NuffNang

Nuffnang

Translate

Thursday, September 2, 2010

Artikel Pilihan - Amerika,Mindcontrol dan Paganisme (M.O.)



Di bawah ini adalah satu tinjauan istimewa dari seorang penyelidik konspirasi yang bertahun-tahun memerhatikan senario yang berlaku di negaranya, Amerika Syarikat.Seorang ayah kepada dua orang anak,beliau merupakan pemerhati politik,pengulas dan pengkaji filem serta seorang pencinta haiwan.

Beliau menggunakan codename 'Moonblood'

Beliau mempunyai pengkhususan dalam subjek SRA (Satanic Ritual Abuse),Child Pornography Manipulation,Child Abused Psychology,Trauma-based Mindcontrol dan Filmography Conspiracies.

Kali ini MistisFiles dengan sukacitanya membawakan tinjauan khas beliau tentang "Amerika,Mindcontrol dan Paganisme".Beliau adalah seorang Unitarian dan banyak terlibat dalam yayasan dan organisasi kesedaran seperti Wake Up America!,Shine,N.M.E dan sebagainya dan kewujudan beliau di sini mengisyaratkan kepada kita bahawa "we are not alone in the struggle for Armageddon"

Material ini agak 'rare' dan sampai di Area 77 dalam bentuk kriptografi. 

Amaran:Dinasihatkan kepada kanak-kanak atau bekas mangsa-mangsa mindcontrol supaya tidak membaca artikel ini kecuali di bawah pengawasan,kandungan artikel mungkin mengandungi bahan-bahan yang menyakiti dan sensitif kepada sesetengah orang.


Apa dipaparkan di sini bukanlah mencerminkan keseluruhan pandangan MistisFiles dan Mistis Organization.




-M.O

The Instrument of Doom,Area 13,MY














Selamat bertemu kembali.Kepada yang tidak mengenali saya,saya ialah seorang penyelidik.Untuk lebih spesifik saya ialah seorang penyelidik konspirasi.Apakah konspirasi?Konspirasi ialah seperti bayang-bayang.Kita fikir ia memang wujud dengan sendirinya,tetapi sebenarnya tidak.Bayang-bayang tidak wujud dengan sendiri.Apabila hilang sumber cahaya atau objek yang menghalang cahaya tadi,maka bayang-bayang juga akan hilang.Apa yang ingin saya paparkan di sini adalah realiti di Amerika yang makmur.Negara saya yang tercinta.Di mana semua orang hidup di dalam mimpi ngeri yang amat dasyat.Di mana semua fikiran telah dikawal dan diarahkan tanpa disedari.Realiti di Amerika seperti Theater of Tragedy.Sebahagian orang masih bermimpi di dalam mimpi yang dibuat untuk mereka.Sebahagian orang telah diambil dari 'kurungan' mereka dan dituai seperti tanam-tanaman dan dipergunakan seperti haiwan,atau seperti buah-buahan;semua kulit,isi dan jus mereka disedut habis.Dan jasad mereka dibuang seperti sampah yang tidak berguna.Anda pernah menonton filem The Matrix?.Welcome to The American Dream.Nama saya Moonblood.

Terima kasih kepada M.O kerana memberi peluang kepada saya menjelaskan kepada anda di Malaysia apakah yang sebenarnya terjadi di negara saya yang amat saya sayangi,United States of America.Siapa yang tidak mengenali Amerika?Amerika adalah mimpi indah buat semua orang di planet Bumi.Jika anda selalu menonton produk Hollywood,anda pasti terpengaruh dengan gaya hidup Amerika yang 'cool' dan 'trendy'.Semua orang di Amerika adalah cantik bergaya dan hidup dalam suasana canggih dan mewah.Mereka seolah-olah hidup dalam dunia yang riang gembira.Cuba anda bandingkan kehidupan Amerika dengan gambaran kanak-kanak yang lapar di Afrika,atau lorong-lorong kotor setinggan di Calcutta atau sebahagian tempat di Negara Dunia Ketiga.Filem-filem Hollywood mendefinisikan Amerika dengan begitu baik dan meyakinkan sekali.Itu adalah pandangan anda sebagai orang luar yang tidak tinggal di Amerika atau bergaul dengan masyarakat dan segala rahsianya bertahun-tahun.Tetapi saya adalah penduduk dan rakyat Amerika.Moyang saya adalah salah seorang ahli koloni Inggeris di New York dan pernah menyertai Pertempuran Gettysburg pada tahun 1863.Saya adalah orang Amerika.Jiwa saya dan cinta saya adalah Amerika.Dan kerana itu,adalah berbaloi jika Amerika 'memberitahu' sebahagian rahsianya kepada saya.Saya tahu apa yang berlaku 'di dalam' sehinggakan perkara-perkara yang majoriti orang Amerika sendiri langsung tidak mengetahuinya apatah lagi anda sebagai orang yang tinggal di luar Amerika.

