NuffNang

Nuffnang

Translate

Friday, February 13, 2009

Perjalanan.

Perjalanan.


Jalan….kenapa aku berjalan….

Saban hari aku berjalan mencari sesuatu…

Dalam berjalan, aku memerhatikan gelagat manusia

Dalam berjalan aku mempelajari gelagat tabiat manusia

Aku fikirkan aku yang lalai dan leka

Rupa-rupanya mereka lebih lalai dan leka dari aku

Jalan….kenapa aku berjalan…

Dahulu aku berjalan tanpa tujuan yang pasti…

Sekarang aku berjalan dengan matlamat dan harapan

Aku dikejutkan dengan kondisi yang selama ini aku rasakan selesa

Rupa-rupanya ianya hanyalah tipu daya dan kehancuran belaka

Mereka tidak sedar akan kehancuran yang bakal menjelma

Mereka tidak sedar yang sedikit demi sedikit mereka terheret

Ke dalam lembah kebinasaan atas sebab tangan mereka sendiri

Jalan…..kenapa aku berjalan….

Dalam suasana kegelapan yang menyelubungi diri mereka

Mereka alpa dan terus leka, menolak kebenaran dan mendakap kebatilan

Bangsa yang dulu megah dan berkuasa, rupanya hanyalah seketika

Mereka terjerat dalam alunan kebinasaan mereka sendiri

Mereka binasa dalam jerat yang mereka bina tanpa sedar

Jalan….kenapa aku berjalan….

Dahulu aku sentiasa bersinar bak artis

Sekarang aku pula yang menyinari mereka yang dalam kegelapan

Menarik mereka yang hanyut ke tepian

Memberikan mereka nyawa baru yang lebih baik

Yang telah lama ada tetapi mereka tidak menyedarinya

Jalan….kenapa aku masih lagi berjalan…

Walaupun letih dan di uji dengan bermacam ujian

Tapi aku tetap tidak mengalah dan lesu

Biar bermacam halangan, aku tetap akan berjalan

Berjalan untuk satu tujuan…

Berjalan untuk satu matlamat…

Iaitu menyedarkan minda yang tidur

Bangun untuk berjalan bersama aku.

Monday, February 9, 2009

Harapan Bayang-Bayang

Sejenak aku terpinga memerhatikan gelagat manusia,
Seolah mencari sesuatu....tetapi, apa dia?
Apa yang mereka cari?

Sejenak aku terpinga memerhatikan gelagat manusia,
Seolah tiada penghujung....tiada penyudah,
Kemana mereka tuju?

Tapi yang pasti mereka semua pasti mempunyai sesuatu,
Mempunyai cita-cita, impian dan harapan,
Aku?......hanya bayang-bayang harapan sahaja...

Suatu ketika dulu, aku pernah mempunyai cita-cita,
Suatu ketika dulu, aku pernah mempunyai impian,
Suatu ketika dulu, aku pernah mempunyai harapan,
dan suatu ketika dulu, aku pernah mempunyai angan-angan....

Aku dulu pernah naik mencapai awan,
Tapi kini aku hanya memerhatikan awan,
Cinta dan cita yang dulu aku dakap,
Kini terlepas dari dakapan....

Kaki yang dulu laju melangkah bagaikan berirama,
Kini layu lesu tak bermaya...
Tarian yang dulunya berpasangan,
Kini aku menari berseorangan.

Masihkah ada lagi sinar untuk aku,
Masihkah ada lagi cinta untuk aku,
Masihkah ada lagi harapan untuk aku,
Untuk aku bahagia dan berdiri kembali.