NuffNang

Nuffnang

Translate

Sunday, December 28, 2008

Kesan Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah.

video


video


video


video


1. Lihatlah sendiri apa yang terjadi setelah kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah.

2. Lihatlah sendiri kesan yang berlaku keatas negara Islam yang lain.

3. Kemana hala tuju umat Islam sekarang?

4. Adakah kita rasa kita akan selamat pada masa sekarang?

5. Adakah dengan berdoa di masjid atau di rumah, umat Islam akan maju dan tidak akan dipijak?

6. Adakah dengan menderma Rm1, kita dapat menyelamatkan nyawa mereka ini semua? Adakah nyawa saudara Islam kita ini berharga Rm1?

Sabda Rasulullah S.A.W :-

"Kehancuran Kaabah itu adalah lebih kecil di sisi Allah berbanding pembunuhan seorang Muslim."

Apakah batu-batuan lebih mulia bagi kalian berbanding darah kaum Muslimin? Islam apakah yang kita semua anuti ini? Al-Quran apa yang kita Imani ini? Fikirkanlah baik-baik.

Wassalam.

Tuesday, December 9, 2008

Islam Layu....

Assalamualaikum warahmatullah,

Dari tajuk di atas korang dah boleh agak apa yang ada terkandung dalam posting ini. aku dah taknak jaga hati dan perasaan orang dah....bagi aku, orang melayu yang tak berapa nak Islam ni dah terlalu lemah dan terlalu BODOH!! korang nak terasa? nak marah? pi mampus la.... aku tak heran pun....cermin diri sendiri tu sebelum nak marah....tanya diri tu, apa yg korang dah lakukan untuk agama Islam ni? setakat derma rm1, tapi masih bermaksiat dan melakukan dosa, jgn harap la nak dapat pahala or syurga.

Korang dah tengok tak kat youtube berkenaan kesan kejatuhan empayar turki uthmaniyah tu? tajuk dia korang search "Kesan Kejatuhan Empayar Uthmaniyah", ada 4 siri....korang tengok la sendiri.

kalau tak tgk lagi, sila pi tgk.

kalau dah tengok, apa yg korang rasa?

ini pendapat aku : -

1. rakyat di malaysia takkan terlepas dari kejadian seperti itu.
2. semua yang terjadi di dunia luar, pasti akan terjadi disini.

Apa yang kita sebagai umat islam lakukan? setakat post thread dalam forum je ke? setakat duduk sembang kedai kopi ke? Alasan tak mampu berbuat apa2 tu bodoh....alasan bagi orang yang lemah.

Bagi yang pegi disko dan bersuka ria tanpa melampaui batas tu, aku cop korang ni babi, sebab binatang yang suka melampaui batas tu adalah babi.....jadi korang ni babi ke? islam apa tu? takyah la nak ngaku islam kalau sedara sesama islam tu pun korang taknak bantu. tgk dalam forum ni sudah la, ada orang yang berani provok pasal Nabi junjungan kita... apa korang buat? delete nick dan delete post dia....pastuh ada la plak minah ni kata, takyah layan mereka ni.....apa semua ni? korang ni bodoh ke? tak faham2 lagi ke? bila aku ajak jumpa, nak bersatu, korang takut....pengecut!! kalau aku ni superhero, aku tak ajak korang semua ni bersatu.....sorang2 takkan jadi, jadi aku seru semua pembaca yang masih lagi sayang dengan agama kita ini dan masih lagi beragama Islam ni bersatu.... masuk blog aku dan disitu aku ada letak no hp aku.......kalau tak, pm aku sesiapa yg nak no hp aku agar kita boleh berjumpa dan merencanakan sesuatu. aku ada cara yang korang sendiri takkan tahu dan aku jamin tak sorang pun tahu cara aku ini untuk menjadi kuat dan menaikkan kembali agama Islam ini.

kalau korang berani la, kalau tak berani....pi mampus....takat cakap besar dalam forum ni, pastuh belagak pandai, copy paste hadis je, baik tak payah....buang masa jer.....umat islam takkan kuat kalau setakat memekak dalam forum ni jer. korang jgn igt kita di malaysia ni dah selamat..... mahathir dan declare negara ni negara islam....korang igt takkan jadi ke? skrg ni pun dah banyak kerosakkan dah terjadi.... satu je pesan aku, Allah takkan pandang manusia ni beragama sedikit pun jika kita tidak menolong agamaNya.....jadi korang fikir la, korang ni agama apa? Skali lagi, aku cabar sesiapa yang Islam dan masih sayangkan agama dan negara kita ni.....mari jumpa bersama dan kita bersatu-padu untuk menyelamatkan dunia Islam dengan cara yang aku tahu ini. berani? mari sini....tak berani? takyah susah2 nak jumpa aku....pi balik rumah, bermesra la dengan keluarga korang, yang ada isteri or suami tu, pegi la bercumbuan sepuas-puasnya. tapi yakinilah, Allah tidak akan pandang korang ni beragama sedikit pun jika korang tidak menegakkan agama Allah ini.

Wassalam...

Tuesday, December 2, 2008

Karaoke Hujung Minggu

Assalamualaikum Warahmatullah.

