NuffNang

Nuffnang

Translate

Thursday, October 30, 2008

Isu rokok dan keruntuhan akhlak, yang mana lebih penting?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Didalam akhbar Berita Harian hari ini, Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk mewujudkan zon larang merokok di kaki lima. Untuk membaca berita penuh, anda semua boleh la klik link Berita Harian Online ini.

Persoalannya sekarang adakah ianya berkesan? Dapatkah ia membendung tabiat merokok rakyat Malaysia ini? Sedangkan tabiat merokok kini telah menular di kalangan budak sekolah rendah! Relevenkah segala undang-undang baru ini jika kerosakkan akhlak menjadi semakin teruk? Releven atau tidak, terpulanglah pada anda semua untuk menilainya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, dan ini adalah pendapat saya.



Pada pendapat saya, jika 'mereka' dapat sediakan tempat untuk orang berhibur dan meminum arak, kenapa tidak disediakan tempat untuk mereka yang lain ini untuk merokok? Sedangkan di dalam kelab malam pun tidak dibenarkan merokok, tetapi arak yang haram di sisi agama itu pula boleh diminum dan dijual kepada mereka yang beragama Islam! Apa semua ini!? Mana satu yang lebih teruk dan perlu diberi perhatian terlebih dahulu? Sudahlah dengan Allah pun mereka tidak takut, dengan undang-undang apatah lagi. Orang yang bukan beragama Islam tidak mungkin takut kepada Allah, tapi sebagai umat Islam, kita haruslah takut kepada Allah. Kalau tak takut kepada Allah, umat Islam ke mereka itu?



Arak pada masa sekarang sudah boleh dikategorikan sebagai 'halal' Ini boleh dibuktikan dengan sesiapa saja boleh menjual arak, asalkan mereka mempunyai lesen. Bukti yang terdekat ialah kedai serbaneka 7 Eleven. Sesiapa saja boleh membeli arak di situ dengan bebas tanpa merasa malu dan takut. Sebabnya, tiada siapa yang boleh melarang dan menangkap mereka serta tiada pegawai penguatkuasa yang memantau. Ada ke di negara kita ini, kompaun dikeluarkan kepada mereka yang meminum arak di khalayak ramai atau di kedai makan, lebih-lebih lagi oleh orang melayu yang beragama Islam? Kalau ada, sila beritahu pada saya berapa saman dikenakan, siapa yang keluarkan saman itu. Saya rasa semua orang melayu yang beragama Islam tahu yang arak merupakan punca kepada segala dosa. Arak juga banyak disebut di dalam Al-Quran sebagai benda yang perlu dijauhi.

Allah berfirman :-

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
(5:90)

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (5:91)

Didalam ayat di atas, khamar itu bermaksud arak, jadi sudah terang dan jelas mengapa arak itu perlu untuk dijauhi. Di dalam Al-Quran tidak ada disebutkan tentang rokok, jadi yang mana satu yang patut kita utamakan? Bukan saya hendak menyuruh anda semua menghisap rokok, rokok pun bahaya juga, persoalannya sekarang ialah yang mana satu yang harus kita pentingkan dahulu? Apa peranan masjid dan surau serta institusi agama sekarang? Sekadar duduk saja dan mengerjakan solat 5 waktu sahajakah? atau menunggu untuk mereka yang ingin berubah menjadi baik datang meminta nasihat kepada mereka? Tidak semua remaja yang ingin berubah mahu datang ke surau atau masjid. Mungkin sebab malu atau sebab-sebab yang lain. Sepatutnya orang yang beriman kena keluar dan berjihad ke atas remaja melayu yang rosak akhlak ini. Jihad yang dimaksudkan disini bukanlah dengan bom dan senapang, tetapi ada jihad yang dituntut iaitu dengan Al-Quran.



Kesimpulannya ialah, saya berasa sungguh lucu dan geli hati apabila saya membaca tajuk berita pada hari ini. Setakat merokok, mampukah mereka bertukar menjadi perogol dalam sekelip mata? Apabila memandu, adakah rokok merupakan punca utama kemalangan? Padahal arak boleh merubah seseorang dalam sekelip mata saja. Dari wanita baik kepada betina jalang dan sundal, dari lelaki baik kepada jantan kaberet dan bersifat binatang. Jadi, fikirkanlah saudara sekalian, yang mana lebih patut kita banteras dulu. Jangan la berfikiran kolot, kerana Al-Quran tidak pernah jumud atau kolot. Al-Quran adalah panduan untuk kita sepanjang zaman.

