Saya tertarik dengan artikel dari Utusan Malaysia hari ini (18 Jun 2009 / 24 Jamadil Akhir 1430) yang bertajuk 'Perpecahan Melayu Teruk'. Tajuk utama ini di ambil dari kata-kata Tan Sri Harussani Zakaria.
____________________________________________________________________
PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.
Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.
‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.
‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
____________________________________________________________________
Ini adalah skop yang besar, tapi saya telah kecilkan sedikit skop ini kepada di pejabat sahaja. Jika kita lihat, di pejabat kita ada saja yang tidak puas hati. Didalam setiap pejabat, pasti ada saja yang tidak suka kepada kita. Tidak semestinya semua orang di pejabat itu suka kepada kita, betul tak? tapi jika kita fikir balik, apa hak kita untuk membenci orang lain? apa hak kita untuk menilai orang lain? Apabila kita merasa diri kita bagus, kita akan mula menyebarkan pengaruh kita supaya orang mengikut telunjuk kita. Belum dapat kuasa penuh lagi, dah la gaji pun sama, pangkat pun sama, dah nak tinggi hidung. Cakap dengan pegawai yang lebih tinggi pun dengan suara yang tinggi. Apa ni? Adakah hendak disalahkan ibu bapa yang tidak pandai mendidik? atau perlu di salahkan diri sendiri?
Saya paling tidak suka apabila orang yang jahat, mengaku dirinya baik, kemudian menuduh orang lain atau melabel orang lain itu lebih jahat dari dia. Pada hal, dia lagi teruk dan huduh perangainya. Kemudian dia menyebarkan 'dakyahnya' supaya orang lain terpedaya dan mengikut dirinya supaya membenci orang tersebut. Inilah bukti perpecahan di pejabat saya. Kalau dalam skop yang sekecil ini pun kita tak boleh nak tangani, macam mana pula nak tangani skop yang lebih besar?
Pada saya, ketua harus memainkan peranan, barulah peranan itu di sebarkan dengan lebih meluas di luar. Bermula dari skop yang kecil, kemudian barulah kepada yang besar. Kalau ketua pun tak pernah nak ambil tahu, atau sekadar ambil tahu sahaja, tak bergunalah semua usaha tersebut, betul tak? Jadi, setiap usaha perlulah berterusan dan dimulakan dengan langkah yang kecil. Biar ada target, dan peracangan, barulah berhasil. Siapa yang degil, harus dikenakan tatatertib, sebab ianya melanggar perintah Allah. Hanya yang bukan Islam sahaja yang akan melanggar perintah Allah ini. Jadi, siapakah anda??
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.