Korang baca petikan ini dari forum saya. Agaknya derang ni bodoh sebab tak tahu apa itu maksud maksiat. Apa yang akan terjadi nanti selepas berkaraoke ini pun derang tak tahu. Bodoh ke derang ni? Dekat tempat karaoke yang mereka pergi itu pun ada disediakan minuman beralkohol dan juga perempuan GRO. Letak la maksud karaoke ni dari mana sekalipun, ia tetap membawa kepada maksiat dan zina. Lagu yang di sediakan pun sudah cukup untuk melalaikan dan juga cukup meracuni jiwa. Inilah yang cuba diterapkan oleh barat dan juga orang yahudi kepada kita. Mereka meracuni minda kita semua dengan hiburan. Inilah dia kebodohan orang melayu yang lalai dan suka kepada hiburan. Membazir duit pandai, lepas tu baru la pening kepala sebab duit dah habis. Bukan saya hendak kata saya ni kuno, tapi fikirlah sendiri akibat yang akan terjadi akibat lalai dan berseronok dengan demikian cara. Jiwa akan menjadi kosong dan mudah untuk di hasut oleh syaitan.

Saya berani berkata begini sebab saya sendiri pernah melalui semua pengalaman ini. Lebih kepada buruk dari yang baik. Lebih kepada dosa dari yang pahala. Semuanya menjadi lebih jelas setelah saya sendiri sedar apa yang saya buat ini adalah satu kerugian dan kebodohan yang nyata. Korang nak jadi bodoh? silakan....dah memang satu Malaysia tahu yang melayu ini bodoh. Fikirlah sendiri....di mana letaknya melayu pada masa sekarang ini.

Wassalam.

Petikan dari forum Belantara Bujang.

Wednesday, November 19, 2008

Malique - Layu.

Ini adalah puisi dari Malique yang bertajuk layu. Aku tabik pada malique yang membuat puisi ini. Puisi ini mempunyai maksud mendalam dan begitu menyayat hati. Sedarlah wahai anak bangsa, dan bangunlah dari lamunan. Janganlah jadi bodoh dan dungu kerana bangsa kita semakin lemah. Benarlah kata-kata Tun Dr. Mahathir yang bangsa kita semakin dipijak dan melayu mudah lupa. Jika kita sayangkan bangsa kita, marilah kita bangun bersama dan bersatu padu agar kehadiran bangsa melayu ini terasa bahangnya di seluruh dunia. Marilah kita menghayati puisi ini dan berjuang menegakkan bangsa dan agama.



Layu
Malique

"Sesungguhnya.. tidak ada yang lebih menyayat
dari melihat bangsaku dijajah
tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina"

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang sahaja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur
Di kata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri memerhati

Dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya layu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya kita siram kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 Harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya raya
Jangan sekali- kali di gadai harta bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya...Tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa

Selalu lari bila di rapat
Selalu malu bila soalan di aju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju

Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu
Ku lihat layu dalam melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

"Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya"

Lari berasak-asak - Lebih 100 pengunjung panik pusat hiburan terbakar dengan 30 letupan .

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE

ORANG ramai menyaksikan kebakaran yang berlaku di tiga buah pusat hiburan di Plaza Sentosa, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Suasana kecoh dan kelam-kabut menyelubungi sebuah pusat hiburan, Platinum Disco KTV Lounge di Plaza Sentosa, Taman Sentosa di sini apabila lebih 100 pengunjung tempatan serta rakyat Singapura bertempiaran lari apabila ia terbakar malam kelmarin.

Turut musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 10.56 malam itu ialah dua lagi pusat hiburan yang kesemuanya terletak di tingkat paling atas bangunan lima tingkat berkenaan.

Salah sebuah daripada pusat hiburan itu telah ditutup sejak setahun lalu, manakala Sakura Karaoke Lounge pula baru sahaja mengalami kebakaran kecil dan ditutup sejak Sabtu lalu.

Ekoran kebakaran tersebut, timbul spekulasi sama ada ia berlaku disebabkan unsur khianat.

Semasa kejadian, pengunjung dan kakitangan pusat hiburan Platinum itu terpaksa berasak-asak keluar dari premis tersebut sebaik ternampak asap tebal yang dipercayai bermula dari Sakura Karoke Lounge.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Di luar bangunan tersebut juga sesak apabila 500 orang menyaksikan kebakaran itu sebelum mereka dikejutkan pula dengan bunyi 30 letupan.

Bunyi letupan itu dipercayai berpunca daripada silinder simpanan minuman keras.

Letupan dan kebakaran itu turut mengakibatkan dua buah motosikal dan dua buah kereta mengalami kerosakan kecil gara-gara ditimpa serpihan kayu terbakar dan kaca yang jatuh dari bangunan yang terbakar tersebut.

Api yang marak selama kira-kira empat jam sebelum ia dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4 pagi.

Komen :-

Cuba la jadikan semua ini sebagai pengajaran dan titik tolak untuk insaf. Jangan la sampai seluruh kelab malam di Malaysia ini di bakar dan semua pengunjung ini mati baru nak insaf. Cuba bayangkan kalau anda semua mati di dalam kelab malam ini, sudah tentu ia amat mengaibkan dan memalukan diri dan keluarga anda. Adakah anda hendak semua ini terjadi pada diri anda, baru anda hendak menyesal? Terlambat beb, sebab anda semua dah mati dah masa tu dan duduklah anda semua di neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

Wassalam.

Peranan rakan sepejabat yang sepatutnya.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hari ini saya hendak menceritakan peranan rakan sepejabat yang sepatutnya di pejabat kita. Mereka ini bukan saja sebagai rakan kita di pejabat, tetapi boleh menjadi rakan kita di luar waktu pejabat. Sepatutnya rakan di pejabat hendaklah bantu-membantu sesama sendiri sama ada dari segi kerja atau pun dari sudut keagamaan. Tetapi yang menghairankan, bila disebut sahaja pasal hal agama, masing-masing akan tarik muka atau menunjukkan tanda protes.

