NuffNang

Nuffnang

Translate

Wednesday, November 19, 2008

Malique - Layu.

Ini adalah puisi dari Malique yang bertajuk layu. Aku tabik pada malique yang membuat puisi ini. Puisi ini mempunyai maksud mendalam dan begitu menyayat hati. Sedarlah wahai anak bangsa, dan bangunlah dari lamunan. Janganlah jadi bodoh dan dungu kerana bangsa kita semakin lemah. Benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir yang bangsa kita semakin dipijak dan melayu mudah lupa. Jika kita sayangkan bangsa kita, marilah kita bangun bersama dan bersatu padu agar kehadiran bangsa melayu ini terasa bahangnya di seluruh dunia. Marilah kita menghayati puisi ini dan berjuang menegakkan bangsa dan agama.



Layu
Malique

"Sesungguhnya.. tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati

Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya...Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"

Lari berasak-asak - Lebih 100 pengunjung panik pusat hiburan terbakar dengan 30 letupan .

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

ORANG ramai menyaksikan kebakaran yang berlaku di tiga buah pusat hiburan di Plaza Sentosa, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Suasana kecoh dan kelam-kabut menyelubungi sebuah pusat hiburan, Platinum Disco KTV Lounge di Plaza Sentosa, Taman Sentosa di sini apabila lebih 100 pengunjung tempatan serta rakyat Singapura bertempiaran lari apabila ia terbakar malam kelmarin.

Turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 10.56 malam itu ialah dua lagi pusat hiburan yang kesemuanya terletak di tingkat paling atas bangunan lima tingkat berkenaan.

Salah sebuah daripada pusat hiburan itu telah ditutup sejak setahun lalu, manakala Sakura Karaoke Lounge pula baru sahaja mengalami kebakaran kecil dan ditutup sejak Sabtu lalu.

Ekoran kebakaran tersebut, timbul spekulasi sama ada ia berlaku disebabkan unsur khianat.

Semasa kejadian, pengunjung dan kakitangan pusat hiburan Platinum itu terpaksa berasak-asak keluar dari premis tersebut sebaik ternampak asap tebal yang dipercayai bermula dari Sakura Karoke Lounge.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Di luar bangunan tersebut juga sesak apabila 500 orang menyaksikan kebakaran itu sebelum mereka dikejutkan pula dengan bunyi 30 letupan.

Bunyi letupan itu dipercayai berpunca daripada silinder simpanan minuman keras.

Letupan dan kebakaran itu turut mengakibatkan dua buah motosikal dan dua buah kereta mengalami kerosakan kecil gara-gara ditimpa serpihan kayu terbakar dan kaca yang jatuh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Api yang marak selama kira-kira empat jam sebelum ia dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4 pagi.

Komen :-

Cuba la jadikan semua ini sebagai pengajaran dan titik tolak untuk insaf. Jangan la sampai seluruh kelab malam di Malaysia ini di bakar dan semua pengunjung ini mati baru nak insaf. Cuba bayangkan kalau anda semua mati di dalam kelab malam ini, sudah tentu ia amat mengaibkan dan memalukan diri dan keluarga anda. Adakah anda hendak semua ini terjadi pada diri anda, baru anda hendak menyesal? Terlambat beb, sebab anda semua dah mati dah masa tu dan duduklah anda semua di neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Wassalam.

Peranan rakan sepejabat yang sepatutnya.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hari ini saya hendak menceritakan peranan rakan sepejabat yang sepatutnya di pejabat kita. Mereka ini bukan saja sebagai rakan kita di pejabat, tetapi boleh menjadi rakan kita di luar waktu pejabat. Sepatutnya rakan di pejabat hendaklah bantu-membantu sesama sendiri sama ada dari segi kerja atau pun dari sudut keagamaan. Tetapi yang menghairankan, bila disebut sahaja pasal hal agama, masing-masing akan tarik muka atau menunjukkan tanda protes.

