BAGAIMANA KHILAFAH DIHANCURKAN
[SN265] Di saat
segelintir umat Islam meraikan kemenangan Parti Keadilan Dan Pembangunan
(AKP) di Turki di dalam pilihanraya umum negara itu beberapa hari
lepas, kita mesti ingat bahawa Turki, sebagaimana Malaysia, adalah
sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang kufur hasil
tinggalan penjajah British. Janganlah hendaknya kita dikaburi dengan
kemenangan AKP, sehingga kita melupakan satu peristiwa yang amat
memilukan umat Islam yang cintakan penyatuan di seluruh dunia, yang
berlaku di Turki lebih kurang 90 tahun yang lalu, yang sekali gus telah
melenyapkan Islam dari pemerintahan. Pada hari Isnin tanggal 28 Rajab
1342H (3 Mac 1924), dunia dikejutkan oleh satu berita yang menggemparkan
dari Turki bahawa Mustafa Kamal telah secara resmi
menghapuskaninstitusi Khilafah. Pada malam itu,Sultan Abdul Majid II,
Khalifah terakhir kaum Muslimin, dipaksa untuk mengemas barangannya dan
dibekalkan dengan sedikit wang, laludihalau keluar dari Turki dengan
kendaraan yang telah disediakan khas.
Dengan cara itulah, sebuah
pemerintahan Islam yang berusia 1342 tahun, berakhir. Sautun Nahdhah
kali ini ingin mengungkap sekelumit sejarah dari tindakan-tindakan jahat
kolonialis beserta pemimpin Islam pengkhianat yang menyebarkan benih
perpecahan diantara kaum Muslimin dengan menanamkan semangat
nasionalisme dan akhirnya mengatur penghancuran Daulah Khilafah hingga
keakar umbi.Sebagaimana diakui oleh Lord Curzon (Menteri Luar British
pada waktu itu), British bersama dengan Perancis memainkan peranan
penting dalam membahagitanah kaum Muslimin diantara sesama mereka.
Sesungguhnya rancangan mereka untuk menghapuskan Khilafah merupakan
perancangan yang telah dibuat ratusan tahun lamanya yang akhirnya
berjaya ketika Khilafah Utsmaniyah mengalami kemorosotan yang parah di
pertengahan abad ke 18.Usaha pertama puak kuffar untuk menghancurkan penyatuan Islam terjadi pada abad ke-11 ketika Pope Urbanus II melancarkan Perang Salib I untuk menduduki Al-Quds. Setelah 200 tahun pendudukan, akhirnya pasukan salib berjaya dikalahkan di tangan Salahudin al-Ayubi. Di abad ke-15, Konstantinopel ditaklukan dan benteng terakhir Kekaisaran Byzantium itupun dikalahkan. Lalu pada abad ke-16, Daulah Islam berjaya membuka seluruh bahagian selatan dan timur Eropah dengan membawa Islam kepada bangsa-bangsa tersebut. Akhirnya, jutaan penduduk Albania, Yugoslavia, Bulgaria dan negara-negara lain memeluk Islam. Setelah pengepungan Viennapada tahun 1529,Eropah membentuk pasukan bersekutu (allies) untuk menyekat perkembangan Khilafah di Eropah. Pada titik itulah bangkitnya permusuhan pasukan Salib terhadap Islam dan Khilafah. Lalu dibuatlah rancangan-rancangan berkaitan dengan “Masalah Ketimuran” seperti yang sudah diketahui.Setelah kekalahan mereka di tangan pasukan Islam, pasukan Salib menyedaribahawa kekuatan Islam adalah kerana ‘akidah Islam’ yang dimiliki oleh umat Islam. Selagi mana kaum Musliminberpegang kuat dengan Islam dan ajaran al-Qur’an, maka Khilafah tidak akan dapat dihancurkan. Lalu mereka merubah fokus peperangan kepada peperangan pemikiran.
Inilah sebabnya di akhir abad ke 16, mereka mendirikan pusat misionaris pertama di Malta dan membuat markasnya untuk melancarkan serangan misionaris terhadap Dunia Islam. Inilah peringkat awal masuknya kebudayaan Barat ke Dunia Islam yang dilakukan para misionaris British, Perancis dan Amerika.Para misionaris itu melakukan usaha tersembunyi ini atas nama lembaga-lembaga pendidikan dan ilmu pengetahuan. Pada awalnya, kesan dari tindakan itu hanya kecil sahaja, tetapi di sepanjang abad ke-18 dan 19 ketika kemunduran melandaDaulah Khilafah, mereka mampu mengeksploitasi kelemahan Khilafah dan menyebarkan konsep-konsep mereka ke dalam masyarakat. Di abad ke-19, Beirut menjadi pusat aktiviti misionaris. Selama masa itu, para misionaris mengeksploitasi perselisihan dalaman diantara orang Kristian dan Druze dan kemudian antara Kristian dan Muslim, dengan British berpihak pada Druze sementara Perancis berpihak pada Kristian Maronite. Selama masa itu, para misionaris itu memiliki dua agenda utama: (1) Memisahkan orang Arab dari Khilafah Utsmaniyah (2) Membuat kaum Muslimin merasa terasing dari ikatan Islam (dengan cara menjauhkan kaum Muslimin dari ajaran Islam).
