NuffNang

Nuffnang

Translate


Tuesday, November 24, 2009

Ikhlas ke tak ni?

Assalamualaikum semua.

Hari ini saya hendak bercerita tentang keikhlasan. Di mana setiap dari kita pasti akan menyebut tentangnya. Ada juga yang menggunakan subjek 'keikhlasan' ini untuk meraih simpati, ada juga yang menggunakannya sebagai umpan untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri. Yang menyebabkan hati saya terdetik untuk menulis pada hari ini kerana sikap sesetengah manusia yang sering menggunakan rezeki sebagai senjata ugutan kepada orang lain. Yang menyedihkan lagi ialah orang itu bertaraf pemimpin! Belum lagi pemimpin untuk sesebuah negara, baru pemimpin bahagian sahaja, tapi dah seperti 'adat gajah terdorong'. Sering menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri. Beliau yang dimaksudkan ini adalah salah seorang pemimpin di sebuah agensi yang terkemuka negara kita. Tetapi lagak mengalahkan pemimpin dunia yang termahsyur. Bukan apa, perkara sebegini sudah terjadi sebanyak 3 kali. Ianya tidak sepatutnya dijadikan ungkitan atau ugutan semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu sendiri! Dalam artikel saya yang lepas, saya ada menulis mengenai perkara ini. Alangkah bagusnya jika orang-orang seperti ini dapat membaca artikel saya ini. Tetapi biasalah, artikel atau web atau apa saja yang berunsurkan 'Islamik' ini ramai yang malas nak membaca. Sebab apa? sebab semua dah tahu, tapi malas nak amik tahu. Pada hal, ini sekadar peringatan dan teguran sahaja. Dah bagus sangat ke diri tu sampai tidak boleh ditegur? Dah confirm syurga ke diri tu?

Sabda Rasulullah SAW :-

"Manusia paling utama disisi Allah pada hari kiamat ialah pemimpin yang adil lagi lemah lembut. Sedang hamba Allah yang paling buruk pada hari kiamat ialah pemimpin yang menyeleweng (aniaya) lagi rosak akalnya."

(Riwayat Tabrani)

Allah SWT berfirman maksudnya :-

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Al Maa'idah : 8)

Walau apa pun yang kita lakukan, kita hendak berfikir dahulu sebelum bertindak. Ini kerana, hampir 90% dari kehidupan kita, terlalu banyak perbuatan dan perkataan yang kita luahkan dan kita buat tanpa kita fikirkan apa impiklasinya kepada orang ramai dan diri kita sendiri pada masa hadapan! Terutama sekali apabila kita dipengaruhi perasaan marah atau benci. Sebab itulah Allah turunkan kepada Nabi SAW dan seterusnya kepada kita surah Al Maa'idah ayat ke-8 ini. Ayat ini menyuruh kita berlaku adil kepada sesiapa sahaja, walaupun diri kita di pengaruhi sifat-sifat syaitan.

Apa yang cuba saya sampaikan sekarang ini ialah, apabila kita sudah membuat sesuatu kebaikkan janganlah benda itu diungkit atau disebut-sebut lagi. Seperti contoh, membuat satu majlis makan-makan untuk meraikan sesuatu diantara pemimpin dan pengikut, selepas beberapa ketika, memarahi dan memaksa pengikut membuat sesuatu kerja dengan menggunakan alasan majlis makan-makan itu. Itu adalah sesuatu yang tidak patut diucapkan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin kepada pengikutnya. Kalau marah macam mana pun, janganlah diluahkan kepada pengikut bawahan itu. Selidiklah dahulu jika ada sebarang kesalahan dan bukan terus menjatuhkan hukum! Mungkin orang bawahan itu hanya mengikut arahan, dia tak fikir ke semua itu? Apa! dia ingat orang bawahan tu tak buat kerja ke!? Sebab itulah perempuan ini tak boleh memerintah. Sesiapa yang tidak setuju, berikan saya satu hujah atau dalil yang konkrit yang mengatakan perempuan ini boleh memerintah. Saya cabar sesiapa saja! Apa yang saya katakan ini semua adalah dari Al-Quran dan jangan salahkan saya. Hanya orang yang beriman sahaja yang percaya dengan Al-Quran. Jadi, kepada pemimpin-pemimpin wanita sekalian, fikirlah sendiri. Janganlah lari dari kebenaran walaupun pahit.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.