NuffNang

Nuffnang

Translate

Wednesday, December 3, 2014

Isu Pendatang di Sabah.

Saya dengar KSN mengumumkan pasal RCI skrg. Live. Susah nak tangani isu pendatang kt sabah ni, sebab ramai di antara mereka yang sudah mempunyai anak sebagai pekerja di dalam sektor awam. Ada yg jd Cikgu, imigresen, askar, polis, ptd, jpn, dan banyak lg. Bukan jawatan biasa tau....jawatan pegawai tinggi pun ada. So... mcm mana nak selesaikan isu ni? Nak ke orang-orang ni serah diri dan jd pendatang balik? Pegang balik IC merah, passport negara asal mereka dan dibuang kerja dari sektor awam?  KSN kata,"kerajaan nak pandang ke depan...bla bla bla....", bagi saya ia merupakan satu cara nak elakkan isu ni dibangkitkan. Biasalah....kerajaan.

Tapi dari sudut lain, cuba lihat siapa yg menyalak pasal isu ni dulu? Ketua paderi di sabah dan org2 kristian yg menyalak. Sbb dulu ada gerakan kristiniasasi di sabah yg memurtadkan penduduk kadazan,murut dan hampir keseluruhan etnik lain di sabah dlm usaha utk menjadikan sabah sebuah negeri kristian dan membawa keluar negeri Sabah dari Malaysia. Cara yang macam mana? Aku tak tahu...tetapi yang pasti bukanlah cara yang baik.

Setelah mereka tahu yang penduduk Sabah yang beragama Islam bertamba ramai sehingga melebihi 50%, usaha itu menjadi terbantut. Inilah isu yang sebenarnya....bukan isu pendatang. Isu pendatang merupakan isu disebalik isu yang lebih besar. Iaitu menjadikan Sabah negeri kristian. Macam mana saya tahu? Saya mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai. Korang pun boleh perhatikan sendiri. Yang bising-bising tu siapa. Kalaulah yang memerintah Sabah itu adalah kristian dan yang jadi pendatang itu adalah warga kristian, agak-agak diaorang nak bising tak? Kenapa tak bising isu di Penang tu? Ramai rakyat cina yang masuk ke negara kita tetapi tak keluar-keluar. Mana mereka semua pergi? Cuba cek dengan JPN, statistik pemberian warganegara mengikut Perkara 16 dan 15(1). Mesti korang akan terkejut.

Nah, sekarang aku dah berikan dua pandangan untuk korang sendiri nilaikan. Aku tak boleh nak paksa korang untuk memilih yang baik dan yang buruk dalam hal ni. Fikirlah diluar kotak dan mengikut konteks negara yang mementingkan agama dan bangsa. Hati korang, korang 'bainat' lah sendiri. WASSALAM.

Sunday, July 13, 2014

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenar?

Siapakah Tun Dr Mahathir Mohamad? Yang pasti... Tun bukanlah seperti PAS yang memecat ahlinya yang berjihad dibumi Syria. Jauh sekali jika mahu dibandingkan dengan DS Anwar yang menyokong sepenuhnya Israel.

Tun Dr Mahathir Mohamad....

1.Dialah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3. Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4. Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5. Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6. Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7. Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8. Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9. Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Bila berbicara soal Tun M, sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.

Dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, MANTAN PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

Terima Kasih Tun , keranamu kini kami generasi pewaris menikmati hasilnya.

Wednesday, July 2, 2014

MKPN alat menghancurkan hak istimewa orang melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak? @NajibRazak @my_malaysia

Sumber ini diambil dari mini blog FB Tetap Bersemangat. Adakah PM dan TPM tahu pasal ni dan tidak berbuat apa-apa? Ataupun mereka memang tidak tahu agenda mereka ini?

________________________________________________________________________________

Najib Ambil Perhatian ! Bekas Hakim Negara Dedah MPKN Cuba Hakis Hak Orang Melayu dan Bumiputra.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.
Ikuti luahan Tun Abdul Hamid Mohamad dalam laman blognya seperti dibawah:
Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC).
Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.
Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu.
Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis.
Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?
Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:
1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair.
Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini.
Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.
Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang.
Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang….” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.
Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)
Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen.
Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.
Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.
Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan.
Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.
Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.
Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?
Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.
Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?
Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.
Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.
Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.

Tuesday, July 1, 2014

UMNO NAK BUAT KASINO KE 2?

TAK BENAR! YANG BENAR IALAH PAS-PR NAK KEMBANGKAN INDUSTRI ARAK DI SELANGOR!!

GAMBAR SEBELAH KIRI MEMBAWA MESEJ FITNAH DARI PAKATAN ROSAK (PR)..

MANAKALA GAMBAR KANAN MEMBAWA MESEJ SEBENAR..



========================================================================
Blog GAP (Gerakan Anti-PKR) melaporkan bahawa Pakatan Rosak (PR) sedang sebar fitnah konon kerajaan UMNO/BN meluluskan pembinaan Kasino ke-2 kerana terdesak nak tambahkan pendapatan negara (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2014/06/tekaapa-pembangkang-buat-menjelang-saat.html)..

GAP melaporkan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) sebagai menafikan fitnah ini. Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan TIDAK pernah meluluskan apa-apa juga lesen kasino baru kepada Berjaya Group/Vincent Tan .