Sepatutnya ini tidak seharusnya berlaku jika kita ini betul-betul beragama Islam dan sayang akan agama Islam kita ini. Pada masa sekarang rakyat melayu yang beragama Islam semakin hilang kuasanya dan semakin lemah. Orang melayu pada masa kini semakin mementingkan diri sendiri dan tidak perihatin. Sikap ini akan menimbulkan perpecahan di kalangan bangsa melayu itu sendiri. Jika semua orang bersikap sebegini, golongan yang akan merasa kesan kerosakkannya adalah golongan remaja. Golongan remajalah yang semakin rosak akhlak dan akidahnya. Mereka hanya tahu bersuka-ria dan tidak memikirkan hal masa depan sendiri dan negara. Kalau ada yang berfikir pun cuma hanya pandai cakap sahaja. Saya cabar kepada semua remaja, jika ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini, marilah kita bersemuka dan kita boleh melakukan tindakan yang sepatutnya untuk menyelamatkan akidah remaja kita sekarang ini.

Sepatutnya rakan di pejabat wajib membantu rakan yang lain sama ada dari segi teguran dan nasihat. Pegawai kanan tidak sepatutnya berlagak seperti boss sahaja, tetapi mesti bertanggungjawab terhadap anak buah. Mereka sepatutnya lebih memahami orang bawahan dan menganggap mereka ini seperti kawan. Di pejabat sepatutnya ada sesi rapat silah antara manusia supaya mereka dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Dengan ini mereka dapat membantu jika ada kesulitan yang berlaku. Di pejabat sekarang ini terlalu ramai golongan muda yang masih tidak tahu matlamat mereka di dunia ini. Sebab itu ramai golongan muda ini yang berpeleseran di kelab malam dan melakukan kerja yang tidak berfaedah. Jadi golongan muda di pejabat ini haruslah diberi perhatian supaya mereka dapat mengajak rakan mereka di luar ke arah kebaikkan. Aktiviti riadah seperti bersukan mesti dilakukan untuk mengisi masa lapang golongan muda ini. Mereka harus di sedarkan tentang kepentingan mereka kepada negara. Jika ada yang membaca blog saya ini, fikirkanlah sejenak apa yang saya tulis ini. Renung-renungkanlah. Apa sumbangan yang telah anda lakukan kepada agama dan negara setakat ini.

Wassalam.

Tuesday, November 11, 2008

Pesanan buat masyarakat bukan Islam.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Hari ini saya terbaca satu berita yang disiarkan oleh Harian Metro yang bertajuk 'Jangan buat umat Islam marah'. Berita ini adalah maklumbalas terhadap kumpulan NGO yang bukan Islam yang membuat bantahan dan demonstrasi terhadap keputusan yang dibuat oleh MFK. Mereka berkata, keputusan seumpama itu akan di tertawakan oleh masyarakat luar.

Wahai manusia yang bukan Islam, adakah anda semua sedar yang negara Malaysia ini majoritinya adalah penduduk melayu yang beragama Islam. Agama rasminya adalah agama Islam dan ianya adalah menurut perlambagaan negara kita. Jadi janganlah cuba mencabar orang Islam di negara Malaysia yang tercinta ini.

Umat Islam dinegara Malaysia ini pula janganlah berasa selesa dengan keadaan ini sekarang. Apabila agama kita dicabar oleh orang bukan Islam, ianya menandakan yang Islam dinegara kita ini semakin lemah. Sedarlah wahai umat Islam, semua ini berlaku kerana kesilapan dari diri kita sendiri.

Bagi masyarakat yang bukan Islam, sebelum membuat kenyataan, periksalah diri dulu. Sedarlah diri tu dulu siapa di bumi Malaysia ini. Kaji dan fahamilah dahulu agama Islam ini dan anda semua akan tahu untuk apa segala fatwa ini dikeluarkan. Ini adalah keputusan untuk mereka yang beragama Islam sahaja. Bagi mereka yang sedar diri tu beragama Islam, patuhi sahajalah apa yang MFK putuskan itu.

Wassalam.

Monday, November 10, 2008

Pengkid Vs Majlis Fatwa Kebangsaan.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengeluarkan fatwa pengharaman kumpulan 'pengkid' ini. Tetapi ianya telah di cabar oleh salah seorang 'penganut' pengkid ini bahawa fatwa tersebut tidak akan dapat menghapuskan mereka. Perghh....angkuh gila, dah la angkuh, gila pula tu....nasib baik tak gila babi. Berikut adalah serba sedikit ulasan berita dari Harian Metro untuk mereka yang tidak tahu mengenai isu ini.



Pengkid cabar fatwa

Oleh FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN

KUALA LUMPUR: “Fatwa itu tidak akan berjaya menghapuskan pengkid. Takkan apabila saya berjalan dalam keadaan berpakaian seperti lelaki, polis terus tahan dan tangkap saya.

“Atau, adakah apabila saya dengan kawan perempuan makan bersama-sama, kami terus ditangkap?” kata seorang pengkid dikenali sebagai Win yang seolah-olah mencabar fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK), bau-baru ini.

Kata Win, dia yakin di kalangan pengkid, fatwa yang diumumkan MFK pada 23 Oktober lalu tidak akan mengubah keadaan, malah golongan perempuan yang berpakaian dan berperwatakan seperti lelaki itu akan terus dengan aktiviti mereka seperti biasa. Selanjutnya....



