NuffNang

Nuffnang

Translate


Saturday, September 28, 2013

Sektor swasta menyalahkan kerajaan kerana isu gaji? Mengapa?

Memang ramai yang tidak puas hati dengan sektor awam ni. Sejak dari dulu memang ada kedengaran suara-suara sumbang mengenai sektor awam ni. Memang diakui sektor awam ni mempunyai beberapa keistimewaan yang sengaja di perbesarkan untuk menarik minat kerja di sektor awam. Kalau tidak diperbesarkan, mana la orang nak kerja di sektor awam ni. Dah la gaji pun sikit, kenaikkan pangkat pun susah, bonus pun sikit. Itu pun kadang kala je ada bonus tu. Kerja dah la macam-macam kena buat, tapi pangkat dan gaji macam tu la jugak. Kalau nak naik pangkat, kena la amik exam yang melecehkan dan menyusahkan.


Adakah perkara yang melibatkan gaji, cuti, bonus di sektor swasta itu wajib melibatkan kerajaan 100% ? Apabila kerajaan campur tangan didalam sektor swasta, sudah pasti akan menimbulkan kemarahan kepada sektor swasta. Bila ini berlaku, sudah pasti mereka tidak akan menambahkan pelaburan mereka di dalam negara kita. Sebenarnya, peranan kerajaan adalah sebagai pemudah cara sahaja. Soal gaji atau bonus, itu bergantung kepada syarikat itu sendiri dan bukannya kerajaan. Nampak tak? Jangan la cetek sangat fikiran tu. Sikit-sikit nak salahkan kerajaan jer.


Bila kita nak cerita pasal sektor swasta ni, ada banyak benda yang boleh dipersoalkan. Contohnya seperti sektor pengeluaran, gula contohnya. Ramai orang perlukan gula dan jika tiada gula, maka banyak produk tidak dapat dihasilkan. Keuntungan dari syarikat gula adalah 100% dan tidak pernah pun syarikat gula ini rugi. Ini dibuktikan dengan subsidi dan keperluan dan kehendak pasaran. Tetapi jika pekerja di syarikat tersebut tidak mendapat kenaikkan gaji atau bonus, mestikah kerajaan yang dipersalahkan? Bagi saya, ianya adalah salah majikan itu sendiri.

Ramai beranggapan kerajaan mempunyai peranan yang signifikan. Memang benar, kerajaan mempunyai peranan yang amat penting untuk menjadikan suasana perniagaan lebih kondusif supaya ekonomi negara lebih berdaya saing dan maju ke hadapan. Tanpa sokongan kerajaan, mana mungkin ekonomi negara melalui pelaburan langsung asing (FDI) mahupun pelaburan langsung domestik (DDI) boleh berkembang lebih pantas lagi. Namun demikian, perlu diingat, peranan kerajaan tidak boleh jauh sehingga mencampuri urusan perniagaan syarikat swasta. Apabila kerajaan dilihat terlalu mencampuri urusan perniagaan syarikat swasta, para pelabur akan mendapat isyarat seolah-olah bisnes dan ekonomi "diikat" oleh kerajaan tanpa ada kebebasan untuk membuat keputusan.
Implikasinya cukup besar sama sekali. Antaranya para pelabur akan takut melabur dalam negara tersebut. Tidak kira sama ada FDI dan DDI, kedua-dua jenis pelaburan ini akan semakin berkurangan.

Saya ni bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ekonomi, tapi ini adalah pendapat saya setelah beberapa siri kajian dan pandangan yang telah diambil kira. Impak bagi campur tangan kerajaan di dalam sektor swasta ini adalah sangatlah besar. Persoalannya sekarang adalah, adakah pekerja-pekerja swasta ini tahu? adakah mereka ini sengaja buat-buat tidak tahu? atau adakah mereka memang tidak tahu menahu langsung? Ambil contoh seperti pengambilan Esso oleh syarikat swasta yang lain. Jika kerajaan mencampuri urusan pengambil-alihan syarikat Esso tersebut, ianyakan bakal memberikan gambaran buruk kepada pelabur-pelabur lain yang melabur di negara kita. Bagi mereka, campur tangan kerajaan merupakan campur tangan politik. Bila ada campur tangan politik, bermakna ekonomi Malaysia dikawal dan diikat oleh kerajaan dan syarikat swasta tidak mempunyai kuasa penuh untuk membuat keputusan. Padahal peranan kerajaan hanyalah pemudah cara sahaja. Nampak tak? 

Jadi, janganlah diletakkan kesalahan 100% kepada kerajaan jika pekerja swasta tidak mempunyai bonus atau kenaikkan gaji. Bukannya saya hendak menyalahkan pekerja-pekerja di sektor swasta kerana memilih kerjaya tersebut. Tetapi apa yang cuba saya tunjukkan disini adalah, kesalahan tidak sepatutnya diletakkan disebelah pihak sahaja. Ini kerana kerajaan adalah sebagai pemudah cara sahaja di dalam sektor swasta. Lihatlah seperti apa yang berlaku jika kerajaan mengenakan peraturan gaji minimun bagi sektor swasta, berapa ramai pekerja yang telah kehilangan pekerjaan mereka? Itu baru sedikit campur tangan kerajaan, dah berlambak-lambak demonstrasi telah dibuat di hadapan kompleks D untuk menyerahkan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia. Bayangkanlah jika kerajaan mengamalkan dasar kuku besi dan mengawal sektor swasta sepenuhnya....adakah kita mampu melonjakkan negara kita ke tangga ke-21 daripada tangga ke-26 bagi Laporan Daya Saing Global pada tahun ini. Nampak kan?


Jadi, fikirlah semula jika hendak menyalahkan kerajaan 100% dalam hal ini. Janganlah berlaku zalim terhadap diri sendiri dan dengki kepada pekerja di sektor awam. Kita semua hendak mencari rezeki di bumi Allah ini. Mungkin rezeki anda di sektor awam dan mungkin juga di sektor swasta. Bantu membantulah di antara satu dengan yang lain dalam mencari rezeki. Saya yakin mereka yang dengki ini juga adalah dari kalangan orang Islam. Ingatlah kepada ajaran Islam dan berhentilah berdengki antara satu dengan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.