Monday, June 30, 2014

Mengapa KDN masih berdiam diri isu SYIAH Mat Sabu?

KDN dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu. Seterusnya....


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kdn-dedah-10-bukti-kaitkan-mat-sabu-dengan-syiah-26874?cp
_________________________________________________________________________________
  

KDN: 20 Pengakuan saksi direkodkan jadi bukti 'gred A' Mat Sabu Syiah.  Seterusnya....

__________________________________________________________________

 Sebenarnya ada banyak lagi artikel berkaitan dengan isu Syiah Mat Sabu ni. Saja malas nak letak banyak-banyak sebab aku percaya korang sendiri boleh google. Aku cuma nak letakkan dua topik ni sebab cerita kat dalam tu nampak berdegar-degar sangat. Sesiapa yang baca mesti nak tahu apa kisah dan tindakan selanjutnya yang akan dibuat. Tetapi bak kata Tun M, melayu mudah lupa. Isu Syiah Mat Sabu ni hanyalah sekadar retorik politik sahaja. Orang pun dah mula lupa dan ada yang tak ingat pasal isu Syiah Mat Sabu ni. Betul tak?

Aku pun sebenarnya tak tahu apa dah jadi dengan isu ni. Apa khabar la plak dengan seorang PSU dari KDN ni, Zamihan Mat Zain. Dah kena tukar ke lepas naik pangkat ni, ataupun masih ada lagi di sana. Biasa la, PTD ni kan selalu kena tukar bila sampai tempoh matang. Kalau tak kena tukar, bagus la....selesaikan la isu yang dibangkitkan ni dulu. Kalau dah kena tukar, apa boleh buat...redha je la....Tapi takkan la takde pegawai lain yang ambil alih kerja dia? Takkan isu ni senyap macam tu je? Nak jadi macam isu Red Bean Army tu ke? Punya la beria-ia bentangkan kat parlimen, masuk surat khabar, canang sana-sini, tapi apa jadi? Dah jadi bisu....apa pun takde.

Mak Bapak aku pernah berpesan...kalau nak buat kerja tu, biarlah sampai selesai. Jangan separuh jalan, nanti jadi kawan syaitan. So, aku nak pesan kat KDN ni, jangan la buat kerja separuh jalan. Buat la sampai habis, kalau tak nanti jadi la korang geng syaitan....syaitan mana? Korang fikirlah sendiri. Sebab isu syiah ni jangan buat main-main. Lihatlah sendiri, dah berapa negara dah mereka hancurkan? Sampaikan ada dikalangan kita sendiri pun tertipu dengan mainan mereka di Iraq dan syria. Dah la orang kita ni fikirannya rata-ratanya jumud. Bila dah kena brain wash tu, susah la nanti nak disedarkan.

Kalau nak tangkap tu, tangkap terus, jangan tangguh-tangguh. Sebab pengikut syiah ni makin lama makin ramai. Mereka ni bila berkuasa, habis semua golongan sunni dibunuhnya. Mereka ni dah ramai sangat di negara kita. Dulu KDN kata isu ni serius sangat dan bila kita baca suratkhabar pun rasa macam nak kiamat dah kita ni. Tetapi sekarang ni takder dengar berita apa pun....satu tangkap pun takder. Pada hal dah banyak persatuan syiah, video dan gambar dah tersebar di internet. Orang-orang kat KDN ni tak tahu nak tengok internet ke? tak tahu nak cari maklumat? Ataupun bukti yang ada tu tak boleh digunakan kat mahkamah? Ataupun peguam negara tak ambil hirau pasal isu syiah ni? Pada aku la, kalau ada satu masalah, dan bila kita cuba selesaikan tetapi tak selesai juga kerana sangkut di peringkat atasan, maknanya orang atasan juga ada yang terlibat. Itu pada aku la...tapi aku malas la nak tuduh-tuduh pada bulan puasa ni.

Bagi aku, kalau betul benda tu ada, tangkaplah...kalau takder dan tak betul, buatlah permohonan maaf. Sebab korang sebenarnya bukan saja dah malukan kerajaan, tapi korang dah tunjukkan yang KDN tu takder taring. Korang hanya berani dengan ikan bilis jer. Tapi isu syiah ni adalah isu besar, aku taknak nanti suatu hari nanti bila polis nak tangkap golongan syiah ni, polis pun tak berfungsi. Sebab apa? Sebabnya dalam polis pun dah penuh dengan syiah. Bila nak panggil askar, askar pun tak berfungsi. Sebabnya dalam askar pun dah penuh syiah. Nak mengadu kat menteri-menteri pun tak boleh sebab menteri-menteri pun dah jadi syiah. Lepas tu jadilah negara kita ini seperti Iran....jadilah Malaysia ini negara syiah.

Mungkin apa yang aku cakap ni macam mengarut, tak masuk akal, cerita dongeng. Tapi korang jangan lupa, di Iran, Syiria, Iraq, apa yang terjadi bermula hanya dengan gerakan syiah yang kecil dan menyusup masuk ke dalam sistem negara. Apabila sudah ramai dan kuat, masa itulah mereka keluar dan menjajah negara dengan begitu mudah sekali. Apa yang bakal terjadi nanti sebenarnya sudah pun terjadi dahulu. Bagaimana Kota Melaka di tawan dan bagaimana Empayar Troy hancur disebabkan kerana penyusupan secara senyap dan teratur.

