NuffNang

Nuffnang

Translate

Tuesday, April 15, 2014

Orang kita - Siri 2.0.

Orang kita ni tak boleh nak susah sikit. Bila susah sikit je mulalah nak cari salah seseorang. Bila dah dapat salahkan seseorang, dia serang habis-habisan. Padahal diri sendiri yang malas kerja dan berusaha. Semuanya nak harapkan subsidi dan benda free. Kalau boleh mereka nak kerajaan kasi duit poket setiap hari pada mereka atas alasan duit tu duit rakyat. Macam la duit tu tak digunakan untuk pembangunan negara kita. Negara kita membangun, ramai orang datang melabur, kita juga yang senang. Punya la cetek pemikiran orang kita ni...Hishhh...itulah orang kita.

Orang kita ni tak boleh berfikir jauh sikit. Kononnya taknak bersusah-payah memikirkan hal yang tidak penting. Mungkin juga orang kita ni taknak otak tu letih sebab berfikir atau mungkin sebab itu sahaja tahap kemampuan dia. Orang kita ni lebih suka orang lain yang fikirkan untuk mereka. Kerja orang kita ni pula, percaya bulat-bulat, walaupun benda tu salah. Sebab tu orang kita ni senang nak kena tipu. Dah banyak buat iklan amaran pun masih lagi ada yang teperdaya. Contohnya seperti sindiket gores dan menang dan juga panggilan telefon palsu. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka ikut-ikut orang. Apa yang orang buat, kita pun nak buat. Apa yang orang lain ada, kita pun nak ada. Kadang-kala kita lupa yang kita tidak mampu, tapi sanggup menyiksa diri untuk memenuhi kehendak nafsu. Bila kita tak dapat, mulalah nak buat kerja bodoh dengan merompak dan mencuri. Kalau tak buat kerja terkutuk tu pun, mulalah nak dengki kat orang lain. Tak cukup dengan makian, ditambah lagi dengan fitnah kononnya orang tu ambil rasuah dan lain-lain. Ermm....orang kita.

Orang kita ni tak suka kalah. Bagus kalau ada sikap macam tu. Tapi yang tak bagusnya, orang kita ni tak suka kalah dalam bercakap. Asal nak berdebat atau berkata-kata, mesti nak menang. Kadang-kala apabila diberi penerangan pun dia taknak terima sebab dia rasa dia betul. Bila dah jadi macam tu, mulalah tanya soalan yang bodoh. Kemudian, dia perbodohkan pula orang lain dengan pemahaman dia tu sebab orang kita ni macam yang saya cakap kat perenggan atas tadi, orang kita ni malas nak berfikir. Dah la malas nak berfikir, ditambah lagi dengan bodoh sombong dan suka menegak benang yang basah. Itulah orang kita.

Orang kita.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.