NuffNang

Nuffnang

Translate


Sunday, November 15, 2009

PEKIDA Pertubuhan samseng?

Assalamualaikum...

'Amar Makruf Nahyil Mungkar'

Slogan atau moto yang saya berikan di atas merupakan satu ungkapan sinonim yang menjadi teras kepada penubuhan dan perjuangan ahli-ahli Pekida. Tetapi sejauh manakah ungkapan ini menjadi teras ahli pertubuhan ini yang semakin lama semakin buruk namanya di mata masyarakat kita? Adakah masih lagi releven ungkapan ini diucapkan sedangkan ahli pertubuhan ini tidak lagi mengamalkannya? Tajuk penulisan saya pada kali ini merupakan sambungan kepada penulisan saya yang bertajuk 'PEKIDA...apa itu?' pada tarikh 29.07.2009 yang lalu. Saya ingatkan dengan penubuhan pasukan R&D Pekida akan dapat memutihkan kembali nama pertubuhan tersebut. Tetapi sangkaan saya ternyata silap kerana kerosakkan yang ditaja oleh ahli pertubuhan ini semakin banyak dan semakin menjadi-jadi.

Mari kita lihat serba sedikit perlembagaan PEKIDA Malaysia ini :-

FASAL

  1. TUJUAN/ MATLAMAT:

2.1 Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.

2.2 Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

2.3 Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.

2.4 Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.

2.5 Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.

2.6 Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.


Dari apa yang kita dapat lihat, ini adalah fasal 2 perlembagaan mereka terhadap Malaysia. Persoalannya sekarang ialah, adakah perlembagaan ini betul-betul mereka ikuti dan taati? Pada saya, tidak ada satu pun perlembagaan mereka ini di ikuti dengan sepenuhnya. Boleh dikatakan jika ada 100 orang ahli Pekida, hanya 5 atau 6 orang sahaja yang betul-betul menghayati dan mentaati perlembagaan ini, itu pun dari golongan 'orang lama' pertubuhan ini. Pada perengaan 2.1 sahaja sudah cukup kita huraikan, lebih banyak kerosakkan dan ke ingkaran yang dilakukan. Sebut apa sahaja kesalahan seperti minum arak, berjudi, peras ugut, pergaduhan, pelacuran, rasuah dan lain-lain kesalahan, ahli-ahli pertubuhan ini sudah pasti ada yang terlibat.

Didalam Fasal 3 perlembagaan mereka ada juga disebutkan mengenai cara-cara keahlian Pekida itu dipilih, iaitu :-

3.1 KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA:

Keahlian terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan Warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam.

Jika ini adalah yang menjadi syarat utama untuk seseorang itu menjadi ahli Pekida, kenapa saya lihat banyak ahli Pekida ini tidak ada satu pun yang patuh kepada ajaran Islam, dipilih menjadi ahli pekida? Kebanyakkan dari ahli Pekida ini direkrut berdasarkan kepada kekuatan mereka bergaduh, kaya, dan pengaruh mereka di sesebuah kawasan. Ini kerana, ia boleh menjamin keselamatan mereka jika ada yang dipukul oleh orang lain. Saya tidak mengatakan ianya bagus, bagi saya ianya adalah salah sama sekali dan seolah-olah untuk merekrut kongsi gelap dan memeras duit ahli bawahan yang lain.

Saya pernah memberi beberapa e-mail kepada R&D Pekida ini untuk bertanyakan kepada beberapa soalan. Tetapi apa yang saya dapat adalah jawapan dari e-mail ganerated dan jawapannya adalah sama. Jika benar R&D Pekida ini betul-betul serius untuk membersihkan kembali nama Pekida, mengapa masih ramai yang masih mengaku mereka ahli pertubuhan itu dan mengaku menjaga sesebuah kawasan atas nama pertubuhan itu. Mereka juga memukul dan memeras orang melayu yang sepatutnya mereka lindungi! Jijik sungguh saya apabila mendengar nama Pekida disebut. Saya rasa bukan saya sahaja yang menyampah dengan nama Pekida itu, malah ramai lagi yang menyampah dan jijik.

