NuffNang

Nuffnang

Translate

Saturday, September 15, 2012

Video penghinaan Nabi Muhammad. Sentap??

Assalamualaikum...

Sekarang ni kecoh pasal video yang menghina Nabi Muhammad sehinggakan hampir seluruh umat Islam sedunia merusuh. Aku dah tengok dah video tu, geram pun geram la gak. Tapi tkde la sampai aku nak membunuh semua mat saleh yang ada kat Malaysia ni. Takde la plak aku nak kecoh2 menyalak macam anjing kat dalam facebook. Takde la aku nak provok orang Islam lain atas dasar politik. Please la...jangan la berperangai macam budak2. Kelak nanti akan menjatuhkan maruah diri yang tak seberapa tu.

Nabi Muhammad SAW adalah Nabi junjungan kita. Kita wajib mempertahankan maruah Baginda dan juga sahabat Baginda. Memang musuh Islam akan mencari peluang untuk mencuit sentiviti umat Islam. Tapi kita ada cara kita yang sepatutnya digunakan untuk menangani hal ini dari berlaku.

Bagi aku la, biarlah mereka hina apa pun, buatlah apa pun, tetapi sebenarnya ia sedikit pun mencacatkan Baginda. Walaupun banyak mana pun hinaan yang dilemparkan pada agama kita tetapi ianya tidak sedikit pun menggoyahkan Islam. Islam tetap Islam, Allah tetap yang satu. Jadi kenapa kita perlu sentap?

Syurga Allah tidak akan runtuh dek kerana hinaan dan cercaan manusia. Islam tidak akan jatuh kerana hinaan tetapi Islam akan jatuh kerana umat Islam itu sendiri. Berhentilah membuat kerja yang sia-sia. Kita majukan diri, kuasai ekonomi dan menjadi raja dunia dengan khilafah sebagai sistem pemerintahan. Negara sendiri pun dikuasai orang lain, masakan kita hendak menentang yahudi di negara orang lain. Sedarlah sendiri, jangan buatkan kita menjadi sama seperti mereka. Kita bukan mereka, dan kita lebih baik dari mereka.

Friday, September 7, 2012

Songkok Terbalik: Sikap perkauman yang dimulakan oleh pengguna Facebook kaum cina.

Sikap perkauman yang dimulakan oleh pengguna Facebook kaum cina.








Saksikan dengan mata anda sendiri. Di page Line Malaysia ada segelintir pengguna kaum cina cuba memulakan dan menyemarakkan api perkauman. Inikah sikap 1Malaysia yang kita banggakan? Apakah puncanya? Saya yakin mereka ini tidak di didik dengan sikap toleransi yang ada di sekolah kebanggasaan biasa. Saya yakin mereka semua ini bersekolah di sekolah vernakular, di mana sikap bertoleransi dan hidup bersama tidak diterapkan sepenuhnya.

Inikah sistem pendidikan yang kita banggakan? Ataupun mereka ini adalah penyokong DAP? Menyemarakkan api kebencian terhadap sesuatu kaum memang menjadi makanan mereka. Inilah satu lagi kegagalan dasar kerajaan 1Malaysia. Dasar ini tidak akan ke mana jika dasar pendidikan negara tidak diubah sepenuhnya. Hapuskan sekolah vernakular jika mereka benar-benar mahu menjadi rakyat Malaysia. Ini adalah tanah melayu, dan jika anda mahu menjadi sebahagian dari kami, tunjukkan keikhlasan anda kepada kami. Jangan hanya meminta, tetapi tidak mahu memberi.