NuffNang

Nuffnang

Translate

Tuesday, March 13, 2012

Mengapa kebanyakkan perempuan suka pada lelaki jahat?


Sekarang ni aku nak cerita pasal perempuan. Aku rasa benda ni dah ramai yang tahu dan ramai yang dah selalu bercerita. Tapi aku semua orang mesti pening dengan hal ni dan tak ramai yang tahu mengapa benda ni terjadi. Aku sendiri pun sampai sekarang tak tahu mengapa ada perempuan suka pada lelaki yang jahat. Aku cakap jahat sebab kalau dah masuk bab zina dan maksiat tu kira jahat la kan. Cuma aku kurang pasti, mengapa perempuan suka pada lelaki jahat? Ada orang boleh tolong jawabkan tak?

Pada pandangan aku la, lelaki jahat ni romantik. Pandai ambil hati perempuan, pandai memujuk, pandai bagi kejutan dan macam-macam lagilah pandainyer. Tetapi tidakkah itu lebih menjurus kepada perlakuan maksiat? Yer la, kalau dah memujuk tu mesti la ada pegang-pegang dan mesti ada guna ayat-ayat cinta yang boleh mencairkan Iman kan? Ok la, kalau ada yang tak pegang-pegang pun mesti ada yang gesel-gesel la kan? Walaupun mungkin ada yang akan menafikan perkara ni, tapi kita di dalam Islam di larang sama sekali membuat perbuatan yang menghampiri zina.
Rasanya semua dah familiar dengan firman Allah yang bermaksud,





Aku rasa la kan, dah berbuih mulut pak Imam dan para Ulama Ugama Islam menyebut dan menyampaikan kepada kita mengenai ayat ni berserta dengan penjelasannya sekali. Mari kita lihat perkataan ‘mendekati zina’ tersebut. Ianya membawa maksud apa saja jalan atau perkara ataupun perbuatan yang menghampiri zina adalah salah. Hukumnya adalah haram sama sekali bagi kita sebagai umat Islam. Jelas tak? Aku ni bukanlah ustaz dan ianya tidak memerlukan seorang ustaz untuk mentafsirkan maksud ayat di atas. Orang yang pekak dan buta huruf pun boleh faham maksud ayat tersebut jika ianya di sampaikan kepada mereka

Ok, berbalik kepada topik kita di atas tadi. Mengapa kebanyakkan perempuan suka kepada lelaki yang jahat? Kenapa apabila ada lelaki pegang-pegang, suka membuat lawak lucah, mencium dan lain-lain tu di katakan baik oleh sesetengah perempuan? Bodoh ke apa? Bila kena pukul, kena pijak, kena belasah pun di katakan baik. Bila lelaki tu mat rempit, kaki perempuan, kaki botol pun di katakan baik. Apa kejadahnya semua ini? Sama ada perempuan itu tahu atau tidak, itu bukan alasan. Sebab semua itu boleh di lihat dari amal ibadat lelaki tersebut.

Ada juga lelaki yang mula tunjuk belang selepas kahwin, tapi itu salah siapa? Janganlah salahkan orang lain tapi salahkanlah diri sendiri tu dulu. Jangan jadi macam bangau oh bangau. Jangan nanti jadi macam pungguk rindukan bulan bila sesuatu yang buruk berlaku. Fikirkan la baik-baik apa yang aku cakapkan ni. Sebab nanti yang rugi adalah korang sendiri juga. Belum nikah lagi dah hilang dara, hilang maruah. Bak kata mat rempit, perempuan ‘barai’! 

Kalau ada lelaki nak tu kira nasib baik lah. Sebab tu memang jodoh korang. Lelaki baik untuk perempuan baik dan lelaki jahat untuk perempuan jahat.



Ayat kat atas ni sebagai bukti dari Allah yang ianya adalah benar. Tidak ada istilah lelaki baik jumpa perempuan jahat dan sebaliknya. Ni bukan aku yang cakap, ni adalah ayat dari Allah. Jadi kalau ada ustaz kawin dengan pelacur, itu adalah mungkin ada dosa yang telah dilakukan oleh ustaz itu sehingga ianya sama besar dengan dosa seorang pelacur. Jadi, kalau nak jodoh yang baik, jadilah perempuan yang baik dan jangan jadi perempuan jahat, kelak nanti jodohnya juga adalah dengan jodoh yang jahat. Wallahualam…

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.