NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, December 7, 2009

Ketuanan Melayu di Bumi Malaysia.

Assalamualaikum.

Pada pagi ini saya ingin meluahkan serba sedikit tentang apa yang terbuku di dalam hati. Hal ini sebenarnya sudah selalu kita dengar dan kita dan kita baca di dalam media negara kita. Semua orang sudah tersedia maklum mengenai ketuanan melayu di tanah air kita ini, tetapi masih ada lagi yang mengungkit tentang hal ini. Mereka ini saya panggil sebagai biadab dan tidak layak menjadi rakyat Malaysia. Mari kita lihat sejenak sejarah negara kita, siapakah penduduk asal negara kita ini? Sudah pasti jawapannya bukan kaum India dan Cina. Mereka ini diterima menjadi rakyat negara kita melalui prinsip 'Jus Soli' yang dibuat antara Tunku Abdul Rahman dan pihak penjajah pada masa itu dan bukannya antara Tunku Abdul Rahman dan kaum-kaum ini. Sudah lupakah mereka kepada 'kebaikkan' dan 'pemurahnya' TAR dan kaum melayu yang telah menerima mereka sebagai rakyat Malaysia? Kenapa harus diungkit lagi hal ketuanan melayu ini? Keceluparan mulut ahli parlimen DAP barat ini tidak seharusnya di pandang ringan. Tetapi hakikatnya ialah, saya yakin dia sendiri tidak heran dengan kecaman dan kutukan yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab. Dia sendiri tidak takut dengan apa yang bakal terjadi kepada dia, sebab akhirnya dia akan meminta maaf dan kemudian keadaan akan kembali reda.

Sama juga jika kita memanggil dia dengan perkataan 'keling', sudah pasti kaum india akan melakukan perkara yang sama dan akhirnya jika kita meminta maaf, keadaan akan kembali tenang. Tetapi keadaan lebih buruk di pihak kita kerana pihak kita pasti akan dipaksa meminta maaf berkali-kali dan sudah pasti akan ada yang dipaksa meletakkan jawatan atau berhadapan dengan saman. Apakah yang sudah terjadi? Jika dilihat dari sudut ekonomi, orang bukan melayu begitu berjaya. Dari sudut kekayaan pula, orang bukan melayu juga yang menjadi juara. Jadi apa lagi yang mereka hendak? Apakah orang melayu terutamanya UMNO sudah menjadi takut kepada mereka ini? Atau adakah orang melayu ini sudah menjadi 'barua' kepada kaum bukan melayu ini? Dimanakah semangat melayu yang dilaungkan semasa berucap di dewan-dewan dan kawasan-kawasan semasa pilihanraya? Sikap pengecut seperti inilah yang menyebabkan ada kaum lain yang berani mengungkit mengenai hak-hak istimewa orang melayu kita ini. Saya menyarankan kepada kerajaan agar mereka-mereka yang berani bersuara mengenai hak dan ketuanan melayu ini hendaklah dibuang dari negara Malaysia. Mereka-mereka yang tidak suka mengenai kedudukan mereka di negara kita ini saya sarankan kepada mereka supaya pulang ke negara asal mereka. Negara Malaysia bukanlah negara untuk orang-orang yang tidak tahu bersyukur. Negara ini adalah negara untuk mereka yang berpijak di dunia realiti dan menerima kenyataan siapa diri mereka yang sebenar di negara Malaysia ini.

Wassalam.

Thursday, December 3, 2009

Dari mata pena melayu.

Berikan aku satu tanda aras dimanakah kedudukan orang melayu sekarang,
Usah berikan aku alasan kerana itu amat jelek bagi aku,
Berikan aku satu kepastian yang orang melayu itu akan bangkit kembali,
Usah berikan aku tempoh yang tidak pernah ditepati,
Berikan aku satu contoh kebanggaan mercu tanda orang melayu,
Usah tunjukkan aku menara kembar Petronas kerana ianya bukan dari tangan melayu.

Aku ingin bersuara, tetapi apakan daya suaraku kerdil,
Aku ingin membentak tetapi kekuatanku hanya seorang,
Aku ingin menegur, tapi bimbang dikatakan pengkhianat,
Jadi bagaimanakah cara yang harus ku lakukan lagi?

Aku menulis menggunakan mata pena yang tumpul,
Tiada yang peduli tentang apa yang aku luahkan,
Adakah apabila sudah terkena batang hidung sendiri baru hendak sedar?
Adakah apabila bangsa sudah hancur barulah hendak bertindak?
Ganerasi muda yang diharapkan mula menjadi kurap,
Berjangkit menjadi lebih teruk dan lebih menggelikan,
Adakah ubat untuknya suatu hari nanti?
Adakah apabila bangsa menjadi hamba, barulah hendak berdiri?
Sedarlah wahai sahabatku sekalian sebelum terlambat.

Wednesday, December 2, 2009

Belajar menerima kenyataan. (Vol.3)

Assalamualaikum semua.

Ini adalah siri ke-3 artikel Belajar menerima kenyataan. Pada siri yang lepas saya bercerita dari aspek cinta dan kerjaya. Kali ini saya hendak bercerita mengenai kisah menerima kenyataan dari aspek kehidupan. Di dalam kehidupan kita, tiada seorang pun yang tidak pernah gagal dalam mencapai kejayaan dalam kehidupan. Setiap orang ada jatuh dan bangun dalam usaha untuk mencapai sasaran. Itu pada orang yang mempunyai sasaran, tetapi bagaimana pula dengan orang yang tidak mempunyai sasaran? Saya tidak akan bercerita mengenai pihak yang lagi satu ini. Setiap tahun, kita pasti ada matlamat, azam atau resolusi yang baru untuk di capai. Setiap tahun juga kita akan menilai kembali apa yang dicapai oleh kita pada tahun tersebut untuk mengetahui di mana tahap kita yang sebenar.


Kemuncak kejayaan kehidupan kita ialah apabila kita dapat mencapai sasaran yang telah kita tetapkan pada tahun tersebut. Tetapi jika kita tidak berjaya dalam mencapai sasaran, inilah saatnya dimana kekuatan mental kita akan diuji. Ada orang yang mengambil sasaran yang ditetapkan mereka terlalu serius sehingga mengalami tekanan mental apabila gagal mencapainya. Jadi pada masa inilah kawan-kawan menjadi pendamping untuk menguatkan kita kembali. Kebanyakkan orang tidak akan menceritakan permasalahan mereka kepada ibu bapa mereka. Mereka lebih suka menceritakan masalah mereka dengan kawan-kawan mereka sendiri. Sebenarnya kita boleh belajar menerima kenyataan dengan kekuatan diri kita sendiri sahaja. Tak percaya? Percayalah, kita sendiri mampu untuk melakukannya.

Kekuatan yang utama ialah daripada diri kita sendiri. Kalau kita hendak, kita mampu melakukannya. "Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan." Sebab itulah asas akidah kita kena kuat dan teguh. Bagaimana hendak menguatkan akidah kita ialah dengan menjalankan suruhan Allah dengan sepenuh hati. Hati yang bersih akan dapat membantu kita dalam menerima segala ujian dariNya. Ini dapat saya buktikan dengan perubahan yang jelas pada diri seorang sahabat saya. Pada mulanya, setiap masalah yang menimpa dirinya menjadi satu bebanan padanya. Tetapi semua itu berubah apabila dia mula tahu apa itu ujian dan apa itu bala. Ujian dan bala merupakan dua perkara yang sangat besar perbezaannya. Tetapi apabila kita ditimpa bala dan ujian dari Allah SWT, kita sering mengucapkan "Ya Allah, apalah dosaku ini?" Ayat ini seolah-olah kita menyalahkan Allah atas apa yang menimpa diri kita. Wajarkah kita menyalahkan Allah atas apa yang menimpa diri kita? Atau wajarkah kita pasrah atas apa yang menimpa diri kita? Disinilah kekuatan Akidah itu memainkan peranan yang penting.

Apabila datang sesuatu ujian, kita hendaklah menerimanya dengan redha dan terus bangkit untuk menghadapinya. Barulah kita akan merasa kemanisan kejayaan itu. Contohnya, pada tahun ini kita menetapkan sasaran untuk mencapai gred yang terbaik dalam SPM. Tetapi apakan daya keputusan yang diperolehi hanyalah cukup-cukup makan sahaja. Kita janganlah pasrah, tetapi kita haruslah cuba untuk memperbaiki diri kita dengan alternatif yang ada. Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. Sungguh banyak punca rezeki yang ada didunia ini dan hanya kemahuan kita sahaja yang menjadi penghalangnya. Jadi belajarlah menerima kenyataan agar setiap detik hidup kita menjadi lebih bermakna.

Wassalam.

Tuesday, December 1, 2009

Belajar menerima kenyataan. (Vol.2)

Assalamualaikum Wbt.

Kali ini saya akan bercerita mengenai belajar menerima kenyataan apabila kita gagal dalam bercinta. Pada suatu ketika dahulu pernah ada seorang sahabat yang mengatakan kepada saya yang dia tidak akan berasa kecewa apabila dia ditinggalkan kekasih. Alasannya ialah, dia sudah banyak kali bercinta dan dia sudah boleh belajar dari kegagalan yang lepas. Tetapi, yang sebenarnya ialah dia amat-amat kecewa juga apabila ada seorang kekasih yang dia betul-betul cinta telah meninggalkannya. Dia mula membuat perkara-perkara yang bodoh dan yang boleh merosakkan akidahnya.