Ini adalah realiti, kita sebenarnya sudah boleh berfikir sendiri. Negara kita ini lemah didalam soal keselamatan dan lambat mengambil tindakan. Pada kita, Malaysia adalah negara paling selamat dan mana mungkin akan menjadi seperti negara-negara luar tersebut. Sikap sambil lewa dan ambil mudah akan menyebabkan kita semua terjerumus ke dalam bahaya. Dah banyak sangat kejadian buruk yang terjadi dinegara kita. Macam biasalah, dah jadi baru nak tahu...kalau tak, tak tahu pun.

Pesan saya pada KDN, buatlah kerja sampai habis. Jangan berhenti separuh jalan. Kalau pegawai tu kena tukar, panggil balik dan suruh dia selesaikan. Jaga airmuka anda sebagai kementerian yang meneraju keselamatan negara. Janganlah nanti di panggil sebagai kementerian pondan. Cakap berdegar-degar, tapi apa pun takde. Jangan sampai rakyat hilang hormat dan kepercayaan kepada kementerian yang menjaga keselamatan ini.

Sunday, June 22, 2014

Jatuhkan kerajaan BN!! Pedulikan semuanya!!

Bila orang membaca topik post aku kali ni mesti orang akan ingat aku cuba menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan kan? Nanti dulu....sabar....baca dulu sampai habis. Jangan cepat sangat nak menghukum. Nanti aku panggil korang bodoh, sampai ke anak cucu korang kena sumpah jadi bodoh dengan aku pula kang. Marah pulak korang dengan aku ni nanti.

Topik ni aku pilih sebab ini adalah kata-kata dari penyokong tegar PR yang aku jumpa dan berdialog pada 2 minggu yang  lepas. Susah juga nak jumpa orang PR yang baik dengan kita dan berani nak jumpa kita untuk berdialog, lebih-lebih lagi orang dari parti PAS. Aku taknak la cakap orang yang aku jumpa ni dari parti mana, sebab dia cakap ni bagi pihak diri sendiri dan bukannya untuk parti.

Sebenarnya bukan dia seorang sahaja yang aku tanya dan perhatikan tapi ramai lagi. Yang membezakan antara mereka ni adalah, mamat ni je yang aku jumpa face-to-face, yang lain semua penakut. Dah depan mata pun masih diam membisu. Bila aku mulakan, dikatanya aku ni yang taksub. Cek balik apa maksud taksub ko tu. Dalam blog aku ni, aku tak pilih bulu kalau aku nak maki. Siapa yang salah, aku tetap akan sembur tak kiralah dia tu dari BN or PR. Tak puas hati? Mari jumpa.

Ok, cukup pasal mereka yang penakut tu. Kita teruskan dengan mamat yang berani dan ada telor ni. Dia ni sebenarnya kawan lama aku. Aku saja la ajak minum dan terangkan sebab mengapa aku ajak dia jumpa. Pada mulanya dia tak setuju sebab dia kata tok guru dia larang berjumpa dengan orang 'luar' untuk tujuan berdialog. Tapi selepas aku pujuk dan atas dasar kawan lama, dia pun setujulah nak jumpa. Masa berjumpa tu, aku tanyakan dia, kenapa tok guru dia larang untuk dia jumpa orang luar untuk tujuan berdebat. Dia kata, kononnya orang luar ni tak faham mereka. Kalau tak faham, silalah fahamkan kami, betul tak?

Persoalan yang bermain didalam benak aku sekarang ialah, mengapa bersungguh-sungguh benar PR ni nak jatuhkan BN? Sampai yang dulu halal untuk BN, sekarang dah jadi halal untuk mereka. Pemimpin PAS pun dah macam ulama buta dan pekak sebab membiarkan Institusi agama Islam di Selangor berjuang sendirian menegakkan Islam. Hal si dyana tolak hudud pun di tolak ketepi, dia tak pakai tudung pun jadi halal, nak buat hudud kat kelantan pun di tangguhkan. Kalau PKR tu jangan sebutlah, liberal sangat sampai dah tak tahu mana satu mereka ni. Apa citer ni?

Nak tahu apa jawapan dia? Mamat ni kata, tak kiralah apa saja keburukan yang ditaburkan dan ditelanjangkan pada mereka, mereka telah di ajar supaya tidak mempercayai apa saja yang telah di beritakan kepada mereka. Meskipun berita itu benar sekalipun, mereka tidak peduli asalkan BN jatuh dan dikuburkan sekaligus. Mereka akan buat apa saja asalkan dapat jatuhkan BN, walaupun benda tu berdosa dan haram. Persoalan halal dan haram itu akan diselesaikan selepas mereka memerintah nanti. Mereka ada PAS yang akan menguatkuasakan undang-undang Islam. Mereka ada PKR dan DAP untuk menjaga yang bukan Islam pada ketika itu nanti.