Saya ada menghubungi pegawai ROS mengenai pertubuhan ini, jawapan mereka ialah mereka juga banyak menerima aduan dan cadangan supaya pertubuhan Pekida ini diharamkan!! Untuk apakah taat kepada YDP Agong jika ahlinya tidak tahu asal-usul pertubuhan, tidak tahu apa itu Al-Quran dan yang paling menyedihkan ialah tidak tahu tujuan sebenar penubuhan Pekida ini. Apa yang mereka tahu ialah, apabila mereka diusik atau dipukul, akan ada yang melindungi mereka walaupun yang memukul mereka adalah keluarga kandung mereka sendiri!! Tidakkah itu satu tindakan yang kurang ajar!?

Buat para pembaca sekalian, sebenarnya bukan semua ahli Pekida ini 'sesat'. Ada juga yang masih memegang kepada ajaran asal penubuhan Pekida ini. Tetapi saya bersimpati kepada mereka kerana penglibatan mereka dan niat mereka yang suci itu ibarat 'hidup segan mati tak mahu'. Suara mereka tidak dipedulikan dan segala teguran mereka hanyalah seperti 'anjing menyalak bukit'. Mengikut ROS lagi, sudah banyak cawangan Pekida telah ditutup dan jika mereka masih lagi bergerak, mereka bergerak secara haram. Secara tidak langsung, mereka adalah ahli pertubuhan haram. Tetapi mengapa mereka masih boleh bergerak? Ini kerana ahli Pekida ini ada juga yang dikalangan polis yang sepatutnya menjaga keselamatan awam. Tetapi polis-polis yang terlibat dengan Pekida ini tidak menjalankan tugas yang sepatutnya apabila ianya melibatkan 'adik' atau 'abang long' mereka sendiri.

Buat para pembaca sekalian, saya ingin menasihati kepada anda semua supaya menjauhkan diri daripada pertubuhan ini. Jika kita mahukan keselamatan, apa guna anggota polis? Jika kita mahukan kawan, apa gunanya kawan-kawan disekeliling kita? Nasihatilah kawan-kawan kita yang sudah menjadi ahli Pekida ini supaya menarik diri dari pertubuhan 'sesat' ini. Ada banyak lagi pertubuhan yang boleh kita sertai jika kita ingin membantu orang melayu dan berbuat kebajikan. Tetapi hendaklah kita berjaga-jaga juga, kerana sudah banyak pertubuhan yang ditubuhkan oleh ahli Pekida itu sendiri mengikut agenda masing-masing. Wahai ahli Pekida, kembalilah kepada perjuangan asal kamu. Janganlah menggunakan nama 'Pak Lah' sebagai kebanggaan kamu. Saya pasti, Pak Lah juga malu kerana menjadi penaung kepada pertubuhan ini. Ingatlah, tiada satu pun yang akan terlepas dari siksaan api neraka jahannam kerana menggunakan dan berselindung dengan nama Islam, tetapi melakukan banyak kemungkaran. Sesungguhnya Allah tahu apa yang kamu semua lakukan. Takutlah kepada Allah atau janganlah gunakan nama Islam lagi, kerana ianya amat memalukan dan andalah yang memburukkan lagi nama Pekida.

Wassalam.

2 comments:

  1. Tahniah kerana mempunyai pandangan yang sama terhadap pertubuhan ini. HArap saudara dapat bongkarkan lagi latar belakang dan dalang di sebalik Pekida RnD. Penggunaan nama pertubuhan secara sesuka hari, dengan amalan mentafsir Al Quran melalui Quran terjemaah dengan aidea2nya sendiri telah mengotorkan pengikut2nya. Dalang ini kononnya seorang Doktor yang memanipulasikan pemuda2 dan seterusnya pemuda2 ini telah meninggalkan RnD Sg Ramal. HArap saudara dpt dedahkan segalanya. InsyaAllah apa yg dapat saya bantu, saya bantu dengan ikhlas.

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.