Kepada sidang pembaca sekalian, sebenarnya kita harus bersedia dalam apa juga kemungkinan yang bakal terjadi. Kita hendaklah menyediakan tilam yang empuk agar suatu hari nanti apabila kita terjatuh, sakitnya tidaklah begitu terasa. Sebagai contoh apabila kita kecewa dalam satu-satu hal, janganlah kita duduk bersendirian kerana ianya akan menambah lagi kemurungan yang dialami. Selalulah kita bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita dan lebih baik lagi jika kita menyertai aktiviti yang dilakukan oleh sahabat-sabahat kita itu. Tetapi haruslah diingat, carilah sahabat yang baik dan bukannya yang menghancurkan kita. Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani mengatakan tidak kepada kesalahan yang bakal kita lakukan. Bagi yang kurang mempunyai kawan, penuhilah aktiviti anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti menghadiri program ilmu atau program yang membina motivasi dan akidah diri. Memuhasabah diri juga merupakan salah satu cara yang terbaik juga.

Akhir sekali, solat jugalah yang menjadi ibu kepada segala penawar kedukaan. Tetapi solat yang berkesan adalah solat yang benar-benar dilakukan mengikut syariat sahaja. Jika solat yang dilakukan sebagai contoh, tidak memahami sepatah apa pun yang dibaca, solat yang dibuat kerana mengikuti orang kebanyakkan, sudah pasti solat itu tidak akan terkesan dan tidak akan memberi ketenangan kepada kita. Lakukanlah setiap kerja itu kerana Allah kerana sudah pasti apa datang ujian dariNya, kita akan dapat menerima segala kegagalan itu dengan tenang. Barulah kita akan menjadi lebih berani untuk menghadapi kenyataan.

Wassalam.

Monday, November 30, 2009

Belajar menerima kenyataan. (Vol.1)

Assalamualaikum Wbt.

Kepada para sidang pembaca yang budiman sekalian. Hari ini saya hendak bercerita sedikit tentang menerima kenyataan atau pun Qada' dan Qadar dari Allah Swt. Ini adalah sesuatu yang seringkali terjadi pada kita. Ada juga kata bijak pandai yang mengatakan "Berpijaklah pada dunia yang nyata walaupun kenyataan itu pahit." Tetapi berapa ramaikah yang berani hendak menghadapi kenyataan. Kadang-kala kita sering terbaca tentang permasalahan cinta yang si kekasih tidak dapat melupakan kekasih lama yang telah meninggalkannya. Ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan saya akui saya juga ada mengalami situasi yang sama. Jadi mari kita bercerita mengenai menerima kenyataan kegagalan dalam bercinta.

Pada sesetengah orang apabila cinta terputus di tengah-tengah jalan, mereka akan memulangkan semula barang-barang yang pernah menjadi kenangan bersama ataupun membuang atau 'mendelete' gambar bekas kekasih mereka. Ada juga yang masih menyimpan harapan agar kasih bertaut kembali dan ada juga yang menjadi pendendam. Tetapi ada juga yang terkilan kerana tidak dapat mengembalikan kekasih lamanya ke jalan yang lurus. Ini adalah apa yang terjadi pada saya sendiri. Pada suatu ketika dahulu, saya ini boleh dikatakan sebagai seorang yang ingkar dan tegar pada agama Islam. Kami sama-sama juga boleh dikatakan pernah menjalani hidup seperti seorang yahudi. Tetapi apabila saya menemui hidayah, ingin rasanya saya membawa bersama kekasih saya untuk kembali ke pangkal jalan. Bermaca cara yang telah saya gunakan, tetapi akhirnya saya redha yang bukan saya yang akan membawanya ke pangkal jalan.

Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah, tidak semua yang kita inginkan itu akan menjadi kenyataan. Kadang-kala apa yang kita buat tidak semuanya difahami oleh orang lain, terutama sekali orang yang kita kasihi. Betapa sukarnya untuk kita membuat orang lain faham dengan cara kita. Tetapi apa yang boleh kita harapkan ialah yang orang yang kita kasihi itu akan faham juga suatu hari nanti. Bila? Itu kita tidak tahu, yang penting ialah kita berusaha dan yang selebihnya barulah kita serahkan kepada Qada' dan Qadar. Perlu diingat wahai sidang pembaca, tidak semua yang kita lakukan itu akan difahami dengan segera oleh orang lain. Sebagai contoh, semasa Tun Mahathir cuba membina Putrajaya yang pada mulanya di bangkang oleh sebilangan besar pihak yang menganggap ianya adalah satu pembaziran. Tetapi masa telah merubah segalanya termasuklah tanggapan orang yang pada mulanya menentang Tun Mahathir. Jadi, belajarlah menerima kenyataan dan janganlah berhenti berharap.

Kesimpulannya ialah, apa yang dapat saya pelajari sekarang ialah tidak semua kenangan silam yang kita simpan itu dengan sebab yang tersendiri dapat difahami oleh orang lain. Jadi, berpeganglah kepada pendirian walaupun ianya akan merubah corak hidup kita suatu hari nanti. Kerana dari pengalaman yang lepas itulah yang akan mendewasakan kita.

Wassalam.

Tuesday, November 24, 2009

Ikhlas ke tak ni?

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya hendak bercerita tentang keikhlasan. Di mana setiap dari kita pasti akan menyebut tentangnya. Ada juga yang menggunakan subjek 'keikhlasan' ini untuk meraih simpati, ada juga yang menggunakannya sebagai umpan untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri. Yang menyebabkan hati saya terdetik untuk menulis pada hari ini kerana sikap sesetengah manusia yang sering menggunakan rezeki sebagai senjata ugutan kepada orang lain. Yang menyedihkan lagi ialah orang itu bertaraf pemimpin! Belum lagi pemimpin untuk sesebuah negara, baru pemimpin bahagian sahaja, tapi dah seperti 'adat gajah terdorong'. Sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri. Beliau yang dimaksudkan ini adalah salah seorang pemimpin di sebuah agensi yang terkemuka negara kita. Tetapi lagak mengalahkan pemimpin dunia yang termahsyur. Bukan apa, perkara sebegini sudah terjadi sebanyak 3 kali. Ianya tidak sepatutnya dijadikan ungkitan atau ugutan semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri! Dalam artikel saya yang lepas, saya ada menulis mengenai perkara ini. Alangkah bagusnya jika orang-orang seperti ini dapat membaca artikel saya ini. Tetapi biasalah, artikel atau web atau apa saja yang berunsurkan 'Islamik' ini ramai yang malas nak membaca. Sebab apa? sebab semua dah tahu, tapi malas nak amik tahu. Pada hal, ini sekadar peringatan dan teguran sahaja. Dah bagus sangat ke diri tu sampai tidak boleh ditegur? Dah confirm syurga ke diri tu?

Sabda Rasulullah SAW :-

"Manusia paling utama disisi Allah pada hari kiamat ialah pemimpin yang adil lagi lemah lembut. Sedang hamba Allah yang paling buruk pada hari kiamat ialah pemimpin yang menyeleweng (aniaya) lagi rosak akalnya."

(Riwayat Tabrani)

Allah SWT berfirman maksudnya :-

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Maa'idah : 8)

Walau apa pun yang kita lakukan, kita hendak berfikir dahulu sebelum bertindak. Ini kerana, hampir 90% dari kehidupan kita, terlalu banyak perbuatan dan perkataan yang kita luahkan dan kita buat tanpa kita fikirkan apa impiklasinya kepada orang ramai dan diri kita sendiri pada masa hadapan! Terutama sekali apabila kita dipengaruhi perasaan marah atau benci. Sebab itulah Allah turunkan kepada Nabi SAW dan seterusnya kepada kita surah Al Maa'idah ayat ke-8 ini. Ayat ini menyuruh kita berlaku adil kepada sesiapa sahaja, walaupun diri kita di pengaruhi sifat-sifat syaitan.

Apa yang cuba saya sampaikan sekarang ini ialah, apabila kita sudah membuat sesuatu kebaikkan janganlah benda itu diungkit atau disebut-sebut lagi. Seperti contoh, membuat satu majlis makan-makan untuk meraikan sesuatu diantara pemimpin dan pengikut, selepas beberapa ketika, memarahi dan memaksa pengikut membuat sesuatu kerja dengan menggunakan alasan majlis makan-makan itu. Itu adalah sesuatu yang tidak patut diucapkan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin kepada pengikutnya. Kalau marah macam mana pun, janganlah diluahkan kepada pengikut bawahan itu. Selidiklah dahulu jika ada sebarang kesalahan dan bukan terus menjatuhkan hukum! Mungkin orang bawahan itu hanya mengikut arahan, dia tak fikir ke semua itu? Apa! dia ingat orang bawahan tu tak buat kerja ke!? Sebab itulah perempuan ini tak boleh memerintah. Sesiapa yang tidak setuju, berikan saya satu hujah atau dalil yang konkrit yang mengatakan perempuan ini boleh memerintah. Saya cabar sesiapa saja! Apa yang saya katakan ini semua adalah dari Al-Quran dan jangan salahkan saya. Hanya orang yang beriman sahaja yang percaya dengan Al-Quran. Jadi, kepada pemimpin-pemimpin wanita sekalian, fikirlah sendiri. Janganlah lari dari kebenaran walaupun pahit.