Sepatutnya ini tidak seharusnya berlaku jika kita ini betul-betul beragama Islam dan sayang akan agama Islam kita ini. Pada masa sekarang rakyat melayu yang beragama Islam semakin hilang kuasanya dan semakin lemah. Orang melayu pada masa kini semakin mementingkan diri sendiri dan tidak perihatin. Sikap ini akan menimbulkan perpecahan di kalangan bangsa melayu itu sendiri. Jika semua orang bersikap sebegini, golongan yang akan merasa kesan kerosakkannya adalah golongan remaja. Golongan remajalah yang semakin rosak akhlak dan akidahnya. Mereka hanya tahu bersuka-ria dan tidak memikirkan hal masa depan sendiri dan negara. Kalau ada yang berfikir pun cuma hanya pandai cakap sahaja. Saya cabar kepada semua remaja, jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, marilah kita bersemuka dan kita boleh melakukan tindakan yang sepatutnya untuk menyelamatkan akidah remaja kita sekarang ini.

Sepatutnya rakan di pejabat wajib membantu rakan yang lain sama ada dari segi teguran dan nasihat. Pegawai kanan tidak sepatutnya berlagak seperti boss sahaja, tetapi mesti bertanggungjawab terhadap anak buah. Mereka sepatutnya lebih memahami orang bawahan dan menganggap mereka ini seperti kawan. Di pejabat sepatutnya ada sesi rapat silah antara manusia supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Dengan ini mereka dapat membantu jika ada kesulitan yang berlaku. Di pejabat sekarang ini terlalu ramai golongan muda yang masih tidak tahu matlamat mereka di dunia ini. Sebab itu ramai golongan muda ini yang berpeleseran di kelab malam dan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Jadi golongan muda di pejabat ini haruslah diberi perhatian supaya mereka dapat mengajak rakan mereka di luar ke arah kebaikkan. Aktiviti riadah seperti bersukan mesti dilakukan untuk mengisi masa lapang golongan muda ini. Mereka harus di sedarkan tentang kepentingan mereka kepada negara. Jika ada yang membaca blog saya ini, fikirkanlah sejenak apa yang saya tulis ini. Renung-renungkanlah. Apa sumbangan yang telah anda lakukan kepada agama dan negara setakat ini.

Wassalam.

Tuesday, November 11, 2008

Pesanan buat masyarakat bukan Islam.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hari ini saya terbaca satu berita yang disiarkan oleh Harian Metro yang bertajuk 'Jangan buat umat Islam marah'. Berita ini adalah maklumbalas terhadap kumpulan NGO yang bukan Islam yang membuat bantahan dan demonstrasi terhadap keputusan yang dibuat oleh MFK. Mereka berkata, keputusan seumpama itu akan di tertawakan oleh masyarakat luar.

Wahai manusia yang bukan Islam, adakah anda semua sedar yang negara Malaysia ini majoritinya adalah penduduk melayu yang beragama Islam. Agama rasminya adalah agama Islam dan ianya adalah menurut perlambagaan negara kita. Jadi janganlah cuba mencabar orang Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

Umat Islam dinegara Malaysia ini pula janganlah berasa selesa dengan keadaan ini sekarang. Apabila agama kita dicabar oleh orang bukan Islam, ianya menandakan yang Islam dinegara kita ini semakin lemah. Sedarlah wahai umat Islam, semua ini berlaku kerana kesilapan dari diri kita sendiri.

Bagi masyarakat yang bukan Islam, sebelum membuat kenyataan, periksalah diri dulu. Sedarlah diri tu dulu siapa di bumi Malaysia ini. Kaji dan fahamilah dahulu agama Islam ini dan anda semua akan tahu untuk apa segala fatwa ini dikeluarkan. Ini adalah keputusan untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Bagi mereka yang sedar diri tu beragama Islam, patuhi sahajalah apa yang MFK putuskan itu.

Wassalam.

