"Dia telah mensyari'atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allah menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepada (agama)-Nya orang yang kembali (kepada-Nya)." (42:13)
NuffNang
Nuffnang
Translate
Sunday, September 25, 2011
Maklumat yang disebar tanpa di periksa.
Bila kita sebut pasal surat khabar, sudah pasti banyak yang akan diperkatakan. Surat khabar arus perdana seperti Berita Harian, Utusan Malaysia merupakan pilihan kepada kebanyakkan rakyat Malaysia. Surat khabar tabloid seperti Harian Metro, Kosmo merupakan akhbar pilihan kepada yang menggemarkan berita-berita sensasi setempat. Tidak kurang hebat juga sambutan kepada surat khabar alternatif seperti Harakah, berita online Malaysiakini dan Malaysian Insider. Semua surat khabar ini memainkan peranan untuk memberikan informasi yang tepat dan benar. Tetapi adakah ianya benar atau sekadar berita fitnah?
Pada masa kini, begitu sukar untuk kita hendak membezakan mana yang benar dan mana satu berita fitnah. Begitu banyak individu yang berkepentingan menggunakan media cetak ini sebagai senjata untuk kempen politik mereka. Surat khabar arus perdana dengan berita mengenai kerajaan dan surat khabar pembangkang pula dengan berita mereka. Yang sana membuat kenyataan dan yang sini membuat penafian dan begitulah sebaliknya.
Kita sebagai manusia yang berpendidikan dan amat mendahagakan maklumat sering kali terlupa pada berita-berita yang kita jamah sehari-harian. Kita sepatutnya menapis maklumat tersebut agar kita tidak menjadi orang fasik yang menyebarkan berita fitnah kepada orang lain. Allah juga ada berfirman :
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (49:6)
Saya rasa orang biasa juga faham akan maksud firman Allah ini. Tidak perlulah seorang ustaz atau seorang alim agama untuk mentafsirkan ayat Allah ini. Wahyu Allah ini telah memberikan kita cara untuk menangani segala berita yang di bawa oleh orang fasik.
Ada yang mengatakan yang surat khabar arus perdana milik kerajaan inilah yang paling banyak menyebarkan fitnah. Bagi saya, jika ianya fitnah, mengapa tidak di dakwa sahaja mereka di mahkamah? Mengapa tidak di saman sahaja mereka ini? Alasan mereka, surat khabar ini di bawah lindungan kerajaan dan tidak mungkin akan disabitkan di mahkamah. Bagi saya, jika perkara itu tidak benar, saman sahaja di mahkamah dan tidak kira berapa kali pun kalah di mahkamah, lama kelamaan rakyat akan sedar dan muak dengan setiap pembohongan dan fitnah yang dibawa oleh surat khabar tersebut.
Saya juga berpendapat, surat khabar arus perdana inilah yang harus di percayai. Walaupun tidak 100%, tetapi saya tetap yakin kerana setiap petikan dari kata-kata atau berita yang diambil tidak di edit atau di ambil separuh untuk di manipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Akhbar pilihan pembangkang pula sudah berulang-kali menyebarkan berita fitnah dan juga berita yang mempunyai tuduhan melulu tanpa di periksa kesahihan maklumat tersebut. Banyak kata-kata atau ucapan dari sesetengah individu di putar-belitkan dan di manipulasi untuk kepentingan sesetengah pihak.
Sebagai contoh, kawan saya yang bekerja sebagai penguatkuasa SPRM pernah membuat siasatan mengenai rasuah semasa pilihanraya di Sarawak berdasarkan laporan berita dari surat khabar Harakah. Setelah diteliti dan disiasat, pihak editor harakah mengaku mereka telah mengedit gambar yang di ambil dari sumber berita lain untuk mensensasikan berita fitnah mereka. Ini baru satu, ada banyak lagi berita fitnah yang mereka sebarkan untuk memuaskan hati sesetengah pihak.
Kesimpulannya ialah, ramai pembaca menyukai akhbar seperti harakah kerana mempunyai banyak hadis dan firman Allah. Tetapi tidak semestinya akhbar seperti ini harus dipercayai setelah ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita fitnah tersebut. Bagi saya, tiada fakta, tiada bukti, berita itu tipu. Jadi berhati-hatilah dengan berita yang anda baca sebelum anda menjadi orang fasik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.