NuffNang

Nuffnang

Translate

Friday, September 10, 2010

Salam Aidilfitri, Eidul-Fitri, Idulfitri Lebaran, Hari Raya Fitrah. Apakah maksud raya yang sebenar?



Pada 1 Syawal 1431 bersamaan dengan 10hb September 2010, seluruh umat Islam di seluruh negara akan menyambut perayaan Hari Raya. Menandakan tamatnya puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Pada masa ini, seluruh umat Islam akan meraikannya dengan meriah sekali. Segala persiapan telah di lakukan sama ada seminggu atau mahupun sebulan sebelum raya. Segala kuih-muih, ketupat dan rendang telah siap di masak. Boleh dikatakan segalanya baru dan tiada yang lama. Bagi yang kaya, persiapan yang berbeza dilakukan berbanding yang miskin. Walau bagaimanapun, kemeriahan tetap sama dan tetap dirasai.

Monday, September 6, 2010

Artikel Pilihan - Modul PLKN Langsung Tidak Mampu Mencegah Masalah Sosial.


Jumaat, 20 Ogos 2010 15:16
PLKNPLKNModul PLKN mampu cegah masalah sosial

KUANTAN 19 Ogos - Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu mencegah remaja daripada terlibat dengan masalah sosial termasuk pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.  Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, modul sedia ada berhubung anti-jenayah yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkait rapat dengan masalah berkenaan.  Selain itu katanya, penerangan berhubung kesan-kesan kelakuan tidak bermoral juga sentiasa diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelatih.   "Saya yakin selepas melalui program (PLKN) ini, mereka sepatutnya tidak akan terlibat dengan gejala-gejala seperti buang bayi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program JLKN bersama sekolah di Kem Hijrah dekat sini, hari ini.  Beliau berkata pada masa ini, pihaknya tidak bercadang memperkenalkan modul baru khusus bagi menangani masalah sosial, namun mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai. – Bernama

Sumber: Utusan Malaysia 19/08/10

Modul PLKN Mampu Cegah Masalah Sosial?????

Apakah mungkin kerana sekadar untuk menyedapkan cerita maka Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dengan bangganya mengatakan program PLKN mampu mencegah masalah sosial. Persoalannya ialah apakah kenyataan beliau itu disokong dengan fakta dan statistik yang boleh dipertanggungjawabkan? Hakikatnya, perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa. Ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari. Maka bagaimana Ketua Pengarah JLKN boleh mengatakan modul PLKN boleh mengatasi masalah sosial? Bukankah kenyataan beliau itu boleh dikategorikan sebagai karut?

Wahai golongan yang masih lagi hidup aqidah Islam dalam dirinya! Yakinlah bahawa satu-satunya penyelesaian yang mampu dan berupaya untuk menyelesaikan masalah sosial yang sedang melanda saat ini adalah dengan kembali kepada Islam. Negara wajib menerapkan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Wahai para pemimpin, renungilah firmah Allah di bawah dan fikirkanlah mengenai kedudukan kamu dan tanggungjawab kamu dalam menerapkan Islam secara kaffah!

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". [TMQ Taha (20) : 124].

 ” Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
[TMQ Al-Baqarah (2) :85].

”Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
. [TMQ Ar-Ruum (30) : 41].

Saturday, September 4, 2010

Puisi Jodoh? Vol. 2

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN, 
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA, 
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W."

Saya pasti ramai yang mengetahui mengenai puisi ini. Bagi yang tidak tahu, ini adalah puisi yang sering digunakan di belakang kad-kad jemputan kahwin untuk para tetamu. Dari mana datangnya puisi ini? Siapakah yang menulis puisi ini? Untuk apa puisi ini ditulis? Saya tidak dapat mencari siapakah pemilik yang hak keatas puisi ini. Tetapi yang saya tahu, sudah ramai yang terpengaruh dengan puisi ini. Saya akan cuba mengupas puisi ini serangkap demi serangkap pengikut pandangan saya. PERLU DIINGATKAN JUGA, INI BUKANLAH PANDANGAN YANG HENDAK MEMPERTIKAIKAN KEISTIMEWAAN TOKOH-TOKOH ISLAM INI. TETAPI HENDAK MEMBUKTIKAN BAHAWA PUISI INI TIDAK RELEVAN DAN TIDAK PATUT DIGUNAKAN.

"Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF, Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,"

Maksud rangkap yang pertama ini ialah dalam kata halusnya, muhasabahlah diri dan janganlah meminta lebih. Dalam kata kasarnya pula, sedarlah diri tu tak secantik / sehensem mana pun. Kalau dah buruk tu buruk jugak la. Inilah yang cuba di sampaikan oleh rangkap pertama dan kedua puisi ini. Adakah ini yang hendak kita sampaikan kepada kawan-kawan kita? Secara tidak langsung, ini adalah penghinaan kepada diri sendiri yang dibuat oleh diri kita sendiri. Pada pendapat saya, cantik dan tampan itu adalah hal yang subjektif. Ianya terpulang kepada individu yang menilai kecantikan atau ketampanan pasangan mereka. Rangkap ini juga cuba melemahkan diri sendiri dan juga orang lain yang membacanya.

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM, Jika tak sekuat SARAH, 
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH, Jika diri tak se-sempurna RASULULLAH S.A.W."

Rangkap yang berikutnya juga jika diterjemahkan dengan bahasa kasar, ianya bermaksud , kau tu tidak kuat, tak payah la nak berangan nak cari pasangan yang kuat, sedarlah diri tu sikit. Ini juga merupakan rangkap yang melemahkan kita dan kepada siapa yang membacanya.

Pada saya, memanglah kita tidak akan dapat mencari pasangan yang sempurna, ini kerana diri kita juga tidak sempurna. Tetapi itulah gunanya pasangan kita itu, merekalah yang akan menyempurnakan diri kita ini. Kita ini ibarat 'puzzle' yang menunggu kepingan yang akan melengkapkan diri kita. Kecantikan ibarat Balqis atau ketampanan ibarat Sulaiman itu boleh kita cari berdasarkan kepada pandangan mata kita sendiri. Jika kita sayangkan seseorang, kecantikan atau ketampanan mereka boleh kita bayangkan seperti sesiapa sahaja yang kita mahu. Inilah kuasa cinta yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita. Ini kerana Allah telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Janganlah kita memandang rendah akan diri kita sendiri kerana kekuarangan yang ada, kerana setiap kekurangan yang ada pada diri kita mungkin merupakan kelebihan kepada orang lain.

Thursday, September 2, 2010

Artikel Pilihan - Amerika,Mindcontrol dan Paganisme (M.O.)



Di bawah ini adalah satu tinjauan istimewa dari seorang penyelidik konspirasi yang bertahun-tahun memerhatikan senario yang berlaku di negaranya, Amerika Syarikat.Seorang ayah kepada dua orang anak,beliau merupakan pemerhati politik,pengulas dan pengkaji filem serta seorang pencinta haiwan.

Beliau menggunakan codename 'Moonblood'