Mereka sudah tidak kisah walaupun pemimpin mereka seorang penjenayah, peliwat, perampas isteri orang, penzina, liberal, syiah, wahabi dan apa saja sekali pun, asalkan dapat jatuhkan BN. Nampak tak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Begitu berazam sekali mereka untuk menjatuhkan BN. Begitu bersungguh-sungguh sekali mereka hendak menjatuhkan BN sehingga mengetepikan apa yang halal dan haram.

Bila saya tanya lagi mengapa, mamat tu kata, lihatlah kat dalam sektor awam...kakitangan kerajaanlah yang paling ramai yang jadi pembangkang. Sebab apa? Sebab mereka inilah yang tahu apa yang terjadi di dalam kerajaan. Kawan-kawan ambil rasuah, bos ambil rasuah, salah guna kuasa, duit berjuta-juta hilang tapi senyap macam tu je, pemberian tender yang tidak telus, pelaksanaan dasar yang tidak diberi penerangan secukupnya dan macam-macam lagi. Ini memang aku akuilah, sebab dulu masa aku ada ramai kawan-kawan yang buat business melibatkan kerajaan. Mereka kata, kalau tak bagi, tak dapatlah projek, tak luluslah permit, tak lepaslah tender, dan macam-macam lagi penyelewengan.

Bila mamat ni dah puas bercakap, aku dah mendengar, aku pula suruh dia dengar dan biar aku yang bercakap. Bila aku suruh dia lihat negara jiran kita dan lihat sejarah mereka, mamat ni kata tidak ada kena mengena dengan negara tersebut. Bila aku suruh lihat orang melayu kat negara jiran kita, dia kata macam tu juga. Bagi aku dia  ni taknak berpandangan jauh sikit, dia taknak belajar dari pengajaran orang yang dah lepas. Bila aku cakap macam tu, apasalahnya kalau cina jadi PM pun? Kenapa takut pada perubahan? Apa punya soalan la mamat ni. Sama jugaklah ada sorang minah ni cakap macam tu kat aku. Maybe dia dah termakan budi kut sebab kerja kat syarikat cina. Cina tidak akan jaga kau kalau kau takder kepentingan untuk dia. Cina akan menjaga seorang melayu yang akan menjadi pelindung mereka daripada beribu orang melayu lain. Mereka juga tahu yang orang melayu ni senang terhutang budi. Belanja makan, kasi wang, jaga famili, semua setel...lu jadi lembu gua. Itu adalah cara orang cina menambat hidung orang melayu.

Aku bukan takutkan perubahan, tapi kalau perubahan menjadi seperti negara jiran kita, aku tak mahu. Kalau sebab nak hancurkan BN kerana semata-mata nak harga barang semua murah, aku tak setuju. Sebab impaknya besar sangat dan terlalu berat untuk ditanggung kemudian hari nanti. Aku paling heran sebab kenapa orang yang gaji besar, tapi sentiasa tak cukup. Nasihat saya, cek balik korang punya solat dan amalan. Ada la tu yang korang buat tak betul sampai rezeki korang tu tak cukup. Mungkin korang ni munafik sebab konon perjuangkan keadilan dan ketelusan, tapi korang sebenarnya tak buat pun benda tu. Sebab tu Allah balas dengan menarik balik rezeki korang. Member aku yang kerja pembantu am pejabat dan isteri dia pun sama juga pembantu am, cukup je gaji dia sekeluarga dengan anak 3 orang. Member aku sorang lagi, kerja 7 eleven dan isteri tak bekerja menjaga anak seorang, cukup je gaji dia. Cek balik amalan korang, mesti ada salah kat mana-mana ni.

Memang aku akui, pemimpin kita ni ada yang tak berapa betul. Ada yang suka ambil duit, ada yang gunakan orang untuk fund kempen politik dia. Ada yang makan komisen juta-juta. Aku tahu.....dan aku rasa ramai pegawai kerajaan juga tahu. Kalau bos boleh buat macam tu, apatah lagi anak buah dia sendiri, kan? Tapi di sebelah PR, semuanya telus ke? Sampai ada yang dibunuh sebab semata-mata hendak menyembunyikan kes penyelewengan mereka. Itu telus ke tu? Statistik SPRM mengatakan, peratusan antara BN dan PR yang ditangkap atau disiasat kerana mengambil rasuah adalah sama!! Maknanya, baik BN mahupun PR, kedua-duanya sama je teruk.

Sekarang aku biarkan persoalan ini untuk korang fikirkan sendiri. Tahukah anda semua mengenai sejarah negara Singapura? Macam mana pemimpin melayu dijanjikan kuasa untuk satu tempoh dan kemudian di ambil-alih oleh orang cina dan mereka masih berkuasa sehingga sekarang, tahu tak? Macam mana perdana menteri melayu atau boneka melayu yang terakhir hidup dalam buangan? Sultan melayu di singapura hidup dalam buangan? Jenazah orang Islam tidak boleh ditanam kerana pembaziran tanah dan hendaklah dibakar, tahu tak? Adakah kamu semua mahukan Malaysia menjadi seperti singapura? Mahukah kamu berkongsi hak kamu sebagai tuan rumah dengan golongan pendatang ni? Tidak dinafikan tanah ini adalah milik Alllah, tapi adakah Allah berikan tanah ini untuk orang bukan Islam? Siapakah Allah mahukan sebagai Khalifah? Adakah orang Islam atau orang cina?