Wassalam.

Monday, November 23, 2009

Puisi Kuatrain Nostradamus


Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin bercerita mengenai Nostradamus. Dari apa yang saya ketahui, beliau adalah seorang pencuri Ilmu berbangsa yahudi. Ilmu yang dicuri olehnya semuanya berasal dari Islam. Ini bermakna Islam adalah satu bangsa yang maju suatu ketika dahulu. Tapi kenapa kita hendak banggakan sejarah silam sedangkan pada masa sekarang Islam adalah satu agama yang lemah, tidak bermaya, pemalas, bodoh dan bermacam-macam lagi panggilan yang boleh saya berikan. Hari ini, di Malaysia saja sudah terlalu banyak bukti tentang apa yang saya katakan ini. Cakap apa sahaja jenayah yang ada di Malaysia, majoritinya di kuasai oleh orang melayu. Jadi, bacalah artikel ini agar kita dapat hikmah dan kekuatan untuk menuntut ilmu agar bangsa melayu menjadi bangsa yang terbilang kembali.

Nostradamus atau nama sebenarnya, Michel de Nostredame adalah seorang pengamal perubatan di Perancis. Nostradamus terkenal kerana kumpulan puisinya yang telah diterbitkan di Lyon pada tahun 1555 yang terdiri dalam kelompok-kelompok seratus kuatrain (syair empat baris). Kumpulan puisi ini menjadi perhatian kerana ia sebenarnya adalah ramalan-ramalan tentang apa yang terjadi di dunia dan malah untuk menjadikannya lebih menghairankan sebahagian ramalan tersebut betul-betul terjadi, contohnya kemunculan Napoleon, kebangkitan Hitler, Perang Dunia I dan II dan yang paling popular adalah peristiwa 911.

Bagaimana Nostradamus mengetahui masa depan? Atau dari mana beliau mendapat semua maklumat tentang masa depan? Hakikat sebenarnya ialah beliau mendapat semua maklumat ini berdasarkan manuskrip-manuskrip lama yang asli ataupun yang telah diterjemahkan dari manuskrip asal, yang bersumber dari dunia Islam; semua ini akhirnya berpunca dari percakapan Nabi Muhammad s.a.w kepada para Sahabatnya tentang peristiwa akhir zaman. Sebenarnya terdapat sekelompok hadis Nabi yang semuanya berkaitan peristiwa yang terjadi pada masa depan atau lebih dikenali sebagai Hadis Akhir Zaman ataupun Hadis Fitan.

Antara sarjana Islam yang terkenal membicarakan Hadis Akhir Zaman ini adalah Ibnu Kathir. Hadis-hadis ini kurang mendapat perhatian kecuali segilintir darinya yang kebanyakan kita telah maklum iaitu yang membicarakan tentang persoalan TANDA-TANDA KIAMAT seperti kemunculan Dajal, turunnya Nabi Isa dan Padang Mahsyar. Kebanyakan hadis-hadis ini adalah masih bersifat rahsia dan hanya dapat ditemui di dalam kelompok manuskrip atau karya-karya ulama-ulama dahulukala. Kitab-kitab mereka pun digelar kitab-kitab Fitan. Sebenarnya sabda-sabda Rasullullah s.a.w adalah terlalu banyak; melampaui beribu-ribu hadis, maklumlah segala percakapan, perbuatan dan keputusan dari manusia teragung ini akan segera diambil tahu, dicatat dan direkod oleh para Sahabat selama baginda masih hidup di dunia ini. Tidak semua hadis nabi ini dimasukkan di dalam apa yang dikenali sebagai Enam Kitab Hadis Utama iaitu riwayat al-Bukhari, riwayat Muslim, riwayat Ibnu Majah, riwayat at-Tirmizi, riwayat Abu Dawud dan riwayat an-Nasa'i. Masih ada hadis-hadis lain yang sebahagiannya adalah percakapan spontan nabi; bukannya di dalam majlis-majlis rasmi atau pertemuan dengan para Sahabat mahupun khutbah-khutbah baginda.

Masalah terbesar dalam menentukan kesahihan hadis-hadis ini adalah percampurannya dengan hadis-hadis palsu, maudhu' atau lemah, berbanding dengan hadis-hadis dari enam riwayat utama itu di mana setiap ulama hadis memilih hadis-hadis yang terbaik sahaja dari segi riwayat, nasab dan pelbagai lagi tapisan yang semua ini terdapat dalam disiplin ilmu hadis. Tetapi mujurlah terdapat ulama-ulama Islam dahulukala yang terkenal contohnya Ibnu Kathir ini yang tidak diragukan taraf keilmuannya, mengkaji dan mengumpulkan hadis-hadis akhir zaman ini. Salah seorang Sahabat nabi terkenal mengetahui rahsia-rahsia akhir zaman adalah Huzaifah Ibnu Yaman r.a iaitu Penjaga Rahsia Nabi. Pada hari-hari akhir Huzaifah Ibnu Yaman r.a, beliau telah berkata, "Saya adalah orang yang lebih tahu akan semua fitnah yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Baginda tidak merahsiakan sedikitpun tentang hal itu yang tidak diceritakan kepada sesiapa pun melainkan aku. Akan tetapi Rasullullah s.a.w telah menceritakan di dalam suatu majlis, di mana baginda telah sampaikan kepada mereka tentang fitnah yang akan terjadi; di antaranya terdapat fitnah besar dan fitnah yang kecil. Kumpulan manusia itu semuanya pergi kecuali aku."

Beliau berkata lagi, "Semua pembawa fitnah yang bilangan mereka mencapai tiga ratus orang, kalau aku mahu dapat kuberikan NAMA-NAMAnya, NAMA BAPAnya mahupun KEDIAMANnya sehingga hari kiamat. Kesemuanya diajarkan Rasullullah s.a.w kepadaku. Sesungguhnya kamu bertanyakan kepada Rasullullah s.a.w perkara-perkara yang baik, sedangkan aku bertanyakan yang buruk, kamu bertanyakan kepada baginda perkara yang telah berlaku, manakala aku bertanyakan PERKARA YANG AKAN BERLAKU."

Manakala Ali bin Abu Talib (karamallahuwajhah) berkata pula, "Tanya oleh kamu akan daku, demi Allah kamu tidak menanyakan aku tentang segolongan yang keluar memerangi ratusan atau menunjuki ratusan orang kecuali aku ceritakan kepada kamu siapa PENGANJURnya, KETUAnya dan PENCETUS atau PENGGERAKnya, di ANTARA kamu dan MASA terjadinya hari kiamat."

Sememangnya terdapat hadis-hadis ini yang ditemui nama seperti Hitler, Saddam atau Napoleon, cuma ia ditulis dalam loghat atau lenggok Arab ketika itu. Saya sendiri pernah membaca hadis-hadis ini cuma pada masa yang lain saya akan cuba menurunkan satu dua hadis seperti ini.

Berbalik kepada Nostradamus, tembelangnya pecah apabila para pesakitnya melaporkan ketika Nostradamus mengubati mereka, beliau telah mengucapkan sesuatu dalam bahasa yang dikenal mereka sebagai bahasa Arab malah kesemua ubat-ubatannya datangnya dari negara-negara Arab. Semua kata-kata pengubatan atau jampi-jampinya adalah dalam bahasa Arab (tidak diceritakan pula adakah jampi-jampi itu berasal dari al-Quran yang mulia). Kemudian ditemui pula satu manuskrip yang berisi pengakuan dari Nostradamus sendiri yang menceritakan kisah hidupnya, di antaranya terdapat rahsia yang amat besar ertinya kepada kita umat Islam; Nostradamus telah mengaku bahawa datuknya telah mencuri sejumlah manuskrip Baitulmaqdis dan turut juga terlibat bapanya melarikan manuskrip-manuskrip yang sangat berharga dari Baghdad, Mesir dan negara-negara Arab yang lain, dan mereka pun berhijrah ke Perancis. Perlu diingatkan bahawa Nostradamus berketurunan Yahudi dan keluarganya berasal dari Jerusalem (Baitulmaqdis) dan datuknya berkawan rapat dengan orang-orang Arab di sana dan semua rahsia sulit ini diajarkan kepada Nostradamus selaku cucu dan anak mereka, kesemuanya di dalam BAHASA ARAB! Jadi apalah hendak dihairankan dengan semua ramalan Nostradamus ini, jika akhirnya ia berbalik juga kepada sumber Islam yang kita selaku umat Islam telah pun tahu bahawa ia adalah kebenaran.

Tidak timbul soal ramalan-ramalannya menjadi benar kerana ia bersumber dari kata-kata nabi yang sememangnya benar! Jika anda ingin tahu lebih lanjut, pergilah ke kedai-kedai buku dan cuba hayati ramalan Nostradamus ini, anda akan temui beberapa ramalan akhir zaman yang menyerupai dengan apa yang kita dengar sebelum ini; dari ustaz mahupun ustazah, dari kitab hadis mahupun ceramah-ceramah agama. Terdapat beberapa kuatrain yang menceritakan penaklukan Islam ke atas negara-negara Barat yang diketuai oleh seorang penakluk yang agung! Yang saya hairankan buku puisi Nostradamus ini semuanya diterbitkan atau diimport dari Barat (ketika itu saya membacanya di kedai buku Popular) dan ditulis dalam bahasa Inggeris yang fasih; di dalam terjemahan dari kuatrain Nostradamus yang ditulis dalam bahasa Perancis, terang-terang terjemahan Inggeris itu menyatakan bahawa tentera Islam akan menakluk dunia, walaupun di dalam kuatrain itu tidak dituliskan perkataan Islam atau Arab! Mereka sudah tahu akan hal ini namun masih angkuh dan ego dan tetap mahu mengubah sejarah.