Monday, November 10, 2008

Pengkid Vs Majlis Fatwa Kebangsaan.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengeluarkan fatwa pengharaman kumpulan 'pengkid' ini. Tetapi ianya telah di cabar oleh salah seorang 'penganut' pengkid ini bahawa fatwa tersebut tidak akan dapat menghapuskan mereka. Perghh....angkuh gila, dah la angkuh, gila pula tu....nasib baik tak gila babi. Berikut adalah serba sedikit ulasan berita dari Harian Metro untuk mereka yang tidak tahu mengenai isu ini.



Pengkid cabar fatwa

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN

KUALA LUMPUR: “Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya.

“Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini.

Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa. Selanjutnya....



Ini pula adalah jawapan dari Mufti Perak :-

Fatwa bukan main-main

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: “Bukan soal mufti, ahli agama dapat tangkap mereka (pengkid) atau tak, ini soal sama ada mereka ini benar-benar orang Islam atau tidak.

“Kalau betul-betul Islam, mereka sepatutnya takut pada hukum Allah swt kerana kita keluarkan fatwa mengharamkan budaya berkenaan berdasarkan apa yang disyariatkan dalam Islam bukan suka-suka,” tegas Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau mengulas ‘keangkuhan’ pengkid atau remaja perempuan menyamai lelaki yang mengatakan fatwa pengharaman budaya pengkid diumumkan 23 Oktober lalu, tidak akan menghapuskan golongan terbabit.

Katanya, tugas imam, mufti mahupun orang agama adalah menasihati umat Islam, justeru larangan mengamalkan budaya songsang itu yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sejajar dengan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi. Selanjutnya....



Sebenarnya kalau nak di ikutkan dengan ulasan wakil pengkid tersebut, ada benarnya apa yang dia katakan. Kes pondan dan bapuk pun tidak habis lagi, keluar pula kes pengkid. Pada hal semuanya telah diharamkan oleh MFK. Tetapi disebabkan tiada tindakan yang keras dan berkesan, semua penganut ajaran songsang ini semakin bertambah di Malaysia. Benarlah juga kata Mufti Perak, iaitu ini bukan soal tertangkap dan ditangkap. Ini adalah soal sama ada mereka itu Islam atau tidak. Pada saya, mereka ini bukan Islam. Agama apa yang mereka anuti pun saya tidak tahu. Rasa-rasanya agama baru kut, dan jika ini adalah agama baru, bolehlah dikatakan mereka ini menganuti ajaran sesat.

Mana ibu bapa mereka ini? kenapa dibiarkan sahaja mereka menjadi sedemikian rupa? pada saya, mereka ini kurang didikan agama dan tiada penekanan semasa di sekolah. Subjek Agama Islam sekadar sampingan sahaja dan tidak dijadikan subjek wajib untuk lulus peperiksaan seperti subjek matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu.

Kesimpulannya ialah, mereka ini adalah golongan sesat. Ibadah mereka tidak sedikit pun diterima dan dipandang Allah. Samalah juga dengan golongan yang lain iaitu golongan penzina dan golongan maksiat. Buatlah baik sebaik mana pun atau bersedekah sebanyak mana pun, semua itu adalah sia-sia dan mereka itu diumpamakan seperti anjing oleh Allah. Ini adalah kata-kata dari Allah, dan bukan dari saya. Kalau dah disamakan dengan anjing, tidak usah la bersusah payah nak tunjuk baik atau buat baik. Cara yang terbaik ialah, mati je la dari menyusahkan dan memalukan agama dan masyarakat.

Firman Allah :-

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (7:176)

Dan orang-orang yang membantah (agama) Allah sesudah agama itu diterima maka bantahan mereka itu sia-sia saja, di sisi Tuhan mereka. Mereka mendapat kemurkaan (Allah) dan bagi mereka azab yang sangat keras. (42:16)

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (11:16)

Dikatakan (kepada mereka): "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya" Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri. (39:72)

Renungkanlah ayat-ayat Allah ini wahai penganut pengkid, penzina, pondan dan golongan maksiat sekalian. Kamu adalah ibarat anjing dan segala amal kamu sia-sia dan nerakalah tempat kamu semua dan kekallah kamu di dalamnya. Bertaubatlah segera sementara masih ada masa dan taubat yang bertangguh itu adalah taubat yang tidak di terima Allah.