Ini pula adalah jawapan dari Mufti Perak :-

Fatwa bukan main-main

Oleh Maiamalina Mohamed Amin

KUALA LUMPUR: “Bukan soal mufti, ahli agama dapat tangkap mereka (pengkid) atau tak, ini soal sama ada mereka ini benar-benar orang Islam atau tidak.

“Kalau betul-betul Islam, mereka sepatutnya takut pada hukum Allah swt kerana kita keluarkan fatwa mengharamkan budaya berkenaan berdasarkan apa yang disyariatkan dalam Islam bukan suka-suka,” tegas Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Beliau mengulas ‘keangkuhan’ pengkid atau remaja perempuan menyamai lelaki yang mengatakan fatwa pengharaman budaya pengkid diumumkan 23 Oktober lalu, tidak akan menghapuskan golongan terbabit.

Katanya, tugas imam, mufti mahupun orang agama adalah menasihati umat Islam, justeru larangan mengamalkan budaya songsang itu yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) sejajar dengan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi. Selanjutnya....



Sebenarnya kalau nak di ikutkan dengan ulasan wakil pengkid tersebut, ada benarnya apa yang dia katakan. Kes pondan dan bapuk pun tidak habis lagi, keluar pula kes pengkid. Pada hal semuanya telah diharamkan oleh MFK. Tetapi disebabkan tiada tindakan yang keras dan berkesan, semua penganut ajaran songsang ini semakin bertambah di Malaysia. Benarlah juga kata Mufti Perak, iaitu ini bukan soal tertangkap dan ditangkap. Ini adalah soal sama ada mereka itu Islam atau tidak. Pada saya, mereka ini bukan Islam. Agama apa yang mereka anuti pun saya tidak tahu. Rasa-rasanya agama baru kut, dan jika ini adalah agama baru, bolehlah dikatakan mereka ini menganuti ajaran sesat.

Mana ibu bapa mereka ini? kenapa dibiarkan sahaja mereka menjadi sedemikian rupa? pada saya, mereka ini kurang didikan agama dan tiada penekanan semasa di sekolah. Subjek Agama Islam sekadar sampingan sahaja dan tidak dijadikan subjek wajib untuk lulus peperiksaan seperti subjek matematik, bahasa inggeris dan bahasa melayu.

Kesimpulannya ialah, mereka ini adalah golongan sesat. Ibadah mereka tidak sedikit pun diterima dan dipandang Allah. Samalah juga dengan golongan yang lain iaitu golongan penzina dan golongan maksiat. Buatlah baik sebaik mana pun atau bersedekah sebanyak mana pun, semua itu adalah sia-sia dan mereka itu diumpamakan seperti anjing oleh Allah. Ini adalah kata-kata dari Allah, dan bukan dari saya. Kalau dah disamakan dengan anjing, tidak usah la bersusah payah nak tunjuk baik atau buat baik. Cara yang terbaik ialah, mati je la dari menyusahkan dan memalukan agama dan masyarakat.

Firman Allah :-

Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (7:176)

Dan orang-orang yang membantah (agama) Allah sesudah agama itu diterima maka bantahan mereka itu sia-sia saja, di sisi Tuhan mereka. Mereka mendapat kemurkaan (Allah) dan bagi mereka azab yang sangat keras. (42:16)

Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (11:16)

Dikatakan (kepada mereka): "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu, sedang kamu kekal di dalamnya" Maka neraka Jahannam itulah seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri. (39:72)

Renungkanlah ayat-ayat Allah ini wahai penganut pengkid, penzina, pondan dan golongan maksiat sekalian. Kamu adalah ibarat anjing dan segala amal kamu sia-sia dan nerakalah tempat kamu semua dan kekallah kamu di dalamnya. Bertaubatlah segera sementara masih ada masa dan taubat yang bertangguh itu adalah taubat yang tidak di terima Allah.

Wassalam.

Maksiat - Gaduh, mabuk lawan Shuffle

KUALA LUMPUR: Tarian Shuffle sepatutnya menjadi aktiviti sihat di kalangan remaja kerana selain mempamerkan kemahiran tarian kaki, ia juga baik untuk membina stamina dan kesihatan jantung.

Bagaimanapun, di kawasan siar kaki di Bukit Bintang di sini, lain pula jadinya apabila segelintir kumpulan remaja penggemar tarian berasal Ireland itu menjadikannya sebagai lesen untuk pergaulan bebas, minum arak dan bergaduh sesama sendiri.

Difahamkan, tarian itu yang popular di Australia selepas dilakukan beberapa pengubahsuaian mengikut peredaran zaman, kini begitu cepat merebak dan menambat hati remaja Melayu termasuk murid sekolah rendah sehinggakan mereka tidak segan silu menari sama ada di kawasan awam atau sekolah.

Ia juga menenggelamkan kegilaan golongan itu terhadap budaya skinhead dan punk menyebabkannya menjadi buah mulut di kalangan remaja kota sehinggakan sekitar Bukit Bintang tidak ubah seperti tapak pesta apabila golongan berusia 13 hingga 19 tahun berkumpul menyaksikan beberapa kumpulan mempersembahkan kemahiran tarian Shuffle.

Seorang remaja dikenali sebagai Daniel yang berkunjung saban minggu ke situ, mendakwa bagaimanapun terdapat beberapa kumpulan Shuffler yang tidak sebulu dan gemar bergaduh sesama mereka. Selanjutnya....