Dan kita selaku umat Islam. Saya masih sedih dengan segilintir umat Islam yang tidak mengambil peduli langsung tentang hadis-hadis nabi malah al-Quran yang agung. Bukan sahaja tidak mempedulikan langsung, malah ada juga yang tergamak berangan-rangan mahu keluar dari Islam (di antaranya di atas nama CINTA suci..huhu..). Orang-orang Barat berlumba-lumba mengkaji hadis dan manuskrip-manuskrip berharga dari dunia Islam. Malah mereka juga semestinya wajib mengkaji al-Quran yang penuh rahsia dan hikmah, di mana sejak kebelakangan ini al-Quran menjadi medium paling saintifik kerana membicarakan tentang Big Bang, Nebula, awan-awan hidrogen mahupun daya-daya nuklear. Di mana? Terdapat banyak sumber jika anda ingin cari dan insya Allah saya akan ungkapkan juga dalam artikel-artikel saya yang akan datang. Cukuplah surah al-Anbiya' yang menceritakan tentang Big Bang. Dan Surah Yaasin yang kita baca setiap malam Khamis, majlis kematian ataupun majlis-majlis lain tu sebenarnya ada mengungkap perihal banan api petroleum!

Ada kisah tentang seorang menteri berbangsa India (opps maaf, harapnya ini bukan kenyataan berbau sentimen perkauman, cuma kesedaran untuk umat Islam) yang saya tidak boleh sebutkan namanya dan kawasan parlimennya, beliau telah membuat satu lawatan ke satu kawasan di mana beliau telah memberikan ucapannya. Di dalam ucapannya beliau telah menyentuh tentang Al-Quran yang tidak ada dalamnya perihal jalan raya, lampu jalan mahupun jambatan!! Saya tidak pasti bagaimana mulanya ucapan beliau itu, mungkin mahu menangkis kenyataan-kenyataan dari satu parti orang-orang Melayu yang berorientasikan Islamik. Namun yang sedihnya, orang-orang Melayu di situ yang semestinya beragama Islam terangguk-angguk, tersenyum atau ketawa dengan 'jenaka' yang ditimbulkan oleh menteri tersebut. Jika menteri itu tahu (atau sengaja buat tak tahu) atau orang-orang Melayu Islam di situ tahu akan betapa agung, hebat, tepat dan besarnya Al-Quran sebagaimana sebahagian sarjana Timur mahupun Barat mengagumi dan menerima kebenarannya, sudah tentu ucapan, senyum mahupun ketawa bodoh yang tersangat cetek tahap pemikiran sebegitu tidak berlaku.

Tetapi biasalah, dunia ini penuh dengan politik....

Friday, November 20, 2009

Artikel pilihan - Mason-mason Melayu (vol. 3)

Assalamualaikum.

Berikut adalah sambungan bilangan yang ke-3 untuk artikel ini. Seperti yang saya katakan pada para pembaca yang budiman sekalian, baca dahulu sampai habis dan fahaminya sebelum membuat sebarang andaian yang salah. Selamat membaca.








Politik di Malaysia unik di sesetengah perkara.Ia boleh dipanggil sebagai "Kem Konsentrasi".Di dalam 'kem konsentrasi' ini proses 'mindcontrol' tidak boleh tidak adalah salah satu program utamanya.Ini tidak unik kerana di tempat-tempat lain juga mempunyai ciri yang sama.Anehnya,terdapat sekelompok manusia yang lepas bebas di dalam 'kem konsentrasi' ini tanpa di kawal sesiapa.Namun,kebanyakan populasinya menjadi zombie-zombie politik.







'Political Zombies'


Berikan aku maksud liberal
kerana aku tidak faham
apakah itu sentimen

Berikan aku maksud
kesamarataan

kerana aku masih keliru
yang mana satu kedaulatan
yang mana satu pengorbanan

Jangan berikan aku sebatang pena
hanya untuk menconteng kertas-kertas
tetapi berikan aku
makna merdeka
negara
dan bangsa
supaya aku
tidak sampai mengizinkan
penjajah-penjajah itu berdiamdiri bersiputbabi
di tanah airku sendiri

Jangan kau kaburkan aku dengan
maksud kesatuan dalam kepelbagaian
sementara mereka masih
bersikap rasis dan kauvinis terhadapku
Jangan kau tidurkan ku dengan istilah
keharmonian
sedangkan mereka
puas menghafal
maksud monopoli dan diskriminasi

ini negeriku
tanah airku
satu-satunya
ke manakah harusku pergi
jika mereka
menghalauku ke hutan rimba
ke lombong tinggal
atau ke flat-flat sesak

Sekali lagi

jangan berikan aku sebatang pena
tapi ajarilah ku
maksud

kebijaksanaan






Terdapat tiga tahap dalam tabiat berpolitik di Malaysia,dan mungkin juga di dunia.Tahap pertama,orang mengamalkan 'child-politics' iaitu politik bertaraf kebudak-budakan.Politik jenis ini berteraskan politik menang-kalah,perlawanan,pertandingan atau persaingan.Senario pergaduhan,caci-mencaci,maki-hamun,fitnah dan tuduh-menuduh adalah asam garam atau penyeri bagi politik jenis ini.Oleh kerana antara ciri politik ini adalah pertandingan,maka setiap kali pilihanraya adalah sesuatu yang maha penting bagi penganut faham politik 'childs' ini.Penyokong politik adalah golongan yang paling seronok terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil mendapat gula-gula.Manakala ahli politiknya saban waktu mengira tarikh pilihanraya.Tarikh pilihanraya amat penting baginya.Profesionnya hanya berfungsi pada ketika ini.Pada waktu kempenlah,baru orang ramai dapat melihat bagaimana rupanya pekerjaan seorang wakil rakyat,misalnya.Ketika ini,barulah terhegeh-hegeh mengunjungi pasar-pasar,warung-warung dan rumah-rumah.Perlu berlakon bermesra dengan rakyat di jalanan dan bertanya khabar masalah.Kemudian mesti membuat kenyataan di media tentang kekurangan itu dan ini,dan kemudiannya wajib menaburkan janji-janji.

Ini adalah skrip yang perlu dihafal ketika kempen pilihanraya.Ini adalah 'stereotype of childs politician'.Maksudnya,ahli politik jenis ini hanya memikirkan tarikh pilihanraya,bukan masa depan negara.


"A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation."

-James Freeman Clarke


Para pengikutnya pula memandang pilihanraya sebagai hari berparti.Mereka akan terkinja-kinja di jalanan.Di suruh menjerit,mereka menjerit.Di suruh ketawa,mereka ketawa.Di suruh bertepuk,mereka bertepuk dan senyum menyeringai bagaikan beruk mendapat bunga.Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya,biarkan...biarkan!

Keputusan pilihanraya bagaikan bursa saham.Orang membeli akhbar bagaikan melihat saham naik atau turun,atau seperti melihat keputusan nombor ekor.Mereka tidak memikirkan apakah ertinya angka-angka itu naik atau turun.Mereka juga tidak melihat perubahan pada persempadanan dan populasi kawasan-kawasan pilihanraya.Pilihanraya sebenarnya bukan semata-mata pilihanraya.Pilihanraya ADALAH GILLOTIN UNTUK ORANG ATAU BANGSA YANG LALAI DAN ALPA!

Fahaman 'child-politics' merebak ke ruang maya.Ada orang yang membuat blog semata-mata untuk memaki hamun seorang manusia.Ruang maya adalah tempat paling busuk dengan fitnah.Fitnah dan kutukan bersimpang-siur di alam siber.Namun anehnya,ada seorang profesor mengukur kepopularan sesuatu parti berdasarkan blog-blog di dalam internet.Ini kerja orang malas namanya bagi seseorang yang bertahap profesor.Hanya profesor bertahap kangkung sahaja tergamak duduk bersantai-santai di depan internet kemudian mengatakan ramai tidak sukakan tuan presiden,misalnya.Ini kerja tahap budak-budak remaja bercintan-cintun sambil melayan 'ym' atau 'chatting' sahaja.Beliau kena turun padang,tanya Pak Mat di Kampung Sura,Dungun atau Mak Bedah di Parit,Perak misalnya baru boleh mencanangkan sesuatu.Dunia internet penuh penipuan.Scam.Dunia internet adalah dunia 'anonymous'.Boleh gunakan blog-blog tapi kena ada kajian 'online' dan 'offline'.

