NuffNang

Nuffnang

Translate


Thursday, June 25, 2009

Antara cinta dan dosa.




Assalamualaikum.

Disini saya ingin mengupas serba sedikit permasalah remaja yang bercinta pada zaman sekarang. Perasan tak kawan-kawan sekalian, jika bercinta pasti tidak akan terlepas dari adengan 'ringan-ringan' dan juga perkara maksiat yang lain. Bak kata orang zaman sekarang, kalau tak 'ringan-ringan' masa bercinta tu tidak sah. Mesti kena ada kiss-kiss dan peluk-peluk sikit, betul tak? Sebenarnya apa yang mereka lakukan itu adalah menempah bahaya kepada diri mereka sendiri. Bermula dari berpegang-pegang dan lama-lama berakhirlah di atas katil neraka. Bermula dengan suka-suka, kemudian berakhirlah dengan air mata penyesalan.

Ini semua adalah kejadian biasa yang kita dengari setiap hari dan masa. Rasa nak muntah rasanya bila terlalu ramai orang menceritakan masalahnya pada kita. Tapi bagi saya, semua itu adalah tanggungjawab bagi diri saya untuk membawa mereka kepada kebaikkan. Tapi saya cukup benci jika orang itu menanyakan penyelesaian dan nasihat, tapi kemudian mereka langsung tidak mengikutinya. Akhirnya, mereka mula menjauhkan diri dari saya apa pun saya tidak tahu dan kemudian terjerumus kembali ke lembah hina kerana mengikutkan hawa nafsu yang rendah. Ini dibuktikan dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-A'raaf ayat 176 yang bermaksud :

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.

Kawan-kawan sekalian, jika kita berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu, pasti kita tidak akan terjerumus dalam lembah kehinaan itu. Fikirkan dulu keluarga kita dan juga orang-orang yang kita sayang. Selalunya bila kita bercerita tentang cinta, pasti ramai yang beria-ia hendak berkongsi. Tapi jika kita selitkan sedikit tentang dosa dan hukuman, pasti ramai yang akan mengantuk dan lari dari topik perbincangan. Semua ini merupakan senario biasa yang kita lihat, hatta di dalam keluarga kita sendiri pun senario ini merupakan senario yang biasa.

Tapi tahukah kawan-kawan, bilakah kita mahu berubah apabila sudah terjebak dengan semua ini? Semua yang saya tanya rata-rata mengatakan yang mereka akan berubah bila sampai masanya. Persoalannya ialah, BILA? SEMPAT KE? Jadi, fikir dan letakkanlah diri anda dalam golongan yang mana. Sebab, jika kita sayangkan seseorang, kita tidak akan merosakkan maruah seseorang itu.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.