Assalamualaikum Warahmatullah.

Ini adalah satu lagi kerosakkan yang berlaku di muka bumi Allah. Kerosakkan yang nyata dan tidak dapat di bendung lagi. Mereka ini adalah penyambung warisan negara dan juga pelapis yang akan mendokong cita-cita pemimpin negara kita. Tetapi apa yang terjadi ialah mereka ini menjadi seperti sampah yang seronok dilihat oleh segelintir masyarakat lain. Maafkan saya jika saya terkasar bahasa dan terlalu mengikut perasaan. Tetapi saya tidak boleh bersabar lagi kerana berdasarkan kepada keadaan yang terjadi pada masyarakat melayu sekarang ini yang semakin teruk dan bertambah teruk. Siapa yang hendak dipersalahkan? Ibu bapa? Guru? Sebenarnya diri sendirilah yang hendak dipersalahkan. Bila keluar perihal remaja di suratkhabar, sibuklah mempersalahkan orang lain. Sebenarnya sikap tidak ambil kisah dan pentingkan diri sendirilah yang telah membuatkan keadaan semakin teruk dan semakin membimbangkan.

Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan utama di rumah dan juga di luar rumah. Mereka juga sepatutnya memberikan anak-anak mereka ilmu berkaitan dunia. Bukannya memanjakan anak mereka dengan wang, sehinggakan tidak mengambil tahu apa yang anak mereka lakukan dengan wang itu. Sebenarnya tidak perlu lagi saya terangkan peranan ibu bapa dan guru kepada remaja masa sekarang ini. Sepatutnya semua sudah tahu peranan masing-masing terhadap anugerah Allah ini. Mereka yang membiarkan anak mereka bebas tanpa sekatan adalah punca kepada kerosakkan akhlak remaja masa sekarang. Kita lihatlah remaja masa dulu dan sekarang, yang mana satu lebih teruk dan yang mana satu lebih kritikal. Keadaan sekarang semakin maju dan moden, remaja pula semakin rosak. Jadi fikirlah, kepada remaja seperti inikah yang hendak kita wariskan negara kita ini? Orang melayu semakin ditindas dan semakin mundur. Kontrak sosial pula semakin berani dicabar oleh bangsa lain. Sedarlah wahai remaja, janganlah ingat yang anda semua sentiasa senang dan mewah. Jika tidak kerana usaha dan perjuangan umat yang terdahulu, adakah anda semua dapat kecapi apa yang anda nikmati sekarang ini?

Wassalam.

Maksiat - Konsert band indie di Menara KL.

20 kumpulan sertai persembahan tema perpaduan pada 16 November

KEBELAKANGAN ini, kebanjiran pemuzik indie menunjukkan isyarat persada seni amat mengalu-alukan kedatangan arus muzik ini ke arus perdana. Buktinya, dengan hadirnya kumpulan seperti Hujan, Meet Uncle Hussain dan Estranged yang berjaya menawan peminat seni. Ia satu perkembangan yang positif dan muzik dilihat sebagai sejagat yang mampu menyatupadu masyarakat.

Lalu atas paksi ingin memberi ruang kepada laluan muzik ini yang semakin mendapat tempat, pihak Menara Kuala Lumpur tidak teragak-agak memberi peluang kepada pemuzik indie ini untuk sekali lagi beraksi di puncak menara yang keempat tertinggi di dunia itu pada 16 November ini mulai 12 tengah hari hingga 10 malam . Ia dipanjangkan berdasarkan sambutan yang diterima menerusi KL Indie Fest `08 pada 5 Julai lalu.

Konsert diberi nama ‘Music Against Racism’ ini bertemakan ‘One Love, One Heart, One Nation’ diharap dapat menyampaikan mesej keamanan, perpaduan selain mewujudkan masyarakat penyayang di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Ia adalah kerjasama antara Menara Kuala Lumpur dan Vain Music Records dan menghimpunkan 20 kumpulan pemuzik indie termasuk OAG dan The Times.

Pengurus Besar, Perhubungan Awam dan Acara Menara Kuala Lumpur, Mazlan Mahmud berkata, usaha ini bertujuan menarik golongan remaja selain pelancong untuk berkunjung ke menara ini.

Katanya lagi, golongan remaja inilah yang bakal menjadi generasi pelapis pada masa hadapan. ....bla..bla..bla..bla.... dan yang selebihnya anda semua boleh baca di Berita Harian Online.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ini adalah pandangan saya terhadap artikel di atas ini. Pada saya, segala macam konsert atau show yang diadakan dengan tujuan yang kononnya untuk remaja atau untuk orang tua, semuanya adalah maksiat dan boleh membawa kepada perlakuan zina. Ini kerana, sudah la majlis itu bukan majlis ilmu, lelaki dan perempuan bergaul bersama terlompat-lompat macam kera. Walaupun konsert itu diadakan pada sebelah pagi sekalipun, sudah terang-terangan ianya mengundang perlbagai masalah dan musibah bukan saja pada diri, malah pada negara. Bila adanya konsert sebegini, walaupun penganjur berniat baik, tapi percayalah yang setiap pengunjung yang datang itu, tiada satu pun yang datang dengan niat yang baik, semuanya hanya untuk kegembiraan duniawi semata-mata.