Pada tahun 1875 “Persekutuan Rahsia” dibentuk di Beirut dalam usaha untuk mendorong nasionalisme Arab di kalangan rakyat. Melalui kenyataan-kenyataan dan selebaran-selebaran, persekutuan itu menyerukan kemerdekaan politik orang Arab, khususnya mereka yang tinggal di Syria dan Lebanon. Dalam literaturnya, mereka berulangkali menuduh Turki merebut Khilafah Islam dari orang Arab, melanggar syariah dan mengkhianati agama Islam.Hal ini memunculkan benih-benih nasionalisme yang akhirnya berbuah pada tahun 1916 ketika British memerintahkan seorang ejennya, Syarif Hussein dari Mekah untuk melancarkan pemberontakan Arab terhadap Khilafah Utsmaniyah. Pemberontakan ini berjaya dalam mengeluarkan tanah Arab dari Khilafah dan kemudian menempatkan tanah itu di bawah mandat British dan Perancis.Di saat yang sama, nasionalisme mulai dikobarkan terhadap orang-orang Turki. Gerakan Turki Muda didirikan tahun 1889 berdasarkan nasionalisme Turki dan dapat berkuasa tahun 1908 setelah mengusir Khalifah Abdul Hamid II. Pengkhianat, Mustafa Kamal yang menghapuskan keKhilafahan adalah anggota Turki Muda. Inilah alasannya mengapa Kamal kemudian berkata, “Bukankah kerana Khilafah, Islam dan ulama yang menyebabkan para petani Turki berperang hingga mati selama lima abad? Sudah waktunya Turki mengurus urusannya sendiri dan mengabaikan orang India dan orang Arab. Turki mesti melepaskan dirinya untuk memimpin kaum Muslimin.”
Disamping aktiviti yang dilakukan oleh misionaris British dan Perancis, mereka bersama dengan Rusia mula melakukan penjajahan langsung di banyak bahagianwilayah Islam. Ini dimulai pada pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun 1768 ketika Catherine II dari Rusia berperang dengan Khilafah dan mereka berjaya menduduki wilayah Islam di Selatan Ukraine, Kaukasus Utara, dan Crimea yang kemudian dijadikan bahagian dari Kekaisaran Rusia. Perancis menyerang Mesir dan British mulai menduduki India. Di Abad ke-19,Perancis menduduki Afrika Utara dan British menduduki Mesir, Sudan, dan India. Sedikit demi sedikit wilayah Khilafah menjadi berkurang hinggalah akhir PD I di mana apa yang tersisa hanyalah Turki, yang diduduki oleh pasukan sekutu dibawah perintah Jeneral British, Charles Harrington.
Pemecahan dan pembahagian tanah Khilafah dilakukan melalui sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis tahun 1916 iaitu Perjanjian Sykes-Picot. Rancangan jahat ini dibuat diantara diplomat Perancis, François Georges-Picot dan penasihat diplomat British, Mark Sykes. Di bawah perjanjian itu, British mendapat kontrol atas Jordan, Irak dan wilayah kecil di sekitar Haifa. Perancis diberikan kawalanatas Turki wilayah Selatan-Timur, utara Irak, Syria dan Lebanon. Puak kuffar Barat itu dengan begitu bebas melakar garis perbatasan di dalam wilayah Khilafah (Sehinggasekarang kita dapat saksikan bahawa peta Timur Tengah yang wujud,adalah kesan dari garis-garis sempadan yang dilakar oleh Sykes dan Picot).
Pada tahun-tahun berikutnyaproses kehancuran Khilafah, British memainkan perananutama dengan cara memelihara ejennya Mustafa Kamal Attartuk laknatullah. Melalui sejumlah percaturan politik dengan bantuan British, Mustafa Kamal mampu menjadikan dirinya berkuasa di Turki. Tahun 1922, Konferens Lausanne diadakan oleh Menteri Luar British, Lord Curzon untuk membincangkan ‘kemerdekaan’ Turki. Turki pada waktu itu berada di bawah pendudukan pasukan sekutu dengan institusi Khilafah hanya tinggal nama sahaja. Selama konferens itu, Lord Curzon menetapkan empat syarat sebelum mengakui kemerdekaan Turki. Syarat-syaratnya adalah:
(1) Penghapusan Khilafah sepenuhnya
(2) Pengusiran Khalifah ke luar perbatasan
(3) Perampasan aset-aset Khilafah
(4) Pengumuman bahawa Turki menjadi sebuah Negara Sekular.
