NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, September 30, 2013

"Kami bayar cukai, kami yang bayar gaji awak (penjawat awam)!" - Siapa pula bayar gaji pekerja swasta?

Memang sesuatu yang amat melucukan apabila ada seseorang lelaki cina meluahkan ayat tersebut. Terfikir pula saya, apakah maksud di sebalik kata-katanya itu. Adakah ianya membawa maksud, "kita sudah control you, you kena ikut cakap kita", atau "kami boss sekarang, you adalah kuli!". Ada banyak makna yang boleh di tafsirkan dari ayat seorang lelaki cina tersebut. Ianya terpulang kepada individu tersebut. Tetapi jika saya ceritakan senarionya bagaimana ayat tersebut boleh keluar dari mulut lelaki cina tersebut, saya pasti ramai yang akan mentafsirkan ayat tersebut sama seperti bagaimana saya mentafsirkannya. Ianya berkenaan seorang lelaki cina yang mahu mendapatkan perkhidmatan dari kerajaan dan menunggu kelulusan dari kerajaan. Permohonan beliau telah ditolak dan lelaki cina tersebut tidak puas hati dan ingin meminta penjelasan. Tetapi maklumat yang diminta itu adalah maklumat sulit. Secara kebetulan aku ada disitu dan aku perhatikan segalanya yang berlaku.

Saturday, September 28, 2013

Kami adalah tuan rumah. Hormati hak kami.

Pada masa kini, kerap kita dengar percakapan atau kata-kata dari golongan ultra kiasu ini mengatakan orang melayu adalah pendatang. Sama ada di dalam blog, facebook, media cetak perdana dan media cetak alternatif, perkara ini kerap di sentuh dan disebut oleh mereka yang menggelar diri mereka pejuang kebebasan. Pada masa zaman Tun M dahulu, perkara seperti ini tidak berani disebut atau disentuh oleh puak-puak berhaluan kiri ini. Tetapi pada era Tun Abdullah, semua ini berubah serta-merta kerana sikap 'keterbukaan' yang diamalkan oleh beliau.

Pada pendapat saya, golongan ini berkata demikian, kerana mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka ini adalah pendatang yang dibawa oleh British suatu ketika dahulu. Mungkin juga di sekolah-sekolah SRJKC mereka itu tidak mempunyai matapelajaran sejarah yang mengikut sukatan pelajaran yang sepatutnya. Mungkin juga mereka sudah lupa akan asal-usul mereka yang mana mereka ini adalah dari tanah besar China.

Adalah sesuatu yang memalukan jika kita lupa kepada asal-usul negara kita. Jika negara asal kita pun kita boleh nafikan, bagaimana pula dengan kesetiaan dan semangat kenegaraan mereka ni? Bagi saya, sudah pastinya semua ini boleh dipersoalkan. Kenapa saya kata begini ialah, jika kita lihat kepada agama anutan mereka ini, tuhan-tuhan mereka, dewa-dewa mereka, doa yang dibaca oleh mereka, kebanyakkannya adalah mengenai kekayaan, kemakmuran, harta dan duit. Mereka mana peduli pasal negara pun sebenarnya. Jarang sekali saya mendengar orang-orang cina ini mendoakan supaya negara kita yang kaya. Mereka hanya mendoakan supaya diri mereka yang kaya. Oleh yang demikian, boleh la saya simpulkan disini, kata-kata mereka ini boleh dipertikaikan dan boleh di endahkan.

Bukanlah saya nak mempertikaikan usaha bersama mereka untuk menuntut kemerdekaan suatu ketika dulu. Walaupun susaha mereka ini tidak la seberapa pun berbanding dengan usaha orang melayu itu sendiri. Tetapi sekadar untuk menyedarkan mereka yang kami ini adalah tuan tanah. Sejarah tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diubah. Buatlah kenyataan macam mana pun, tetapi jawapan saya adalah, 'talk to the hand'. Kami dah korbankan kedaulatan dan kekayaan negara kami ini untuk dikongsi bersama-sama dengan 'pendatang' ini atas prinsip Jus Soli dan belas kasihan. Not more than that!! Know your place and respect our rights. Kami orang melayu dan bumiputera tidak pernah menuntut lebih dari apa yang telah dimaktubkan di dalam Perlembagaan. Tetapi kenapa mereka-mereka ini suka sangat mencabar kami?

Seseorang pernah berkata kepada saya yang kita amat perlukan Dato' Harun yang kedua, Abdullah Hukum yang kedua. Klau anda semua faham apa yang orang itu maksudkan, tak mustahil kita boleh selamatkan Pulau Pinang. Sebab tu dari dulu lagi saya katakan yang Pulau Pinang masih boleh diselamatkan. Selain dari itu, kita boleh majukan taraf sosiologi dan ekonomi orang melayu Islam jika ini berlaku. Itupun jika anda semua faham la...klau tak faham....saya sarankan supaya kaji kedua-dua tokoh ini.