Pertama sekali seperti biasa,sebelum saya meneruskan,eloklah saya memberitahu anda bahawa sebahagian maklumat di dalam artikel ini mungkin akan menyentuh sensitiviti atau mengembalikan trauma.Saya nasihatkan terutamanya kepada bekas mangsa-mangsa mindcontrol tajaan Amerika supaya tidak membaca artikel ini,kecuali di bawah pengawasan orang tertentu.Saya rasa saya pernah memberitahu anda tentang sejarah mindcontrol di Amerika.Jika anda belum mengetahuinya eloklah saya memberitahu anda sekarang bahawa Amerika sebenarnya ialah 'makmal' ujikaji mindcontrol paling besar di dalam dunia.Apa yang anda tonton dari kehidupan orang-orang Amerika,jika bukan semua,pasti mengandungi mesej-mesej tertentu yang ada kaitan dengan dunia mindcontrol Amerika.Apakah itu 'mindcontrol'?Dalam definisi biasa,ia adalah berkaitan dengan mengawal minda seseorang supaya mengikut arahan si pengawal.Dalam konteks di Amerika,ia adalah seperti satu 'industri' yang mempunyai kaitan kompleks antara kerajaan,tentera dan komersialisme.Kerajaan menggunakan mindcontrol untuk projek-projek bawah tanahnya dan untuk melaksanakan New World Order.Pihak tentera menggunakan mindcontrol atas arahan kerajaan.Akhir sekali,lebihan dari program-program mindcontrol direalisasikan oleh industri komersialisme,untuk menjana pendapatan berjuta-juta malah berbilion dolar setahun.Bagaimana saya tahu semua ini?Sebab saya pernah bekerja dengan pihak tentera dan saya ada ramai kawan yang jujur dalam kerajaan.Pihak tentera Amerika mempunyai pangkalan-pangkalan rahsia di seluruh Amerika dan dunia.Mereka berkerjasama dengan pelbagai saintis dan juruteknologi,untuk membangunkan mesin-mesin perang dan 'peralatan syaitan' bagi tujuan-tujuan tertentu.Setiap tahun sejumlah besar kanak-kanak Amerika dan orang yang tidak berumah (homeless) diculik untuk menjadi bahan mentah bagi ujikaji-ujikaji mindcontrol di seluruh Amerika.Tidak cukup bahan mentah?Tidak mengapa kerana kerajaan Amerika ada caranya.Fikirkan,jika seluruh penduduk Amerika mati sekalipun akibat menjadi tikus makmal yang gagal,apa yang anda akan buat selaku kerajaan Amerika?Ambil orang luar!Dan itulah yang terjadi.Anda pernah dengar berkenaan 'Green Card'?Setiap tahun,organisasi tertentu di bawah pengawasan kerajaan akan mengambil sejumlah imigran luar untuk bekerja dan tinggal di dalam Amerika.Tujuan mereka adalah UNTUK MEMBANGUNKAN EDEN BAGI GOLONGAN ELIT YANG BERTINDAK SEBAGAI 'DEWA' DI AMERIKA.Pada masa yang sama,program pengurangan populasi dilakukan serentak di merata dunia.Peperangan,penyebaran wabak penyakit,bencana alam dan tekanan hidup digunakan untuk mengawal jumlah populasi dunia sekaligus mencapai jumlah yang ideal atas kehendak golongan ELIT tadi.Dana-dana peperangan disuntik bagi mencetuskan pelbagai konflik antara puak-puak yang bertelagah.Industri senjata api dan perkakas peperangan disuburkan dengan pemain-pemainnya adalah para presiden dan orang-orang penting dunia.Virus-virus baru dicipta untuk menyebarkan penyakit berbahaya yang membawa maut.Projek-projek bertaraf sulit seperti HAARP,STARWARS,Weather Control dan sebagainya dibangunkan untuk mencipta bencana-bencana alam buatan manusia,seolah-olah 'mengambilalih' kuasa Tuhan.Ribuan manusia akan mati dan kehilangan tempat tinggal.Akhir sekali,tekanan hidup dan kemiskinan dijadikan pembunuh senyap yang berpotensi untuk mengawal populasi dan sekaligus sebagai alat mindcontrol.Bagaimana?TEKANAN EKONOMI.Semua orang mahu hidup selesa bukan?Wang adalah simbol ekonomi.Siapa yang tidak mempunyainya maka kita boleh agak kedudukan ekonominya.Jadi apa yang kerajaan 'Shadow Government' ini buat ialah mencetuskan tekanan ekonomi untuk memusnahkan hidup sebilangan besar manusia.Anda boleh kata apa saja,'economy crash','downturn','economy doom' atau sebagainya.Ini adalah 'massive destruction' dari 'secret weapon' yang anda jarang-jarang dengar di kaca televisyen.Rusia atau Korea Utara boleh melancarkan peluru berpandu berisi peledak nuklear kepada Amerika namun 'sebilangan orang' di Amerika boleh menggugurkan 'bom ekonomi' yang boleh menyebabkan bukan sahaja Korea Utara dan Rusia tidak mampu menanggung kos penyenggaraan fasiliti nuklearnya malah akan menyebabkan ramai rakyat mereka akan membunuh bunuh diri akibat dihimpit kemiskinan oleh tekanan ekonomi.I love America.Sebab mereka amat bijak dalam mengatur strategi sekaligus menjahanamkan bumi,tempat manusia hidup bersama-sama zirafah dan beruang kutub.