Tukar pemimpin, bukan tukar parti. Itulah saranan saya yang terbaik setakat ini. Buang pemimpin yang kotor, laporkan pada SPRM jika takut laporkan kepada pihak berkuasa lain segala penyelewengan mereka. Pemimpin yang harus di ubah, kerana mereka inilah yang membawa parasit jahat kedalam parti. Bantu mereka yang cintakan agama dan negara untuk naik memimpin dan bukan bantu mereka yang berikan kamu duit untuk diam. Tukarkan pemimpin dan bukan tukar parti!

Monday, May 26, 2014

Apa ada pada Agama dan Bangsa? Agama dan Bangsa adalah milik Allah SWT!!

Ada orang kata, apa ada pada Agama dan Bangsa. Bila kita cuba nak pertahankan Agama kita, kita pula yang dikatakan rasis. Pada aku, kedua-duanya penting dan kedua-duanya perlu dipertahankan. Agama adalah no.1 dan kita perlu pertahankan walau mati sekalipun! Bangsa pula kita perlu pertahankan kerana ianya adalah melambangkan identiti dan hak kita sebagai tuan tanah di negara ini. Ada orang kata, tanah ini milik Allah. Ya! Tidak dinafikan lagi, tetapi tanah ini diamanahkan kepada kita untuk menjaga dan menyuburkan lagi mengikut kehendak Allah. Lagipun bangsa adalah kejadian dari Allah SWT kerana Allah SWT yang menjadikan kita berbangsa-bangsa dan bersuku-suku. Siapa berani menyangkal firman dari Allah SWT?

Kedua-dua ini penting bukan untuk kita sahaja, tetapi penting untuk anak cucu kita nanti. Kalau aku nak pentingkan diri, peduli apa aku dengan semua ni. Nanti aku mati nanti, korang nak berperang pun berperanglah. Baik aku tumpukan pada tiket aku untuk akhirat tu nanti. Kalau aku buat macam tu, tidakkan ini sudah melanggar firman Allah SWT? Allah suruh kita berjuang mempertahankan Islam, Allah suruh kita berlaku adil, Allah suruh kita menjaga maruah diri kita. Tapi apa yang kita buat? Memang ada yang kata mereka juga berjuang mempertahankan Islam, walaupun dengan acuan dan cara mereka sendiri. Tetapi apabila ianya bertentangan dengan ideologi politik masing-masing, semuanya berpecah.

Ada orang kata, politik dan Islam tidak boleh dipisahkan kerana ianya melibatkan sebahagian dari hidup kita. Tapi korang tahu ke politik yang macam mana? Ramai pejuang-pejuang Islam yang merasakan diri mereka berada di landasan benar apabila berpolitik cara Islam. Politik Islam yang dilaungkan sebenarnya tidak ada dalam cara perlaksanaan pergerakan parti mereka. Kedua-dua parti ini mengaku memperjuangkan Islam, tetapi mari kita lihat apa yang kedua-dua parti ini buat. Menyuburkan program agama, berceramah, mendekati rakyat melalui program agama, menderma, membantu yang memerlukan dan lain-lain lagi. Banyakkan? Cuma parti yang sebelah sini je tak mampu nak bina masjid dan mengharapkan parti yang sebelah sana untuk membina masjid dan digunakan oleh parti yang sebelah sini, yang lain semuanya sama saja. Tapi kenapa tidak boleh bersatu? Sedangkan Islam adalah agama Allah dan Bangsa adalah ciptaan Allah. Apa yang bezanya kedua-dua parti ni? Adakah kerana kuasa? Nak sangat berkuasa? Berkuasa untuk Islam atau berkuasa dengan mempergunakan Islam? Kalau gunakan dengan baik, tidak mengapa. Tapi kalau benda yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal itu macam mana plak tu?

Jadi, aku sarankan kedua-dua parti ni untuk mengkaji semula politik Islam yang macam mana korang bawakan ni. Mungkin post aku ni tidaklah seberapa dan tidak mungkin menjadi viral. Biasalah, blogger sendirian berhad ni mana la orang nak pandang. Lain la kalau blog aku ni hit sehari dekat 10ribu, agak-agak korang la, aku dah kat mana sekarang ni? Mungkin dalam jel atau mungkin aku jadi popular. Aku berani nak katakan yang kedua-dua parti ni adalah parti yang tidak berlandaskan kehendak Allah. Rasulullah SAW tidak memerintah menggunakan kedua-dua cara parti ini. Bagi aku, satu parti adalah bontot kuali dan satu lagi adalah bontot periuk. Sana kata sini bodoh, sini kata sana bodoh, hakikatnya kedua-duanya adalah bodoh.