Apa yang dapat saya simpulkan disini, tidak ada yang mustahil jika orang politik tidak hanya mementingkan undi sahaja. Kita tidak akan mati tanpa undi orang cina! Kita perlu ajar orang cina ini supaya tahu yang walaupun mereka adalah warganegara, tetapi mereka ini masih lagi 'tetamu' di 'rumah' kami ini.

Sektor swasta menyalahkan kerajaan kerana isu gaji? Mengapa?

Memang ramai yang tidak puas hati dengan sektor awam ni. Sejak dari dulu memang ada kedengaran suara-suara sumbang mengenai sektor awam ni. Memang diakui sektor awam ni mempunyai beberapa keistimewaan yang sengaja di perbesarkan untuk menarik minat kerja di sektor awam. Kalau tidak diperbesarkan, mana la orang nak kerja di sektor awam ni. Dah la gaji pun sikit, kenaikkan pangkat pun susah, bonus pun sikit. Itu pun kadang kala je ada bonus tu. Kerja dah la macam-macam kena buat, tapi pangkat dan gaji macam tu la jugak. Kalau nak naik pangkat, kena la amik exam yang melecehkan dan menyusahkan.

Friday, September 27, 2013

Friends with benefits.

Dah lama tak menulis di dalam blog ni. Banyak juga benda yang hendak ditulis, tetapi tak tahu di mana hendak dimulakan. Pada hari ini saya memilih tajuk ini kerana terasa perlu ianya di luahkan. Perkara ini semestinya adalah perkara yang biasa terjadi pada masa sekarang. Di mana-mana saja pun ada berlaku perkara seperti ini. Lebih-lebih lagi mereka yang dahagakan kuasa dan wang. Perkara seperti ini juga paling ketara berlaku di sektor swasta dan juga di IPTA/S. Ini kerana di dalam sektor swasta, mereka yang baik dengan boss akan berpeluang untuk naik pangkat. Berlainan di sektor awam, mereka ini perlu melepasi penilaian dan peperiksaan sebelum dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat. Nampak tak perbezaannya?

Di dalam IPTA/S pula, mereka yang pandai dan rajin akan menjadi tumpuan rakan sekelas yang lain. Sudah pasti ramai yang ingin bersama-sama dalam satu kumpulan dengan golongan ini. Tetapi golongan rajin ini juga ada yang baik dan ada yang buruknya. Yang baiknya, kekadang mereka ini tidak meninggalkan kawan-kawan sekelasnya yang lemah. Yang tidak baiknya.....ermmm....faham-faham je la. Selagi boleh tinggalkan, tinggalkan jer.....yer la, sebab membebankan kan? Siapa yang nak bawak 'excess baggage' ni. Dah la lambat, tak pandai plak tu...akhirnya yang ditinggalkan tu akan gagal dan dibuang dari IPTA tersebut. Kesian kan? Kalau orang tu pemalas tu lain la cerita. Tetapi kita tahu ke masalah yang menimpa orang tu? Kita ada tanya ke orang tu apa masalah dia? Kan ke kejam kalau kita buat macam tu.

Aku paling tak boleh nak terima kalau kerana kepentingan politik, orang tu di pulaukan dan ditinggalkan. Itu adalah perangai yang paling bodoh dan tidak matang sekali bagi aku. Jangan la semua benda yang terjadi tu nak dikaitkan dengan politik. Tak semua benda di dunia ini ada kaitan dengan politik. Please laa....jangan cetek sangat fikiran tu. Kau tu bakal pemimpin dunia (Insya'allah laaa...) malu la kalau pemimpin bersikap macam ni. Lebih-lebih lagi pemimpin Islam, layak ke digelar pemimpin Islam kalau perangai macam ni? Malu beb....ko cerita bergegar-gegar pasal itu dan ini, tapi diri sendiri pun tak berapa nak betul....ishh...malu la.

Takpe la, walau apa pun terjadi, aku takkan jadi seperti mereka-mereka ni. Ya...mereka memang hebat, tetapi bila perkara begini terjadi, aku tak respek langsung dengan mereka. Bagi aku, aku memang tidak pernah dan tidak akan meninggalkan rakan seperjuangan yang bermasalah ini. Biarlah aku dikutuk sekali bersama-sama dengan mereka yang bermasalah ini, asalkan aku bahagia. Bukan nak jadi hero, tapi kerana kemanusiaan, aku tak sanggup nak buat macam tu kepada orang lain. Ntah la, mungkin sikap ini aku perolehi dari kedua orang tua aku. Cepat kesian dan tersentuh. Apa-apa pun aku bersyukur dengan keadaan aku sekarang. Semoga Allah jadikan aku lebih kuat dan tabah dari diri aku yang sekarang ni. Amin...