Yang paling melucukan ialah, semakin banyak konsert yang dibuat atas dasar kemanusiaan dan agama. Sudahlah menggunakan nama agama dan kemanusiaan, lepas tu konsert tu tidak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Apa semua ini? Apakah semua orang melayu pada masa sekarang ini semakin bodoh dan bongok!? Tidak cukup lagi ke dengan masalah sosial yang semakin teruk di negara kita ini? Butakah kerajaan dan masyarakat kita sekarang ini? Anda semua mempunyai otak, gunakanlah dengan sebaiknya. Mungkin pada yang belum berumah tangga, anda tidak merasakan semua ini. Pada yang tahu, baguslah....tetapi pada yang tidak tahu dan tidak mahu menggunakan otak untuk berfikir, baik jadi binatang saja la. Itu sajalah yang anda layak.

Wassalam.

Thursday, October 30, 2008

Isu rokok dan keruntuhan akhlak, yang mana lebih penting?

Assalamualaikum Warahmatullah.

Didalam akhbar Berita Harian hari ini, Kementerian Kesihatan telah bersetuju untuk mewujudkan zon larang merokok di kaki lima. Untuk membaca berita penuh, anda semua boleh la klik link Berita Harian Online ini.

Persoalannya sekarang adakah ianya berkesan? Dapatkah ia membendung tabiat merokok rakyat Malaysia ini? Sedangkan tabiat merokok kini telah menular di kalangan budak sekolah rendah! Relevenkah segala undang-undang baru ini jika kerosakkan akhlak menjadi semakin teruk? Releven atau tidak, terpulanglah pada anda semua untuk menilainya. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing, dan ini adalah pendapat saya.



Pada pendapat saya, jika 'mereka' dapat sediakan tempat untuk orang berhibur dan meminum arak, kenapa tidak disediakan tempat untuk mereka yang lain ini untuk merokok? Sedangkan di dalam kelab malam pun tidak dibenarkan merokok, tetapi arak yang haram di sisi agama itu pula boleh diminum dan dijual kepada mereka yang beragama Islam! Apa semua ini!? Mana satu yang lebih teruk dan perlu diberi perhatian terlebih dahulu? Sudahlah dengan Allah pun mereka tidak takut, dengan undang-undang apatah lagi. Orang yang bukan beragama Islam tidak mungkin takut kepada Allah, tapi sebagai umat Islam, kita haruslah takut kepada Allah. Kalau tak takut kepada Allah, umat Islam ke mereka itu?



Arak pada masa sekarang sudah boleh dikategorikan sebagai 'halal' Ini boleh dibuktikan dengan sesiapa saja boleh menjual arak, asalkan mereka mempunyai lesen. Bukti yang terdekat ialah kedai serbaneka 7 Eleven. Sesiapa saja boleh membeli arak di situ dengan bebas tanpa merasa malu dan takut. Sebabnya, tiada siapa yang boleh melarang dan menangkap mereka serta tiada pegawai penguatkuasa yang memantau. Ada ke di negara kita ini, kompaun dikeluarkan kepada mereka yang meminum arak di khalayak ramai atau di kedai makan, lebih-lebih lagi oleh orang melayu yang beragama Islam? Kalau ada, sila beritahu pada saya berapa saman dikenakan, siapa yang keluarkan saman itu. Saya rasa semua orang melayu yang beragama Islam tahu yang arak merupakan punca kepada segala dosa. Arak juga banyak disebut di dalam Al-Quran sebagai benda yang perlu dijauhi.

Allah berfirman :-

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
(5:90)

Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu). (5:91)

Didalam ayat di atas, khamar itu bermaksud arak, jadi sudah terang dan jelas mengapa arak itu perlu untuk dijauhi. Di dalam Al-Quran tidak ada disebutkan tentang rokok, jadi yang mana satu yang patut kita utamakan? Bukan saya hendak menyuruh anda semua menghisap rokok, rokok pun bahaya juga, persoalannya sekarang ialah yang mana satu yang harus kita pentingkan dahulu? Apa peranan masjid dan surau serta institusi agama sekarang? Sekadar duduk saja dan mengerjakan solat 5 waktu sahajakah? atau menunggu untuk mereka yang ingin berubah menjadi baik datang meminta nasihat kepada mereka? Tidak semua remaja yang ingin berubah mahu datang ke surau atau masjid. Mungkin sebab malu atau sebab-sebab yang lain. Sepatutnya orang yang beriman kena keluar dan berjihad ke atas remaja melayu yang rosak akhlak ini. Jihad yang dimaksudkan disini bukanlah dengan bom dan senapang, tetapi ada jihad yang dituntut iaitu dengan Al-Quran.



Kesimpulannya ialah, saya berasa sungguh lucu dan geli hati apabila saya membaca tajuk berita pada hari ini. Setakat merokok, mampukah mereka bertukar menjadi perogol dalam sekelip mata? Apabila memandu, adakah rokok merupakan punca utama kemalangan? Padahal arak boleh merubah seseorang dalam sekelip mata saja. Dari wanita baik kepada betina jalang dan sundal, dari lelaki baik kepada jantan kaberet dan bersifat binatang. Jadi, fikirkanlah saudara sekalian, yang mana lebih patut kita banteras dulu. Jangan la berfikiran kolot, kerana Al-Quran tidak pernah jumud atau kolot. Al-Quran adalah panduan untuk kita sepanjang zaman.

Wassalam.

Merah di Bumi Palestine.





Assalamualaikum Warahmatullah.