Bukaklah mata bukaklah hati, tanya diri sendiri, inikah yang diperintahkan oleh Allah SWT dan yang dibawa oleh Rasulullah SAW? Tengok betul-betul....perhatikan betul-betul. Tak semua apa yang ulama bawa itu adalah benar dan tidak semua ulama itu benar! Yang benar hanyalah Al-Quran! Yang salah tetap salah, yang haram tetap haram dan tidak ada jalan belakang yang menghalalkan semua itu. Yes, belajar agama perlukan guru. Cari guru yang tidak mempunyai kepentingan politik. Cari guru yang mengajar terus menggunakan Al-Quran dan Hadis dan bukannya jenis memaki hamun dan sibuk menyumpah orang. Kalau dia menyumpah, jangan salahkan orang lain kalau orang lain pun turut menyumpah.

Sebenarnya kalau aku ini ustaz, dah lama aku ni dihentam kerana tidak menyokong salah satu dari kedua-dua parti tersebut. Ada sorang ustaz tu pun dah kena hentan kerana dia dari parti lain tetapi menyokong parti lain. Tapi saya suka dia kerana prinsip dia jelas. Iaitu yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kepada calon pilihanraya dan orang yang kata Agama dan Bangsa itu tidak penting, aku maafkan kepada yang bukan Islam, tetapi yang Islam, anda silap dan anda kena audit balik apa yang anda belajar. Bukan nak kata saya hebat? TIDAK! Cuma aku dah nampak dan aku dah sedar apa yang terjadi dan aku tidak mahu menjadi orang bodoh lagi. ANDA MAHU JADI BODOH??

*p/s: Kedua-dua parti, calon pilihanraya dan juga negara yang dimaksudkan bukanlah di negara Malaysia. Tetapi di negara luar iaitu Afrika Selatan. Tidak ada kena mengena dengan negara Malaysia. Harap Maklum.

Tuesday, April 15, 2014

Orang kita - Siri 2.0.

Orang kita ni tak boleh nak susah sikit. Bila susah sikit je mulalah nak cari salah seseorang. Bila dah dapat salahkan seseorang, dia serang habis-habisan. Padahal diri sendiri yang malas kerja dan berusaha. Semuanya nak harapkan subsidi dan benda free. Kalau boleh mereka nak kerajaan kasi duit poket setiap hari pada mereka atas alasan duit tu duit rakyat. Macam la duit tu tak digunakan untuk pembangunan negara kita. Negara kita membangun, ramai orang datang melabur, kita juga yang senang. Punya la cetek pemikiran orang kita ni...Hishhh...itulah orang kita.

Orang kita ni tak boleh berfikir jauh sikit. Kononnya taknak bersusah-payah memikirkan hal yang tidak penting. Mungkin juga orang kita ni taknak otak tu letih sebab berfikir atau mungkin sebab itu sahaja tahap kemampuan dia. Orang kita ni lebih suka orang lain yang fikirkan untuk mereka. Kerja orang kita ni pula, percaya bulat-bulat, walaupun benda tu salah. Sebab tu orang kita ni senang nak kena tipu. Dah banyak buat iklan amaran pun masih lagi ada yang teperdaya. Contohnya seperti sindiket gores dan menang dan juga panggilan telefon palsu. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka ikut-ikut orang. Apa yang orang buat, kita pun nak buat. Apa yang orang lain ada, kita pun nak ada. Kadang-kala kita lupa yang kita tidak mampu, tapi sanggup menyiksa diri untuk memenuhi kehendak nafsu. Bila kita tak dapat, mulalah nak buat kerja bodoh dengan merompak dan mencuri. Kalau tak buat kerja terkutuk tu pun, mulalah nak dengki kat orang lain. Tak cukup dengan makian, ditambah lagi dengan fitnah kononnya orang tu ambil rasuah dan lain-lain. Ermm....orang kita.

Orang kita ni tak suka kalah. Bagus kalau ada sikap macam tu. Tapi yang tak bagusnya, orang kita ni tak suka kalah dalam bercakap. Asal nak berdebat atau berkata-kata, mesti nak menang. Kadang-kala apabila diberi penerangan pun dia taknak terima sebab dia rasa dia betul. Bila dah jadi macam tu, mulalah tanya soalan yang bodoh. Kemudian, dia perbodohkan pula orang lain dengan pemahaman dia tu sebab orang kita ni macam yang saya cakap kat perenggan atas tadi, orang kita ni malas nak berfikir. Dah la malas nak berfikir, ditambah lagi dengan bodoh sombong dan suka menegak benang yang basah. Itulah orang kita.

Orang kita.

Monday, April 7, 2014

Orang kita.

Orang kita....orang kita ni ada bermacam-macam ragam dan fiil. Orang kita juga mempunyai ego yang sangat tinggi (kalah menara dubai) dan suka menegakkan benang yang basah. Sebagai contoh, ada situasi ketika memandu. Sesetengah orang berpendapat bahawa apabila mereka sudah memberikan signal, itu bermakna mereka sudah boleh masuk ke laluan kita. Bila dah bergesel, kita yang duduk di laluan asal ini pula di salahkan. Siapa yang kata lepas bagi signal, dah boleh tukar laluan? Kalau tak percaya, cuba la buat. Kita tengok siapa yang kena saman. Sebenarnya kalau nak tukar laluan, wajib memastikan yang ianya selamat dan kenderaan di belakang di jarak yang selamat.

