NuffNang

Nuffnang

Translate


Sunday, June 7, 2009

Jalan yang lurus?

Assalamualaikum semua.

Setiap kali kita solat, kita seringkali meminta Allah menunjukkan kita jalan yang lurus. Buktinya ialah apabila kita membaca surah Al-Faatihah di dalam ayat yang ke-6. Tetapi apabila telah ditunjukkan jalan yang lurus, kita sering menafikannya. Ada juga yang bermain dengan masa dan ada juga yang pura-pura tidak tahu. Itu pada yang solat, tapi yang tidak solat tu lain la pula ceritanya. Kita semua seolah-olah tidak takut pada Allah dan hukumanNya. Ada yang melakukan solat cukup 5 waktu, tapi masih juga melakukan dosa. Seolah-olah bila kita solat, semua dosa kita akan diampunkan. Persoalannya ialah, sempat ke kita nak bertaubat dan menyesali salah laku kita?

Sebenarnya dalam diri kita semua ada sifat ego yang tinggi. Sifat ego inilah yang membuatkan kita tidak mahu diletakkan di dalam keadaan yang salah. Kita hanya mahu mendengar apa yang kita hendak dengar sahaja. Bila ada orang yang menegur, mereka melenting dan ada juga yang cepat-cepat merubah tajuk perbualan. Ada juga yang cepat terasa dan mudah naik marah atau merajuk. Biasalah keadaan ini, kerana kebanyakkan dari kita mempunyai apa yang dikatakan sebagai 'hati tisu'. Harap muka je ganas, tapi bila ditegur mulalah merajuk. Itulah kita rakyat Malaysia yang penuh dengan sensitiviti dan kelembutan hati. Nak cakap pun kena la menggunakan ayat yang lemah lembut. Tapi cuba la kita fikirkan sejenak, jika teguran dan bermacam-macam hukuman telah kita adakan dan laksanakan pun tidak berkesan, wajarkah kita menegur dengan nada yang berupa irama nasyid? Pasti ramai yang setuju, maklumlah 'hati tisu', tegur keras sikit sahaja dah mula merajuk.

Paling saya kesal apabila ada sahabat-sahabat mereka ini membawa sesuatu yang baik kepada mereka, tapi mereka menolak. Ada juga yang mengatakan mereka tidak menolak, tapi sibuk. Sibuk? Sibuk dengan apa? Bila dah terkena, baru la nak kesal dan bertaubat. Bukankah jika kita mengangguh-nangguh itu serupa juga dengan kita menolak? Contohnya, jika kita hendak membeli sesuatu barang dan barang itu pula katakanlah kain pengilap laptop. Pada mulanya jurujual itu menawarkan kita barang itu dan kita pula mengatakan nanti dulu kerana tidak nampak akan pentingnya barang tersebut. Apa sampai masanya yang laptop kita mula berhabuk dan prestasi menjadi kurang kerana habuk, barulah kita hendak membeli barangan tersebut. Jika kita mempunyai kain pengilap laptop itu, sudah pasti la laptop kita akan terjaga dan tidak berhabuk. Jangka hayat laptop itu pastilah akan bertambah lagi lama. Sama la juga dengan kebaikkan yang dibawa oleh sahabat kita itu, wajib kita menyambutnya dengan segera. Sebabnya, inilah petunjuk ataupun hidayah 'jalan yang lurus' yang Allah tunjukkan kepada kita.

Bayangkan jika kita kini berumur 40 tahun, dan sudah kita sudah mengerjakan solat sejak kita berumur sekitar 15 tahun (akil baligh) , bermakna kita sudah memohon jalan yang lurus sebanyak 155,125 kali! Sudah pastinya permintaan kita ini akan dimakbulkan kerana maha pemurah dan maha pengasihnya Allah!! Allah berfirman di dalam surah Al-Mu'min ayat 60 :

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."

Sudah pastinya doa kita akan dimakbulkan oleh Allah jika kita sudah meminta kepadaNya dengan jumlah yang sebanyak itu. Sebagai contoh, jika kita meminta kepada seseorang berulang-ulang kali, sudah pastinya permintaan kita itu akan ditunaikan. Inikan pula Allah, sudah pasti dengan maha pemurah dan maha penyayang, permintaan kita itu akan dimakbulkan. Jadi kenapa sudah sampai petunjuk dari Allah, kita sering menafikannya lagi? kenapa kita masih ego lagi!? Dimanakah letaknya akal anugerah Allah itu? Jadi, fikirkan dengan semasak-masaknya, adakah neraka yang kita mahu?

Kesimpulannya ialah, buanglah sifat ego itu kerana sifat itu adalah sifat syaitan yang menyuruh kepada yang mungkar. Kita tidak tahu bila kita akan mati, dan sepatutnya kita mempersiapkan diri kita. Bukannya menunggu sehingga alam semesta ini berlanggar, barulah kita terhegeh-hegeh hendak bertaubat dan mencari jalan yang lurus. Masa tidak menunggu kita wahai para pembaca. Tidak ada apa yang dapat menyelamatkan kita apa bila sampainya hari kita dihimpunkan itu. Sedarlah segera sebelum segalanya terlambat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.