Jika anda baru pertama kali mendengar perkara di atas,saya ucapkan selamat datang.

WELCOME TO THE NEW WORLD ORDER.







Kehidupan manusia sama sahaja,jika anda sekarang tinggal di dalam desa atau pinggir bandar di negara anda,sudah pasti anda akan menyaksikan kehidupan manusia yang pelbagai;miskin dan kaya.Sama juga jika anda tinggal di Chicago atau San Francisco.Bukan semua orang Amerika kaya raya.Ada juga yang miskin dan tidak berumah.Namun Amerika bijak dalam komersialisme.Amerika pandai mempromosikan gaya hidup 'American Dream'nya yang menggiurkan.Jika anda sudah menjadi penagih kepada gaya hidup Amerika seperti yang anda tonton di kaca televisyen anda,saya ucapkan tahniah!Anda sudah masuk ke dalam 'Mimpi orang Amerika'!Apabila orang Amerika bangun dari mimpi,kemungkinan besar anda masih tertidur!Jadi apa yang saya dan orang Amerika (yang bangun tadi) mahu katakan kepada anda,"What a pity of you!"

Ingatlah,bukan semua mimpi adalah indah dan bukan semua mimpi-mimpi Amerika benar-benar indah buat manusia.


Terutamanya buat diri saya,orang Amerika yang benar-benar melihat seluruh 'American Dream' dan tahu untuk apa ia dibuat.Saya adalah seorang 'reprogrammer' kepada program pemulihan mangsa-mangsa mindcontrol Amerika.Saya mula membuat kerja-kerja sukarela ini seawal tahun 1987 dan saya mempunyai banyak pengalaman dengan bekas-bekas mangsa mindcontrol ini (biasanya disebut 'survivor').Seorang kanak-kanak perempuan yang saya panggil Mary Wayne adalah salah seorang survivor di bawah pengawasan saya.Mary adalah seorang mangsa mindcontrol tajaan Amerika di bawah kod 'BETA 005' di mana dia telah diculik dari rumah anak-anak yatim di sebuah gereja di Ohio.Mari kita berkongsi sebentar kisah Mary.Mary telah diculik oleh seseorang yang rapat dengannya.Orang itu adalah ejen kepada satu organisasi di bawah seliaan pihak kerajaan.Mary kemudiannya dihantar (bersama-sama sekumpulan kanak-kanak lain) ke satu pangkalan tentera yang mempunyai kelengkapan makmal dan fasiliti mindcontrol yang canggih.Sudah tentu bukan AREA 51 tetapi satu kawasan rahsia yang anda tidak akan boleh dapat dari peta biasa mahupun dari Google Earth.Di sana Mary telah dikenakan pelbagai penderaan untuk menguji gelombang otak dan kaitannya dengan emosi manusia.Mary telah kenakan renjatan elektrik setiap hari.Sedozen prod arus elektrik dijepit di seluruh tubuh Mary dan jurumakmal akan mencucukkan jarum-jarum yang dipanas kan di bahagian-bahagian tertentu di tubuh anak kecil itu.Damn!Anda boleh bayangkan betapa sakitnya anak kecil itu diperlakukan seperti haiwan ujikaji.Apabila saya memandang Mary,saya asyik terkenangkan anak perempuan saya.



