NuffNang

Nuffnang

Translate

Sunday, April 20, 2008

Selamat Tinggal Silamku.


Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa

Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku.

Thursday, April 17, 2008

Bila Tuhan Tak Ditakuti.

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Ia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan ke mana mahu pergi

Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengota
Mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersih agama dari noda
Yang sebenarnya berlakon di depan manusia
Bukan hidup realitinya

Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri terdedah aurat setiap hari
Perbualan setiap hari
Tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri nafsi-nafsi
Kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji

Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah
Kesesatan dalam beragama
Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Jasa-jasa disebut berulang-ulang kali
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Menipu diri tak disedari

Tak kurang juga ada di kalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur
Jiwa mereka derita
Tak kurang juga yang bunuh diri

Wednesday, April 16, 2008

Peranan Sembahyang.

Lima waktu sehari semalam
Tuhan disembah, dipuja, dipuji, dibesarkan dan munajat meminta
Agar hati yang lalai terbangun semula
Supaya rasa bertuhan dan rasa kehambaan akan terus hidup membara

Sembahyang lima waktu
Adalah rahmat Tuhan kepada hamba-Nya
Agar manusia tidak terus lalai
Dengan sembahyang sedar semula

Rasa Bertuhan dan rasa kehambaan
Itulah yang mengawal manusia
Daripada melakukan kejahatan dan kederhakaan
Dari berlalai-lalai dan membuat dosa dan durjana

Oleh itu hayatilah sembahyang, jangan sekadar sembahyang
Sembahyang sahaja tidak menghidupkan jiwa
Menghayati sembahyang menghidupkan jiwa yang buta
Inilah dia hikmahnya menghayati sembahyang

Kelalaian tidak sampai mematikan jiwa
Bila sembahyang didirikan ketika tiba masanya
Bersembahyang itu akan tertanam di dalam jiwa
Rohnya itulah yang akan dibawa kemana-mana

Tuesday, April 15, 2008

Luruskan Hatiku Tuhan.

Ya.. Allah dengan berkat Nabi-Mu dan berkat guruku
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agar ku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agar ku tak tergugat
Dengan ujian yang menimpa

Ya.. Allah, Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar masmumahku
Tidak merosakkan agamaku
Dan juga tidak merosakkan kehidupan orang lain

Wahai Tuhan yang membolak - balikkan hati kuatkanlah hatiku
Agar keyakinanku tak berobah
Supaya aku sentiasa tabah

Tuhan, Engkau resapkanlah hatiku
Sentiasa bersama-Mu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agar aku tak rasa sepi di dalam hidupku

Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhan-Mu

Ya... Allah, Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar seluruh hidupku menjadi baik
Supaya tidak khianat, dan tidak hasat dan tidak berdendam sesama manusia

Tuhan, limpahkan kedalam hatiku
Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat
Agar lahir batinku menjadi taat
Tuhan aku harap Engkau kabulkanlah doaku ini

Saturday, April 5, 2008

Puisi Untuk Yang Memahami.

Terima Kasih
(Untuk dia yang telah sudi menjadi pantai lautku)

Aku lautan luas,
Engkau pantai sempadan penggaris daerah ku,
Memagar aku dalam ruang lingkup hayat ku,
Setia tabah adalah milik mu,
Jadi hadiah setiap kehadiran ku,
Jadi perisai setiap ketiadaan ku,
Ingin memetik kejora tujuh warna,
Jadi hantaran ku semat ke dada mu,
Tapi aku terpenjara dalam bentuk ku,
Lalu karangan isi ku sebagai pengganti,

Maafkan aku pantai,
Kerana tengkujuh adalah sebahagian daripada aku,
Tidak bertimbang rasa,
Tidak pernah adil,
Aku keindahan yang membunuh peraih rezeki,
Menggantung harap pada ku,
Menghempas melukai persisiran perasaan mu,
Menghakis mengubah bentuk jadi mu,
Aku pecah terluka setiap kali melukakan mu,

Terima kasih pantai,
Kerana memahami laut,
Kerana setia di sisi,
Izinkan laut selalu di sisimu...

Aku Cinta Pada Mu Sayang.

Tuesday, April 1, 2008

Dari Meja Editor.

Assalamualaikum wbt.

Bissmillahirrahmanirrahim....
Sebelum aku memulakan apa-apa juga posting dalam blog aku nie, aku nak memperkenalkan diri aku dulu secara ringkas. Nickname aku ialah darah_satria, umur 28 dan berasal dari Perak. Nama sebenar dan tempat tinggal aku tak boleh di beritahu atas sebab-sebab peribadi dan keselamatan. Aku sebenarnya dah lama tak bergiat aktif didalam bidang penulisan blog ini. Bidang penulisan blog ini memang dah menjadi minat aku sejak dari tahun 1995 lagi. Tetapi atas sebab peribadi dan banyak hati yang aku nak jaga, aku terpaksa memadamkan niat aku untuk bergiat aktif dalam bidang ini pada tahun 2000. Kepada semua pembaca blog aku ini, aku ingin mengucapkan selamat membaca dan korang semua boleh memberikan komen dan pendapat dalam setiap penulisan aku ini. Isi kandungan blog aku ini ialah am, jiwang, nasihat dan yang paling penting sekali ialah perihal Agama Islam. Akan ada versi dari Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Selain dari itu tujuan utama blog ini adalah untuk aku meluahkan pendapat aku mengenai dunia sekarang ni yang semakin sakit dan rosak. Perihal remaja yang terlajak, pasal orang yang sesat dan juga mengenai kerajaan kita yang semakin tenat dan terbalik. Dengan pengetahuan aku yang cetek ini, aku cuba untuk berkongsi pendapat dan pandangan. Jadi kalau ada yang salah dan silap, tolonglah tegur supaya akidah aku terjaga. Tidak ada niat untuk menyinggung perasaan sesiapa, tapi jika ada yang terasa tu maknanya orang tu kena la fikir sendiri, betul ke idak apa yang aku tuliskan dalam blog ini. Allah bagi akal dan akal letaknya di kepala. Jangan la letak akal korang kat kepala lutut dan tapak kaki, sebab jika jadi begitu, maka korang ni adalah tergolong dalam golongan yang rugi, bodoh, bebal dan zalim. So, aku nak ucapkan minta maaf terlebih dahulu jika ada diantara hasil penulisan aku ini mengganggu ketenteraman peribadi korang. Aku tiada niat untuk berbuat demikian, dan segala penulisan didalam blog ini adalah untuk pengetahuan am dan untuk kesedaran. Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup atau yang sudah pergi.

Wassalam....