"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Thursday, June 25, 2009
Siapakah Pengunjung Setia Kelab Malam di Malaysia?
Assalamualaikum.
Mari kita kupas persoalan yang telah lama kita ketahui selama ini iaitu, 'Siapakah Pengunjung Setia Kelab Malam di Malaysia?' Jika kita lihat senario kelab malam ini atau lebih dikenali pada masa sekarang ini dengan istilah 'clubbing' di kalangan ganerasi masa sekarang, pengunjung setia kelab malam ini adalah di kalangan orang melayu yang beragama Islam. Setiap malam terutama sekali pada malam rabu, jumaat dan sabtu adalah malam wajib bagi pengunjung ini. Persoalannya sekarang ini ialah, dimanakah peranan ibu bapa anak-anak muda ini? atau adakah ibu bapa mereka ini sendiri yang membenarkan anak-anak mereka melakukan perkara terkutuk ini? lebih menyedihkan lagi ialah, dimanakah peranan jabatan agama islam dalam memerangi gejala sosial ini?
Rasanya tidak perlu lagi saya kupas persoalan ini, kerana semuanya sudah di bongkar di dalam bermacam-macam media cetak dan elektronik. Di dalam majalah mastika terutamanya, begitu banyak artikel dan wawancara juga siasatan yang dijalankan oleh pihak mastika mengenai permasalahan ini. Tetapi dalam banyak-banyak artikel yang saya baca, amat sedikit sahaja artikel yang menyentuh mengenai peranan kerajaan dalam membasmi gejala sosial ini. Apa yang disibukkan hanyalah mengenai gejala samseng jalanan dan peragut. Pada hal, semua ini adalah masalah yang perlu juga diambil perhatian. Apa peranan jabatan agama Islam di negara kita ini? Adakah sekadar masuk di hotel dan rumah sewa dan tumpangan semata-mata untuk mencegah maksiat? Maksiat yang paling besar adalah di dalam kelab malam ini!! Kenapa tiada tindakan diambil untuk membasmi punca kepada segala maksiat di negara kita ini? Adakah mereka semua tidur? tak buat kerja? takut? dan yang paling utama sekali ialah, adakah ada diantara mereka ini makan suap!? Kalau saya katakan yang pegawai jabatan agama dan juga peguam mahkamah syariah ini juga merupakan pengunjung setia kelab malam ini, bagaimanakah perasaan jabatan agama islam ini? marah? tersinggung? rasa nak saman saya?
Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya sendiri pernah bergaul dengan mereka ini semua. Ini adalah bukti yang nyata dan tiada muslihat dari saya. Bukan untuk tujuan politik dan bukan juga untuk kepentingan diri sendiri. Tapi untuk kepentingan rakyat Malaysia dan juga agama Islam yang tercinta. Saya cabar jabatan agama Islam untuk mengambil tindakan dengan menyerbu kelab-kelab malam yang dianggap kebal ini. Janganlah suara blogger ini dianggap kecil dan tidak bermakna. Apa yang cuba katakan ialah, ini adalah suara dari kami malah kami juga boleh dianggap sebagai wakil kepada sebilangan rakyat yang mahukan pihak berkuasa bertindak. Jadi, buatlah sesuatu jika benar sayangkan Islam dan rakyat berbangsa melayu kita ini. Dalam artikel yang seterusnya nanti, saya akan kemukakan beberapa cadangan yang perlu dalam membasmi masalah ini.
Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.