Wassalam.

Maksiat - Gaduh, mabuk lawan Shuffle

KUALA LUMPUR: Tarian Shuffle sepatutnya menjadi aktiviti sihat di kalangan remaja kerana selain mempamerkan kemahiran tarian kaki, ia juga baik untuk membina stamina dan kesihatan jantung.

Bagaimanapun, di kawasan siar kaki di Bukit Bintang di sini, lain pula jadinya apabila segelintir kumpulan remaja penggemar tarian berasal Ireland itu menjadikannya sebagai lesen untuk pergaulan bebas, minum arak dan bergaduh sesama sendiri.

Difahamkan, tarian itu yang popular di Australia selepas dilakukan beberapa pengubahsuaian mengikut peredaran zaman, kini begitu cepat merebak dan menambat hati remaja Melayu termasuk murid sekolah rendah sehinggakan mereka tidak segan silu menari sama ada di kawasan awam atau sekolah.

Ia juga menenggelamkan kegilaan golongan itu terhadap budaya skinhead dan punk menyebabkannya menjadi buah mulut di kalangan remaja kota sehinggakan sekitar Bukit Bintang tidak ubah seperti tapak pesta apabila golongan berusia 13 hingga 19 tahun berkumpul menyaksikan beberapa kumpulan mempersembahkan kemahiran tarian Shuffle.

Seorang remaja dikenali sebagai Daniel yang berkunjung saban minggu ke situ, mendakwa bagaimanapun terdapat beberapa kumpulan Shuffler yang tidak sebulu dan gemar bergaduh sesama mereka. Selanjutnya....


Assalamualaikum Warahmatullah.

Ini adalah satu lagi kerosakkan yang berlaku di muka bumi Allah. Kerosakkan yang nyata dan tidak dapat di bendung lagi. Mereka ini adalah penyambung warisan negara dan juga pelapis yang akan mendokong cita-cita pemimpin negara kita. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka ini menjadi seperti sampah yang seronok dilihat oleh segelintir masyarakat lain. Maafkan saya jika saya terkasar bahasa dan terlalu mengikut perasaan. Tetapi saya tidak boleh bersabar lagi kerana berdasarkan kepada keadaan yang terjadi pada masyarakat melayu sekarang ini yang semakin teruk dan bertambah teruk. Siapa yang hendak dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Sebenarnya diri sendirilah yang hendak dipersalahkan. Bila keluar perihal remaja di suratkhabar, sibuklah mempersalahkan orang lain. Sebenarnya sikap tidak ambil kisah dan pentingkan diri sendirilah yang telah membuatkan keadaan semakin teruk dan semakin membimbangkan.

Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan utama di rumah dan juga di luar rumah. Mereka juga sepatutnya memberikan anak-anak mereka ilmu berkaitan dunia. Bukannya memanjakan anak mereka dengan wang, sehinggakan tidak mengambil tahu apa yang anak mereka lakukan dengan wang itu. Sebenarnya tidak perlu lagi saya terangkan peranan ibu bapa dan guru kepada remaja masa sekarang ini. Sepatutnya semua sudah tahu peranan masing-masing terhadap anugerah Allah ini. Mereka yang membiarkan anak mereka bebas tanpa sekatan adalah punca kepada kerosakkan akhlak remaja masa sekarang. Kita lihatlah remaja masa dulu dan sekarang, yang mana satu lebih teruk dan yang mana satu lebih kritikal. Keadaan sekarang semakin maju dan moden, remaja pula semakin rosak. Jadi fikirlah, kepada remaja seperti inikah yang hendak kita wariskan negara kita ini? Orang melayu semakin ditindas dan semakin mundur. Kontrak sosial pula semakin berani dicabar oleh bangsa lain. Sedarlah wahai remaja, janganlah ingat yang anda semua sentiasa senang dan mewah. Jika tidak kerana usaha dan perjuangan umat yang terdahulu, adakah anda semua dapat kecapi apa yang anda nikmati sekarang ini?