Betapa bertuahnya anak perempuan saya tidak 'dipilih' untuk dijadikan tikus makmal oleh sebilangan manusia yang berhati kejam itu.Mangsa-mangsa mindcontrol biasanya akan mengalami trauma yang teramat sangat.Di fasiliti-fasiliti mindcontrol seluruh Amerika,para pekerjanya telah dilatih supaya menganggap kanak-kanak atau manusia yang dijadikan bahan ujikaji sebagai 'lab material' atau 'tikus makmal'.JIka anda menjadi 'tikus makmal' mereka,anda tidak boleh berharap akan dilayan seperti manusia.Mereka akan korek mata anda,kenakan renjatan elektrik,pukul anda seperti anjing atau biarkan anda kelaparan.JIka kanak-kanak perempuan,dia biasanya dijadikan sasaran sebagai 'mindcontrol bunnies' untuk dijadikan pekerja seks terlatih bagi para Elit dan VIP Amerika,mereka akan mengalami sejarah kehidupan yang menjijikkan dan menyedihkan.Anda kenal siapa itu Marilyn Monroe?Ini adalah contoh 'high class mindcontrol pet' yang berjaya dihasilkan oleh industri mindcontrol Amerika.Oh,mungkin ini contoh yang sudah lapuk.Anda kenal Kurt Kobain?Britney Spears?Micheal Jackson?Sukacita dimaklumkan,mereka adalah bekas-bekas mangsa mindcontrol tajaan negara saya.Dan senarai ini akan bertambah dari tahun ke tahun.Lindsay Lohan?Hmmm...anda boleh teka sendiri.


 Industri mindcontrol Amerika melangkau dunia filem,fesyen,televisyen dan pornografi.Ini adalah 'depleted uranium' yang digunakan oleh para kapitalis setelah manisnya diperah habis-habisan oleh para pegawai tentera dan elit kerajaan.Ada orang melihat mereka ini sebagai orang yang berjaya dan terkenal.Saya tahu siapa dia.Anda!Sebab anda berada di luar Amerika.Jika ramai orang Amerika sendiri berpandangan begini,sudah pastilah anda kerana anda tidak melihat secara dekat kehidupan para artis ini.Anda melihat mereka sebagai insan terkenal yang hebat.Saya melihat mereka sebagai tikus makmal yang hidupnya bergantung kepada keputusan ujikaji.Inilah realiti Amerika.Inilah dia 'The American Dream'.

Mungkin sebilangan dari anda pernah tinggal di Amerika,berkerja atau belajar dan berkata,"Ini semua karut!Saya tidak dengar pun perkara-perkara begini berlaku semasa di Amerika."

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda kerana tidak terpilih dalam program mindcontrol Amerika.Dan saya ingin beritahu,bahawa program ini adalah rahsia dan anda tidak akan tahu sampai bila-bila JIKA ANDA TIDAK MAHU MENGAMBIL TAHU.Saya tahu siapa mereka dan saya tahu kepada siapa mereka berkerja.Ini adalah konsepnya.


Ingat kata-kata saya.Jika anda sekali terlibat dalam program ini,anda akan langsung tidak boleh bercakap apa pun.Pertamanya anda akan tenggelam dalam trauma yang dasyat dan menjadi gila.Keduanya,mulut anda akan ditutup oleh ejen-ejen kerajaan.Dunia mangsa mindcontrol adalah berlainan dengan dunia para penagih 'American Dream'.Amat berbeza.JIka anda mangsa mindcontrol,dunia ini ibarat neraka.Anda melihat kenyataan yang paling pahit dan anda melihat orang-orang lain hidup dalam 'cocoon' sambil bermimpi.Anda sudah tersedar namun malangnya ANDA TERSEDAR DALAM NERAKA!Alangkah baiknya jika anda tersedar sendiri dan bukannya tersedar dalam neraka.Anda masih boleh berfikir dengan waras untuk mengelakkan diri dari diperangkap oleh program mindcontrol besar-besaran ini.