Tahap kedua ialah orang yang berpolitik kerana agenda tertentu.Kelompok yang berpolitik cara ini tidak ramai,ya...tidak ramai berbanding golongan 'childs'.Selalunya yang memiliki fahaman politik sebegini adalah para pemimpin atau kelas atasan dalam parti.Golongan ini adalah elit dalam parti.Merekalah yang memutuskan sesuatu polisi dan agenda.Mereka jugalah yang mengawal 'childs' dalam parti.Jika agenda parti adalah untuk mengisi perut sendiri,maka seluruh jentera parti digembeling untuk mengenyangkan kelompok pembuat agenda mengisi perut sendiri.Ahli parti bertaraf 'childs' tidak mengapa kais pagi makan pagi kais petang makan petang kais malam makan malam dan kais daun makan pasir.Itu bukan keutamaan parti.Media adalah sesuatu yang perlu dikawal.Disekat.Ditutup.Biar ramai akan menjadi 'childs' dan berpolitik secara 'childs'.Seperti lalang.Tiup ke kanan,dia ke kanan.Tiup ke kiri dia ke kiri.Di suruh lompat...dia pun melompat.





Namun takrifan cara berpolitik kedua juga boleh digunakan kepada sekelompok manusia yang besar.Misalnya sesuatu kaum.Ada kaum yang pada permukaannya menyokong pelbagai parti,namun ketika pilihanraya mereka bersatu memilih satu parti.Ada kelompok yang berpolitik semata-mata membantah konsep satu sekolah misalnya.Ada kelompok yang berpolitik untuk menegakkan faham kauvinis dan rasis.Ada kelompok berpolitik untuk menjalankan 'divide and rule'.Memecahkan undi untuk memberi kelebihan kepada pihak yang lain.Ini adalah golongan yang punya agenda tersembunyi.Dibandingkan dengan golongan 'child-politics',golongan ini lebih berfikiran jauh dan nampak bijak.Mereka ada halatuju dalam berpolitik.Mereka selalu menggunakan taktik 'tunggu dan lihat'.Kemudian bertindak.Mereka tidak mudah menjerit,bertepuk,melompat apatah lagi merusuh tidak ketahuan punca.MEREKA BERTINDAK DALAM SENYAP.Jika perlu,mereka akan gunakan golongan 'childs' untuk melaksanakan agenda politik mereka.

Tahap politik yang tertinggi dipunyai oleh golongan ketiga.Golongan ini adalah 'conspirator'.Mereka berpolitik untuk menjalankan konspirasi mereka.Golongan ini terdiri dari para Elit yang mengawal kedua-dua tahap politik tadi.Golongan ini mengawal 'hidden agenda level' dan pada masa pada yang sama sentiasa memantau 'childs'.Dalam konteks Malaysia,sebahagian besar dari golongan ini berada di luar negara.Mereka menjalankan agenda politik melalui 'remote control'.Taktik ini berjalan dengan meletakkan proksi-proksi mereka di negara ini.Istilah lama bagi proksi mereka ialah 'puppets'(boneka).Para Elit adalah 'Master of Puppet' yang menggerakkan proksi-proksi mereka di sini.Anda boleh mengenal 'puppets' ini dengan melihat tindak-tanduk mereka yang sama dengan 'Master' mereka.Para Elit ini mempunyai berpuluh-puluh ejen malah mungkin lebih untuk tugas-tugas 'penguatkuasaan'.NGO-NGO adalah proksi wajib dalam carta.Daripada NGO,bila-bila masa boleh 'diupgrade' kepada sebuah parti politik.Adakalanya tidak perlu,kerana NGO juga boleh berkuasa menjadi 'parti dalam parti'.Pada tahap ini tindakan mereka terbalik dari tahap kedua.Media dibuka seluas-luasnya.Setiap individu mesti mempunyai peti tv dan komputer dengan sambungan internet.

INI UNTUK PERSEDIAAN 'BRAINWASH'.PROPAGANDA.

Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong 'childs'.Berpolitik tidak salah,tetapi perlu ada agenda.Berpolitik tanpa agenda hanya akan mendedahkan diri kepada kekeliruan.Misalnya jika seseorang pemimpin itu lompat parti atau menubuhkan parti yang baru,golongan 'childs' akan mengikut tanpa bertanya dengan jelas "Apakah agenda dia sebenarnya?".Jika anda berpolitik semata-mata untuk menegakkan Ketuanan Melayu,maka kaedah politik anda sebenarnya telah lama dimuziumkan.Cuba bertanya sendiri,adakah Melayu itu benar-benar menjadi 'Tuan' di bumi Malaysia ini setelah 52 tahun merdeka?Jika anda berjuang atas nama menegakkan hukum Allah misalnya,apakah 'blueprint' anda?Sudahkah anda bersiap sedia dengan segala kertas kerja anda.Bagaimana perancangan ekonomi anda?Sistem perundangan anda?Bagaimana dengan barisan kepimpinan anda?Ingatlah,perkara yang baik itu tidak akan berjaya kerana salah pengurusannya,dan perkara yang batil itu ,kerana tersusun strategi,terpimpin pengurusannya,pasti akan berjaya dengan izin-Nya.

Kita kesampingkan politik tahap rendah,seperti yang didukung oleh golongan sekular dan materialis,kerana golongan ini tidak akan ke mana kerana hidup di dalam kepompong yang disulam oleh para 'conspirator' iaitu 'politician' tahap ketiga.Para 'conspirator' ini walaupun luarannya nampak amat dasyat materialistiknya namun mereka seolah-olah lebih faham isi kitab AlQuran dari Mason-mason Melayu yang kebingungan ini.






Adakah Roland Emmerich mengarahkan filem 2012 secara berseorangan?Siapakah yang mendanai ratusan juta dollar untuk filem 'kiamat' ini?Lihatlah adegan St. Peter Basilica dan Obelisk yang musnah dan teliti apakah alasan Emmerich ketika ditanya kenapa tiada adegan Kaabah musnah dalam 'kiamat' 2012?Para pejuang Islam dan para da'i kena peka dengan politik para Elit ini.Para Elit sebenarnya tidak pandang sebelah mata pun dengan 'puppets' mereka yang terdiri dari para sekular,Islam Liberal,materialis,mason dan sebagainya,namun mereka SEBENARNYA BERURUSAN DENGAN PARA PENGIKUT AGAMA ALLAH AZZA WA JALLA ('berurusan' di sini bermaksud berjuang menentang mereka)

PARA ELIT LEBIH PERCAYA KIAMAT AKAN TIBA BERBANDING PARA MASON MELAYU YANG KETAGIHAN ARAK,HARTA,WANITA...

Para pejuang agama Allah mesti memastikan mereka tidak termasuk di dalam ketiga-tiga tahap ini,kerana ada satu tahap lain yang lebih tertinggi dari tahap-tahap ini.Malah para 'conspirator' sekalipun amat gerun dengan 'politician' atau para pengikut faham politik ini.

IAITU ORANG YANG BERPOLITIK SEMATA-MATA BERIBADAH DAN MENGHARAP KEREDHAAN DARI-NYA.

Inilah orang yang berpolitik semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah Yang Maha Perkasa.Bukan kerana kuasa dan pangkat.Namun mungkin ada yang pesimis dengan kenyataan ini.

Lupa diberitahu,PARA ELIT MEMANGGIL 'POLITICIAN' TAHAP PERTAMA DAN KEDUA SEBAGAI 'ZOMBIE'.

Fikirkan.Pas selamanya tidak akan dapat memerintah Malaysia jika majoriti umat Islam di sini masih buta agama sendiri.Kebanyakan mereka masih tidak tahu bahawa agama mereka mempunyai sistem ekonomi sendiri,sistem kekeluargaan dan SISTEM PEMERINTAHAN lengkap dengan undang-undang dan peraturan.Apa yang mereka tahu adalah fardhu ain,fardhu kifayah...fardhu ain,fardhu kifayah.Tetapi adakah mereka tahu tentang FIQH JINAYAH?SEbenarnya kebanyakan mereka tidak sedar ketika mereka berurusan dengan perbankan berasaskan syariah,mereka telah menyentuh FIQH MUAMALAH dan ketika berkahwin,mereka belajar tentang FIQH MUNAKAHAH.Tetapi dimanakah mahu dicampak fiqh jinayah iaitu sistem pemerintahan Islam?Sebab itu jika Pas kuat dalam lapangan dakwah,maka pada masa yang sama politik Pas juga akan kuat.LIHAT RAHSIA INI.

Inilah berkat dakwah menyampaikan kalimah 'LAILAHAILLALLAH'.



Pas tidak perlu bekerjasama dengan DAP jika faham rahsia ini.Mana lebih sukar,menghadapi saudara seagama sendiri atau menghadapi bukan seagama yang punya agenda tersembunyi yang sadis dan berbahaya?Pas kena berperang menyampaikan dakwah kepada saudara-saudara dalam Umno,bukan menyampaikan ilmu kepada sesama ahli sahaja.Pas mesti menekankan agenda dakwah menegakkan hukum Allah bukan agenda politik Pas semata.JIka Pas lebih berpolitik dari orang lain maka Pas akan dihina Tuhan lebih teruk dari para Sekularis dan Materialis.Kini ada tangan-tangan yang ingin menumbangkan apa yang dipanggil 'Kepimpinan Ulama' dalam Pas.Inilah akibat mengabaikan dakwah dan tarbiah maka konsep 'memprofesionalkan golongan ulama,mengulamakan golongan profesional' tidak sampai malah memakan diri dari dalam.Golongan profesional dibiarkan berkokok sendiri dan tidak ditarbiah,maka mereka mengadili perjuangan Pas ini begitu sempit seperti parti-parti sekular dan sosialis yang lain.Seorang yang bertaraf Profesor sekalipun akan bercakap tentang Pas seperti teori-teori Machiavelli dan John Smith.Dan seorang profesor bersungguh-sungguh ingin menukar kepimpinan Pas berdasarkan kaedah ciptaannya iaitu 'kajian internet dan blog'.Adakah kepimpinan sesuatu perjuangan atau parti boleh didasarkan kepada segelintir blog-blog sampah?Sungguh memalukan!




