NuffNang

Nuffnang

Translate

Friday, April 24, 2009

Sifat Sombong Pasti Akan Memakan Diri.

Assalamualaikum semua.

Sudah lama kiranya saya tidak menulis disini. Bukan apa, saya juga mempunyai forum sendiri untuk diuruskan. Anda semua boleh masuk ke laman web www.songkokterbalik.s2.bizhat.com dan boleh la memberikan sokongan kepada forum tersebut. Tapi pada kali ini bukanlah niat saya untuk bercerita tentang forum saya ini. Tajuk blog saya kali ini adalah berkenaan dengan sifat SOMBONG. Ingin saya bukakan sebuah hadis yang dipetik dari kitab terjemahan hadis Shahih Muslim :-

Dari Abdullah bin Mas'Ud r.a., dari Nabi Muhammad S.A.W., sabdanya :

"Tidak dapat masuk syurga orang dalam hatinya terdapat rasa sombong walaupun hanya seberat debu." Seorang laki-laki bertanya, "Bagaimana seseorang suka memakai baju dan sepatu bagus?" Jawab Rasulullah S.A.W., "Allah itu indah (Jamil). Dia menyukai yang indah. Sedangkan sombong itu menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain."

Maksud hadis di atas jelas menunjukkan apa itu maksud sombong. Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain. Sebab terjadinya kejadian seperti ini kerana manusia sentiasa mengganggap diri mereka selalu berada di paksi kebenaran. Tiada seorang pun yang mahu mengaku kesalahan mereka sendiri. Ayat seperti "biarlah!", "lantaklah!", "ntah!" dan "tak tahu!" sering digunakan sebagai permulaan ayat untuk menunjukkan kesombongan diri mereka apabila mereka dipersalahkan. Makna lain bagi sombong yang saya rujuk dari Kamus Dewan ialah tinggi hati, angkuh, bongkak, congkak dan pongah.

Bagi saya, semua orang mempunyai sifat sombong yang sering dikaitkan dengan sebab yang tersendiri. Biasalah, saya juga tidak lari dari mempunyai sifat sedemikian dan saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri. Tapi jika kita lihat dari maksud hadis yang diatas, "....menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain." Saya mempunyai contoh yang terbaik untuk diberikan contoh kepada anda semua. Dalam perjalanan saya dibumi Allah ini, bermacam ragam orang yang telah saya jumpa dan kenal. Contoh yang terbaik ialah, saya pernah didatangi oleh seorang kenalan lama yang mengadu mengenai sepupu perempuan mereka yang degil. Dia meminta saya menasihati sepupunya itu, tapi apakan daya saya tidak boleh menemui sepupunya itu kerana kisah yang lalu. Tapi saya cuba juga untuk tidak menghampakan harapan kenalan saya itu, dan saya memberikan sedikit tips dan nasihat yang boleh dia gunakan untuk menasihati sepupunya itu. Walaupun saya tahu ianya tidak akan berkesan, tapi saya tidak rasa rugi untuk mencuba. Akhirnya jawapan yang saya dapat, tepat pada sangkaan saya dan jawab sepupunya itu ialah, " baru guna Al-Quran dah nak berlagak." Inilah contoh yang terbaik yang dapat saya berikan untuk menggambarkan ayat, "....menolak kebenaran dan menganggap remeh orang lain."

Sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda, "Sampaikanlah olehmu dariKu walaupun hanya sepatah ayat." Maknanya sesiapa sahaja boleh menegur dan menyampaikan mengenai kebenaran kepada orang yang hendak dinasihati atau ditegurnya. Tetapi kerana sifat sombong yang menebal itu menyebabkan mereka telah melanggar hadis tersebut dan beberapa lagi ayat dari Allah yang menerangkan betapa bencinya Allah kepada orang yang sombong ini. Saya petik sepotong ayat dari Al-Quran yang bermaksud :-

(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka Jahannam, sedang kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong ."

Surah Al Mu'min (40)

Ayat ini bermaksud, inilah balasan pada mereka yang mempunyai sifat sombong. Bila kita sebut pasal neraka, pastilah ianya adalah satu tempat yang mengerikan. Tapi berapa ramai yang tahu dan segera insaf apabila mengetahui mengenai neraka? Kebanyakkan dari mereka tidak mahu pun berubah. Ini adalah bicara hakikat yang pada masa sekarang manusia semakin jauh dengan wahyu Allah. Jika kita jauh dengan wahyu Allah iaitu Al-Quran, semakin buruklah Akidah kita dan semakin hodohlah rupa hati kita. Apa yang cuba saya sampaikan ialah, sifat sombong yang ada pada diri kita ini hanyalah membawa kepada kehancuran diri sendiri sekecil-kecilnya dan kehancuran kaum kita sebesar-besarnya. Pendek kata, sifat sombong tidak membawa kita kemana kecuali kepada kehancuran. Jadi, apa guna ibadah kita jika inilah yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang sombong. Saya harap apa yang saya hendak katakan ini sampai kepada anda semua. Jadi, muhasabahlah diri anda sendiri untuk kebaikkan diri dan orang disekeliling anda. Sedarlah diri sebelum terlambat, kerana kita tidak tahu bila ajal akan datang menjemput kita. Akhir dari saya, sepotong ayat dari Al-Quran yang membawa maksud :-

Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa.

Surah Al Israa' (83).

Wassalam.

3 comments:

  1. salam.. lama x menulis??

    erm.. perkataan yg dilemparkan oleh sepupu kwn awk tu pernah juga dilemparkan kpd sy suatu ketika dulu...

    'baru ade ilmu sikit sudah pandai nk mengajar org'

    'kail hanya panjang sejengkal, lautan dlm pulak nk diduga'

    'baru hanya baca sepotong ayat sudah nk memandai2'

    dan mcm2 lagi..

    mrk ni.. sebenarnya panas telinga bila dgr ayat2.. krn msh dgn amalan nenek moyang mrk.. msh dgn amalan org kebanyakan.. x nk keluar dr kebatilan... dan ditutupkan yg haq.

    ReplyDelete
  2. Lama juga la tak menulis, sebab sibuk dengan forum dan kerja. Tapi thanks dengan komen dan pandangan saudari.....berat, tapi itulah hakikat manusia sekarang.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.