Bagaimana mereka membina struktur mangsa mindcontrol?Biasanya mereka akan mengambil mangsa-mangsa mindcontrol dari kalangan anak-anak yatim,anak-anak yang lahir di dalam keruntuhan rumah tangga,orang-orang melarat atau mereka yang mempunyai masalah sosial.Mengapa?Kerana mereka ini adalah orang yang mempunyai semangat yang lemah.Orang yang punya semangat yang lemah mudah untuk dikendalikan fikiran mereka.Mungkin anda akan bertanya,bagaimana jika semua anak-anak yatim atau orang melarat habis dijadikan mangsa mindcontrol.Jawapan saya (juga jawapan CIA),BUATLAH SENDIRI!Buat lagi dan lagi dan lagi!Jika anda ada buah limau,buatlah air limau!

Ejen-ejen akan membuat perjanjian dengan keluarga-keluarga terpilih bagi menyertai program mindcontrol ini.Biasanya keluarga-keluarga ini mempunyai masalah hutang atau sebab-sebab lain.Mereka akan memilih di antara anak-anak mereka untuk 'dikorbankan' atas nama program mindcontrol.Anak yang malang ini akan disia-siakan,dicabul,didera dan sebagainya oleh ibu bapa kandung sendiri.Ini akan membangkitkan trauma yang hebat dalam diri kanak-kanak tadi.Kadangkala ayah kanak-kanak tadi boleh beraksi memukul ibunya di hadapannya atau melacurkan ibunya dan adik-beradik perempuannya dengan orang-orang yang tidak dikenali.Jika kanak-kanak itu perempuan,biasanya dia akan dicabul oleh ayah sendiri sambil diperhatikan oleh ibunya.Atau dipaksa melayani kehendak nafsu orang yang tidak dikenali sambil diperhatikan oleh ibu bapanya tanpa sedikit pun mahu menolong untuk melepaskannya dari kesakitan.Kaedah ini akan menyediakan satu ruang dalam fikiran kanak-kanak tadi,dinamakan 'ruangan kelegaan'.Ini adalah asas kepada Trauma-Based Mindcontrol.Apabila kanak-kanak tadi sudah putus harapan dengan orang-orang yang dipercayainya malah putus asa dengan kehidupan sendiri,MAKA MINDANYA AKAN BERSEMBUNYI DI DALAM 'RUANG KELEGAAN' TADI UNTUK MELUPAKAN SEGALA PENDERITAAN DAN KESAKITAN.Jika tidak,dia akan menjadi gila.Kanak-kanak yang berjaya mencipta ruang psikologi ini akan dipilih untuk tahap seterusnya.

Kanak-kanak yang gagal dalam program atau menjadi gila biasanya akan ditamatkan hayatnya begitu sahaja.GAME OVER.

Kerajaan 'Shadow Government' akan menggalakkan kehidupan hippies,gay,lesbian dan sebagainya untuk menjana anak-anak luar nikah dan mereka yang rosak akhlaknya.Anak-anak ini biasanya tidak akan dipedulikan oleh ibu bapa mereka yang masih muda dan selalunya diberi kepada gereja yang mempunyai rangkaian rumah anak-anak yatim.Dan ANDA TAHU SIAPAKAH YANG BERADA DI BELAKANG RUMAH ANAK-ANAK YATIM INI?Biar saya beritahu.Mereka adalah Iblis-Iblis lapar yang menghirup darah dan memakan daging kanak-kanak.Maaf!Saya tidak tahu memberikan definisi yang lain selain ini.Mereka yang berada di sebalik rumah anak-anak yatim ini mempunyai hubungan dengan CIA atau organisasi mindcontrol Amerika.Ini adalah bisnes perdagangan manusia paling gelap dalam sejarah kemanusiaan.

Mungkin inilah sebabnya orang Muslim memanggil Amerika sebagai 'Syaitan Besar'.