Wassalam.

Merah di Bumi Palestine.





Assalamualaikum Warahmatullah.

Cuba kita lihat gambar-gambar di atas ini, apakah perasaan anda semua? Sedih? Geli? Jijik? Pasti perasaan anda bercampur aduk kan? Ini adalah gambar mangsa kekejaman Israel di bumi Palestine. Apa yang kita buat disini? derma Rm1 dan yang paling banyak pun mungkin ada la yg beratus or beribu ringgit. Tapi derma tu dapat ke selamatkan atau bebaskan bumi Palestine tu? Begitu murah nyawa mereka sehingga dapat dinilai dengan wang ringgit. Mungkin kita di Malaysia sudah biasa terlalu aman, sehingga tidak dapat merasakan penderitaan mereka disana. Maaf jika blog saya kali ini ada mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat. Sebenarnya kebanyakkan rakyat Malaysia ni terutamanya orang Melayu yang beragama Islam adalah orang yang mementingkan diri sendiri, lemah, bodoh dan rosak akhlak (bagi remajanya la). Saya katakan begini sebab mereka asyik dengan keamanan di Malaysia ini sehinggakan mereka tidak sedar yang keamanan ini tidak kekal selamanya. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, pernah dengar tak pepatah ini? kalau pernah dengar, mesti bole fikir kan? jadi fikir la, jgn biarkan anugerah Allah tu berkarat dan bersawang macam tu saja.

Tujuan sebenar saya memilih tajuk blog saya pada hari ini bukanlah hendak mengajak anda semua pergi berperang kat sana. Jangan la jadi bodoh! bangang! takkan tu pun nak suruh orang fikirkan dan beri jawapan? Fikirlah sendiri, negara Islam mana yang belum kena serang lagi? Rasa-rasanya negara kita ni selamat ke? Kapal selam pun 2nd hand, helikopter pula selalu terhempas, kereta kebal pula spare-part tak mampu nak beli dan dah tak dikeluarkan lagi oleh kilang sebab dah terlalu lama, dan yang paling menyedihkan lagi, rakyat yang berpecah belah terutamanya orang melayu. Jangan nak bangga la dengan apa yg kita ada ni wahai kaum melayu! dah la kaum melayu ni makin lemah. Buktinya ialah, bila kena usik skit pasal minyak...melayulah yang paling bising, semua nak subsidi. Bila musim perayaan je, terutama sekali tahun baru cina, semua kedai cina tutup, baru la rasa susah sebab tidak ada kedai alternatif lain yang buka yang dapat menggantikan kedai cina yang tutup itu. Nak tukar mentol rumah pun kita panggil orang cina. Bukan apa, kita sebagai kaum melayu ni sudah di ajar terlalu selesa dengan segala kemewahan yang ada. Dalam buku 'The Malay Dilemma' oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1970 ada disebutkan perihal kaum melayu kita ini. Rasa-rasanya kalau kita ni kena serang atau kontrak sosial itu di ubah, kita sebagai orang melayu ini boleh hidup ke lagi? mana hak dan ketuanan kita sebagai orang melayu di Malaysia ini nanti? fikirkan lah, sampai bila kita hendak hidup selesa jika kita sendiri masih berdengki-dengki, bermusuhan dan berpecah belah. Nescaya kita juga ada menjadi seperti negara Palestine suatu hari nanti jika kita tidak memperkasakan negara kita ini.

Wassalam.

Wednesday, October 22, 2008

Forum.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Apa khabar semua pembaca, semenjak dua menjak ni saya asyik sibuk dengan kerja di pejabat dan juga di luar pejabat. Tapi tidak bermakna saya lupa untuk mengemaskini blog saya ini. Sebenarnya saya dalam perancangan untuk membuat satu forum dan web portal untuk memberi ruang untuk kita berbincang tentang apa saja perkara. Saya sedang mencari web hosting yang mampu memberikan apa yang saya mahu untuk menjayakan projek saya ini. Di samping itu saya ingin mencari beberapa orang yang sanggup menjaga web portal ini bersama-sama saya.

Jika ada yang berminat, sila e-mail kepada saya nama dan no. telifon anda agar mudah kita berbincang untuk melaksanakan projek saya ini.

Wassalam.

Friday, October 17, 2008

Kesibukkan.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Pertama sekali selamat hari raya puasa dan maaf zahir dan batin. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis di dalam blog ini. Buat sementara ini saya sibuk dengan kerja pejabat dan juga kerja-kerja luar yang lain.