Jika kepimpinan ulama dicabut dari Pas,maka apa yang tinggal?Yang tinggal hanyalah nama 'Pas' sahaja dan harganya serendah perkataan PASport dan 'PASS exam'.

Buat permulaan,Umno tidak perlu dipaksa dibubar.Ini kerana ia sudah mengakar umbi dalam sejarah pentadbiran negara.Namun kita masih bertuah kerana Umno adalah PARTI ORANG-ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM.Tidak kisah,jika ada sekalipun mason-mason Melayu yang berkeliaran di dalamnya...jika tidak sebesar kuman,pasti ada sebesar zarah kepercayaan kepada Allah yang mencipta dirinya.

Oleh kerana Pas dikatakan dipimpin oleh ulama maka Pas ada tanggungjawab untuk menunaikan hak seluruh pengundi Umno/BN yang beragama Islam.Pas kena bersabar dengan Umno walaupun dikatakan Umno lebih kejam dari Yahudi (ini suara-suara dalam politik) Apakah hak itu?

IAITU HAK MENDAPATKAN KALIMAH 'LAILAHAILLALLAH' DI DALAM HATI MEREKA.

JIka Umno telah merasai kemanisan iman dan hikmah kalimah 'LAILAHAILLALLAH' maka percayalah tiada lagi politik suku,agama suku...mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah kaaafffaaah!(sepenuhnya) dengan penuh rela hati dan keredhaan dari Pencipta mereka sendiri.

Berpolitik biar matang.Kena keluar dari kepompong yang merimaskan.Berpolitik biar berpandangan 100 tahun ke hadapan.Inilah politik yang diamalkan oleh NEW WORLD ORDER.

NEW WORLD ORDER YANG MEMANTAU POLITIK MALAYSIA YANG SEMPIT.



Para Elit memandang pertelingkahan politik di Malaysia ibarat melihat dua ekor lalat yang berenang-renang di dalam secawan air.Dua ekor lalat tadi bertumbuk sambil mengipas-ngipas kepak mereka.Bagi kedua-dua ekor lalat tadi,merekalah juara politik di dalam cawan tadi.Dua ekor lalat itu tidak sedar,di sebelah mereka ada sebaldi air...

JIka para pejuang agama masih keliru di dalam secawan air,bagaimana jika mereka dituang ke dalam sebaldi air?

JIka seluruh umat Islam di bawah Umno masuk ke dalam sistem Allah,kita akan lihat siapa yang masih tinggal,yang enggan masuk ke dalam rahmat Allah.

Sama ada mereka adalah zombi-zombi politik,ataupun mereka sebenarnya adalah MASON-MASON MELAYU.








Sekali lagi

jangan berikan aku sebatang pena
tapi ajarilah ku
maksud

kebijaksanaan

Thursday, November 19, 2009

Artikel pilihan - Mason-mason Melayu (vol. 2)

Assalamualaikum.

Ini adalah artikel sambungan daripada 'The Ressurection Of Bani Jawi'. Selamat membaca semua, semoga artikel-artikel yang saya pinjamkan dari Mistis Organization ini dapat memberikan anda sesuatu gambaran baru terhadap dunia kita sekarang.





Dalam artikel pertama,penulis telah memperkenalkan strategi ampuh yang boleh digunakan di zaman fitnah-memfitnah di Malaysia ini.Kita disogokkan dengan keburukan para pemimpin seperti Mahathir,Anwar dan Nik Aziz,malah ada yang menggelarkan mereka 'Mason'.Benarkah demikian?

Artikel ini adalah sambungan kepada siri Mason-mason Melayu,dimana artikel "Hikayat Tiga Mason Melayu" yang terdahulu adalah siri yang pertama.Apa yang perlu,baca sampai habis dan berfikirlah dengan jernih,demi kebaikan dan perpaduan seluruh umat Islam khususnya umat Melayu/Jawi.


Selamat membaca


-M.O







MASON-MASON MELAYU





cuba kau tanya Faisal Tehrani
apa maksud syiah imamiah
nanti keluar istilah
perpaduan sesama Islam
cuba kau tanya Karpal Singh
apa maksud derhaka
perlahan-lahan dia menyebut
"Malaysian Malaysia"

tanya pada Dr. Mahathir
kenapa keluar dari Umno
jangan pula keluar istilah
realpolitik
ini bukan mainan jargon-jargon
ini masa depan bangsa
apa Faisal Tehrani kata?
Bahasa Politik
siapa Machiavelli?
siapa Emmanuel Kant?
Mereka tidak faham apa itu
Dilema Melayu
ini bahasa politik
universalnya adalah

mengisi perut sendiri





-esastera





Dalam artikel "Hikayat Tiga Mason Melayu",setiap watak telah diberikan gelaran-gelaran yang jelik,dan semua ini diambil dari suara-suara politik.Gelaran-gelaran ini diberi oleh pembenci Dr. Mahathir,pembenci Anwar Ibrahim dan pembenci Tuan Guru Nik Aziz.

Setiap watak juga telah diberikan pandangan dari kaca mata 'Dajjal The Antichrist',bagaimana untuk memerangkap tokoh-tokoh ini.Pandangan yang diberikan adalah berdasarkan modus operandi yang biasanya diterapkan oleh golongan Elit kepada para pemimpin dunia termasuk tokoh-tokoh agama.

Setiap watak juga diberikan pandangan dari kacamata penganalisis konspirasi.Pandangan yang diberikan adalah berdasarkan pemerhatian semasa dalam politik Malaysia digabungkan dengan ciri-ciri yang bersesuaian dalam pengajian Teori Konspirasi khasnya berkaitan NWO dan The Elite.

Lihat,kami tidak mengatakan mereka benar-benar Mason.Kami memahami bahawa struktur artikel ini agak berat dan kompleks bukannya seperti artikel gosip di dalam Mangga atau URTV.Sebab itu dinasihatkan supaya baca sampai habis.Kami cuma ingin anda berfikir sejenak apakah benar fitnah yang ditaburkan kepada mereka,dan jika benar...apa tindakan kita.

Ada di antara para pembaca yang melenting apabila membaca artikel itu.Mereka telah mengatakan kami menuduh tokoh-tokoh kesayangan mereka sebagai Mason.Lucunya,ada yang seperti mahu percaya,bahawa ketiga-tiganya adalah Mason.Keliru,inilah kesimpulan yang boleh diletakkan.Namun begitu,kesalahan juga wajar diletakkan di bahu kami,kerana kekurangan kami dalam membuat sesuatu artikel menyebabkan ia kurang difahami.Tetapi kami telah membuat penafian di akhir artikel.

Berdasarkan pemerhatian kami,sebahagian besar orang Islam khasnya umat Melayu masih terperangkap di dalam politik sempit kepartian.Umumnya,para pemimpin mereka masih terperangkap di dalam politik 'mengisi perut sendiri'.Para penyokong mereka pula terpukau dengan ideologi kepartian yang jumud dan sempit.Apabila terperangkap di dalam politik kepartian,mereka memandang seolah-olah parti mereka maksum;tanpa ada kesalahan,tidak boleh diusik,disinggung apatah lagi diterajang.Inilah yang berlaku kepada Pas dan Umno.





Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong politik sempit kepartian.Dari dunia ribut di dalam secangkir cawan.Politik kekampung-kampungan.Kami ingin membawa anda kepada dunia politik yang sebenar.Dunia politik yang mengawal politik sempit kepartian tadi kecuali orang-orang yang bertakwa.Keluar dari tafsiran jumud demokrasi yang merimaskan,kepada politik yang lebih besar,

Welcome to the NEW WORLD ORDER.


Jika anda masih duduk di dalam tempurung politik Malaysia yang memenatkan ini,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama,kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu,juga tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini,kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi Malaysia,bukan para korporat,ahli politik apatah lagi tauke-tauke arak dan disko.

Walau bagaimanapun hebat penganalisis politik itu walaupun bertahap profesor,profesor madya mahupun profesor kangkung,analisis politiknya adalah ditahap ruangan Minahleter di dalam majalah Gila-Gila kerana masih terperangkap di dalam demokrasi sempit,di mana demokrasi Malaysia inipun masih berada di bawah politik NEW WORLD ORDER.Sebab itu umat Melayu semakin berpecah.Dari satu parti iaitu Umno,menjadi dua;Umno dan Pas dan menjelang alaf baru berpecah menjadi tiga;Umno,Pas dan PKR.Ini adalah perkembangan yang bagus.Cemerlang,gemilang dan terbilang.

Secara jujur,parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit Melayu.Umno tidak boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang disenangi oleh British.Sebagaimana biasa,setiap negara majoriti orang Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun menjalankan hukum-hukum Islam.Semua organisasi berhaluan kiri mahupun berfahaman Islam sama ada dicantas ataupun disekat oleh British.Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh penjajah itu.Mengapa?

Lord Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata,

"Penjajah-penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah. Kalau ada pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah, merdekakanlah negara itu."

Sebab itu apabila Malaysia direstui kemerdekaannya,perkara pertama yang mesti diterima oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William Reid,seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini.Common Law mesti berada di atas undang-undang Tuhan yang menciptakan Lord Reid,Cobbold,Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.