Wassalam.

Maksiat - Konsert band indie di Menara KL.

20 kumpulan sertai persembahan tema perpaduan pada 16 November

KEBELAKANGAN ini, kebanjiran pemuzik indie menunjukkan isyarat persada seni amat mengalu-alukan kedatangan arus muzik ini ke arus perdana. Buktinya, dengan hadirnya kumpulan seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Estranged yang berjaya menawan peminat seni. Ia satu perkembangan yang positif dan muzik dilihat sebagai sejagat yang mampu menyatupadu masyarakat.

Lalu atas paksi ingin memberi ruang kepada laluan muzik ini yang semakin mendapat tempat, pihak Menara Kuala Lumpur tidak teragak-agak memberi peluang kepada pemuzik indie ini untuk sekali lagi beraksi di puncak menara yang keempat tertinggi di dunia itu pada 16 November ini mulai 12 tengah hari hingga 10 malam . Ia dipanjangkan berdasarkan sambutan yang diterima menerusi KL Indie Fest `08 pada 5 Julai lalu.

Konsert diberi nama ‘Music Against Racism’ ini bertemakan ‘One Love, One Heart, One Nation’ diharap dapat menyampaikan mesej keamanan, perpaduan selain mewujudkan masyarakat penyayang di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Ia adalah kerjasama antara Menara Kuala Lumpur dan Vain Music Records dan menghimpunkan 20 kumpulan pemuzik indie termasuk OAG dan The Times.

Pengurus Besar, Perhubungan Awam dan Acara Menara Kuala Lumpur, Mazlan Mahmud berkata, usaha ini bertujuan menarik golongan remaja selain pelancong untuk berkunjung ke menara ini.

Katanya lagi, golongan remaja inilah yang bakal menjadi generasi pelapis pada masa hadapan. ....bla..bla..bla..bla.... dan yang selebihnya anda semua boleh baca di Berita Harian Online.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ini adalah pandangan saya terhadap artikel di atas ini. Pada saya, segala macam konsert atau show yang diadakan dengan tujuan yang kononnya untuk remaja atau untuk orang tua, semuanya adalah maksiat dan boleh membawa kepada perlakuan zina. Ini kerana, sudah la majlis itu bukan majlis ilmu, lelaki dan perempuan bergaul bersama terlompat-lompat macam kera. Walaupun konsert itu diadakan pada sebelah pagi sekalipun, sudah terang-terangan ianya mengundang perlbagai masalah dan musibah bukan saja pada diri, malah pada negara. Bila adanya konsert sebegini, walaupun penganjur berniat baik, tapi percayalah yang setiap pengunjung yang datang itu, tiada satu pun yang datang dengan niat yang baik, semuanya hanya untuk kegembiraan duniawi semata-mata.

Yang paling melucukan ialah, semakin banyak konsert yang dibuat atas dasar kemanusiaan dan agama. Sudahlah menggunakan nama agama dan kemanusiaan, lepas tu konsert tu tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Apa semua ini? Apakah semua orang melayu pada masa sekarang ini semakin bodoh dan bongok!? Tidak cukup lagi ke dengan masalah sosial yang semakin teruk di negara kita ini? Butakah kerajaan dan masyarakat kita sekarang ini? Anda semua mempunyai otak, gunakanlah dengan sebaiknya. Mungkin pada yang belum berumah tangga, anda tidak merasakan semua ini. Pada yang tahu, baguslah....tetapi pada yang tidak tahu dan tidak mahu menggunakan otak untuk berfikir, baik jadi binatang saja la. Itu sajalah yang anda layak.

Wassalam.