Assalamualaikum semua.
Hari ini adalah hari yang amat memenatkan bagi saya. Berbagai-bagai masalah terjadi dan perlu di selesaikan. Tetapi hari ini ada satu perkara menarik yang terjadi. Seorang pegawai aku yang terkenal kerana kebengisan beliau di dalam bahagian kami. Beliau merupakan seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi di dalam sejarah dan pentadbiran. Beliau juga merupakan seorang yang lucu pada waktu-waktu yang tertentu. Beliau juga seorang yang mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik. Tetapi apa gunanya kelakuan dan peribadi yang baik ini jika sifat yang buruk melebihi segala-galanya. Maksud saya dengan sifat buruk ini ialah, sombong dengan ilmu yang ada, mulut yang celupar, melawan ketua, riak dan memecah belahkan diantara pegawai-pegawai di pejabat.
Sikap beliau ini telah mengakibatkan situasi di pejabat saya ini terbahagi kepada dua kumpulan. Mereka berpura-pura baik dan mengata pihak yang lain bila di belakang. Ada juga yang mengatakan yang kini kumpulan ini sudah diberi nama iaitu 'Team A' dan 'Team B'. Keadaan ini amatlah memalukan kerana mereka ini sama-sama beragama Islam, memegang kad pengenalan yang menulis perkataan 'Islam', bersolat dan menunaikan rukun Islam dan rukun Iman yang sama. Jadi kenapa perlu ada sifat berpecah belah ini? Ini kerana mereka berbangga dengan apa yang mereka ada. Firman Allah dalam surah Al-Mu`minuun ayat 53-54 :
Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing). (53)
Maka biarkanlah mereka dalam kesesatannya sampai suatu waktu. (54)
Ini adalah bukti yang nyata tentang apa yang terjadi di pejabat saya. Ayat yang berikut menerangkan siapakah mereka ini yang sebenarnya. Tidak perlulah saya terangkan dengan lebih lanjut, kerana ayat-ayat ini mempunyai maksud yang amat jelas. Inilah diantara kerosakkan yang telah terjadi di pejabat saya. Tidak sepatutnya orang yang berpendidikan tinggi dan mempunyai ilmu yang banyak ini membuat kerosakkan seperti ini. Tidak sepatutnya juga orang yang sudah berumur seperti ini, masih melakukan dosa. Kerosakkan keharmonian di pejabat saya tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang seperti ini. Maka benarlah kata-kata Allah di dalam surah Ar-Ruum ayat 41:
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). (41)
Apa yang saya ceritakan ini bukanlah untuk memburuk-burukkan sesiapa. Tetapi ianya adalah sebagai pengajaran agar orang-orang yang membaca penulisan ini segera insaf dan bertaubat. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakkan di atas bumiNya ini. Bumi ini bukanlah kita pinjam dari anak dan cucu kita, tapi sebenarnya bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita untuk melihat apa yang kita perbuat di bumiNya ini. Kita ini hanyalah tetamu senja sahaja, iaitu amat sekejap sahaja kita berada di muka bumi ini. Anak dan cucu kita itu adalah pelapis atau pewaris kepada pemeliharaan bumi kita ini. Ini adalah ayat yang sepatutnya keluar dari mulut pegawai tersebut kepada orang lain. Sepatutnya dia sedar diri siapa dia di bumi Allah ini. Moga-moga akan diampunkan segala dosanya itu serta ditempatkan di dalam syurga Allah......Insya'allah....Akhir sekali, sukanya saya menutup penulisan saya hari ini dengan sepotong ayat Al-Quran dari surah Ar-Ra`d ayat yang 25 :
Orang-orang yang merusak janji Allah setelah diikrarkan dengan teguh dan memutuskan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan dan mengadakan kerusakan di bumi, orang-orang itulah yang memperoleh kutukan dan bagi mereka tempat kediaman yang buruk (Jahannam). (25)
Apalah gunanya solat itu jika inilah janji dari Allah bagi orang yang membuat kerosakkan di muka bumi ini. Inilah yang dikatakan dengan perbuatan yang sia-sia dan tidak berfaedah. Saya juga mengingatkan diri saya agar tidak tergolong dengan golongan yang membuat kerosakkan ini. Amin.
"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.