NuffNang

Nuffnang

Translate

Wednesday, November 19, 2008

Peranan rakan sepejabat yang sepatutnya.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hari ini saya hendak menceritakan peranan rakan sepejabat yang sepatutnya di pejabat kita. Mereka ini bukan saja sebagai rakan kita di pejabat, tetapi boleh menjadi rakan kita di luar waktu pejabat. Sepatutnya rakan di pejabat hendaklah bantu-membantu sesama sendiri sama ada dari segi kerja atau pun dari sudut keagamaan. Tetapi yang menghairankan, bila disebut sahaja pasal hal agama, masing-masing akan tarik muka atau menunjukkan tanda protes.

Sepatutnya ini tidak seharusnya berlaku jika kita ini betul-betul beragama Islam dan sayang akan agama Islam kita ini. Pada masa sekarang rakyat melayu yang beragama Islam semakin hilang kuasanya dan semakin lemah. Orang melayu pada masa kini semakin mementingkan diri sendiri dan tidak perihatin. Sikap ini akan menimbulkan perpecahan di kalangan bangsa melayu itu sendiri. Jika semua orang bersikap sebegini, golongan yang akan merasa kesan kerosakkannya adalah golongan remaja. Golongan remajalah yang semakin rosak akhlak dan akidahnya. Mereka hanya tahu bersuka-ria dan tidak memikirkan hal masa depan sendiri dan negara. Kalau ada yang berfikir pun cuma hanya pandai cakap sahaja. Saya cabar kepada semua remaja, jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, marilah kita bersemuka dan kita boleh melakukan tindakan yang sepatutnya untuk menyelamatkan akidah remaja kita sekarang ini.

Sepatutnya rakan di pejabat wajib membantu rakan yang lain sama ada dari segi teguran dan nasihat. Pegawai kanan tidak sepatutnya berlagak seperti boss sahaja, tetapi mesti bertanggungjawab terhadap anak buah. Mereka sepatutnya lebih memahami orang bawahan dan menganggap mereka ini seperti kawan. Di pejabat sepatutnya ada sesi rapat silah antara manusia supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Dengan ini mereka dapat membantu jika ada kesulitan yang berlaku. Di pejabat sekarang ini terlalu ramai golongan muda yang masih tidak tahu matlamat mereka di dunia ini. Sebab itu ramai golongan muda ini yang berpeleseran di kelab malam dan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Jadi golongan muda di pejabat ini haruslah diberi perhatian supaya mereka dapat mengajak rakan mereka di luar ke arah kebaikkan. Aktiviti riadah seperti bersukan mesti dilakukan untuk mengisi masa lapang golongan muda ini. Mereka harus di sedarkan tentang kepentingan mereka kepada negara. Jika ada yang membaca blog saya ini, fikirkanlah sejenak apa yang saya tulis ini. Renung-renungkanlah. Apa sumbangan yang telah anda lakukan kepada agama dan negara setakat ini.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.