Orang kita ni kurang sabar. Lebih-lebih lagi bila masuk bab politik dan ketika memandu. Bila dalam bab politik, asalkan diprovok sedikit, dah melenting. Memuja membabi-buta, tidak kira haram dan salah, semuanya jadi halal dan benar. Bila memandu pula, tak boleh nak ikut barisan....mesti nak potong line. Kurang ajar tau namanya. Bila kita potong barisan orang lain, kita tak rasa apa yang orang lain rasa. Bila barisan kita pula yang kena potong, tahu pula nak meroyan. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka mengadu domba. Bila ada benda yang tidak kena pada mereka, mulalah nak mengadu sana dan sini. Sebagai contoh dalam hal menuntut BR1M. Belum tentu lagi semua yang mohon itu akan mendapat kelulusan. Bila ditolak, mulalah nak meroyan. Pada hal diri sendiri tu tak layak. Malu tak? Begitulah hal dalam permohonan warganegara. Kawan saya di sebuah jabatan kerajaan ni selalu mengeluh kerana dimarahi oleh orang awam yang telah ditolak permohonan mereka. Katanya, susah nak fahamkan orang yang tak faham undang-undang negara kita ni. Lepas tu mulalah nak mengadu dekat pak-pak menteri untuk mintak sokongan. Pak-pak menteri ni pulak suka tenyeh bukan-bukan kat kertas untuk berikan kelulusan. Biasalah, nak popular dan menaikkan rating politik masing-masing. Nasiblah ada pegawai-pegawai kerajaan yang memberi nasihat yang betul kat pak-pak menteri kita. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka percaya bulat-bulat apa yang mereka baca kat media lebih-lebih lagi media alternatif. Kalau dalam tu ada tulis kerajaan naikkan harga minyak RM10 seliter pun mereka akan percaya. Lepas tu nak meroyan tak tentu pasal. Bila dah keluar berita sebenar, tak pula nak minta maaf apatah lagi merasa malu. Lepas tu mulalah cari benda lain untuk salahkan kerajaan. Kalau media utama negara kata kerajaan nak turunkan minyak kepada RM0.20 seliter, susah plak nak percaya walaupun mungkin pada masa tu berita tu benar. Pelik kan? Busuk betul hati orang macam ni. Kadang-kadang hal serius macam insiden Lahad Datu dan MH370 pun nak di permain-mainkan. Apa punya orang la macam ni. Kan kurang ajar namanya tu. Itulah orang kita.

Orang kita ni bila dah benci kat suatu benda atau orang tu, bencinya sampai mati. Masya'allah....sampai macam tu sekali dia benci. Walaupun orang tu ada bawak kebaikkan pada kita, pun kita benci dan bersangka buruk. Pendek kata, tiada yang baik pada orang itu bila dah benci. Kata orang 9 kebaikkan dapat di hilangkan oleh 1 keburukkan. Lepas tu pergi menjaja cerita merata-rata. Semuanya jadi bahan jenaka. Perkara ini berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira usia. Yang tua mengajar yang muda dan yang muda menyebarkan pada rakan-rakan taulan. Akhirnya, jadilah bangsa kita ini bangsa lawak jenaka dan tidak mempunyai rasa hormat pada orang lain lagi. Itulah orang kita.

Orang kita ni cepat bersangka buruk dan bersifat menghukum. Sebagai contoh, bila ada musibah menimpa seorang penunggang motor, dengan cepat dan tanpa berlengah-lengah mereka terus melebel penunggang motor itu sebagai mat rempit yang sedang berlumba. Hebatkan orang kita? Dalam menjadi orang biasa, terus berubah menjadi hakim dalam sekelip mata. Paling best sekali ialah apabila orang tu tiba-tiba sahaja menjadi pakar dalam undang-undang walaupun belajar bidang lain. Hebat kan? Itulah orang kita.

Cubalah bersangka baik, cubalah berbuat baik, cubalah menerima kebaikkan orang, cubalah bersabar, cubalah mengikut peraturan, cubalah selidik dulu apa-apa berita yang datang, cubalah mencari penjelasan terlebih dahulu. Walaupun orang itu pada mulanya nakal sedikit, tapi cubalah bersangka baik terlebih dahulu. Walaupun berita itu tidak sahih, cubalah selidik terlebih dahulu, dapatkanlah penjelasan terlebih dahulu dari orang yang lebih layak. Setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri, tapi cubalah menghormati pandangan orang jika hendak orang menghormati pandangan kita. Janganlah memalukan diri sendiri dan bangsa lain, kan bagus kalau macam tu? Itulah orang kita....

Friday, February 7, 2014

Homestay Batu 9, Kota Sarang Semut, Kedah.

Homestay ala kampung yang sungguh nyaman. Belakang rumah ada jalan ke bendang dan ada pondok kecik untuk makan buah dan lepak-lepak. Harga untuk satu malam Rm150 sahaja. Berminat? Hubungi 019-5009402 untuk keterangan lanjut.

Sunday, February 2, 2014

Demonstrasi Haram di Pekan Rabu, Alor Star, Kedah.

Bila sebut guling-guling kita akan ingat PAS. Sebab merekalah raja guling. Bila sebut baring-baring, kita akan ingat PAS juga sebab mereka ni raja baring. Jadi tak heranlah bila kita sebut pasal demonstrasi, PAS juga yang akan dikaitkan.

