NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, November 30, 2009

Belajar menerima kenyataan. (Vol.1)

Assalamualaikum Wbt.

Kepada para sidang pembaca yang budiman sekalian. Hari ini saya hendak bercerita sedikit tentang menerima kenyataan atau pun Qada' dan Qadar dari Allah Swt. Ini adalah sesuatu yang seringkali terjadi pada kita. Ada juga kata bijak pandai yang mengatakan "Berpijaklah pada dunia yang nyata walaupun kenyataan itu pahit." Tetapi berapa ramaikah yang berani hendak menghadapi kenyataan. Kadang-kala kita sering terbaca tentang permasalahan cinta yang si kekasih tidak dapat melupakan kekasih lama yang telah meninggalkannya. Ini adalah sesuatu yang sukar untuk diterima dan saya akui saya juga ada mengalami situasi yang sama. Jadi mari kita bercerita mengenai menerima kenyataan kegagalan dalam bercinta.

Pada sesetengah orang apabila cinta terputus di tengah-tengah jalan, mereka akan memulangkan semula barang-barang yang pernah menjadi kenangan bersama ataupun membuang atau 'mendelete' gambar bekas kekasih mereka. Ada juga yang masih menyimpan harapan agar kasih bertaut kembali dan ada juga yang menjadi pendendam. Tetapi ada juga yang terkilan kerana tidak dapat mengembalikan kekasih lamanya ke jalan yang lurus. Ini adalah apa yang terjadi pada saya sendiri. Pada suatu ketika dahulu, saya ini boleh dikatakan sebagai seorang yang ingkar dan tegar pada agama Islam. Kami sama-sama juga boleh dikatakan pernah menjalani hidup seperti seorang yahudi. Tetapi apabila saya menemui hidayah, ingin rasanya saya membawa bersama kekasih saya untuk kembali ke pangkal jalan. Bermaca cara yang telah saya gunakan, tetapi akhirnya saya redha yang bukan saya yang akan membawanya ke pangkal jalan.

Apa yang ingin saya jelaskan disini ialah, tidak semua yang kita inginkan itu akan menjadi kenyataan. Kadang-kala apa yang kita buat tidak semuanya difahami oleh orang lain, terutama sekali orang yang kita kasihi. Betapa sukarnya untuk kita membuat orang lain faham dengan cara kita. Tetapi apa yang boleh kita harapkan ialah yang orang yang kita kasihi itu akan faham juga suatu hari nanti. Bila? Itu kita tidak tahu, yang penting ialah kita berusaha dan yang selebihnya barulah kita serahkan kepada Qada' dan Qadar. Perlu diingat wahai sidang pembaca, tidak semua yang kita lakukan itu akan difahami dengan segera oleh orang lain. Sebagai contoh, semasa Tun Mahathir cuba membina Putrajaya yang pada mulanya di bangkang oleh sebilangan besar pihak yang menganggap ianya adalah satu pembaziran. Tetapi masa telah merubah segalanya termasuklah tanggapan orang yang pada mulanya menentang Tun Mahathir. Jadi, belajarlah menerima kenyataan dan janganlah berhenti berharap.

Kesimpulannya ialah, apa yang dapat saya pelajari sekarang ialah tidak semua kenangan silam yang kita simpan itu dengan sebab yang tersendiri dapat difahami oleh orang lain. Jadi, berpeganglah kepada pendirian walaupun ianya akan merubah corak hidup kita suatu hari nanti. Kerana dari pengalaman yang lepas itulah yang akan mendewasakan kita.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.