NuffNang

Nuffnang

Translate

Monday, April 7, 2014

Orang kita.

Orang kita....orang kita ni ada bermacam-macam ragam dan fiil. Orang kita juga mempunyai ego yang sangat tinggi (kalah menara dubai) dan suka menegakkan benang yang basah. Sebagai contoh, ada situasi ketika memandu. Sesetengah orang berpendapat bahawa apabila mereka sudah memberikan signal, itu bermakna mereka sudah boleh masuk ke laluan kita. Bila dah bergesel, kita yang duduk di laluan asal ini pula di salahkan. Siapa yang kata lepas bagi signal, dah boleh tukar laluan? Kalau tak percaya, cuba la buat. Kita tengok siapa yang kena saman. Sebenarnya kalau nak tukar laluan, wajib memastikan yang ianya selamat dan kenderaan di belakang di jarak yang selamat.

Orang kita ni kurang sabar. Lebih-lebih lagi bila masuk bab politik dan ketika memandu. Bila dalam bab politik, asalkan diprovok sedikit, dah melenting. Memuja membabi-buta, tidak kira haram dan salah, semuanya jadi halal dan benar. Bila memandu pula, tak boleh nak ikut barisan....mesti nak potong line. Kurang ajar tau namanya. Bila kita potong barisan orang lain, kita tak rasa apa yang orang lain rasa. Bila barisan kita pula yang kena potong, tahu pula nak meroyan. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka mengadu domba. Bila ada benda yang tidak kena pada mereka, mulalah nak mengadu sana dan sini. Sebagai contoh dalam hal menuntut BR1M. Belum tentu lagi semua yang mohon itu akan mendapat kelulusan. Bila ditolak, mulalah nak meroyan. Pada hal diri sendiri tu tak layak. Malu tak? Begitulah hal dalam permohonan warganegara. Kawan saya di sebuah jabatan kerajaan ni selalu mengeluh kerana dimarahi oleh orang awam yang telah ditolak permohonan mereka. Katanya, susah nak fahamkan orang yang tak faham undang-undang negara kita ni. Lepas tu mulalah nak mengadu dekat pak-pak menteri untuk mintak sokongan. Pak-pak menteri ni pulak suka tenyeh bukan-bukan kat kertas untuk berikan kelulusan. Biasalah, nak popular dan menaikkan rating politik masing-masing. Nasiblah ada pegawai-pegawai kerajaan yang memberi nasihat yang betul kat pak-pak menteri kita. Itulah orang kita.

Orang kita ni suka percaya bulat-bulat apa yang mereka baca kat media lebih-lebih lagi media alternatif. Kalau dalam tu ada tulis kerajaan naikkan harga minyak RM10 seliter pun mereka akan percaya. Lepas tu nak meroyan tak tentu pasal. Bila dah keluar berita sebenar, tak pula nak minta maaf apatah lagi merasa malu. Lepas tu mulalah cari benda lain untuk salahkan kerajaan. Kalau media utama negara kata kerajaan nak turunkan minyak kepada RM0.20 seliter, susah plak nak percaya walaupun mungkin pada masa tu berita tu benar. Pelik kan? Busuk betul hati orang macam ni. Kadang-kadang hal serius macam insiden Lahad Datu dan MH370 pun nak di permain-mainkan. Apa punya orang la macam ni. Kan kurang ajar namanya tu. Itulah orang kita.

Orang kita ni bila dah benci kat suatu benda atau orang tu, bencinya sampai mati. Masya'allah....sampai macam tu sekali dia benci. Walaupun orang tu ada bawak kebaikkan pada kita, pun kita benci dan bersangka buruk. Pendek kata, tiada yang baik pada orang itu bila dah benci. Kata orang 9 kebaikkan dapat di hilangkan oleh 1 keburukkan. Lepas tu pergi menjaja cerita merata-rata. Semuanya jadi bahan jenaka. Perkara ini berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira usia. Yang tua mengajar yang muda dan yang muda menyebarkan pada rakan-rakan taulan. Akhirnya, jadilah bangsa kita ini bangsa lawak jenaka dan tidak mempunyai rasa hormat pada orang lain lagi. Itulah orang kita.

Orang kita ni cepat bersangka buruk dan bersifat menghukum. Sebagai contoh, bila ada musibah menimpa seorang penunggang motor, dengan cepat dan tanpa berlengah-lengah mereka terus melebel penunggang motor itu sebagai mat rempit yang sedang berlumba. Hebatkan orang kita? Dalam menjadi orang biasa, terus berubah menjadi hakim dalam sekelip mata. Paling best sekali ialah apabila orang tu tiba-tiba sahaja menjadi pakar dalam undang-undang walaupun belajar bidang lain. Hebat kan? Itulah orang kita.

Cubalah bersangka baik, cubalah berbuat baik, cubalah menerima kebaikkan orang, cubalah bersabar, cubalah mengikut peraturan, cubalah selidik dulu apa-apa berita yang datang, cubalah mencari penjelasan terlebih dahulu. Walaupun orang itu pada mulanya nakal sedikit, tapi cubalah bersangka baik terlebih dahulu. Walaupun berita itu tidak sahih, cubalah selidik terlebih dahulu, dapatkanlah penjelasan terlebih dahulu dari orang yang lebih layak. Setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri, tapi cubalah menghormati pandangan orang jika hendak orang menghormati pandangan kita. Janganlah memalukan diri sendiri dan bangsa lain, kan bagus kalau macam tu? Itulah orang kita....

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.