NuffNang

Nuffnang

Translate

Friday, June 14, 2013

Cara pelajar ‘dop-out’ berucap. Orang boleh percaya ke?





Tahu tak siapa mamat ni? Siapa tak kenal dengan mamat ni kan? Dengan sikat rambut belah tepi dia tu, nampak macam baik. Tapi siapa sangka dia ni mempunyai cerita yang tersendiri. Skandal bini orang, skandal tabung memali, kisah komunis. Walaupun takder apa-apa tindakan dari beliau nak menafikan perkara ni, tapi kita tahu Allah tahu dan orang yang paling rapat dengan dia pun tahu. Dia ni kalau berucap memang bagus. Aku paling suka dengar dia ni berucap kat public. Sebab apa? Sebabnya habis semua penyokong dia percaya dengan penipuan dia ni. Cara dia berucap pun macam orang baru nak habis sekolah. Pengisian kosong! Takde yang membangunkan minda! Macam budak-budak! Yang paling mengherankan saya adalah, bagaimana orang boleh percaya dengan kata-kata dia ni? Adakah yang percaya ini mempunyai IQ yang rendah? Atau adakah mereka ini suka mendengar dia ni berucap umpama badut sarkas? Ataupun mereka ini disuruh percaya apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka tanpa banyak soal? 

Walau apa pun, saya memang suka melihat cara mat sabu ni berucap. Boleh masuk program maharaja lawak mega rasanya mat sabu ni. Lagi satu yang saya suka apabila dia ni berucap ialah dia suka suruh rakyat bangkit dan menentang kerajaan. Sikit-sikit suruh rakyat bangkit dan menentang kerajaan. Apa kejadahnya dia nak suruh orang menentang kerajaan ni? Takkan la pasal isu yang kecil-kecil ni nak suruh gulingkan kerajaan? Yang menentangnya adalah rakyat, yang dapat pangkat, duit dan hidup senangnya adalah dia je. Lepas tu jadilah macam khairie Othman, dibuang macam tu je macam sampah. Lepas tu dia plak tindas dan rampas bini orang untuk dia….alamak….terlebih dah ni.

Umum sudah mengetahui dia ni macam mana, kes hina polis dia pun belum selesai lagi. Yang orang tua-tua yang pernah derita di zaman komunis ni memang menentang mat sabu ni, tapi yang muda-muda ni yang tak tahu apa pun terus sokong plak. Nampak sangat la golongan muda PR ni dah kena bodoh dengan mat sabu ni. Dah la pelajar yang dibuang oleh UiTM, nak harapkan SPM je la dia ni. SPM pun bukan bagus sangat, lepas tu ramai plak yang dengar dia ni bercakap, sama la taraf IQ korang dengan mat sabu ni. Bodoh dia 2 tiang, bodoh korang pun 2 tiang jugak. Lepas tu bini korang plak dia rembat……alamak…..dah terkeluar lagi sekali plak.

Apa punya manusia la yang sokong orang macam ni. Dah la bodoh, rembat bini kawan baik sendiri plak tu. Lepas tu dia dah ludah anwar dulu, anwar pun dah ludah dia balik, sekarang dedua jilat ludah masing-masing. Lepas tu dia kasi penyokong dia plak yang jilat ludah depa. Apa? Ada yang tak puas hati? Lantak korang la, korang punya pendirian yang nak percaya orang bodoh macam ni, aku cakap benda yang betul. Cuba korang bersihkan kepala otak korang tu dulu, dapatkan pendapat dari orang kedua, lepas tu korang dengar la balik ucapan mat sabu tu. Mesti korang nyesal sebab korang sebenarnya dah kena bodoh!! Kalau tak caya, buatlah sendiri.

Thursday, June 13, 2013

Dong Zong = DAP - Persatuan rasis tak sedar diri.

PRU13 dah lama berakhir, tapi macam biasalah...rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Dengan demonstrasi 'Blackout 505' laa, dengan tuduhan pengundi Bangladesh la....dengan macam-macam lagi suara-suara sumbang yang masih lagi berbunyi. Dalam banyak-banyak suara tersebut, ada satu suara yang paling menarik perhatian saya iaitu 'Chinese Tsunami'. Saya tidak melabelkan satu suara ini sebagai suara sumbang kerana pada pendapat saya, ianya adalah satu kenyataan yang perlu kita akui. Bak kata Menteri Belia dan Sukan yang baru, YB Khairy Jamaluddin, itu adalah hak mereka dan kita mesti memandang ke hadapan untuk menuju proses transformasi yang berjaya. Itu kata-kata dia dan saya hormat kata-kata beliau. Tetapi sedikit sebanyak kita perlu juga akui yang kita telah tertipu dengan 'kemesraan' kaum cina ini. Maksud saya ialah, mereka masih lagi tidak mahu menjadi rakyat Malaysia dengan sepenuhnya.

