NuffNang

Nuffnang

Translate


Monday, June 15, 2009

Hipokrit.


Assalamualaikum,

Hari ini saya terpanggil untuk menulis mengenai sifat hipokrit yang ada dalam diri manusia. Maksud hipokrit mengikut kamus dewan bahasa edisi ke-4 ialah, (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan drpd yg sebenarnya, munafik. Tujuan saya ingin bercerita mengenai sifat ini kerana ianya berkait rapat dengan 3 jenis manusia yang diceritakan di permulaan kitab Al-Quran iaitu di dalam surah Al-Baqarah. Golongan hipokrit atau munafik ini amatlah buruk dan dibenci oleh Allah sehingga ada satu surah di turunkan kepada Baginda Rasulullah SAW sebanyak 11 ayat di dalam satu surah iaitu surah ke-63 iaitu surah Al-Munaafiquun.

Golongan ini berpura-pura di hadapan kita sama ada berpura-pura menjadi baik atau berkelakuan baik. Tetapi sebenarnya mereka amatlah tidak menyukai kita. Terjadinya benda ini adalah mungkin disebabkan teguran ke arah kebaikkan atau ada sesuatu perkara yang tidak disukai oleh rakan lain dan mereka malas untuk menegur. Tetapi selalunya perkara ini terjadi apabila seorang rakan yang baik, cuba membawa rakannya yang lain kearah yang baik, dan mereka semua menolak, maka timbullah sifat hipokrit tersebut. Berpura-pura baik di hadapan kita, tetapi membenci kita apabila kita tiada. Seperti dalam firman Allah di dalam surah Ali-Imran, ayat 119 :

Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata "Kami beriman", dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari antaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu." Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. (3:119)
Jauhilah mereka ini, kerana ini adalah larangan dari Allah yang melarang kita berkawan dengan orang-orang seperti ini. Bila Allah melarang, patutlah kita sebagai orang Islam untuk mematuhinya. Apakah agama kita jika kita tidak mengikut perintah Allah? Pada masa saya menulis blog ini, saya sudah dapat mengetahui ramai kawan-kawan saya merupakan orang-orang yang hipokrit. Apa perasaan saya? Saya sendiri amat terkejut kerana saya sendiri tidak peduli dan tidak sedih. Bagi saya ianya satu keuntungan kepada diri saya kerana saya tahu mereka akan rugi. Seperti firman Allah di dalam surah Ali-Imran, ayat 118 :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. (3:118)

Jadi dapatlah saya simpulkan kepada anda semua, janganlah anda bersedih hati atau merasa terpinggir jika ada rakan-rakan anda yang memulaukan anda kerana iri hati atau terasa dengan teguran anda. Kerana sesungguhnya, mereka itu hanya mendatangkan banyak kemudharatan kepada anda daripada kebaikkan. Sudah nyatalah kebenaran ayat Allah itu, dan mereka itu bukanlah teman yang baik. Bersabarlah kepada yang sedang atau pernah mengalami keadaan ini. Sesungguhnya andalah yang berada dalam keuntungan dan merekalah yang berada didalam kerugian.


Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.