimakbulkan kerana maha pemurah dan maha pengasihnya Allah!! Allah berfirman di dalam surah Al-Mu'min ayat 60 :

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

Sudah pastinya doa kita akan dimakbulkan oleh Allah jika kita sudah meminta kepadaNya dengan jumlah yang sebanyak itu. Sebagai contoh, jika kita meminta kepada seseorang berulang-ulang kali, sudah pastinya permintaan kita itu akan ditunaikan. Inikan pula Allah, sudah pasti dengan maha pemurah dan maha penyayang, permintaan kita itu akan dimakbulkan. Jadi kenapa sudah sampai petunjuk dari Allah, kita sering menafikannya lagi? kenapa kita masih ego lagi!? Dimanakah letaknya akal anugerah Allah itu? Jadi, fikirkan dengan semasak-masaknya, adakah neraka yang kita mahu?

Kesimpulannya ialah, buanglah sifat ego itu kerana sifat itu adalah sifat syaitan yang menyuruh kepada yang mungkar. Kita tidak tahu bila kita akan mati, dan sepatutnya kita mempersiapkan diri kita. Bukannya menunggu sehingga alam semesta ini berlanggar, barulah kita terhegeh-hegeh hendak bertaubat dan mencari jalan yang lurus. Masa tidak menunggu kita wahai para pembaca. Tidak ada apa yang dapat menyelamatkan kita apa bila sampainya hari kita dihimpunkan itu. Sedarlah segera sebelum segalanya terlambat.

Wassalam.