NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, July 1, 2014

UMNO NAK BUAT KASINO KE 2?

TAK BENAR! YANG BENAR IALAH PAS-PR NAK KEMBANGKAN INDUSTRI ARAK DI SELANGOR!!

GAMBAR SEBELAH KIRI MEMBAWA MESEJ FITNAH DARI PAKATAN ROSAK (PR)..

MANAKALA GAMBAR KANAN MEMBAWA MESEJ SEBENAR..



========================================================================
Blog GAP (Gerakan Anti-PKR) melaporkan bahawa Pakatan Rosak (PR) sedang sebar fitnah konon kerajaan UMNO/BN meluluskan pembinaan Kasino ke-2 kerana terdesak nak tambahkan pendapatan negara (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2014/06/tekaapa-pembangkang-buat-menjelang-saat.html)..

GAP melaporkan Datuk Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan) sebagai menafikan fitnah ini. Ahmad Maslan berkata Kementerian Kewangan TIDAK pernah meluluskan apa-apa juga lesen kasino baru kepada Berjaya Group/Vincent Tan .

TAPI YANG SAHIH ialah Khalid Samad, Wakil Parlimen PAS Shah Alam, pada 5 Ogos 2010, menawarkan bantuan kepada syarikat ARAK bernama CARSLBERG supaya syarikat itu dapat meneruskan bisnes pengeluaran arak dalam keadaan yang lebih selesa ekonomi.

Antara tawaran bantuan Khalid Samad kepada Carlsberg ialah menyediakan tapak kilang arak yang lebih dekat dengan pelabuhan bagi memudahkan Carlsberg mengimport ramuan arak. Tawaran bantuan kepada Carlsberg dibuat Khalid Samad ketika melawat kilang itu pada 5 Ogos 2010.

Anda boleh baca kisah Khalid Samad dan Carlsberg ini di blognya sendiri, di sini: http://www.khalidsamad.com/2010/08/lawatan-kerja-ke-kilang-carlsberg.html

Atau anda juga boleh baca di Malaysiakini alasan Khalid Samad meneruskan pembukaan kilang Carlsberg di bawah pemerintahan PR (http://www.malaysiakini.com/news/141192).

Kita semua masih ingat slogan PAS pada 2008 bahawa kalau PR perintah Selangor, kilang arak akan ditutup sebelum ayam berkokok!

Di mana ayam itu sekarang? Carlsberg masih wujud di Selangor, lebih gagah dan segar di bawah pemerintahan PR.

UMNO pula tak pernah ada apa2 slogan gila macam PAS itu.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.