Biar saya beritahu anda sedikit sejarah Amerika dan kepercayaan para Elit mereka sehinggakan perkara-perkara yang mengerikan ini berlaku.Amerika adalah negara Paganisme paling besar.Oh,apa itu paganisme?Paganisme adalah kepercayaan kepada banyak dewa dewi yang memerintah alam.Setiap inci alam ini ada 'tuhan' yang menjaganya.Tuhan bumi,tuhan api,tuhan angin,tuhan air,tuhan pemusnah,tuhan pembina,tuhan petir,tuhan alam ghaib (underworld) dan berbagai-bagai lagi.Inilah dia asas kepercayaan pagan.Apakah kepercayaan pagan dunia yang terkenal?Paganisme Greek,Rom,Mesir,Babilon dan yang masih bersisa sehingga kini adalah Hindu.Dunia sudah maklum bahawa Amerika adalah penganut Kristian.Adakah Kristian adalah salah satu kepercayaan pagan?Sudah tentu tidak,dan jika anda bertanyakan soalan ini kepada penganut Kristian di tempat anda,mereka akan menafikannya!

Apakah agama yang sebenarnya dianut oleh White House??

Biar saya beritahu.

Perhatikan apakah yang tertegak berhadapan dengan United States Capitol.Itulah agama The Elit yang memerintah negara saya yang tercinta,Amerika.

Apa yang anda namakan ia?Washington Monument?

Obelisk?

aye aye buddies!

Tetapi saya gelarkan ia "linga".







Di mana kita mahu bermula?Kita bermula dengan sejarah obelisk.Apakah sebenarnya obelisk?Ramai yang menyangka obelisk adalah seperti batu bersurat atau cara orang dahulukala merakamkan sesuatu.Sebenarnya ADA MAKSUD LAIN.Obelisk adalah lambang Ra,iaitu dewa matahari bagi agama Mesir Purba.Obelisk adalah manifestasi Ra dalam perlambangan 'phallus' iaitu alat kelamin jantan.Jika anda mengetahui selok belok agama pagan,terdapat satu kepercayaan agama misteri tentang 'Mother Earth'.Mereka menyembah 'Mother Earth' ini.Siapakah 'Mother Earth'?Mesir Purba mempunyai Isis,orang Assyria mempunyai Ishtar manakala Rom dan Greek mempunyai Gaia,namun di Amerika mereka menyembah kononnya dinamakan Libertas.Siapakah Dewi Libertas ini?Mana kuil dan patungnya?

Ia adalah Statue of Liberty.



Ingat,seperti Yin dan Yang,setiap satu ada pasangan,seperti konsep 'Mother Earth' ini.Jika Isis boleh digandingkan dengan Ra,Ishtar dengan Tammuz,siapakah pasangan 'Mother Earth' di Amerika?

IA ADALAH LUCIFER.

Di dalam ajaran Kultus Illumination,mereka percaya bahawa dewi bumi adalah pasangan bagi Lucifer,Dewa Pencerahan.Dalam ajaran Theosophy,dewi bumi adalah Gaia dan ini adalah umum bagi New Age Religion.Tetapi mereka tidak akan berterus terang kepada anda bahagian 'Lucifer' itu.Mereka mungkin bersungguh-sungguh akan memberitahu anda perihal 'Mother Earth',Gaia atau mungkin 'motherland' tetapi bukan Lucifer.Pernah dengar tentang Lucis Trust (ini adalah 'agama rasmi' United Nation)?Asal nama pertubuhan ini adalah Lucifer Trust dan slogannya ialah "No Higher Religion Than Truth' (Tiada agama yang lebih tinggi dari Kebenaran).

Apakah perlambangan Lucifer di Amerika?Anda boleh teka sendiri.

Seperti yang saya katakan tadi,ramuan kepada agama pagan pada hari ini yang masih kuat tertinggal ialah pada AGAMA HINDU.Ini adalah benar-benar agama pagan paling tulen dalam dunia.Ia mewarisi semua konsep pagan dalam agama misteri Mesir Purba,Greek dan Rom,juga Celtic,Druid serta kultus-kultus animisme purba.Menariknya,agama pagan Hindu ini masih dianut oleh berjuta manusia pada zaman moden pada hari ini.Terdapat satu konsep paganisme yang sama seperti yang kita temui pada agama Mesir purba.

Ia adalah linga,iaitu perlambangan kepada Shiva.Linga dinafikan sekerasnya oleh sebahagian orang Hindu merujuk kepada 'phallus' namun ITULAH HAKIKATNYA.Linga melambangkan 'kejantanan' Shiva.Siapakah 'Mother Earth' bagi agama Hindu?Teka siapa?