Sebelum saya menyudahkan blog saya hari ini, saya meminta semua pembaca menerungkan kembali segala perjuangan bangsa melayu islam kita sebelum kita mencapai kemajuan pada saat ini. Kita renungkan juga pada bulan Ramadhan yang lepas, apa yg telah kita lakukan, adakah yang dituntut oleh agama kita, atau sekadar cukup syarat. Puasa yang bagaimanakah yang dituntut oleh islam?

Tidak dinafikan yang Islam itu mudah, tapi bukan ambil mudah. Ramai orang pada masa kini cuma mengamalkan Islam yang cukup syarat. Bagi mereka itu sudah memadai dan ianya sudah cukup berat bagi mereka. Tapi bagi yang hendak melebihkan amal ibadah mereka, dan menambah bekalan simpanan 'bank akhirat' mereka, sila e-mail kepada saya dan saya sedia membantu.

Wassalam...

Sunday, October 5, 2008

Five generations home for reunion.

Friday October 3, 2008


One for the album: The family of Dukut Mahar ajo taking a group picture during their biennal gathering at the family home in Kampung Seri Kepayang in Fair Park, Ipoh.


IPOH: Five generations of the late Dukut Maharajo gathered to celebrate Hari Raya at their family home in Kampung Seri Kepayang in Fair Park here.

At least 700 family members, some from Sudan, England, Australia, Brunei and Indonesia, converged for the reunion on Wednesday at the house Dukut once lived in.

The oldest living descendent of Dukut is Mailan Abdul Manas Ahmad Dukut, who at 97 is bed-ridden and cannot talk.

Dukut’s grandson Zaira Tak said the family had been organising the gathering since 1992.

“As it takes a lot of planning, we can only do so bi-annually,” he said, adding that the planning started since Ramadan with e-mails and other messages being sent out.

Asked whether it was a logistical nightmare to get all family members to come, Zaira said: “If not for technological advancement, it would be.”

Dukut migrated from his hometown in Sumatra to Chemor, Ipoh, as an 18-year-old in the late 1880s.

He married Halijah Imam Awang, the daughter of a religious leader from Kelantan.

Dukut died in the late 1940s but the extended family has never forgotten him.

The Star Online

700 generasi Dukut Maharajo berkumpul sempena raya.

ARKIB : 03/10/2008


Sebahagian daripada keluarga generasi Dukut Maharajo yang berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh, Perak, kelmarin.


IPOH 2 Okt. - Seramai 700 orang dari lima generasi keluarga Dukut Maharajo berkumpul di Kampung Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh di sini untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam.

Antara yang hadir itu termasuk sanak saudara yang datang dari Sudan, England, Australia, Brunei dan Indonesia untuk berkumpul di rumah moyang mereka yang pernah tinggal di sini.

Yang paling tua hadir dalam majlis penyatuan semula keluarga Dukut itu ialah Mailan Abdul Manas Ahmad Dukut yang kini berusia 97 tahun, namun beliau hanya terlantar dan tidak boleh bercakap.

Salah seorang cucu Dukut, Zaira Tak berkata, keluarga mereka telah mengadakan majlis penyatuan keluarga itu sejak tahun 1992.

''Oleh kerana perlu membuat perancangan untuk menganjurkan majlis ini, kita hanya boleh melakukan majlis penyatuan keluarga ini setahun sekali sempena hari raya," katanya.

Katanya, pada tahun ini pihaknya membuat perancangan sebelum ketibaan bulan Ramadan lagi.

''Kita menjemput saudara mara dan sahabat handai melalui e-mel serta jemputan biasa untuk memastikan mereka hadir ke majlis ini," katanya.

Katanya, bagi memastikan majlis itu berjalan lancar, sebuah jawatankuasa turut ditubuhkan yang diketuai oleh salah seorang cucu Dukut, Mukhtar Mahmud.

Dukut berasal dari Sumatera dan berpindah ke Chemor, Ipoh ketika berusia 18 tahun pada tahun 1880-an.

Ketika berada di sini, Dukut berkahwin dengan Halijah Imam Awang, anak kepada tokoh agama Kelantan, Imam Awang.

Dukut meninggal dunia pada tahun 1940-an tetapi cucu-cucunya dan sanak saudaranya terus mengingatinya sehingga kini.

*Keluargaku yang tercinta, harap dapat terus bersatu dan terus maju untuk bangsa dan agama.

** Lihat Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star 3/10/2008.

*** Utusan Malaysia