NuffNang

Nuffnang

Translate

Friday, November 6, 2009

Tanggungjawab seorang pemimpin kepada orang bawahan.

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya hendak bercerita tentang kejadian semalam yang telah menimpa sahabat-sahabat saya. Sebenarnya saya tidak mahu mencampuri hal ini, tetapi kejadian ini telah terjadi di depan mata saya, jadi untuk tidak memperdulikan hal ini merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya. Dari apa yang mereka ceritakan kepada saya, seolah-olah mereka semua tertindas. Mereka diugut dengan periuk nasi mereka sendiri dan dipaksa untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan mereka. Patutkah seorang pemimpin mengugut pekerja bawahan mereka dengan periuk nasi mereka sendiri untuk kepentingan orang atasan itu sendiri? Pada hal, semua perkara yang dituduh kepada mereka adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ditambah lagi dengan sikap batu api dan belagak pihak yang lain, pihak yang dituduh menjadi buntu dan tidak boleh mempertahankan diri mereka lagi.

Berdasarkan kepada cerita diatas tadi, jelaslah ada kesilapan kepada pemimpin tersebut. Seorang pemimpin sepatutnya tahu dan mengambil berat tentang apa yang terjadi kepada orang bawahan. Bukannya melemparkan tuduhan yang tidak masuk akal, berat sebelah dan terus menjatuhkan hukuman kepada orang bawahan. Lebih teruk lagi, bolehkah seorang pemimpin menggunakan periuk nasi orang bawahan itu sendiri sebagai senjata untuk mengugut orang bawahan itu? Sikap yang zalim seperti itu boleh digambarkan seperti sikap firaun!! Sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud :-

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kaum muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.”

Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi



Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”


Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


Dari dua hadis ini, cukuplah untuk menggambarkan betapa bencinya Allah dan Nabi Muhammad s.a.w kepada golongan pemimpin yang mementingkan diri dan tidak menjalankan kewajipan mereka sebagai pemimpin. Jikalau Allah sudah membenci, apa gunanya amal ibadah seseorang pemimpin itu? Jika Nabi Muhammad s.a.w telah membenci, siapakah yang akan memberi pertolongan di hari kemudian itu nanti? Kepada pemimpin-pemimpin yang zalim dan tidak bertanggungjawab, mesej ini adalah untuk anda semua. Sedarlah dan bertaubatlah segera sebelum terlambat. Kepada orang-orang yang tertindas pula, berhijrahlah anda semua ke sesuatu tempat yang lebih baik. Lakukanlah sesuatu agar nasib anda semua terbela sehingga ke anak cucu.


Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri, (kepada mereka) malaikat bertanya : "Dalam keadaan bagaimana kamu ini?." Mereka menjawab: "Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah)." Para malaikat berkata: "Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu?." Orang-orang itu tempatnya neraka Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali,

Surah An Nisaa', ayat 97.

Wassalam.

2 comments:

  1. and i dedicate my middle finger to politics in working environment!

    ReplyDelete

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.