Walau dengan tekanan asing yang begitu hebat itupun, lebih ramai kaum Muslimin di Turki masih mahu dan mengharapkan Khilafah, yang telah melayani Islam sedemikan baiknya selama beberapa abad sebelum ini dan mereka tidak pernah membayangkan bahawa Khilafah boleh terhapus. Kerana itu, konferens itu berakhir dengan kegagalan. Namun, Lord Curzon tidak menyerah dan terus mengatur langkah-langkahpenyudah dengan lebih licik.
Mustafa Kamal, British Dan Detik-detik Akhir Kejatuhan Khilafah
Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem Negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka masih tetap mempertahankan Khilafah sebagai negara mereka. Dari sudut kerjasama British dan pemimpin umat Islam, kejatuhan Khilafah berpunca daripada konspirasi Barat melalui ejen-ejennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran sekular Barat. Pada akhir abad ke-19 (sekitar 1870-an) Midhat Pasha sebagai ’Grand Vazier’ (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya Parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Abdul Hamid II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamid pada 1908 melalui sebuah konspirasi politik, ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama yang lemah pada waktu itu juga telah mengeluarkan fatwa membolehkan penerimaan undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah semakintenat, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat dan bukannya hukum-hukum Allah.
Nama Mustafa Kamal mula muncul pada tahun 1915. Mustafa Kamal pada mulanya hanyamerupakan seorang pegawai tentera biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu ketumbukan tentera, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar (sebagai kuasa dunia). Secara diam-diam, Kamal telah berpakat dengan British di mana British kemudian telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situlah pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya (Gerakan Turki Muda) menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustafa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam yang dibuatnya. Perjanjian-perjanjian tersebut pula hanya berpihak kepada musuh Islam seperti perjanjian untuk mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British di mana selepas itu British berjaya menguasai Syria.
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan Khilafah sebagai dendam kesumat sejak peperangan Salib lagi. Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniupkan semangat patriotisme, nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Khilafah Utsmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan Khilafah. Dengan kelicikan dan usaha berterusan puak kuffar ini, wilayahKhilafah yang besar itu berjaya dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negara-negara kecil lainnya dan Barat kemudian memerintah di negara-negara tersebut melalui mekanisme ’pecah dan perintah’(divide and rule).
Setelah kesatuan umat Islam di wilayah-wilayah lainnya sudah terpecah-belah, target seterusnya ialah Turki yang masih berada di bawah Institusi Khilafah. Selepas PD I iaitu pada tahun 1921 di mana Khilafah Utsmaniyyahtelah nazak, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki demi memusnahkan sisa-sisa Khilafah Islamiyah. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinan Jeneral Harrington telah pun mengawal keadaan politik di Istanbul.
Mustafa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Khilafah. Jeneral Harrington bekerjasama dengan Mustafa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada bulan November 1922, Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) di bawah pengaruh Mustafa Kamal mulamengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah. Mustafa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada keKhilafahan dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak bertindak sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang antaranya terdiri daripada ulama’. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya.
Ketika itu, Kamal yang turut hadir dalam perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya menjerit “….Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak. Kepala sebahagian dari kamu akan jatuh dalam proses ini”. Kenyataan ini menggemparkan dewan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian tetapi hasil pengundian tetap tidak berpihak kepada Kamal. Namun Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Kamal untuk menentang sesiapa sahaja yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama’ diberi amaran akan dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.
Dengan dukungan dan kekuatan dari British, akhirnya pada pagi 3 Mac 1924, Mustafa Kamal laknatullahtelah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal lalu memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Khilafah Utsmaniyahsebagai Daulah Islam yang terakhir,telah tercapai, melalui tangan Mustafa Kamal laknatullah.
Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki dan pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki setelah meletakkan dan menyakini ejennya, Mustafa Kamal sebagai penguasa di Turki, akan memerintah Turki mengikut kehendak British. Lord Curzondengan bangga dan angkuhnya berkata, “Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam.”Tidak berakhir di situ, dalam memastikan bahawa Khilafah tidak akan bangkit lagi, Lord Curzon berkata, “Kita mesti hapuskan sebarang usaha yang boleh membawa kepada penyatuan dikalangan anak-anak kaum Muslimin. Sebagaimana yang kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, maka kita mesti memastikan bahawaumat Islam tidak akan bersatu kembali, baik secara intelektual mahupun budaya.”
Wahai kaum Muslimin! Persoalannya, adakah kalian sepakat dan yakin dengan kata-kata musuh Allah,si kafir Lord Curzon ini bahawa Khilafah tidak akan bangkit lagi.....atau kalian yakin dengan janji Allah dan RasulNya bahawa “akan kembali Khilafah atas jalan kenabian” [HR Ahmad]?
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.