Durga,yang mempunyai penjelmaan kepada Kali (dalam bentuk lebih ganas) adalah dewi pemelihara kepada unsur-unsur keibuan.Pernah dengar perkataan 'ibu pertiwi'(motherland)?Ia ada kaitan dengan kepercayaan animisme paling kuno dalam sejarah manusia tentang watak bumi.Berbalik kepada Durga,menariknya dewi ini adalah pasangan kepada Shiva!



Jika linga adalah perlambangan kepada 'phallus'(kemaluan lelaki),yoni pula adalah perlambangan kepada kemaluan perempuan.Jadi selesaikan teka-teki mantik ini.

Anda akan jumpa bahawa jika linga adalah Shiva maka yoni adalah Durga.

Di sepanjang sejarah agama Hindu,replika linga telah dibina sama ada di luar kuil atau di dalam,dan ia disembah oleh penganut Hindu;melambangkan Shiva.Terdapat semacam ajaran atau gerakan kepada agama berorientasikan seks di dalam cabang-cabang agama Hindu.Dalam satu-satu masa,penganut lelaki menyembah kemaluan wanita dan penganut wanita menyembah kemaluan lelaki.Ini adalah kenyataan yang CUBA DISOROKKAN dalam sejarah agama Hindu.Terdapat satu kuil di India yang berukiran penuh kepada ajaran agama berorientasikan seks ini,yang merupakan warisan kepada anggapan dewa alam semesta (mewakili Lucifer) telah menodai dewi bumi (Mother Earth).

Jadi kaum pagan ini semacam dirasuk suatu keghairahan untuk membina penyembahan totem kepada konsep 'phallus' ini.Binaan-binaan linga adalah wajib bagi setiap kuil Hindu aliran Shiva (Shaivism).Ia melambangkan dewa kesuburan dan kegagahan.Anda akan dapat melihat pelbagai variasi kepada batu linga ini.Ada yang berbentuk bulat bujur dan ada yang berbentuk silinder.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan sekiranya tidak mampu untuk membina patung Shiva yang lengkap,maka penyembahan linga sahaja adalah cukup sebagai cara berbakti kepada Shiva.

Berbalik kepada Amerika,tradisi obelisk adalah mewakili kepada totem linga.Saya fikirkan terdapat kaitan misteri tentang konsep 'Mother Earth' ini.Jika saya diberi peluang untuk menemuramah seseorang sekarang,ya sudah pasti saya ingin menemuramah orang yang memperkenalkan konsep 'phallus' kepada orang Mesir Purba dan penganut Hindu.Konsepnya sama dalam kedua-dua budaya ini namun berbeza dari segi nama dan pembawaan budaya masing-masing.Amerika telah membina 'linga' yang amat besar di National Mall.Amerika juga membina 'yoni' dalam bentuk dewi purba,seperti Semiramis,Diana,Ishtar atau Durga.Kedua-duanya adalah pembayang kepada agama anutan 'shadow government' yang sudah pasti anda tidak ketahui banyak tentangnya.

Jika muslim mengatakan Amerika adalah Syaitan Besar di depan saya,saya mungkin akan menggelengkan kepala bagi menjaga ego saya sebagai 'American'.Tetapi di sudut hati saya,saya akan mengangguk 100 kali.

Mungkin kebanyakan dari anda yang bukan 'American',United States adalah sensasi dan 'cool'.Namun jika anda dapat duduk selama setengah jam bersama-sama mangsa-mangsa mindcontrol di bawah jagaan saya,saya pasti anda akan mengalami mimpi ngeri yang tidak pernah anda gambarkan sebelum ini.


Ketika merenung senja di tepi Sungai Alabama,kadang-kadang saya memikirkan 147 tahun yang lampau,moyang saya berperang atas sebab-sebab yang tidak munasabah.Ya...Amerika memang sensasi...tetapi bukan 'cool'.







your sincerely,


Moonblood

No comments:

Post a Comment

Sebolehnya sila tinggalkan nama anda, sekadar nama samaran pun dah cukup agar orang lain senang menyebut nama anda. Terlalu banyak anynomous (tanpa nama) menyukarkan perbincangan. Sila jaga tatasusila anda semasa memberikan komen. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga kerosakan yang berlaku terhadap penggunaan maklumat di dalam blog ini.