Khairy Jamaluddin

Kita tidak boleh salahkan kaum cina 100%. Pada pendapat saya, semua ini tidak akan terjadi jika kerajaan membataskan kuasa dan pengaruh persatuan-persatuan rasis yang mewakili kaum cina ini. Persatuan seperti Dong Zong yang amat lantang bersuara ketika ini merupakan punca kenapa kaum cina tidak boleh menjadi rakyat Malaysia sepenuhnya.

Dong Zong
Mereka menggunakan isu bahasa dan budaya mereka untuk mendapat simpati dari kaum cina lain yang sudah bersedia untuk menjadi rakyat Malaysia secara total. Apa yang mereka lakukan ini sama dengan apa yang diperjuangkan oleh parti komunis DAP. Paling memilukan lagi adalah mereka ini dibantu oleh orang melayu tak sedar diri.

Sepatutnya persatuan dan pertubuhan politik rasis seperti ini tidak perlu diluluskan oleh ROS. Cukup-cukuplah dengan apa yang dah ada ini. ROS di bawah Dato' Abdul Rahman Bin Othman perlu lebih tegas dan lebih memahami keadaan semasa negara. Saya tahu Dato' merupakan orang yang kuat agama dan berpegang pada pendirian. Ini mengikut kata-kata staff Dato' sendiri. Tapi Dato' perlu akui yang kadang-kala pendirian kita juga ada salahnya dan perlu mengikut senario semasa untuk lebih releven. Ini saya katakan mengikut konteks pendirian kenegaraan. Jangan plak ada orang yang spin bukan-bukan.

Kementerian Pendidikan pula perlu lebih tegas dalam menangani isu yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan rasis ini. Perlu diingat yang mereka ini boleh dikatakan sebagai proksi kepada DAP sama ada secara langsung atau tidak langsung. Apa sahaja yang mereka minta, sama sahaja dengan apa yang DAP minta. Sedikit demi sedikit mereka minta dan sedikit demi sedikit hak orang melayu terhakis.

Selain dari itu, penasihat kepada PM juga perlu dipecat kerana hanya memberikan gambaran yang baik-baik sahaja kepada PM. Sepatutnya PM perlu dibukakan senario yang sebenar, bukan dongeng! Inilah yang terjadi pada masa sekarang dan ini yang kita perlu tanggung. BTN perlu dirombak kerana tidak menjalankan tugas dengan sepatutnya. Tugas BTN adalah untuk menyatukan semua kaum di negara ini, bukan duduk diam dan beri nasihat ntah apa2 pada PM.

Pada pemerintahan Tun Mahathir dahulu, sekolah-sekolah vernakular ini hampir-hampir ditutup kerana Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris tersebut. Pada saya, program ini adalah satu program serampang dua mata yang dilaksanakan oleh Tun M dalam usaha untuk menaikkan taraf pendidikan di Malaysia dan juga usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia. Ini kerana pada masa itu, di sekolah vernakular telah kekurangan pendidik yang mampu mengajar matapelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris. Jadi mereka terpaksa masuk ke sekolah kebangsaan untuk mendapatkan ilmu tersebut. Ini merupakan cara yang paling berkesan dan paling halus yang pernah saya lihat. Tetapi ada makhluk perosak yang berselindung di bawah nama pejuang bahasa dan sasterawan negara, merosakkan usaha perpaduan ini.

Mungkin mereka ini tidak pandai Bahasa Inggeris, sebab itulah mereka membantah usaha tersebut. Tak tahu lah....tapi bagi saya, mereka ini adalah pembangkang yang hendak merosakkan usaha murni kerajaan dan menjadikan rakyat Malaysia bodoh. Jadi, mereka yang bodoh ini pun menyokong dengan laungan takbir. Selepas laungan takbir tersebut, hancur musnahlah melayu dan Islam.

Kesimpulannya adalah, kerajaan mesti menggunakan segala akta dan undang-undang untuk mengekang kerakusan kuasa rasis yang ada pada persatuan rasis dan DAP ini. ISA mesti diwujudkan semula dan pelajaran sejarah mesti dirombak dan dijadikan matapelajaran wajib lulus oleh semua sekolah. Silibus seperti 13 Mei, kenegaraan, sejarah negara dan kontrak sosial perlu di tekankan agar kita semua tahu betapa susahnya kita hendak mencapai kemerdekaan dan keamanan yang ada sekarang. Betapa susahnya pejuang-pejuang terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan negara kita dan bertolak ansur dengan semua kaum agar kita dapat memerdekan negara kita ini. Peliharalah keamanan negara kita ini.