NuffNang

Nuffnang

Translate


Wednesday, November 19, 2008

Lari berasak-asak - Lebih 100 pengunjung panik pusat hiburan terbakar dengan 30 letupan .

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

ORANG ramai menyaksikan kebakaran yang berlaku di tiga buah pusat hiburan di Plaza Sentosa, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Suasana kecoh dan kelam-kabut menyelubungi sebuah pusat hiburan, Platinum Disco KTV Lounge di Plaza Sentosa, Taman Sentosa di sini apabila lebih 100 pengunjung tempatan serta rakyat Singapura bertempiaran lari apabila ia terbakar malam kelmarin.

Turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 10.56 malam itu ialah dua lagi pusat hiburan yang kesemuanya terletak di tingkat paling atas bangunan lima tingkat berkenaan.

Salah sebuah daripada pusat hiburan itu telah ditutup sejak setahun lalu, manakala Sakura Karaoke Lounge pula baru sahaja mengalami kebakaran kecil dan ditutup sejak Sabtu lalu.

Ekoran kebakaran tersebut, timbul spekulasi sama ada ia berlaku disebabkan unsur khianat.

Semasa kejadian, pengunjung dan kakitangan pusat hiburan Platinum itu terpaksa berasak-asak keluar dari premis tersebut sebaik ternampak asap tebal yang dipercayai bermula dari Sakura Karoke Lounge.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Di luar bangunan tersebut juga sesak apabila 500 orang menyaksikan kebakaran itu sebelum mereka dikejutkan pula dengan bunyi 30 letupan.

Bunyi letupan itu dipercayai berpunca daripada silinder simpanan minuman keras.

Letupan dan kebakaran itu turut mengakibatkan dua buah motosikal dan dua buah kereta mengalami kerosakan kecil gara-gara ditimpa serpihan kayu terbakar dan kaca yang jatuh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Api yang marak selama kira-kira empat jam sebelum ia dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4 pagi.

Komen :-

Cuba la jadikan semua ini sebagai pengajaran dan titik tolak untuk insaf. Jangan la sampai seluruh kelab malam di Malaysia ini di bakar dan semua pengunjung ini mati baru nak insaf. Cuba bayangkan kalau anda semua mati di dalam kelab malam ini, sudah tentu ia amat mengaibkan dan memalukan diri dan keluarga anda. Adakah anda hendak semua ini terjadi pada diri anda, baru anda hendak menyesal? Terlambat beb, sebab anda semua dah mati dah masa tu dan duduklah anda semua di neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.