Cuba kita lihat gambar-gambar di atas ini, apakah perasaan anda semua? Sedih? Geli? Jijik? Pasti perasaan anda bercampur aduk kan? Ini adalah gambar mangsa kekejaman Israel di bumi Palestine. Apa yang kita buat disini? derma Rm1 dan yang paling banyak pun mungkin ada la yg beratus or beribu ringgit. Tapi derma tu dapat ke selamatkan atau bebaskan bumi Palestine tu? Begitu murah nyawa mereka sehingga dapat dinilai dengan wang ringgit. Mungkin kita di Malaysia sudah biasa terlalu aman, sehingga tidak dapat merasakan penderitaan mereka disana. Maaf jika blog saya kali ini ada mengeluarkan kata-kata kasar dan kesat. Sebenarnya kebanyakkan rakyat Malaysia ni terutamanya orang Melayu yang beragama Islam adalah orang yang mementingkan diri sendiri, lemah, bodoh dan rosak akhlak (bagi remajanya la). Saya katakan begini sebab mereka asyik dengan keamanan di Malaysia ini sehinggakan mereka tidak sedar yang keamanan ini tidak kekal selamanya. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, pernah dengar tak pepatah ini? kalau pernah dengar, mesti bole fikir kan? jadi fikir la, jgn biarkan anugerah Allah tu berkarat dan bersawang macam tu saja.

Tujuan sebenar saya memilih tajuk blog saya pada hari ini bukanlah hendak mengajak anda semua pergi berperang kat sana. Jangan la jadi bodoh! bangang! takkan tu pun nak suruh orang fikirkan dan beri jawapan? Fikirlah sendiri, negara Islam mana yang belum kena serang lagi? Rasa-rasanya negara kita ni selamat ke? Kapal selam pun 2nd hand, helikopter pula selalu terhempas, kereta kebal pula spare-part tak mampu nak beli dan dah tak dikeluarkan lagi oleh kilang sebab dah terlalu lama, dan yang paling menyedihkan lagi, rakyat yang berpecah belah terutamanya orang melayu. Jangan nak bangga la dengan apa yg kita ada ni wahai kaum melayu! dah la kaum melayu ni makin lemah. Buktinya ialah, bila kena usik skit pasal minyak...melayulah yang paling bising, semua nak subsidi. Bila musim perayaan je, terutama sekali tahun baru cina, semua kedai cina tutup, baru la rasa susah sebab tidak ada kedai alternatif lain yang buka yang dapat menggantikan kedai cina yang tutup itu. Nak tukar mentol rumah pun kita panggil orang cina. Bukan apa, kita sebagai kaum melayu ni sudah di ajar terlalu selesa dengan segala kemewahan yang ada. Dalam buku 'The Malay Dilemma' oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1970 ada disebutkan perihal kaum melayu kita ini. Rasa-rasanya kalau kita ni kena serang atau kontrak sosial itu di ubah, kita sebagai orang melayu ini boleh hidup ke lagi? mana hak dan ketuanan kita sebagai orang melayu di Malaysia ini nanti? fikirkan lah, sampai bila kita hendak hidup selesa jika kita sendiri masih berdengki-dengki, bermusuhan dan berpecah belah. Nescaya kita juga ada menjadi seperti negara Palestine suatu hari nanti jika kita tidak memperkasakan negara kita ini.

Wassalam.

Wednesday, October 22, 2008

Forum.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Apa khabar semua pembaca, semenjak dua menjak ni saya asyik sibuk dengan kerja di pejabat dan juga di luar pejabat. Tapi tidak bermakna saya lupa untuk mengemaskini blog saya ini. Sebenarnya saya dalam perancangan untuk membuat satu forum dan web portal untuk memberi ruang untuk kita berbincang tentang apa saja perkara. Saya sedang mencari web hosting yang mampu memberikan apa yang saya mahu untuk menjayakan projek saya ini. Di samping itu saya ingin mencari beberapa orang yang sanggup menjaga web portal ini bersama-sama saya.

Jika ada yang berminat, sila e-mail kepada saya nama dan no. telifon anda agar mudah kita berbincang untuk melaksanakan projek saya ini.

Wassalam.

Friday, October 17, 2008

Kesibukkan.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Pertama sekali selamat hari raya puasa dan maaf zahir dan batin. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menulis di dalam blog ini. Buat sementara ini saya sibuk dengan kerja pejabat dan juga kerja-kerja luar yang lain.

Sebelum saya menyudahkan blog saya hari ini, saya meminta semua pembaca menerungkan kembali segala perjuangan bangsa melayu islam kita sebelum kita mencapai kemajuan pada saat ini. Kita renungkan juga pada bulan Ramadhan yang lepas, apa yg telah kita lakukan, adakah yang dituntut oleh agama kita, atau sekadar cukup syarat. Puasa yang bagaimanakah yang dituntut oleh islam?

Tidak dinafikan yang Islam itu mudah, tapi bukan ambil mudah. Ramai orang pada masa kini cuma mengamalkan Islam yang cukup syarat. Bagi mereka itu sudah memadai dan ianya sudah cukup berat bagi mereka. Tapi bagi yang hendak melebihkan amal ibadah mereka, dan menambah bekalan simpanan 'bank akhirat' mereka, sila e-mail kepada saya dan saya sedia membantu.

Wassalam...

Sunday, October 5, 2008

Five generations home for reunion.

Friday October 3, 2008


One for the album: The family of Dukut Mahar ajo taking a group picture during their biennal gathering at the family home in Kampung Seri Kepayang in Fair Park, Ipoh.


IPOH: Five generations of the late Dukut Maharajo gathered to celebrate Hari Raya at their family home in Kampung Seri Kepayang in Fair Park here.