Tetapi bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam?Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?Tidakkah British terfikir tentang ini?

Hmm...ini semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi.Organisasinya,ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini.Apabila melepasi tahap kepercayaan British yang ketat,barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.


"Baliklah orang putih yang kulit merah, tinggallah orang putih yang kulit hitam manis."

(Lord Cromer)


Hanya orang yang sanggup menjadi boneka sahaja layak untuk dipercayai.Tetapi jangan terburu-buru menyalahkan Tunku,mungkin beliau tahu tetapi beliau sudah tiada jalan lain atau sudah TERPERANGKAP!

Kesalahan besar Umno ialah masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka.Mungkin alasan mereka adalah kehadiran orang-orang India dan Cina menghalang undang-undang syariah dijalankan.Alasan ini tidak boleh diterima,padahal ke atas orang-orang Islam sendiri pun,undang-undang Tuhan masih dibakulsampahkan.Orang Islam yang berzina dan minum arak,masih menggunakan undang-undang Common Law.Malah apabila mahu menjalankan undang-undang Tuhan buat pertama kali (isu Kartika),heboh satu negara.Ada yang mengatakan undang-undang Islam kejam padahal dalam undang-undang Islam,orang yang menyebat dalam kes ini tidak boleh mengangkat sedikit pun celah ketiaknya,jadi fikirlah bagaimana kuat sebatan yang dilakukan berbanding kaedah sebatan mengikut Common Law (tonton video penagih dadah yang disebat).Ini adalah seangkatan dengan Sister In Islam yang memandang serong undang-undang Syariah tanpa mahu menyelami sedikit pun hikmah di sebalik hukum Tuhan,Allah Azza wa Jalla yang menciptakan dan memberi rezeki kepada para ahli Sister In Islam dan sewaktu dengannya.

Pelajarilah undang-undang Islam sebelum membuka mulut tentangnya.Manusia benar-benar menjadi MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIFAHAMINYA.

Bagaimanakah orang bukan Islam dapat melihat hikmah di sebalik hukum Allah sedangkan orang Islam sendiri ragu-ragu dengan hukum agamanya sendiri?

Maka para ulama dan pendukung agama pun semakin resah dengan tidak-tanduk Umno yang semakin 'selamba' meneruskan undang-undang penjajah.Jika mengambil tindakan mendiamkan diri,maka sesungguhnya hidup ini sementara.Sudah tentu apabila di alam barzah,para ulama inilah yang paling berat seksaannya kerana menjadi 'ular dalam semak' mendiamkan diri menjadi ulama bisu dan pekak.Tuhan hanya mahu menguji.Siapakah yang mahu menjalankan hukum-Nya,siapa yang membakulsampahkan hukum-Nya.Tuhan tidak rugi apa-apa.Yang rugi adalah manusia sendiri.

Jika mengambil tidakan militan,memberontak dan berjihad secara mengangkat senjata,sudah tentu akan mengorbankan saudara sebangsa dan seagama sendiri.Sudah pasti pula,British akan kembali ke Malaysia dan menjajah kembali atas alasan membantu menghapuskan fahaman ekstrem dan keganasan.

Ini adalah ujian yang amat getir bagi para pencinta agama.Namun apa yang dilakukan oleh para Liberal dan Sekular?Mereka masih enak menjilat buntut penjajah yang diharap memberi sesuap nasi untuk mereka hidup.Mereka tidak ada fikir dan risau akan masalah umat.Mereka lebih risaukan perut mereka sendiri.

Maka para pencinta agama,terpaksa mengambil jalan paling sukar dan mengelirukan;masuk bersama-sama ke dalam sistem demokrasi dan berjuang ke di dalamnya.Inilah jalan yang amat sukar,ibarat membiarkan diri diperangkap dengan jerat tikus yakni demokrasi, untuk mendirikan hukum Allah.The Hidden Hand tersenyum melihat perangkapnya mengena.Dia tahu gerakan Islam tidak akan ke mana,di sana perangkap, di sini pun perangkap.

Perbalahan antara Pas dan Umno ibarat perbalahan keluarga yang kompleks.Umno ibarat adik yang degil dan suka berpeleseran,suka mendengar kata-kata kawan-kawan yang rosak,tidak mahu sembahyang dan suka memasang radio kuat-kuat.Pas pula adalah abang yang garang.Abang yang pernah mengaji agama dan faham hukum-hukum agama.Si abang terus memarahi si adik,merotannya dan mengingatkan tentang balasan Tuhan,namun si adik merasa tersinggung dengan sikap abang.Jauh dihati kecil si adik,sayang terhadap agama itu masih ada namun dirinya amat lemah dengan godaan dunia dan nafsu.Namun cara si abang amat dibencinya.Adik mula memaki hamun abang dan kemudian giliran abang pula yang berkecil hati dengan si adik.

Kemudian masing-masing menjauhkan diri.

Kehadiran DAP memburukkan lagi suasana.Pas yang terdesak kerana masih tenggelam timbul dalam pilihanraya terpaksa bekerjasama dengan DAP untuk sekurang-kurangnya menidakkan majoriti Umno/BN.Ini kerana pada fikiran Pas,Umno sudah rosak dan jalan lain perlu dicuba untuk menafikan penguasaan Umno.

Di sini kesilapan Pas.Pas bekerjasama dengan orang yang punya agenda yang lain.Agenda yang lebih sadis dan berbahaya.

Apabila terdapat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,Pas rasa berjaya kerana dapat menguasai masjid dan surau dengan selesa.Ilmu agama dapat sampaikan dengan selesa.Namun pencacai Yahudi punya agenda lebih besar.Tidak perlu pergi jauh-jauh.Cuba kaji isu arak di Selangor.Pas Selangor cuba mempertahankan prinsip agama namun ia bukan sahaja diperleceh oleh orang bukan Islam malah dari kalangan Pas sendiri (mungkin ada api dalam sekam,siapa tahu?) semata-mata untuk menjaga kesatuan dalam Pakatan Rakyat.Adakah menjaga kesatuan Pakatan Rakyat lebih suci dari tanggungjawab amal maaruf nahi mungkar?

Inilah demokrasi yang penuh tipu muslihat.Kepada Pas,demokrasi bukanlah semata-mata suara ramai,itu propaganda sahaja.Itu kulit sahaja.

DEMOKRASI ADALAH TEMPAT BERMAIN PARA ELIT THE HIDDEN HAND.

Demokrasi ibarat permainan poker.Umno dan DAP adalah pemainnya.Pas cuba masuk untuk bermain dan jika menang,ia boleh menubuhkan negara Islam melalui demokrasi tadi.Ketika permainan,masing-masing cuba bermain 'psikologi' untuk mengelirukan.Adakalanya Pas mendapat 'pair of Ace' dan yakin boleh menang.Ketika 'flop', Pas semakin yakin,pemain-pemain lain tidak dapat menyainginya sehinggalah 'turn' dan 'rival' di mana terdapat 'pair of 2' namun Pas yakin dia tetap menang kerana memiliki 'daun' paling tinggi.Akhirnya Pas pun 'all-in';sanggup menerima persahabatan dengan DAP dan PKR yang jelas tidak bersetuju dengan konsep negara Islam.Menyerahkan segala-galanya.Tetapi salah seorang pemain juga 'all-in' dan apabila kad masing-masing dibuka,malangnya pemain tadi mempunyai kad '2' dan sekaligus memiliki 'House' atau 'Three of Kind'.Akhirnya Pas yang kecewa.

Demokrasi adalah perjudian getir buat gerakan agama untuk mendaulatkan Islam melaluinya.Demokrasi adalah perangkap.Demokrasi adalah jerat.

Kalau begitu bagaimana?Bagaimana mahu keluar dari perangkap yang memenatkan ini?

KEMBALI KEPADA PENCIPTA.

Orang ramai hatta orang Islam sendiri tidak akan menyokong konsep negara Islam jika mereka tidak dijelaskan dengan baik apakah itu hukum Islam.

Orang bukan Islam tidak menjadi masalah.Mereka masih minoriti.Jika orang Islam khasnya orang Melayu tidak yakin dengan agama sendiri,bagaimana orang bukan Islam mahu yakin dengan undang-undang Islam?Jadi masalah di sini adalah orang Melayu khasnya para pengundi Umno/BN.

Ingat,walaupun demokrasi penuh tipu muslihat,namun kita boleh memanipulasinya sekadar yang mampu.Katakan kita boleh pakai prinsipnya yang paling mudah,iaitu suara ramai.

Bagaimana jika dalam 10 orang,seorang sahaja yang faham kalimah 'LAILAHAILLALLAH' dan yang lain tidak?Jika 'bermain' demokrasi,adakah yang seorang itu akan menang?TIDAK SAMA SEKALI.Sebab itu jika 9 orang tadi adalah orang-orang yang bodoh,maka negara akan diperintah oleh orang-orang yang bodoh dan undang-undang yang bodoh.Itulah demokrasi.

Maka tugas sebenar Pas ialah memasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' kepada hati semua umat Islam khususnya para pengundi Umno yang masih khayal dengan racun penjajah.MANA DIA USRAH-USRAH PAS??



