NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, October 30, 2008

Merah di Bumi Palestine.





Assalamualaikum Warahmatullah.

Cuba kita lihat gambar-gambar di atas ini, apakah perasaan anda semua? Sedih? Geli? Jijik? Pasti perasaan anda bercampur aduk kan? Ini adalah gambar mangsa kekejaman Israel di bumi Palestine. Apa yang kita buat disini? derma Rm1 dan yang paling banyak pun mungkin ada la yg beratus or beribu ringgit. Tapi derma tu dapat ke selamatkan atau bebaskan bumi Palestine tu? Begitu murah nyawa mereka sehingga dapat dinilai dengan wang ringgit. Mungkin kita di Malaysia sudah biasa terlalu aman, sehingga tidak dapat merasakan penderitaan mereka disana. Maaf jika blog saya kali ini ada mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat. Sebenarnya kebanyakkan rakyat Malaysia ni terutamanya orang Melayu yang beragama Islam adalah orang yang mementingkan diri sendiri, lemah, bodoh dan rosak akhlak (bagi remajanya la). Saya katakan begini sebab mereka asyik dengan keamanan di Malaysia ini sehinggakan mereka tidak sedar yang keamanan ini tidak kekal selamanya. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, pernah dengar tak pepatah ini? kalau pernah dengar, mesti bole fikir kan? jadi fikir la, jgn biarkan anugerah Allah tu berkarat dan bersawang macam tu saja.

Tujuan sebenar saya memilih tajuk blog saya pada hari ini bukanlah hendak mengajak anda semua pergi berperang kat sana. Jangan la jadi bodoh! bangang! takkan tu pun nak suruh orang fikirkan dan beri jawapan? Fikirlah sendiri, negara Islam mana yang belum kena serang lagi? Rasa-rasanya negara kita ni selamat ke? Kapal selam pun 2nd hand, helikopter pula selalu terhempas, kereta kebal pula spare-part tak mampu nak beli dan dah tak dikeluarkan lagi oleh kilang sebab dah terlalu lama, dan yang paling menyedihkan lagi, rakyat yang berpecah belah terutamanya orang melayu. Jangan nak bangga la dengan apa yg kita ada ni wahai kaum melayu! dah la kaum melayu ni makin lemah. Buktinya ialah, bila kena usik skit pasal minyak...melayulah yang paling bising, semua nak subsidi. Bila musim perayaan je, terutama sekali tahun baru cina, semua kedai cina tutup, baru la rasa susah sebab tidak ada kedai alternatif lain yang buka yang dapat menggantikan kedai cina yang tutup itu. Nak tukar mentol rumah pun kita panggil orang cina. Bukan apa, kita sebagai kaum melayu ni sudah di ajar terlalu selesa dengan segala kemewahan yang ada. Dalam buku 'The Malay Dilemma' oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1970 ada disebutkan perihal kaum melayu kita ini. Rasa-rasanya kalau kita ni kena serang atau kontrak sosial itu di ubah, kita sebagai orang melayu ini boleh hidup ke lagi? mana hak dan ketuanan kita sebagai orang melayu di Malaysia ini nanti? fikirkan lah, sampai bila kita hendak hidup selesa jika kita sendiri masih berdengki-dengki, bermusuhan dan berpecah belah. Nescaya kita juga ada menjadi seperti negara Palestine suatu hari nanti jika kita tidak memperkasakan negara kita ini.

Wassalam.

2 comments:

  1. salam saudara...

    apa kah yg mampu kita lakukan selain daripada berdoa kepadaNya...sedangkan bangsa mereka sendri iaitu bangsa Arab seolah2 memejamkan mata, tidak kisah apa yg berlaku....ada jugak yg lalai...tgk pada pemilik baru kelab man city....dia mungkin berbangga memiliki kelab bola sepak, tapi bagaimana dengan nasib bangsa arabnya sendiri yg tidak terbela...?

    ReplyDelete
  2. W'salam saudara,

    Sebenarnya ada cara yang mampu kita lakukan, tapi sebelum itu kita hendaklah renungkan sebentar, apakah kejadian seperti ini tidak akan berlaku kepada negara kita? adakah negara kita ini akan aman selamanya? adakah dengan duduk2 saja, kita mampu berbuat sesuatu? fikirkanlah semua.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.