Macam dah takde kerja lain la derang ni. Berdemo siang malam ni apa korang dapat? Dapat maki je ada la. Bukan dapat duit pun. Yang dapat duit tu orang yang menganjurkan tu je, yang menyemak kat situ dapat habuk. Lepas tu menyusahkan orang pula. Dah dapat dosa lagi. Yang pasal dosa ni aku serahkan pada ulama la, sebab depa lagi pandai nak huraikan.

Demo kali ni dihadiri lebih dari seluruh penduduk kedah yang bertempat di Pekan Rabu, Alor star. Ramainya pendemo ni sehingga kerajaan kedah terpaksa mengerah FRU, PDRM dan juga meminta bantuan ATM untuk mengawal mereka-mereka ni. Ramai kan? Tipu je...takde sambutan pun. Jangan marah yer. Pada pengganut PAS tu, jangan excited sangat yer. Sebab tak dapat sambutan apa pun. Para peniaga kat sana lebih tumpukan kepada usaha mencari rezeki yang halal.

Mengikut kata salah seorang dari peniaga di pasar tersebut, lebih elok mereka berniaga untuk mencari rezeki lebih dari membuang masa membuat kerja tak berfaedah yang dibenci Allah.

Ok lah, setakat ini sahaja laporan dari kedah. Biarlah gambar yang berbicara. ASSALAMUALAIKUM.

Thursday, January 9, 2014

Kelibat artis terkenal di KDN, ada apa-apa ke?

Sebenarnya memang ramai artis-artis yang datang ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) tu. Ini disebabkan kerana di KDN lah terletaknya Lembaga Penapis Filem. Artis-artis di dalam negara dan luar negara yang berlakon di negara kita memang akan datang ke KDN jika mereka diperlukan.

Tetapi bila ada artis yang selalu sangat datang ke KDN dan naik ke pejabat menteri, itu apa maksudnya tu? Aku tidak la nak buat cerita, nanti jadi fitnah plak kan kalau tak betul. Tapi bila aku cuba selidik pelan-pelan, baru la aku dapat tahu yang artis tu sebenarnya adalah dari negara jiran. Apa pula urusan artis dari negara jiran ni buat kat KDN? Jeng...jeng...jeng.....rupa-rupanya dia nak mohon untuk jadi warganegara kita. 

Tapi kita bersangka baiklah yer....mungkin dia sukakan negara kita yang aman damai ni. Yer la, mungkin di negara dia tu agak sukar untuk mencari rezeki. Lagipun dia ni bukan calang-calang orangnya, artis terkenal beb. Semua filem lakonan yang melibatkan dia memang meletopp!! KL Gangster 1 dan 2, kedua-duanya box-office.

Yang membuatkan aku tertanya-tanya plak sekarang ni, dia ni cukup ke syarat nak jadi warganegara Malaysia? Bila aku tanya kawan aku yang di negara artis tersebut, dia ni baru je dapat MyPR pada tahun lepas (2013), tapi nak terus jadi warganegara. Setahu aku, seseorang warga asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mestilah menetap di negara kita selama 12 tahun minimum. Tapi macam mana dia nak terus jadi warganegara pula ni? Ada jalan pintas ke? Dia ni mengikut kata kawan aku, baru 6 bulan dapat permit masuk. Apa dah jadi ni?

Nasihat saya la pada artis tu, ikut la undang-undang yang ada di negara kita ni. Jangan la nak main jalan pintas pula. KDN pula jangan la ikut sangat desakan dari artis ni. Nak dijadikan cerita pula, dia ni plak memang kaki mengadu. Sampai ramai plak kawan-kawan dia yang mengaku yang dia ni memang suka mengadu-domba. Aduhh....macam budak-budak plak perangai dia ni.

Macam ni la, kalau aku jadi Menteri Dalam Negeri tu, aku takkan kompromi la dengan orang macam ni. Aku tak kira la dia ni siapa, tapi undang-undang kena ikut la. Kalau undang-undang dan peraturan yang ada manusia buat ni tidak kita patuhi, siapa lagi yang nak patuh? Undang-undang dan peraturan-peraturan ni dibuat oleh manusia untuk manusia. Kalau tak manusia yang ikut, siapa yang nak ikut? Takkan binatang plak kan? Jangan la jadi macam ada sesetangah puak yang memang suka langgar undang-undang negara kita. Kita ni bukan binatang. Dah la kau ni dari negara jiran, ntah-ntah perisik yang menyamar menggunakan tiket artis untuk menyusup ke negara kita dan melakukan sabotaj dan espionaj. Kita mana tahu kan?

Ok la, cukup la aku membebel buat masa ni. Bukan apa, aku cuma tak suka pada orang yang kaki mengadu ni. Dah la kes yang menggegarkan negara kita ni yang melibatkan dia tu tak habis lagi. Tak payah la nak kecoh-kecoh sangat brader....buktikan kesetian kau kat negara ni dulu. Jangan tanya apa yang negara ni boleh bagi kau, tapi tanya diri kau apakah yang boleh kau berikan kepada negara kami ni.