At least 700 family members, some from Sudan, England, Australia, Brunei and Indonesia, converged for the reunion on Wednesday at the house Dukut once lived in.

The oldest living descendent of Dukut is Mailan Abdul Manas Ahmad Dukut, who at 97 is bed-ridden and cannot talk.

Dukut’s grandson Zaira Tak said the family had been organising the gathering since 1992.

“As it takes a lot of planning, we can only do so bi-annually,” he said, adding that the planning started since Ramadan with e-mails and other messages being sent out.

Asked whether it was a logistical nightmare to get all family members to come, Zaira said: “If not for technological advancement, it would be.”

Dukut migrated from his hometown in Sumatra to Chemor, Ipoh, as an 18-year-old in the late 1880s.

He married Halijah Imam Awang, the daughter of a religious leader from Kelantan.

Dukut died in the late 1940s but the extended family has never forgotten him.

The Star Online

700 generasi Dukut Maharajo berkumpul sempena raya.

ARKIB : 03/10/2008


Sebahagian daripada keluarga generasi Dukut Maharajo yang berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh, Perak, kelmarin.


IPOH 2 Okt. - Seramai 700 orang dari lima generasi keluarga Dukut Maharajo berkumpul di Kampung Seri Kepayang, Fair Park, Ipoh di sini untuk sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam.

Antara yang hadir itu termasuk sanak saudara yang datang dari Sudan, England, Australia, Brunei dan Indonesia untuk berkumpul di rumah moyang mereka yang pernah tinggal di sini.

Yang paling tua hadir dalam majlis penyatuan semula keluarga Dukut itu ialah Mailan Abdul Manas Ahmad Dukut yang kini berusia 97 tahun, namun beliau hanya terlantar dan tidak boleh bercakap.

Salah seorang cucu Dukut, Zaira Tak berkata, keluarga mereka telah mengadakan majlis penyatuan keluarga itu sejak tahun 1992.

''Oleh kerana perlu membuat perancangan untuk menganjurkan majlis ini, kita hanya boleh melakukan majlis penyatuan keluarga ini setahun sekali sempena hari raya," katanya.

Katanya, pada tahun ini pihaknya membuat perancangan sebelum ketibaan bulan Ramadan lagi.

''Kita menjemput saudara mara dan sahabat handai melalui e-mel serta jemputan biasa untuk memastikan mereka hadir ke majlis ini," katanya.

Katanya, bagi memastikan majlis itu berjalan lancar, sebuah jawatankuasa turut ditubuhkan yang diketuai oleh salah seorang cucu Dukut, Mukhtar Mahmud.

Dukut berasal dari Sumatera dan berpindah ke Chemor, Ipoh ketika berusia 18 tahun pada tahun 1880-an.

Ketika berada di sini, Dukut berkahwin dengan Halijah Imam Awang, anak kepada tokoh agama Kelantan, Imam Awang.

Dukut meninggal dunia pada tahun 1940-an tetapi cucu-cucunya dan sanak saudaranya terus mengingatinya sehingga kini.

*Keluargaku yang tercinta, harap dapat terus bersatu dan terus maju untuk bangsa dan agama.

** Lihat Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star 3/10/2008.

*** Utusan Malaysia

Sunday, September 28, 2008

Pengertian Maaf.

Assalamualaikum Warahmatullah.

1 Syawal adalah hari yang paling ditunggu oleh semua manusia yang beragama Islam di dunia. Pada hari inilah semua umat Islam di dunia meraikan Aidilfitri yang mulia. Pada hari inilah semua umat Islam bermaaf-maafan sesama sendiri. Tetapi tahukah mereka apa itu pengertian 'MAAF' ?

Surah Al Imran, 134-136, yang bermaksud : “Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang membuat perkara-perkara yang baik.”


Maaf tidak lain dan tidak bukan adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Dengan bermaafan, kita dapat menghindari segala sifat dendam di dalam hati. Tetapi tidak ramai orang yang bermaafan kemudian berbaik-baik seterusnya. Mereka hanya bermaafan, tetapi masih mempunyai sifat dendam dan benci didalam hati mereka.


Surah Al A’raaf, 199, yang bermaksud : “Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. “


Jadi disini dapat disimpulkan, mereka yang tidak memaafkan sesama mereka seperti yang sepatutnya adalah orang yang rugi. Ini kerana mereka akan kekurangan kawan dan memutuskan rahmat dari Allah kerana mereka memutuskan silaturahim antara mereka. Jadi mereka yang bukan pemaaf hendaklah dijauhkan diri kerana mereka ini adalah orang-orang yang bodoh dan rugi.

Pengertian memaafkan :-

1)Anda melupakan hasrat membenci mereka.

2)Anda membatalkan hasrat untuk membalas dendam.

3)Anda membatalkan hasrat menghukum mereka.

4)Anda membatalkan untuk menyimpan dendam.


Inilah pengertian maaf yang sebenarnya. Jadi tanyalah diri sendiri, adalah kita ini seorang yang pemaaf? dan adakah maaf yang kita ucapkan itu adalah maaf yang dituntut? adakah ianya maaf yang sebenarnya? Jika tidak, perbaikilah diri kita sendiri dan muhasabahlah diri sendiri, adakah kita ini lebih baik dari orang lain sehinggakan kita ini tidak dapat memafkan orang lain? hebatkah kita? Sempurnakah kita? Tepuk dada, tanyalah iman.


Wassalam.