NuffNang

Nuffnang

Translate

Wednesday, June 14, 2017

Setahun sudah berlalu.

Assalamualaikum semua.

Dah lama rasanya tak menulis di dalam blog ni. Rasanya dah dekat setahun dah sejak dari posting yang terakhir. Banyak perkara telah berlaku dalam setahun ni dan kalau nak diceritakan pun rasanya tak cukup 2 hari menulis ni. Tapi tak semuanya boleh diceritakan di dalam web. Semua ni akan jadi tatapan umum dan macam biasa, ramai stalker, keyboard warrior yang akan memviralkan benda-benda yang boleh menaikkan rating populariti mereka.

Sebenarnya saya baru sahaja pulih dari pembedahan otak akibat pendarahan. Kesan dari pendarahan tersebut, penglihatan saya terjejas. Doktor menyarankan supaya saya mendaftarkan diri sebagai OKU. Pada mulanya sukar hati ini untuk menerima kenyataan yang diri ini telah menjadi seorang OKU. Tetapi berkat kesabaran dan nasihat dari Isteri dan kawan-kawan, saya telah menjadi kuat dan redha atas apa yang berlaku.

Semasa saya menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, ada beberapa kejadian yang membuatkan saya tersedar dan muhasabah diri. Banyak benda yang telah terjadi yang tidak dapat saya jelaskan disini, tetapi bersyukurlah yang saya masih lagi hidup dan mendapat peluang kali kedua untuk hidup dengan hidup yang sebenarnya.

Disini saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri saya sama ada secara rapat ataupun tidak jika saya ada membuat anda semua tersakit dan terguris hati. Sekiranya saya ada berhutang apa-apa kepada anda semua, mohon kemukakan kepada saya kerana ingatan saya juga turut terjejas. Sebelum mata saya menjadi buta sepenuhnya, saya menyusun ribuan ampun dan maaf sekali lagi diatas segala kesalahan saya dan saya juga telah memafkan segala kesilapan anda semua terhadap saya.

Sekian, terima kasih,
Fazli

Tuesday, June 28, 2016

MIC 'TUAN BESAR' kepada KDN?

Baru-baru ni ada satu mesej tersebar melalui aplikasi Whatsapp di mana satu operasi yang dijalankan oleh MIC untuk mengesan dan memberikan IC Mykad atau taraf Warganegara dengan hanya menukarkan MyPR atau IC Merah tersebut. Kelulusan segera itu juga telah dipersetujui oleh TPM yang selaku Menteri Dalam Negeri. Dalam mesej Whatsapp itu juga ada menyebut operasi bersepadu itu turut mendapat restu daripada JPM dan PMO kerana menggunakan gambar DS Najib. 


Setelah diselidik dan disiasat, kononnya ini angkara sabotaj kumpulan kedua di dalam MIC. Persoalannya sekarang ialah, Banner dah digantung, hebahan telah dibuat, kenyataan rasmi penafian oleh MIC pula tidak dikeluarkan. Jika dilihat dari semua aspek, kita pasti tertanya dimanakah apa yang dikatakan kerja kumpulan kedua dari dalam MIC? Betulkah ianya kerja pengkhianat MIC? 

Kalau benar, apa alasan yang mereka hendak beri diatas kelewatan kenyataan penafian dari MIC yang sampai sekarang tak keluar-keluar? Hanya kenyataan rasmi dari KDN sahaja yang keluar dahulu. Adakah KDN ini budak suruhan MIC? Adakah KDN hendak mencuci taik MIC? 



Walau apa pun, satu sumber mengatakan yang KDN tidak pernah bersetuju untuk program tersebut dan tidak pernah bersetuju untuk memberikan kelulusan khas kepada mana-mana warga asing yang memiliki MyPR untuk menjadi Warganegara Malaysia tanpa melalui tapisan dan proses yang ketat.

Kepada DS Najib, jagalah parti komponen DS ni elok-elok. Berhati-hatilah dengan mereka ni. Sudah banyak sabotaj dan cubaan sabotaj telah dibuat oleh parti-parti komponen BN ini. Kepada TPM, jangan ghairah sangat memberi minit tu. Takut nanti jadi ketagih macam candu.
Siapa pun kawan kita, sentiasalah berwaspada kerana mereka juga boleh menjadi musuh kita yang paling ketat. Sekejap tadi bergelak-gelak, kemudian hendak berbunuh-bunuh pula.

Kat bawah ni ada screenshot dari mesej Whatsapp tersebut. Korang boleh baca sendiri dan nilaikan sendiri. Banner tu ada kat atas dan ada juga penafian dari KDN. Dari MIC? Ermm......