NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, June 7, 2010

Talaq? Kenapa ianya perlu menjadi pilihan yang terakhir?

Assalamualaikum semua.

Kali ini saya hendak bercerita satu kisah yang boleh dijadikan teladan untuk para pembaca sekalian. Kisah yang akan saya ceritakan ini merupakan kisah benar yang tejadi kepada kawan baik saya sendiri. Kisah ini terjadi kira-kira 2 bulan yang lepas semasa saya berada di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kawan baik saya ini sudah pun berkahwin, dan juga mempunyai 2 orang cahaya mata yang comel. Pada suatu hari, kawan saya menghubungi saya untuk bertanyakan khabar. Saya tidak menyangka yang dia akan menghubungi saya sudah sekian lama. Rupa-rupanya ada sesuatu yang berlaku disebalik perkhabaran itu. Pasangan kawan saya itu sudah berkahwin lain di sempadan dan berita itu benar-benar menghancurkan hati kawan saya ini. Sebelum ini kawan saya ini pernah dilukai oleh pasangannya yang sama semasa mereka bertunang suatu ketika dahulu. Saya ingatkan perkara ini tidak akan terjadi lagi dan kawan saya itu sudah berubah, tetapi sangkaan saya meleset sama sekali.

Kawan saya ini sudah bertekad untuk meminta cerai atau talaq dari suaminya, tetapi saya cuba memujuk kawan saya ini kerana dia sudah mempunyai anak hasil dari perkahwinan mereka. Apabila sudah mempunyai cahaya mata, ianya bukan lagi soal kebahagiaan diri sendiri, tetapi soal kebahagiaan anak-anak mereka nanti. Saya cuba memberikan pro dan kontra kepada kawan saya untuk dia berfikir sebelum membuat keputusan untuk bercerai. Akhirnya kawan saya merubah fikiran dan kembali tenang.

Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah, di dalam setiap perhubungan rumah tangga...sudah pasti ada yang tergigit lidah. Adakalanya sampai terputus! Bila terjadinya perkara seperti ini, komunikasi adalah jalan yang terbaik. Meluahkan rasa kepada tempat yang tidak sepatutnya seperti orang yang rosak akhlak, kekasih lama atau kawan-kawan yang rosak akidahnya bukan jalan yang terbaik. Mencari keseronokan luar juga bukan caranya yang baik malah ianya membawa kepada kehancuran. Jika sudah terlajak perbuatan seperti suami berkahwin lagi atau isteri mempunyai kekasih gelap, cepat-cepatlah bertaubat kerana kelak nanti menyesal pun tiada gunanya lagi.

Jikalau tidak dapat berpoligami dan komunikasi sudah tidak berfungsi, maka cerailah jawapannya. Sebenarnya apabila datang bab poligami, lelaki adalah yang paling suka. Kadang-kala sang lelaki tiba-tiba menjadi cerdik dalam soal agama dan bab poligami. Ini memang tidak dinafikan lagi dan sudah banyak yang terjadi. Sebenarnya jika sampai ke bab poligami, si suami haruslah memberi pemahaman yang cukup kepada isteri....kerana tidak semua perempuan rela dimadukan. Ini kerana perempuan pada masa sekarang ini tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai agama. Jika mereka faham bab poligami dalam Islam, sudah pasti talaq bukanlah jalan pilihan untuk bahagia.

Inilah yang terjadi jika masyarakat hanya faham mengenai agama Islam sekadar ambil tahu sahaja. Jika pendidikan Islam di setiap sekolah dijadikan sebagai pelajaran teras bagi pelajar Islam dan diteruskan sehingga ke Universiti, sudah pasti masyarakat kita akan lebih baik dari yang ada sekarang ini. Bagi saya, talak bukanlah cara yang terbaik jika salah pasangan itu masih saling sayang menyayangi lagi. Pada saya ianya masih lagi boleh diselamatkan lagi. Tetapi, jika hendak diukurkan dengan keadaan kita sekarang ini, lelaki pada zaman sekarang ini tidak semua layak untuk berpoligami. Setakat memberi nafkah zahir dan batin tidak cukup untuk mengatakan yang kita sudah membuat yang terbaik dan mengikut hukum Islam. Sedangkan nafkah batin pun ramai yang tidak tahu maksudnya, tidak usahlah hendak bermimpi untuk berpoligami. Jadi diatas sebab-sebab yang tertentu, saya rasa talaq adalah jalan yang terbaik.

Di dalam artikel saya pada kali ini, saya telah menyatakan dua pendapat yang pada saya perlu untuk diketengahkan. Saya juga cuba untuk menggambarkan dua keadaan di mana talaq akan dan boleh berlaku dan tidak boleh dan tidak akan berlaku. Iaitu keadaan di mana pemahaman Islam kita kukuh dan keadaan pemahaman Islam yang tidak kukuh. Para pembaca yang belum berkahwin, tidak perlulah bersusah payah untuk berfikir. Ini adalah artikel untuk mereka yang sudah berkahwin sahaja. Kadang-kala kita rasa perpisahan merupakan jalan yang terbaik agar orang yang kita sayang itu gembira di kemudian hari meskipun pasangan kita itu tidak faham dengan tindakan kita pada masa sekarang. Jadi pilihlah perpisahan dan berharaplah agar kita tidak menjadi musuh kepada pasangan kita. Tetapi mintalah izin suami dahulu sebelum berkawan dengan lelaki lain, lebih-lebih lagi dengan bekas kekasih kita. Pada lelaki pula, berbincanglah dengan isteri terlebih dahulu sebelum berkawan dengan mana-mana perempuan. Sebagai lelaki yang baik, elakkanlah dari berkawan dengan kawan perempuan lebih dari waktu bekerja. Sebagai perempuan yang baik pula, elakkanlah berkawan dengan lelaki lain lebih dari waktu bekerja, kerana bagi saya dan saya rasa anda semua setuju, hati perempuan ini amat mudah dipesongkan dan amat mudah untuk dijadikan sentaja oleh syaitan untuk menjadikan si suami ini suami yang dayus. Oleh itu, bataskanlah pergaulan anda semua demi kebahagiaan rumah tangga anda.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.