Kemana perginya?Inilah balasan Tuhan kerana meninggalkan kerja dakwah.Ingat,dakwah dan politik perlu bergerak seiring,baru menepati kaedah nabi yang mendirikan negara Islam Madinah.Kerana terlalu berpolitiklah orang-orang agama terperangkap dalam permainan musuh-musuh Allah.

Pas tidak perlu dibubar dan menjadi Jemaah Tabligh.Pas tetap berperanan sebagai 'political axis' dalam agenda Islam,namun perlu ada hubungan dengan orang yang menjalankan kerja-kerja dakwah seperti Jemaah Tabligh jika masih terkial-kial dengan program usrah yang segan hidup mati tak mahu.Dua entiti ini kena bergerak serentak.Orang dalam Tabligh tidak boleh perlecehkan Pas.Pas tidak boleh perlecehkan Tabligh.




Jika seluruh pengundi Umno/BN iaitu yang majoritinya orang Melayu/Islam dapat dimasukkan kalimah 'LAILAHAILLALLAH' yang menjadi hak mereka yang hilang akibat racun penjajah,ke dalam hati mereka,nescaya tanpa perlu ceramah Pas yang berapi-api,mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah.

Pas perlu kuat dalam siasah mereka.Para pemimpin mereka perlu belajar ilmu siasah politik.Atau SAINS POLITIK.Ulama yang memegang amanah politik lain cabarannya dengan ustaz yang mengajar kitab-kitab di surau-surau.Pas perlu mengkaji senario politik global.Belajar apa itu Freemason dan Illuminati.DAN PROKSI-PROKSI MEREKA DI SINI.Pas kena keluar dari politik Malaysia yang sempit kepada lebih berwaspada dengan politik NEW WORLD ORDER.Inilah cabaran yang sebenar.Jika ini dapat dicapai,Pas akan dapat melihat siapa lawan siapa kawan.

Hak saudara seagama dalam Umno perlu ditunaikan.Jangan marah dan memakihamun mereka.Dekati mereka dan nasihatilah dengan hikmah.Mungkin hanya Jemaah Tabligh yang mampu menjadi orang tengah.Mampu mendekati saudara seagama dalam Umno,melembutkan hati mereka dan sedar bahawa ABANG YANG MEMARAHI ADIK TADI TIDAK SANGGUP MEMBIARKAN ADIKNYA SENDIRI TERBAKAR DALAM JAHANNAM.

Umno ibarat saudara yang buta matanya (oleh penjajah) dan hampir-hampir memegang api dihadapannya.Pas nampak,tetapi caranya kasar,ia menepis sehingga menyakiti Umno.walaupun niat Pas baik,namun Umno semakin benci dengan Pas kerana mengasarinya namun Umno tidak sedar,jika dia tidak ditepis oleh Pas,pasti tangannya terbakar.Dalam hal ini Pas mesti berubah cara atau pendekatan dakwahnya atau dia perlukan pertolongan adik beradik yang lain,yang paling baik setakat ini adalah Jemaah Tabligh bagi melembutkan hati Umno.

Percayalah,si adik perlukan abang yang penyayang dan memberikan nasihat dengan senyuman.

Dan jika ini terjadi,walaupun kita disuapkan dengan racun,kita dapat mengubahnya menjadi madu yang manis,segar lagi menyihatkan.

Wednesday, November 18, 2009

Artikel pilihan - The Resurrection of Bani Jawi.

Assalamualaikum.

Pada hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan dengan artikel-artikel yang saya baca dari sebuah blog iaitu dari http://mistisfiles.blogspot.com . Blog ini sungguh menarik kerana ianya banyak fakta dan kajian yang terperinci tentang dunia, negara dan kehidupan kita. Berikut adalah serba sedikit pengenalan mengenai blog dan penulis blog tersebut.

Mistis Organization adalah sebuah organisasi tidak rasmi yang terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dan informasi. Makmal penyelidikannya terletak di satu kawasan rahsia yang dikenali sebagai Area 13 di bekas sebuah lombong lama di Kampung Baru Sungai Kroh, kira-kira 10 kilometer dari Kampar, Perak. Paranormal, extra-terrestrial, astrofizik-kosmologi, mindcontrol, teori konspirasi dan teologi adalah diantara subjek kajian Mistis Organization.

Saya suka membaca artikel dari blog ini kerana ianya berkait rapat dengan kehidupan kita sekarang. Persoalan kenapa? mengapa? bagaimana? siapa? untuk siapa? akan terungkai serba sedikit dan akan mengubah persepsi kehidupan kita seharian setelah kita membaca dan memahami artikel ini. Untuk sidang pembaca, bacalah artikel ini sehingga habis dan fahaminya dahulu sebelum anda semua membuat andaian. Selamat membaca.


Bangsa yang tidak punya sejarah masa lalu adalah bangsa yang tidak punya cerita masa hadapan.Sejarah boleh digelapkan,sejarah boleh diputar belitkan,dipadam dan ditulis semula,kerana 'orang yang menang akan menulis sejarah untuk yang kalah'.
Walaupun dahulunya sesuatu bangsa itu memiliki sejarah agung dan peradaban,namun tidak mustahil suatu hari nanti segala keagungannya akan lenyap tidak berbekas akibat kelemahan sendiri,berpecahbelah dan dengki-mendengki.Ketika peradaban sesuatu bangsa itu runtuh,tidak mustahil ada orang lain yang akan mencuri peradaban bangsa yang diruntuhkan itu sama ada kota,istana,tanah dan empayar mahupun budaya,kesenian dan pemikiran.
Orang yang kurang cerdik tidak mahu mengambil pelajaran dari sejarah yang lalu...
Orang yang bijak akan memerhatikan pola-pola dan perjalanan sejarah...

....


....


...


..


..



Dari manuskrip-manuskrip yang bertebaran di seluruh Eropah;dari Russia hingga ke bilik rahsia Queen di Istana Buckingham,England...
Dari catatan-catatan conquistador,askar dan para pengembara...
Dari perpustakaan-perpustakaan yang musnah seperti arkib Sultan Melaka,perpustakaan Raja Lombok Cakranegara dan perpustakaan diraja Ayutthia...
Dari ukiran-ukiran di kuil Hatshepsut dan Angkor
petunjuk-petunjuk tersembunyi di nisan-nisan tua di celah-celah belukar sepi
dan puing-puing yang tenggelam di dasar Lautan Pasifik...



Kami bawakan kepada anda...




ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU


Volume III





Mukaddimah:
Kata alu-aluan dari Srikandi





Opening Gambit
artikel-artikel pengiring:

*The Tombs of Ayutthayan Kings
*Melayu itu bangsa atau bahasa?
*Senjata-senjata Melayu yang terahsia


Artikel Utama


"THE RESURRECTION"





The Land of The Gods II




-Kehidupan dewa-dewi Hindu di The Fabulous Land of Gold
-Nenek Moyang Para Firaun
-Rahsia dari ukiran kuil Hatshepsut
-Rahsia bumi Bani Jawi









Pentas Sunda dan Lemuria



-Teori Atlantis
-Ke manakah saki baki keturunan Lemuria?
-Aztek,Maya dan Mala








Austronesian dan Polinesia





-Bahasa-bahasa serumpun
-Siapa Orang Asli,Jakun dan Temiar?
-Kota purba Khmer di dasar Tasik Chini
-Dialek-dialek Melayu







Bani Jawi dan Rahsia Akhir Zaman





-Siapakah Bani Jawi?
-Bani Israel,Bani Ishak,Bani Ismail dan Bani Jawi
-Lemani dan Lehi
-Bangsa Misteri







The Land of Promise




-XXXXXXX
-XXXXX
-XXXXXX
-Items Locked






Illuminati dan XXXX XXXX



-Pemburuan Imam Mahadi
-XXXXX XXXX XXXXX
-Wasiat Nabi






Petunjuk-petunjuk semakin muncul di sana-sini.Peti-peti tersembunyi di dalam Gua Rahsia akan dibuka satu persatu.Orang yang memahami akan dapat melihat rahsia.Orang yang buta hanya melihat sengsara.Ditipu dan diperdaya dan rendah jatidirinya.
Biar buta mata tetapi jangan buta hati,kerana hati masih dapat menghidu keharuman wangi-wangian bangsa misteri.Wangian yang hilang di Timur Jauh.




“A culture is made...or destroyed...by its articulate voices.”


(Ayn Rand,Russian born American Writer and Novelist, 1905-1982)




Ingat!!Apa yang dipaparkan di sini bukanlah bertujuan untuk memaksa anda percaya 100% terhadap apa yang ditulis, tetapi lebih kepada mengajak anda berfikir dengan mendalam. Semua misteri yang terjadi ibarat satu 'jigsaw puzzle' yang berselerakan. Apa yang dilakukan kami ialah memberikan anda kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' ini. Kami sekadar ingin anda bersama-sama kami mencantumkan kepingan-kepingan 'jigsaw puzzle' tersebut. Mana yang salah akan dibuang dan mana yang betul sahaja akan memberikan satu gambaran kepada semua atau sebahagian persoalan.

Berfikir dengan kritis dan logik,tidak sama dengan menyelami rahsia dengan hati yang jauh dan hening.Logika mampu dicipta tetapi kebenaran tidak mampu direka.Akhirnya segala logika akan runtuh ke ribaan kebenaran.


Selagi kebenaran tidak dapat dibuktikan,MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG TIDAK DIKETAHUI.






Ark of Covenant semakin menebarkan harum-harumannya di Timur Jauh!!